Anda di halaman 1dari 10

Psiko Pencuri Hati(2013): Nam Ron Cuba Hitch-Cock

"Afasal merah kau ni macam tak merah?" - Man

Dialog kutipan di atas (lakonan pelik Amerul Affendi) sebenarnya secara ironi sudah pun merumuskan keseluruhan organisme bernama Psiko Pencuri Hati (The Thief of Hearts).

Psiko Pencuri Hati, betapa pelik dan romantis sakitnya judul itu dalam sebuah genre ngeri (thriller) ala Korea berkonsep psikoanalisis, homaj slasher, dan filem agung Hitchcock itu sendiri.

Tiga perkara utama yang membawa filem ini, yang sepatutnya boleh dan dapat dihargai, merundum:

1. Shamsul Cairel sebagai penyusun dan pengolah lagu runut filem telah menghancurkan keseluruhan struktur "ngeri" filem dengan detik degupan dan cubaan memelodramakan "Aldrich!" filem ini - emosi tidak kena. Bukti: pada babak saspens seorang mangsa dicekik dari belakang. Runut bunyinya berdetik macam kompang dikir barat naik meraban. Emosi suara (juga masalah filem ini) dan imejan terganggu. Ini bukan kerja pakar.

2. Sinematografi Jepon Helmizan malas (walaupun kita nampak beberapa rujukan filem noir 50-an yang diambil), tidak dinamis, tidak melucun suatu cerita dan seketul-seketul tanpa memahami turutan. Hal ini juga berkaitan dengan (3). Namun yang penting, walaupun fokus imej menampilkan emosi watak hadapan kamera kadang-kala berjaya, terdapat beberapa imejan dan letak imej yang janggal, khusus pada bahagian klimaks. Mungkin ini kesalahan ruang, namun suatu perancangan yang teliti dalam sudut syot sudah harus disusun teliti. Semua filem ngeri mementingkan syot untuk menyampaikan "semangat keterujaan". Syot filem jelas tidak memberi ini.

3. Penyuntingan Hafeez Mohd Noor. Jika ada seorang penyunting (dan pengarah) yang melakukan fade out dalam genre ngeri pada dua bahagian semata-mata menyusun gerak ke babak lain, pipi mereka sepatutnya ditampar.

Terdapat banyak lagi persoalan teknik yang merumitkan penguasaan estetika filem, dan di atas merupakan perkara yang membuatkan kita tidak dapat menghargai pengalaman menonton sesebuah genre ngeri. Ya, Syafiq Yusof mempunyai premis yang lebih kecil (malah goyah) dalam S.A.M. (2012) namun hal-hal di atas "dijaga" sebaik mungkin. Kita tontonlah sebuah "ngeri". Adakah dengan itu, Nam Ron hendak menyatakan yang kita sebenarnya menonton sebuah filem yang "melangkaui" ngeri?

Hal ini mungkin sahaja dengan beberapa dialog berkenaan "fiksyen" yang "perlu ikut realiti" (lalu ditempelak oleh Man, sahabat baik penulis novel jenayah, O.Sidi lakonan Bront Palarae). Kata "realiti" ini banyak kali dicetus oleh watak. Kemudian, kita menyedari pembunuhan bersiri wanita yang berlaku (dan diikuti/ditiru dengan obsesifnya oleh O.Sidi atas nama kesempurnaan/estetika) masih menemui jalan buntu (pembunuh masih tidak ditemui ala Jack The Ripper). Ini persoalan yang amat menarik. Kemudian Man menyoal Sidi, "Bukankah fiksyen ini direka-reka, kenapa sibuk nak ikut realiti? Bodoh!" Subteks ini menempelak bukan sahaja pandangan "karya seni cerminan realiti" yang selalu sahaja kita dengar, khususnya berkait genre realisme (dan dalam bidang sastera, naturalisme) tetapi juga kes misteri pembunuhan negara yang sampai sekarang kita tidak ketemu-ketemu pembunuhnya: Altantuya.

Memang, aku sendiri terkejut dengan keberanian Amin Shakib (cerita asal), Ayam Fared dan Nam Ron selaku penulis skrip dengan kritikan ini (suatu tragedi realiti yang terjadi yang diselubungi dengan rekacipta fiksyen, get it?) dan menyedari, maaf cakap, mereka berkalikali "berjaya" membunuh seorang wanita yang "lebih bossy daripada suaminya), you know what I mean?

