Anda di halaman 1dari 29

Laporan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013/2014 Pada 4 Mac 2013, Dewan Aminuddin Bakhi Institut Pendidikan

Guru Kampus Tuanku Bainun telah menjadi tempat bagi majis penting iaitu Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2013/2014. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang sebaik sahaja ketibaan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tuan Haji Daud Bin Md Saman dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Majlis diteruskan lagi dengan pelantikan JPP baru yang mana Yang Dipertua perwakilan pelajar disandang oleh saudara Noor Syamim bin Noor Yawaris dari PISMP Matematik semester 3 manakala jawatan Naib Yang Dipertua I pula disandang oleh Nik Muhammad Hafizuddin bin Ismail dari PISMP Matematik semester 3 dan Naib Yang Dipertua II disandang oleh Nurul Hidayati Binti Manas. Selesai sahaja upacara pelantikan tersebut majlis diikuti dengan bacaan ikrar oleh JPP yang baru dilantik diketuai oleh Yang Dipertua Noor Syamim bin Noor Yawaris. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat dari Tuan Haji Daud bin Md Saman. Kemudian disusuli dengan ucapan Yang Dipertua. Majlis menutup tirai pada jam 5 petang dan diakhiri dengan 3 nyayian lagu dengan iringan muzik iaitu Lagu IPG Malaysia, Lagu Guru Malaysia dan Lagu Negeri Pulau Pinang.

Laporan Disediakn Oleh,

15 MAC 2013

........................................................ (MONES NATCHIA RUBINI A/P THIGARAJAN) Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013/2014 IPG Kampus Tuanku Bainun

Majlis Watikah Perlatikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013/2014