Anda di halaman 1dari 22

SUBJEK TERAS RBT SEMESTER 2 PPISMP RBT TERAS 1) ASAS TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN 2) ASAS PERNIAGAAN DAN

N KEUSAHAWANAN 3) ASAS ELEKTRIK, ELEKTRONIK, SISTEM KAWALAN DAN ROBOTIK

GENERIK PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL STATISTIC ASAS MATEMATIK PENDIDIKAN MORAL WACANA PENULISAN BAHASA MELAYU

BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN LOGAM Dalam bidang kimia, logam adalah sejenis unsur yang bersedia untuk membentuk ion (kation) dan mempunyai ikatan logam. Logam-logam biasanya diterangkan sebagai sebuah kekisi ion-ion positif (kation) yang dikelilingi awan-awan elektron tak setempat. Logam adalah satu daripada tiga kumpulan unsur yang dikenalpasti melalui sifat-sifat pengionan dan ikatan, yang lainnya adalah metaloid dan bukan logam. Di dalam jadual berkala, satu garis pepenjuru yang dilukir daripada boron (B) kepada polonium (Po) membezakan logam dan bukan logam. Unsur-unsur pada garis ini adalah metaloid, kadang kala dipanggil ala logam; unsur-unsur ke sebelah bawah kiri merupakan logam-logam, manakala sebelah atas kanan adalah bukan logam.

Sebuah takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur valens yang bertindih pada struktur elektronnya. Takrifan ini membuka kategori tersebut kepada polimerpolimer logam dan logam-logam organik lain, yang telah direka oleh para penyelidik dan dimanfaatkan dalam peralatan teknologi tinggi. Bahan-bahan sintetik ini biasanya mempunyai ciriciri kepantulan kelabu keperakan yan terdapat pada unsur logam.

Unsur bukan logam adalah lebih berlimpah dalam alam semula jadi berbanding dengan unsur logam, tetapi terdapat lebih banyak jenis unsur logam dalam jadual berkala. Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum, perak, titanium, uranium, dan zink.

Alotrop-alotrop logam cenderung untuk bersifat berkilat, mulur, mudah ditempa, dan pengalir yang baik, sementara bukan logam secara amnya adalah rapuh (bagi bukan logam pepejal), kurang berkilau, dan merupakan penebat.

Sifat-sifat kekonduksiannya adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh setiap atom yang mengenakan pegangan longgar terhadap elektron terluar (elektron valens); maka, elektron-elektron membentuk awan di sekitar nuklei logam kation yang padat rapat.

Kebanyakan logam adalah secara kimianya kurang stabil, dan bertindak balas dengan oksigen dalam udara untuk membentuk oksida pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat setelah bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). Logam Alkali bertindak balas paling cepat diikuti dengan logam Alkali Bumi, kedua-dua kumpulan didapati pada kumpulan penghujung terkiri dalam jadual berkala. Logam peralihan mengambil masa yang lebih lama untuk teroksida (contohnya besi, tembaga, zink, nikel). Yang lainnya, seperti paladium, platinum dan emas, langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. Sesetengah logam membentuk lapisan pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi selanjutnya oleh molekul-molekul oksigen, seterusnya mengekalkan rupa kilauan dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad lamanya (seperti aluminium, sesetengah keluli, dan titanium). Oksida-oksida logam adalah bersifat bes (berlawan dengan bukan logam, yang bersifat asid).

Mengecat dan menganodkan logam adalah cara baik untuk mencegah kakisan.

ALOI Aloi-Aloi

Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalh lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Contoh-contoh aloi adalah keluli (besi dan karbon), loyang (tembaga dan timah), dan duralumin (aluminium dan tembaga). Aloi direka khusunya untuk aplikasi permintaan tinggi, seperti enjin jet, yang mungkin mengandungi lebih daripada sepuluh unsur. [sunting] Sifat-sifat Fizikal

Secara tradisional, logam mempunyai sifat-sifat fizikal tertentu: Ia biasanya berkilau, mempunyai ketumpatan tinggi, adalah mulur dan mudah ditempa, biasanya mempunyai titik lebur yang tinggi, biasanya keras serta dapat mengalirkan elektrik dan haba. Akan tetapi ini sebahagian besarnya kerana logam-logam yang mempunyai ketumpatan rendah, lembut dan mempunyai titik lebur rendah adalah juga reaktif, dan kita jarang sekali menemui logam-logam jenis ini dalam bentuk unsur kelogamannya. Logam mengalirkan bunyi dengan sangat baik.