Subtext aside, ada banyak pembunuhan wanita (baca: penindasan wanita) maka Wani (Sharifah Amani) dan O.Sidi yang di tengah-tengah hal ini, obsesif berkenaan siri pembunuhan tersebut dalam tujuan yang cukup menakutkan. Suatu penguasaan seks berlaku dalam jiwa-jiwa kacau ini. Dr. Khai (Syed Hussein) di tengah-tengah gelombang angin pasang Wani-O.Sidi ini memohon "pertalian". Tarik-menarik seks berlaku. Malah turut disampaikan dalam penanda pisau memotong lobak, tanduk, ombak menghempas batu, dan senapang (yang masih blur, alat-alat ini ada berkenaan objek kemaluan). Hal ini berlaku apabila (secara kebetulan, AKU BENCI filem kita yang asyik-asyik bermain dengan kebetulan, macam sudah biasa, filem ini secara geramnya, beberapa kebetulan dan polos yang buat aku geram. Sekurang-kurangnya penulis perlu menampilkan klu objek sebelum objek sebenar yang menjadi peranan dalam plot itu dikeluarkan dalam babak tersebut. Jangan letak

barang-barang tersebut mengikut motto BN, endless possibilities) Wani-O.Sidi-Dr.Khai menghinggap di sebuah pulau pada satu masa yang sama!

Ada satu babak yang sungguh nikmat berkenaan "sexual tension" ini, berlaku di meja makan. Di sini kita akan lihat peran seksual ketiga-tiga watak ini menyatakan, dan dengan menariknya, membuatkan seorang watak yang bunting idea ini muntah. Banyak pelepasan libido turut dimainkan atas sebab fantasi yang tidak dapat dikecapi. Muntah itu merupakan antaranya. Ya, pembunuhan itu sendiri mengikut acuan genreslasher ialah "imejan" pelakuan klimaks seks (lihat Anthony Perkins "merogol" dalam Psycho). Filem ini "benar" dalam menyampaikan pelepasan hawa nafsu ini dalam bentuk yang begitu "jahat", tidak pernah dilakukan oleh mana-mana filem Melayu kecuali mungkin, Dr. Rushdi (namun itu dengan pistol).

Begini, ini kritikan sosial Nam Ron yang mencengkam. Masyarakat kita relatifnya sakit, dan jiwa-jiwa kacau ini melepaskan "fantasi"nya dengan pembacaan, penontonan, dan penulisan. Tanpa mencapai libido yang diinginkan, mereka rela dimanipulasi oleh fantasi-mesin sosial (ok, lagi satu klu, apakah dia yang berkenaan baca-tonton-tulis, ya betul: media!) yang "selamat" ini yang lantas terus memakan jiwa mereka (kerana persoalan psikologi mereka itu tidak pernah dipenuhi) melihat jalan "realiti" atau jalan penyelamat. Watak Dr.Khai bagi aku, jelas, menjadi penanda "Mata Tuhan" yang mempersoal kesakitan-kesakitan kronik masyarakat ini dan dia "membenci"nya, sambil mengelar O.Sidi, "Yang penting ialah hati yang sejati, kerana tu hati kena bersih". Sekurang-kurangnya dia berfalsafah dan tahu bahawa kekuatan jati diri (hati yang sejati) hal yang penting dalam menghadapani realiti mesin sosial (media).

Namun begitu, terdapat satu penyimpangan yang tidaklah dapat aku terangkan di sini (yang seperti Fasyali Fadzly nyatkan, "Nanti kau turun spoiler" dan apa-apa lah) yang bukan sahaja

menyampaikan ketidak berjayanya (dan ramalan Dr.Khai akhirnya benar) masyarakat menemui jati diri dan hati sejati sebenar, tetapi kita memenuhinya dengan bentuk yang amat bahaya atau gila (ini berbalik dengan persoalan pembunuhan sebagai acara seks di atas).

Keberanian penulis skrip dan Nam Ron memasuki alam pelbagai lapis ini dapat dipuji, menampilkan suatu maksud yang turut berkait dengan cara dunia patriach kini menghadapani kelahiran feminisme kuat dalam makna diri wanita tempatan (dan secara subteks filem ini menyatakan, feminisme wanita tempatan sudah lama wujud dan bukannya perkara baharu). Lelaki yang tetap hendak mempertahankan status quo (Oh Oh, ahli politik ...) sudah tersudut dalam klausa minoriti. "Ini tidak adil," kata Dr.Khai, yang masih sabar (2 tahun) melayan emansipasi fantasi bobrok isterinya, walaupun dia terpinggir kerana cuba menjadi patriaki berkonvensi lama (dia memohon si isteri tidak bekerja dan duduk di rumah, menentukan ruang tempat sosial sang wanita dari sisi mata kelelakiannya).

