Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 1:

Literasi menggunakan definisikan bahasa sebagai untuk membaca dan menulis, atau keupayaan bertutur.

membaca,

menulis,

mendengar,

dan

Penguasaan literasi bahasa berperanan sebagai pelengkap kepada kewajaran individu sebagai seorang anggota masyarakatnya kerana kecelikan literasi dapat digunakan bagi melibatkan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Literasi bahasa juga dikatakan kenal atau celik huruf bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Seterusnya, kemahiran bacaan adalah satu kemahiran yang amat penting kepada semua. Ini kerana, pembacaan boleh dapat membuka dan juga memperluaskan pemikiran dan pengetahuan yang sedia ada pada seseorang dalam pelbagai bidang. Menurut Daniels dan Diack beliau mentakrifkan membaca adalah satu proses yang menterjemah huruf-huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkaian kata dan ayat-ayat kepada bunyi-bunyi yang bermakna. Manakala , Kemahiran Tulisan pula boleh didefinisikan sebagai lambang bunyi bahasa pindah kepada bentuk grafik dan satu proses memindahan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teratur bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta juga dijadikan alat berkomunikasi. Melalui pembacaan artikel , saya dapat mengenali prabacaan adalah satu tahap menyediaan para pelajar untuk membaca. Prabacaan mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran murid-murid dengan melakukan beberapa aktiviti-aktiviti. Menurut ahli Syed Abu Bakar (1994) prabacaan mengandungi beberapa kemahiran iaitu Kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Melalui pembacaan, saya dapat mengenalpasti masalah mengenal huruf di kalangan murid murid. Artikel ini, dapat membantu meningkatkan kemahiran murid untuk menyebut dan mengenalpasti huruf kecil melalui penggunaan Doh. Doh adalah salah satu bahan bantu mengajar boleh digunakan di sekolah. Melalui penggunaan doh dapat menarikh minat perhatian murid untuk mempelajari huruf dan juga dapat menyebut dan mengenal huruf. Selain daripada itu, kemahiran pengamatan dan pendengaran adalah salah satu kemahiran yang efektif kepada pelajar.

TUGASAN 1:

Tambahan pula,Pada awal peringkat perkembangan kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan dan bacaan. Pratulisan juga merujuk kepada aktiviti aktiviti melakukan untuk pergerakan tangan dan juga pergerakan mata serta melakukan latihan-latihan kordinasi tangan. Menurut Golden (1984), berpendapat mengenai

pratulisan adalah kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untuk mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Melalui pembacaan artikel, Aktiviti pratulisan memberi kesan dalam membantu kemahiran menulis huruf di kalangan kanak-kanak. Selain itu, juga dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam menulis huruf dengan melakukan beberapa aktiviti. Selaras dengan itu, Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan,

pengembalikan kepada semula. Menurut Syarif Alawiah Alsagoff (1983), dikatakan pemulihan adalah salah satu tindakan yang diambil utuk mengatasi masalah dalam pembelajaran. Pemulihan boleh dibahagikan kepada pemulihan baca dan pemulihan tulisan. Pemulihan bacaan adalah bermaksud tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir dalam membacaan. Melalui artikel, dapat diperhatikan jenis-jenis masalah membaca dan punca masalah membaca yang dihadapi oleh pelajar. Menurut chua (1977), definisikan bahawa pemulihan tulisan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid, yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan murid. Artikel yang kaji dapat dilihat cara mengenalpasti murid pemulihan, cara mengatasi masalah dalam tulisan dan juga

kaedah guru dapat menjalankan pengajaran pemulihan Tulisan semasa pembelajaran dan pengajaran.

TUGASAN 1:
Dalam hal ini juga, tajuk yang diberi kepada saya ialah Bengkel membuat rakaman bunyi-bunyian dengan menggunakan alat Perakam Digital. Definisi Rakaman Bunyi adalah seperti berikut iaitu proses memindahkan bunyi di persekitaran murid ke dalam pita rakaman. Proses ini boleh dilakukan di sekolah pada waktu tengah malam yang sunyi atau di dalam makmal khas di sekolah. Seterusnya, Alat perakam Digital definisikan sebagai Perakaman dan pengeluaran semula bunyi ialah inskripsi dan penciptaan semula elektrik atau mekanik gelombang bunyi yang biasanya digunakan untuk suara atau muzik. Terdapat beberapa jenis alat perakam dapat diguna sebagai bahan bantu semasa pembelajaran dan pengajaran dijalan iaitu perakam audio,kamera digital, telefon bimbit, komputer riba, dan sebagainya. Bengkel rakaman Bunyi-bunyian dengan menggunakan alat Perakam mengandungi tiga subtajuk iaitu Bunyi Alam, Bunyi Mekanikal dan membuat Asosiasi bunyi dengan abjad. Bunyi alam bermaksud bunyi-bunyi yang diperoleh di persekitaran manusia secara semula jadi, iaitu ciptaan Tuhan. Misalnya, bunyi kicauan burung, haiwan peliharaan, bunyi hujan ,Ombak, Hutan dan sebagainya. bunyi mekanikal pula, Bunyi yang terhasil dari pelbagai benda ciptaan manusia seperti bunyi kenderaan (Kapal Terbang ,Kereta Api ,Kapal ,Motorsikal), Bunyi lain-lain (muzik, Alat

Pertukangan,Pemotong Rumput). Membuat asosiasi bunyi dengan abjad pula cara memasukkan bunyi abjad dari Sound Gallery dan ulasan (Narration) ke dalam persembahan slaid PowerPoint. Bagi yang guna windows 7 pula, kemudahan Record Sound abjad yang ada dalam Power Point boleh digunakan untuk merakam suara terus ke dalam slaid yang telah siap dibina.

