Anda di halaman 1dari 3

Karangan Catatan Harian 1.Karangan ini merupakan karangan mencatatkan aktiviti harian atau sesuatu peristiwa mengikut kronologi.

2.Format catatan a. Mencatatkan hari,tarikh,dan masa sesuatu peristiwa atau aktiviti. b.Catatan disusun mengikut urutan. c.Catatan ringkas tetapi padat dan isi tidak perlu dihuraikan panjang lebar. Karangan Contoh 1 Pada cuti sekolah yang lalu ,kamu membuat perjalanan menaiki kereta api buat kali pertama dalam hidup kamu.Tuliskan catatan perjalanan kamu itu. Sabtu,12 Jun 2009

9.00 pagi Abang dan kakakku menghantar aku ke Stesen Kereta Api Kuala Lumpur untuk kembali ke Kulim.Ayah dan ibu akan menanti ketibaanku di Kulim nanti.

9.30 pagi Kereta api mula bergerak meninggalkan bandar raya Kuala Lumpur.Suasana dalam kereta api agak selesa.Penumpang kereta api pada hari itu agak ramai kerana cuti persekolahan hampir berakhir. 11.00 pagi Perutku berasa lapar.Aku mengambil bekal yang aku masukkan didalam beg galasku tadi.Bekal itu disediakan oleh kakak pada pagi tadi.Kakak telah menyediakan nasi lemak berlaukkan rendang ayam. 1.30 tengah hari Kereta api melalui Tasik Bukit Merah.Aku dapat menyaksikan keindahan tasik yang mempersona mata memandang.Air tasik yang kebiru-biruan dan beralun-alun dipuput bayu amat mengasyikan. 3.00 petang Akhirnya aku tiba di Stesyen Kereta Api Bukit Mertajam.Ibu dan ayah sudah menunggu ketibaanku.Aku memeluk ibuku.Aku amat bersyukur kerana tiba dengan selamat .