Ciri ini menarik dan diangkat dengan baik oleh pembikin. Hanya yang paling kurang ialah penonjolan ciri voyeur (sebenarnya O.Sidi mengambil peranan ini, tetap skripnya tidak memberi ruang untuk hal ini ditimbangi dengan baik, dengan terlalu banyak bermain dengan montaj dan cadangan imaginasi) yang amat penting dalam mana-mana filem ngeri (Susuk Amir Muhammad dan Ghalili pun tahu kepentingannya). Hal ini amat dikesali. Sharifah Amani tetap Sharifah Amani. Kelangsungan pendalaman watak yang murung tidak dapat disampaikannya dengan sempurna. Watak ini terlalu gelap dan Amani berjaya menitip hanya sedikit psikosis itu. Babak awal filem ini menampilkan dengan jelas. Bront Palarae is just plain weird walaupun punya babak-babak kiut "aku gilakan?" tertentu mengikut pola watak Jack Nicholson dalam As Good As It Gets (Ops, ada sisi persona Bront dalam sebuah babak merujuk Johnny Depp u olls!). Amerul Affandi, weirder. Syed Hussein amat menarik walaupun memerlukan lebih banyak stamina. Dia membawa watak Dr.Khai dengan cukup dalam dan emosional, turut penting ialah aura seksualnya. Ada babak-babaknya aku gerenti penonton wanita mahu merobek-robek kemeja sendat berpeluhnya. Sexual feelnya kuat dan penting buat filem ngeri sebegini (dan dia tidak perlu pun buka baju untuk itu). Filem ini juga tahu mencuit, dengan beberapa babak, dan sudah tentu dengan cuitan akhirnya yang baik, sekali lagi tentang jiwa sakit masyarakatnya. Usahlah kita tertipu dengan imejan akhir tersebut tentang sakit orang. Pengakhir filem dengan jelas memaparkan akan sakit jiwa kita sendiri yang terperangkap dan tidak kita sedari. Menarik.

Oh ya, ada satu babak Micheal Myers masa kecik yang buat aku terlopong dan suka. Tibatiba Haloween u olls!

Psiko Pencuri Hati hendak menayangkan merah yang merah itu, tetapi tidak cukup merah seperti kutipan kata di atas. LPF sekali lagi dipersalahkan? Mungkin, tetapi juga sikap "tidak apa" penulisnya yang terlepas beberapa perkara penting dalam genre begini. Walaupun

demikian, sebagai sebuah filem ngeri gelap Malaysia dalam tahun ini, filem ini antara filem gelap yang dapat dirujuk dan menarik untuk ditonton.

Klasifikasi Psiko Pencuri Hati: 18, terdapat beberapa adegan ganas, darah, dan perilaku seks yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. DITONTON DI Cineleisure@Curve. Pratonton.

Adakah Masa Depan Malaysia Bakal Dikenali Sebagai "Tong Sampah Kereta Second Hand"?

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh seorang fresh graduate, adalah membuat keputusan, benda pertama sekali yang perlu dalam hidup...adalah membeli kereta. Masalahnya, dekat mana2 pun kau boleh jumpa galakan dan pujuk rayu supaya kau beli kereta. Bukan sekadar oleh salesman, malahan bank pun galakkan kau beli kereta. Sebab membeli kereta adalah pelaburan jangka panjang yang untung untuk bank dan syarikat penjual kereta, tapi once kau dah beli kereta, owner sebenarnya akan mengalami kerugian yang meningkat tahun ke tahun. Benda camni kau takkan dapat tau dalam brochure loan kereta. Dalam brochure apa yang diorang ceritakan, adalah benda2 yang indah sahaja. WOW! ZERO DOWNPAYMENT! WOW! TAHUN PERTAMA INSTALLMENT BULANAN RENDAH GILA! Itu semua adalah fantasi yang dijual kepada pengguna dan yang sedihnya, ramai yang termakan pujukan fantasi bullshit ni. Tak ada orang yang akan kata, membeli kereta adalah pelaburan yang bijak. Tak kiralah kau beli kereta mahal atau kereta kurang mahal (Malaysia mana ada kereta murah bro!) kereta bukanlah investment. Jika ada pakar ekonomi yang menyarankan agar rakyat membeli kereta sebagai satu bentuk investment, dia sebenarnya salesman kereta. Mangsa paling ramai, fresh graduate. Kau bukak website bank, banyak gila pakej yang memudahkan kau beli kereta. Bunyinya pada awal memang mudah. Tak perlu bayar downpayment, tak perlu bayar 3 bulan pertama, nilai installment yang rendah pada 3 tahun pertama...tapi once kau dah sign semua perjanjian yang perlu dan kau gunakan kereta kau 3 bulan, barulah kau sedar, kau

