Anda di halaman 1dari 2

Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menjayakan agenda

pembangunan insan. Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan pembimbing, pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah. Mereka seharusnya dilihat sebagai satu kerjaya mulia. Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang secara total, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan kesungguhan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Tanngungjawab sebagai seorang guru adalah melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang kita inginkan menjadi kenyataan. Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan berpendidikan tinggi tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan sahsiah setiap individu.. Hasrat untuk melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi JERI seperti mana dalam falsafah pendidikan boleh dicapai sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas dan bersedia

melaksanakan perubahan. Baik di sekolah menengah mahu pun di sekolah rendah panggilan untuk guru ini ada pelbagai seperti guru kaunseling, kaunselor dan sebagainya. Kementerian Pelajaran telah menyelaraskan dari segi panggilan ini sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Melalui surat-surat pemberitahuan, Kementerian telah menjelaskan nama dan tugas serta peranan sebenar guru bimbingan dan kaunseling. Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah memberikan perkhidmatan secara sepenuh masa dalam bidang bimbingan dan kaunseling di sekolah seperti mana guru-guru matapelajaran yang lain. Guru matapelajaran lain mengajar subjek masing-masing dan dalam Guru Bimbingan dan Kaunseling mereka sepatutnya secara sepenuh masa menjalankan tugas mereka membimbing dan kaunseling murid-murid. Antara tugas dan tanggungjawab mereka adalah menjalan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok, kerjaya, akademik, psikososial, kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri murid, pendidikan pencegahan dadah-rokok-HIV-AIDS serta pengurusan dan kaunseling.

Untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan dalam proses menolong klien, tahap perkembangan psikososial yang tinggi amat diperlukan bagi pelajar-pelajar kaunseling yang akan menjadi bakal kaunselor pada masa yang akan datang. Ini disebabkan seseorang yang telah mencapai tahap perkembangan psikososial yang lengkap akan memiliki personaliti yang baik dan sifat-sifat yang positif seperti percaya pada diri dan orang lain, berautonomi, bersikap inisiatif, berkeupayaan memperkembangkan kemahiran-kemahiran hidup, mengenal identiti din, dapat membina hubungan yang mesra dengan orang lain, menyumbang tenaga kepada orang lain dan masyarakat serta mencapai kesempurnaan ego. Sifat-sifat positif ini amat perlu bagi seseorang pelajar kaunseling yang ingin menjadi seorang kaunselor yang berkesan.
Sebaliknya, seseorang yang rendah tahap perkembangan psikososial, dia akan memiliki sifat-sifat yang negatif seperti tidak percaya pada diri dan orang lain, merasa diri memalukan, merasa keraguan, merasa diri bersalah, merasa rendah din, tidak jelas dengan identiti diri, mengasingkan diri dari orang dan merasakan diri seorang yang tidak berguna. Sifat-sifat negatif ini akan menghalang seseorang daripada menjadi seorang kaunselor yang berjaya.