Anda di halaman 1dari 7

SIMULASI Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah.

- Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid. - Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. - Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah - Contoh aktiviti Simulasi Contoh aktiviti : a) Memandu kapal terbang b) Menerima rawatan di wad kecemasan -

Simulasi
Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya: memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan. memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi. mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan. menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkahlangkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut. Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Teknik Simulasi
Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya dan sebagainya. Tegasnya, dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan. Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Teknik Sosiodrama dan Main Peranan. Kedua-dua jenis Simulasi ini mempunyai perbezaan yang tersendiri. Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang konflik dan mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan. Manakala Main Peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu, lima hingga ke enam minit. Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, murid-murid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut.

Kelebihan Teknik Simulasi 1. Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. 2. 3. Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid. Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul.

4. Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik. 5. Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif.

Kelemahan Teknik Simulasi 1. 2. Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon. Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton.

3. Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi. 4. Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan penonton. 5. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang mudah.

3.1.1 Kaedah Simulasi

Kaedah simulasi adalah sesuai digunakan dalam P&P berteraskan strategi pengajaran berasaskan tugasan. Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui tugasan dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang.

Terdapat beberapa ciri kaedah simulasi. Pertama, simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Murid belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Kedua, dalam kaedah simulasi, peranan murid agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang

dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan. Ketiga, murid dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), model simulasi mengandungi empat fasa iaitu orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan. Fasa orientasi merupakan fasa guru mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi serta memberikan gambaran umum tentang aktiviti dalam simulasi.

Dalam fasa kedua, murid akan diperkenalkan tentang peraturan, peranan murid, prosedur, cara mendapat skor serta matlamat simulasi. Guru akan mengagihkan peranan kepada setiap murid supaya mereka mengetahui peranan mereka.

Murid-murid akan mula melakukan simulasi dalam fasa yang ketiga. Pada fasa ini, guru akan bertindak sebagai pengadil dan jurulatih. Guru juga boleh memberhentikan proses simulasi buat seketika bagi mendapatkan maklum balas daripada murid, menilai prestasi dan memperjelas salah tanggapan yang berlaku semasa proses simulasi.

Selepas murid-murid menjalankan proses simulasi, guru hendaklah membuat perbincangan bersama murid tentang hasil pembelajaran dan refleksi daripada hasil aktiviti yang telah dijalankan. Ini adalah merupakan fasa yang keempat.

3.1.2 Aplikasi Kaedah Simulasi Bagi Mengajar Subjek Bahasa Melayu Tahun 6.

Katakan seorang guru yang ingin mengajar subjek bahasa Melayu tahun 6 dalam tajuk penulisan karangan jenis cerita. Pertama, guru akan memberikan salam kepada murid-murid dan mengambil kedatangan murid-murid. Guru bertanyakan khabar dengan murid-murid dan meminta mereka bersedia untuk meneruskan pembelajaran.

Guru meminta semua murid untuk datang ke hadapan untuk mengambikkertas undian kumpulan yang terdiri daripada nombor 1 hingga 6. Kemudian, guru memberitahu murid supaya berada dalam kumpulan mengikut nombor yang mereka

dapat. Cara pembahagian kumpulan ini membantu murid untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mencari ahli kumpulan masing-masing.

Kumpulan yang berjaya dibentuk dahulu diberi pujian dan hadiah oleh guru manakala kumpulan yang terakhir yang dapat dibentuk dikenakan denda untuk menyanyikan sebuah lagu. Melalui cara ini, murid akan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Peneguhan dan hukuman yang diberikan oleh guru ini amat berkait rapat dengan teori pelaziman operan B.F. Skinner. Dalam teori Skinner, peneguhan dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan negatif. Hukuman juga dibahagikan kepada dua iaitu hukuman beri dan hukuman tarik.

Hukuman beri mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan manakala hukuman tarik mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik (Noriati, 2009). Dalam kes tadi, kumpulan terakhir yang dapat dibentuk dikenakan hukuman beri iaitu mereka terpaksa menyanyikan sebuah lagu.

Proses pengajaran diteruskan dengan perlantikan seorang ketua bagi setiap kumpulan. Pemilihan ketua kumpulan adalah berdasarkan tarikh lahir. Murid yang paling tua automatik dilantik menjadi ketua. Kemudian, ketua kumpulan diminta untuk mencabut kad tugasan daripada guru. Dalam kad tersebut tercatat situasisituasi yang perlu dilakonkan oleh murid bagi setiap kumpulan.

Dalam masa yang ditetapkan, murid-murid perlu berbincang antara ahli kumpulan tentang watak-watak yang yang diperlukan. Guru perlu memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti perbincangan ini.

Kemudian, setiap kumpulan diminta melakonkan situasi-situasi yang dikehendaki dalam kad tugasan tadi dalam bentuk simulasi. Kumpulan yang tidak terlibat semasa simulasi dikehendaki mencatat idea-idea yang dikeluarkan oleh kumpulan yang melakukan simulasi. Proses ini diulang kepada kumpulan yang lain pula.

Selepas simulasi tamat, guru memberikan pujian bagi membangkitkan semangat murid-murid. Guru membuat refleksi bersama pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan. Di akhir pengajaran, guru meminta murid menulis satu karangan berbentuk cerita

berdasarkan mana-mana simulasi yang telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Guru menetapkan supaya murid-murid menyiapkan tugasan ini di rumah dan murid dikehendaki menghantar karangan ini pada keesokan harinya.

3.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN

Pertama, kaedah simulasi membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini demikian kerana dalam kaedah simulasi, semua murid perlu memberikan idea secara verbal. Kedua, kaedah simulasi membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif. Kaedah simulasi membolehkan murid berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. Kaedah simulasi ini juga dapat membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab, dimana para pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Teknik Simulasi
Pengertian Teknik Simulasi

Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakanakan. Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu. Simulasi dapat diartikan sebagai meniru suatu sistem nyata yang kompleks yang penuh dengan sifat probabilistik, tanpa harus mengalami keadaan yang sesungguhnya . Hal ini dapat dilakukan dengan membuat sebuah miniature yang representative dan valid denagn tujuan sampling dan survey statistik pada sistem nyata dapat dilakukan pada tiruan ini. Proses simulasi juga berhubungan dengan penyusunan tiruan sistem denagn menggunakan interaksi antar bilangan ramdom yang menuruti distribusi dari pola data tertentu. Sehingga diperlukan suatu distribusi tertentu untuk mensimulasikan suatu sistem. Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan.. Berdasarkan dari sumber-sumber yang didapat dapat diambil suatu kesimpulan bahawa simulasi adalah tiruan dari dari suatu system untuk melakukan eksperimen pada komputer yang menggunakan model tertentu untuk menjelaskan perilaku bisnis atau ekonomi pada suatu periode tertentu. Dan dari beberap sumber

mengenai definisi simulasi adalah sebagai berikut: (Banks (Banks 1998)). Simulasi adalah tiruan dari proses dunia nyata atau sistem. Simulasi menyangkut pembangkitan proses serta penga- matan dari proses untuk menarik kesimpulan dari sistem yang diwakili (Nailor (1966) dalam Rubinstein & Melamed (Melamed 1998)).Simulasi adalah tehnik numerik untuk melakukan eksperimen pada komputer, yang melibatkan jenis matematika dan model tertentu yang menjelaskan pri- laku bisnis atau ekonomi pada suatu periode waktu tertentu.

Kaedah simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasimembolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihandemi untuk menyelesaikan masalah .Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakanuntuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yangditimbulkan, yang mana masalahmasalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yangrumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.