KELENGKAPAN Jenis paku: Biasa, kotak, kemasan, panel, veneer, payung, berkepala dua, konkrit, bergelugur Jenis skru: Kepala rata, kepala bulat, kepala timbul, kepala segiempat Jenis bolt dan nat: Bolt mesin, bolt pedati, bolt gerigis Engsel: Muka tumpu, T, cangkuk dan simpai Tombol penarik: Pintu, tingkap, laci Pendakap Kuku: Bebola, bebola kembar, muka almari, perancis Selak: Laras, engkol, rata Kunci: Puting Penahan pintu hidraulik Kelengkapan gelangsar

ASAS PEMBINAAN PRODUK Peringkat 1 Tujuan atau fungsi kerja - Standard ukuran - Faktor ergonomik

Peringkat 2 Perkembangan idea - Keseimbangan idea (nisbah) - Bahan-bahan - Pembinaan produk : jenis penyambungan - kemasan - keselarasan: Kesesuaian reka bentuk dan warna dengan faktor persekitaran

Peringkat 3 - penyusunan idea

Peringkat 4 Lakaran kerja dan lukisan kerja - Lukisan ortografik - Lukisan isometrik - Lukisan perspektif - Lukisan persembahan

Peringkat 5 Pembinaan projek - Merancang kerja - Carta Gantt - Bahan - Kemasan

SIFAT-SIFAT BAHAN: KOMPOSIT 4. Kelebihan Bahan Komposit Bahan komposit mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan bahan konvensional seperti logam. Kelebihan tersebut pada umumnya dapat dilihat dari beberapa sudut yang penting seperti sifat-sifat mekanikal dan fisikal, keupayaan (reliability), kebolehprosesan dan biaya. Seperti yang diuraikan dibawah ini :

a. Sifat-sifat mekanikal dan fisikal Pada umumnya pemilihan bahan matriks dan serat memainkan peranan penting dalam menentukan sifat-sifat mekanik dan sifat komposit. Gabungan matriks dan serta dapat menghasilkan komposit yang mempunyai kekuatan dan kekakuan yang lebih tinggi dari bahan konvensional seperti keluli. - Bahan komposit mempunyai density yang jauh lebih rendah berbanding dengan bahan konvensional. Ini memberikan implikasi yang penting dalam konteks penggunaan karena komposit akan mempunyai kekuatan dan kekakuan spesifik yang lebih tinggi dari bahan konvensional. - Implikasi kedua ialah produk komposit yang dihasilkan akan mempunyai kerut yang lebih rendah dari logam. Pengurangan berat adalah satu aspek yang penting dalam industri pembuatan seperti automobile dan angkasa lepas. Ini karena berhubungan dengan penghematan bahan bakar. - Dalam industri angkasa lepas terdapat kecendrungan untuk menggantikan komponen yang diperbuat dari logam dengan komposit karena telah terbukti komposit mempunyai rintangan terhadap fatigue yang baik terutamanya komposit yang menggunakan serat karbon. - Kelemahan logam yang agak terlihat jelas ialah rintangan terhadap kakisan yang lemah terutama produk yang kebutuhan sehari-hari. Kecendrungan komponen logam untuk mengalami kakisan menyebabkan biaya pembuatan yang tinggi. Bahan komposit sebaiknya mempunyai rintangan terhadap kakisan yang baik. - Bahan komposit juga mempunyai kelebihan dari segi versatility (berdaya guna)yaitu produk yang mempunyai gabungan sifat-sifat yang menarik yang dapat dihasilkan dengan mengubah sesuai jenis matriks dan serat yang digunakan. Contoh dengan menggabungkan lebih dari satu serat dengan matriks untuk menghasilkan komposit hibrid.

b. Sifat-sifat mekanikal dan fisikal Kebolehprosesan merupakan suatu kriteria yang penting dalam penggunaan suatu bahan untuk menghasilkan produk. Ini karena dikaitkan dengan produktivitas dan mutu suatu produk. Perbandingan antara produktiviti dan kualiti adalah penting dalam konteks pemasaran produk yang dipabrikasi. Selain dari itu kebolehprosesan juga dikaitkan dengan keberbagai teknik fabrikasi yang dapat digunakan untuk memproses suatu produk. Adalah jelas bahwa bahan komposit dibolehprosesan dengan berbagai teknik fabrikasi yang merupakan daya tarik yang dapat membuka ruang luas bagi penggunaan bahan komposit. Contohnya untuk komposit termoplastik yang mempunyai kelebihan dari segi pemrosesan yaitu ianya dapat diproses dengan berbagai teknik fabrikasi yang umum yang biasadigunakan untuk memproses termoplastik tanpa serat.

c. Biaya Faktur biaya juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu perkembangan industri komposit. Biaya yang berkaitan erat dengan penghasilan suatu produk yang seharusnya memperhitungkan beberapa aspek seperti biaya bahan mentah, pemrosesan, tenaga manusia, dan sebagainya.

