Anda di halaman 1dari 12

TAFSIR SURAH ANNABA AYAT 31-40

Ayat 31
Ayat 31:
Taqwa. Hanya orang yang bertaqwa yang dapat petunjuk merujuk kepada surah al-Baqarah ayat 2 hingga 5. Taqwa boleh dikatakan sebagai kuat dan tahan diuji. Muttaqin yakni orang-orang yang bertaqwa perlu mempunyai kekuatan dalaman. Kekuatan ini boleh dibina melalui zikir. Kurang berzikir menyebabkan ruh kekurangan rasa sayangkan Allah.

Ayat 32
Ayat 32:
Allah menjanjikan taman-taman. Secara psikologinya, manusia suka akan tempat yang tenang dan cantik. Di dalam quran, banyak kali Allah menyebut tentang anggur. Kenapa dan mengapa hanya Allah Maha Mengetahui. Ada pendapat mengatakan bahawa untuk mengikut masyarakat Arab pada masa dahulu. Namun, walau apa pun, manusia memang suka akan buah-buahan.

Ayat 33
Ayat 33:
Sebaya. Ada hujah mengatakan bahawa di syurga, semua akan sebaya, tiada yang lebih muda dan tiada yang lebih tua.

Ayat 34
Ayat 34:
Gelas sentiasa penuh dan tidak putus-putus. Susah bagi manusia untuk membayangkan keindahannya syurga kerana imaginasi manusia adalah terbatas.

Ayat 35
Ayat 35:
Muttaqin akan berasa terganggu dengan umpatan, benda-benda yang dusta dan kosong. Tetapi manusia mudah terpesona dan terusik dengan gosip-gosip.

Ayat 36 & 37
Ayat 36:
Bagi Muttaqin apa yang Allah berikan sudah cukup dan sempurna (dari segi kebergantungan) yang tidak perlu ditambah lagi.

Ayat 38
Ayat 38:
Ruh. Ada dua pendapat tentang perkataan ruhdi sini. Pertama, pendapat yang mengatakan bahawa perkataan itu dimaksudkan sebagai Bani Adam (manusia). Pendapat kedua pula merujuk ruh sebagai gelaran kepada malaikat Jibril. Manusia, malaikat dan termasuk semua makhluk Allah tidak berkata pada hari itu kecuali diizinkan (semua patuh kepada Allah) dan hanya bercakap perkara benar sahaja.

Ayat 39
Ayat 39:
Sebagai kesimpulan kepada yang mempersoalkan hari kebangkitan dan apa yang Allah sudah terangkan dalam ayat-ayat sebelum ini. Maka kepada sesiapa yang menghendaki, maka mereka akan mencari Allah sebagai tempat pergantungan.

Ayat 40
Ayat 40:
Allah mengingatkan bahawa Allah telah memberi peringatan, Allah sudah member penerangan dan Allah sudah menurunkan rasul-rasul dan al-Quran. Di akhirat nanti, semua manusia akan menerima buku rekod masing-masing sama ada melalui tangan kanan atau kiri.

sambungan:
Orang kafir akan mendapat keputusan yang buruk, maka mereka pun berkata lebih baik hanya dijadikan sebagai tanah. Di sini, Allah mahu menghina orang kafir apabila mereka berkata sedemikian.

Isilah hidup ini dengan sebaikbaiknya dan dengan amanah.

SYUKRAN.=]