Tajuk saya ada lebih mengandungi kemahiran pengamatan dan pendengaran dalam prabacaan. Kemahiran mendengar amat penting kepada murid-murid kerana kesilapan mendengar akan memberikan kesan yang amat besar sama

ada kepada orang yang bercakap mahu pun kepada orang yang mendengar. Guru perlulah mengajar kemahiran mendengar kerana ia akan membantu murid-murid dalam memberikan fokus kapada pembelajaran dan kepada sebarang pekerjaan yang dilakukan.

TUGASAN 1:

Lebih penting lagi, saya mencadangkan pelbagai aktiviti. Salah satu aktiviti adalah Diskriminasi yang bertujuan aktiviti adalah melihat keupayaan murid-murid untuk mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan bunyi atau perkataan yang telah didengar untuk melaksanakan aktiviti ini, saya boleh menggunakan pita rakaman dan kad gambar sebagai bahan bantu mengajar. Contoh aktiviti diskriminasi yang sama adalah seperti saya memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi bunyi anjing jantan,anjing betina dan anak anjing. Arahan guru diberitahu kepada murid ialah Padankan bunyi anjing. Seterusnya, Contoh aktiviti diskriminasi yang berbeza guru meminta murid membunyikan haiwan yang ditunjukkan pada kad gambar yang diberi. Arahan kepada murid ialah bunyikan semua haiwan yang terdapat dalam ini.

Aktiviti kedua adalah. meneka bunyi yang didengar secara langsung dengan pandangan mata yang terhad atau mata di tutup. Aktiviti ini bertujuan melihat

keupayaan murid-murid, memperoleh atau mendapat makna dari pada apa yang telah didengar atau secara lisan. Aktiviti ini juga memerlukan murid mendengar dengan teliti, fokus dan berfikir dalam tempoh masa yang singkat sebelum membuat keputusan. Antara bunyi yang boleh diwujudkan untuk tujuan ini adalah bunyi alarm, bunyi

menurun air terjun, bunyi ketukan meja, bunyi letupan, ketukan tin, botol dan sebagainya.

Seterusnya aktiviti ingat dan teka membolehkan murid-murid mengingati apa jua yang telah di dengar, kemudian mengulaginya. Misalnya aktiviti permainan surat beratai di mana perlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Orang pertama akan

menyebut mesej asal yang diberikan guru secara bertulis. Kemudian orang yang pertama tadi akan menyampaikan mesej secara lisan kepada orang yang kedua, manakala orang yang kedua akan menyampaikannya kepada orang ketiga dan begitulah seterusnya. Orang yang terakhir akan menyampaikan secara lisan semula mesej yang diterima sebelum menyerahkan kepada guru. Tugas guru adalah menyemak dan membandingkan mesej yang diterima dengan mesej asal.

TUGASAN 1:

Selain itu, aktiviti Percantuman bunyi atau perkataan memerlukan murid mencantumkan bunyi -bunyi yang di dengar secara terasing, menjadi susunan

perkataan atau mencantumkan perkataan menjadi beberapa baris ayat yang lengkap. Antaranya aktiviti bercerita spontan di mana juruacara akan menyebutkan perkataan di awal, di tengah dan di akhir cerita. Untuk mengelakkan jalan cerita terpesong jauh, tema cerita diberikan sebelum acara bermula. Contohnya Pada suatu malam yang hening(ayat awal), terkejut apabila tiba-tiba seekor kerbau melintas jalan(ayat tengah), dan 'rupa-rupanya aku bermimpi di siang hari (ayat akhir).

Akhirnya, saya mencadangkan aktiviti Pendengaran Teknik Pelaziman. Aktiviti ini bertujuan supaya pelajar dapat menunjukkan kad warna setelah mendengar bunyi. Sebenarnya terdapat pelbagai teknik yang dapat digunakan dalam kaedah ini. Melalui cara ini pelajar akan diberikan kad berwarna yang berlainan warna bagi setiap kad. Guru akan menerangkan kepada murid mengenai kegunaan setiap kad berwarna bagi menentukan bunyi yang dihasilkan. Sebagai contoh kad yang berwarna merah adalah untuk bunyi mekanikal, manakala kad yang berwarna hijau adalah mewakili bunyi alam. Guru akan dapat melihat tahap kepekaan pendengaran kanak-kanak menerusi cara ini. Penggunaan jadual dapat diaplikasikan jika guru menggunakan cara ini. Sebagaimana Sekiranya pelajar dapat meneka bunyi dengan tepat maka guru boleh menambah bilangan kad warna dan jenisan bunyi dalam memberi aktiviti ini kepada pelajar.

Kelebihan Penyampaian Bahan Pengajaran melalui Pita Audio adalah sesuai digunakan bagi penuntut yang kurang cekap membaca. Bahan-bahan berbentuk audio juga dapat disusun melalui proses penyuntingan.Peralatan yang kecil seperti telefon bimbit dapat mudah alih kemana-mana jua. Tambahan pula, Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi. Mudah dipadam dan digunakan semula dan Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat disampaikan mengikut kadar masa tertentu. Boleh juga dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

TUGASAN 1:

Pada keseluruhanya, audio sememangnya merupakan salah satu media yang mampu menarik perhatian pelajar sekiranya digunakan secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun ia agak sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk praktikal, namun seseorang pendidik yang baik sewajarnya berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam proses pembelajaran. Dengan sedikit kemahiran dan kreativiti, seseorang pendidik itu mampu menghasilkan satu bentuk atau konsep pelajaran yang menggunakan audio sebagai salah satu media yang utama.