Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu hari sewaktu kamu pulang dari sekolah,kamu telah terlihat seorang wanita telah diragut.

Tuliskan tindakan-tindakan kamu untuk membantu wanita tersebut Pada hari Ahad yang lalu,saya berjalan kaki pulang dari sekolah.Oleh sebab cuaca sangat panas,saya mengambil keputusan menyusuri ruang pejalan kaki di hadapan kedai untuk pulang ke rumah. Ketika melintas sebuah kedai,tiba tiba saya terdengar suara seorang wanita yang kebetulan berjalan di hadapan saya menjerit meminta tolong.Serentak dengan jeritannya,saya melihat seorang lelaki telah meragut beg wanita tersebut. Tanpa membuang masa,saya terus mengejar lelaki itu.Sampai di suatu lorong sempit,lelaki itu tidak dapat berlari dengan pantas lagi.Sepantas kilat,saya menarik baju lelaki itu dari belakang dan lelaki itu hampir tersungkur ke tanah. alau bagaimanapun,lelaki itu dapat juga melepaskan dirinya.Saya hanya berjaya menarik beg daripada tangannya.Saya memulangkan beg tersebut kepada wanita itu. Saya mendapati tangan wanita itu telah luka.Saya mengeluarkan sapu tangan lalu membalut tangan wanita itu.Selepas itu saya menemani wanita itu mendapat rawatan di klinik. anita itu mengucapkan terima kasih kepada saya.!ia memuji-muji akan kebaikan dan keberanian diri saya.Saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu wanita itu. "ontoh karangan upsr