Anda di halaman 1dari 12

PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING DI GINJAL:

Darah dari aorta memasuki ginjal melalui saluran arteri

renal
Darah terus memasuki MEDULA dan darah ditapis Darah ditapis di kapilari darah yang sangat halus dan dikenali sebagai glomerulus Maka FUNGSI MEDULA: ________________________________________ Hanya molekul yang kecil sahaja yang ditapis keluar iaitu UREA, AIR dan GARAM MINERAL.

Hasil tapisan tersebut akan dikumpulkan di pelvis ginjal dan dikenali sebagai AIR KENCING. Maka FUNGSI PELVIS: Mengumpul air kencing

Bahan yang bersaiz besar seperti sel-sel darah merah dan protein akan terus meninggalkan ginjal dan memasuki vena renal. Air kencing yang telah terhasil akan memasuki ureter dan terus ke pundi kencing Air kencing akan disimpan sementara di dalam pundi kencing sehingga ia penuh Jika pundi kencing penuh, ia akan mengecut dan mengepam air kencing keluar dari badan melalui uretra.

Rawatan Kegagalan Ginjal / KIDNEY FAILURE


DIALISIS (Mesin dialisis) PEMINDAHAN BUAH PINGGANG /

KIDNEY TRANSPLAN

Mesin ini digunakan bagi membantu pesakit yang ginjalnya tidak berfungsi untuk menapis darah bagi menghasilkan air kencing. Pesakit perlu menjalani rawatan ini sebanyak dua atau tiga kali seminggu , ~ 8 hingga 10 jam.

Namun kaedah ini tidak boleh merawat pesakit dari pulih dari masalah kegagalan ginjal berfungsi
dan pesakit harus menjalani rawatan dialisis ini sepanjang hayat.

Bagaimana mesin dialisis berfungsi?


2 tiub di masukkan ke dalam salur darah pada lengan

pesakit Darah mengalir keluar dari arteri dan melalui salur /tiub yang direndam dalam larutan garam Bahan kumuh mengalir keluar daripada darah dan masuk ke dalam larutan garam melalaui liang-liang pada tiub. Darah yang bersih setelah ditapis mengalir balik ke dalam vena sist.peredaran darah pesakit

Kaedah ini merupakan pembedahan yang dilakukan oleh pakar perubatan di mana pesakit mendapat ginjal yang baru dari penderma. Penderma buah pinggang ini perlulah sesuai dengan pesakit. Setelah pemindahan dilakukan, pesakit akan sembuh dan tidak perlu melakukan hemodialisis. Namun, untuk mendapat ginjal yang sepadan adalah amat sukar.

Perkumuhan Dalam Tumbuhan

Tumbuhan tidak mempunyai organ perkhumuhan seperti manusia dan haiwan.

Oleh itu, ia menggunaka bahagian tertentu untuk menyimpan dan menyingkirkan bahan buangannya seperti DAUN, BUNGA, KULIT POKOK dan BUAH.

Tumbuhan akan sentiasa menyingkirkan tiga bahan utama: OKSIGEN, KARBON DIOKSIDA, WAP AIR. Semua bahan tersebut disingkir secara berterusan semasa:

i. Fotosintesis : Oksigen

ii. Respirasi : Karbon Dioksida


iii. Transpirasi : Wap air