sebenarnya tak mampu pakai kereta. Kau nak buat apa lagi? Nilai kemampuan membeli kereta yang digunakan oleh rakyat Malaysia selalunya hanya bergantung dengan nilai installment yang perlu dibayar bulan-bulan. Kita tengok sebulan berapa kena bayar, kemudian kita terus claim diri kita mampu bayar. Tapi itu tak masuk lagi kos minyak, kos tol, kos insurans dan kos maintenance. Ada diorang cerita pada kau semua ni sebelum kau beli? Mana ada! Yang diorang cerita hanyalah installment rendah bulan-bulan. Aku bulan2 minyak aku, RM250 ke RM300 average nya. Cuba kita kira balik kos sebenar bulanan supaya kau mampu beli sebuah kereta. Katakanlah, kau beli Proton Saga...installment bulan2 RM450. Bunyi dia sedap...sikit aje RM450 ni...tapi kos sebenarnya adalah ; 1. Installment bulanan - RM450 2. Minyak - RM150 3. Insurans dan Road tax (sebulan saving 10% hingga cukup) - RM120 (insurans dalam Rm1200 setahun) 4. Tol - RM50 5. 3 bulan sekali servis - RM180 jadi sebulan kena save RM60. Itu baru interval servis. Belum masuk major servis supaya kau dapat maintain warranty.... Berapa total sebulan untuk kos ownership kereta? RM830! Itu baru Proton Saga! Gaji kau Rm300 pun kau akan struggle untuk bayar tu. Lagilah nak kumpul duit nak kahwin lagi. Kau nak saving lagi. Dan terimalah hakikatnya, dalam keadaan ekonomi sekarang ni, saving is better than spending. Satu benda yang kerajaan Malaysia buat2 tak paham....kalau dah tak ada duit, hidup la macam orang takde duit. Kerajaan suruh kita ubah gaya hidup...aku nasihatkan kerajaan ubah gaya mentadbir. .................

Dan sekarang ni, cuba bila kau jalan2, cuba kira, berapa banyak kedai kereta second hand yang kau nampak? Berlambak-lambak macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ini menunjukkan pasaran kereta baru di negara kita sangatlah rancak sehinggakan banyak kereta downgrade jadi second hand di Malaysia. Penjualan kereta di Malaysia dah jadi terlalu mudah dibeli oleh orang ramai. Tapi apa kita nak buat dengan kereta second hand yang berlambak-lambak tu? Jepun tolak kereta second hand diorang dekat kita dan orang kita berebut beli. Tapi siapa yang beli kereta second hand kita? Entahlah. Pada aku, ada berlaku kesilapan yang telah dilakukan bila kerajaan terlalu menggalakkan orang ramai beli kereta baru sehinggakan untuk jangka masa panjang, mekanisme untuk mengawal bilangan kenderaan di Malaysia ni masih lagi tidak diwujudkan. Kereta baru akan makin banyak

keluar dari kilang, kereta lama akan ditolak dan tersadai kat kedai second hand. Cadangan aku, jika kita boleh ambik kereta import luar dan dijual oleh authorized dealer macam BMW buat (BMW start jual kereta re-cond untuk tampung permintaan market) kenapa tidak Perodua atau Proton lakukan benda yang sama? Wujudkan skim pembelian semula kereta dengan pemberian rebate (macam Proton pernah buat dulu) tapi kemudiannya...dijual balik selepas replacement parts dan inspection dilakukan oleh Perodua atau Proton sendiri di bawah satu skim dengan value yang jauh lebih murah dan memudahkan siap warranty lagi. Cukup 15 tahun usia kereta, lupuskan dia. Kereta second hand sekarang tak laku sebab loan susah nak dapat, kalau dapat pun interest berasap telinga jadi kenapa tidak diwujudkan mekanisme yang melibatkan pengeluar kereta sendiri dan juga pihak bank? At least kita boleh recycle balik kereta. Harga pun tak la membebankan sangat pembeli kereta pertama harapnya. Tapi itu semua impian aku aje la. Aku rasa pihak pengeluar kereta sendiri tahu, kos untuk wujudkan skim macam tu tak berbaloi because of the higher risk yang diorang perlu tanggung. Lagipun, mungkin, diorang sendiri lebih tau lifetime sebenar produk diorang.....hahaha. Walaubagaimanapun, kita perlu sedar, kereta perlukan tanah sebagai parking. Sampai satu masa, bila keadaan dah jadi di luar kawalan, mungkin kita kena beli tanah hanya untuk parking kereta. Rumah tanpa porch kereta? Mungkin wujud satu hari nanti. Kereta dah terlalu banyak dan ruang untuk simpan dah jadi makin limited. Setiap tahun ada 2 juta kereta baru bertambah atas jalan raya. Kenapa tak implement strictly akta pelupusan kereta? Usia kereta 10 tahun, 15 tahun, perlu dilupuskan (kereta antik lain lah) Pada aku, banyak benefitnya for the long term. Satu, sale kereta akan konsisten. Dua, masalah parking dan space akan dapat dikawal. Tiga, kita boleh forecast berapa jumlah kereta atas jalan raya setiap tahun. Empat, nilai duti kenderaan dapat diturunkan. Lima, jumlah kutipan cukai kerajaan mengikut jualan dapat dirancang kerana kita lebih mampu merancang jumlah jualan dan pelupusan. Cuma mungkin cara melupuskan kereta tu la yang akan jadi kos yang agak besar tapi kalau kau bagi aku pilihan, sama ada nak menghadapi masalah macam mana nak lupuskan kereta atau masalah jam macam cilaka sebab kereta banyak atas jalan dan penuh kereta second hand di bahu jalan, aku prefer solusi yang create space. Dah la Jepun hantar kereta diorang kat kita, Korea pun hantar kereta second hand diorang kat kita, sekarang German pun dah start benda yang sama, kau tak terasa ke Malaysia ni macam tong sampah kereta? Once kereta tu dah sampai Malaysia, masalah lepas2 tu bukannya masalah diorang. Tu semua dah jadi masalah kita. Siapa yang nak kita persalahkan nanti? Kau beli kereta recon bunyi memang la

sedap. Bawak sedap, dah kereta mewah. Tapi long termnya, apa jadi selepas kau tak nak lagi kereta kau tu? Nak hantar balik Jepun? Diorang sendiri pun tak galakkan rakyat diorang memandu...kenapa kita pulak yang tergila-gila nak beli?

PETRONAS perjelas isu harga minyak


2013/09/05 - 06:38:55 AMCetakEmel Kawan

Kuala Lumpur: PETRONAS tampil menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat, bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum lebih murah seperti gasoline dan diesel, jika ia mengeluar dan menggunakan sendiri minyak mentahnya. Perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, adalah bahan yang sangat mahal. Oleh itu, dengan mengeksport Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan domestik, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya dan pada masa sama memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.

Rasionalisasi subsidi PETRONAS dalam satu kenyataan malam tadi, mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat. Mereka berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya. Ini bertentangan dengan Arab Saudi dan negara Asia Barat yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar. Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada harga AS$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding Brent blend pada harga AS$115.38 pada hari sama. PETRONAS berkata, harga runcit semasa produk petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak mentah. Katanya, perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan. Harga minyak mentah kini semakin meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan keselamatan di Asia Barat seperti Mesir dan Syria. Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana disubsidikan kerajaan.

Subsidi besar adalah perbelanjaan yang tidak berkekalan dalam jangka panjang, selain itu ia menyebabkan penggunaan tenaga tidak berhemat dan tidak cekap, kata PETRONAS. BERNAMA

Bekas Pegawai Tertinggi Polis Dedah Bekas Ketua Kongsi Gelap Jadi Ahli Politik
Posted by Addin Deen at 9/05/2013

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang. Katanya beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini. Katanya bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara. Beliau yang ditemui Bernama di Kuala Lumpur, bagaimanapun tidak mendedahkan identity pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu. Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini. Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan. "Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat," katanya. Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran

dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya. Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi. Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur. Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan. Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas. Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram ah long dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran. Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik. Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti. "Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram," katanya. ~the malaysian insider