JENIS BAHAN MENTAH : GETAH Getah Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Susu getah dikutip dari pokok getah yang ditoreh Getah merupakan sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil dari koloid (dikenali sebagai susu getah atau lateks) dalam sap beberapa jenis pokok, antaranya adalah pokok Getah. Terdapat juga getah tirun yang dihasilkan secara sintetik.

Penanaman

Sistem ladang Ladang dengan keluasan lebih 40 hektar dusahakan oleh majikan dari England, Perancis, Belanda dan Australia. Rumah pekerja dibina dan pekerja dibawa dari Sri Lanka dan India. British telah menjajah India sejak sekian lama.

Kebun kecil Kawasan kurang 40 hektar disebut kebun kecil. Lebih 40 hektar disebut ladang. Biasanya kebun kecil getah hanya 1 hingga 5 hektar sahaja. Kira-kira 500,000 pekebun kecil memiliki 1,240,000 hektar kawasan getah. Iaitu 73.4 % dari jumlah kawasan getah di Semenanjung Malaysia. 1984 Semenanjung Malaysia mengeluarkan 1,486,025 tan metrik getah. kira-kira 60 % dari keluaran ini disumbangkan oleh sektor kebun kecil. Biasanya pekebun kecil tinggal berdekatan dengan kawasan pokok getah. Setelah 6 tahun ditanam, pokok getah bolehlah ditoreh.

Bentuk

Kepingan getah dijual kepada pembeli tempatan. Susu getah menjadi beku dengan mencampur asid formik, digelek dalam mesin penggelek. Kepingan getah yang diasap di rumah asap dijadikan getah asap keping berbunga .

Susu getah cair dipanggil lateks. Lateks dijual kepada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC), sebuah agensi kerajaan.

Agensi kerajaan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menggalakkan pekebun kecil membangunkan kebun secara kelompok. Bantuan penanaman semula diberikan. Kontraktor dilantik untuk membantu menanam getah di kawasan terbiar dan pokok getah tua.

Kegunaan

Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.

Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geselan. Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar.

Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.

Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah.

Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah.

Masa depan

Pada suatu masa, getah sintatik bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta.

Harga getah sintatik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal. Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang. Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.

JENIS BAHAN MENTAH : KERTAS Kertas Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sekeping kertas Kertas adalah bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa. Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakannya kayu lembut) seperti spruce, tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen, dan hem boleh digunakan.

Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream). Tepi helaian kertas mampu bertindak sebagai gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.

Penghasilan

Kilang kertas International Paper Company, terletak di Georgetown, Carolina Selatan

Sama ada dihasilkan dengan tangan atau dengan mesin, proses menghasilkan kertas membabitkan tiga langkah mudah:

Penyediaan gentian Bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas dihancurkan menjadi pulpa, campuran gentian pekat terampai dalam cecair. Oleh kerana kebanyakan gentian ini dihasilkan dari sumber semulajadi, proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan. Apabila gentian telah dihasilkan, ia akan diluntur atau diwarnakan bagi menukar gambaran barangan akhir.

Dibentuk menjadi kepingan Campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air menjadikan ampaian cair. Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk jaringan bergentian. Tera air boleh ditekan kepada kertas pada tahap ini. Jaringan bergerak ini ditekan dan dikeringkan menjadi golongan kertas panjang.

Dalam proses menggunakan acuan, sejumlah pulpa diletakkan dalam bentuk, dengan asas berjaring (atau sebarang peranti penapis lain), dengan itu gentian tertinggal selapis atas jaring dan air berlebihan akan dikeringkan. Pada masa ini, tekanan boleh digunakan bagi menghilangkan air melalui tindakan tekanan. Kertas kemudian boleh dikeluarkan daripada acuan semasa basah atau kering untuk diproses lebih lanjut.

Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses berterusan (Fourdrinier) untuk membentuk gelungan atau jaringan. Apabila dikeringkan, jaringan berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi dengan memotongnya pada saiz yang diingini. Saiz kertas piawaian ditetapkan oleh badan penyelaras seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International Organization for Standardization) (ISO).

Pengeringan Kertas mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa pengilangan (kertas kering lebih kukuh berbanding kertas basah, dengan itu ia lebih baik untuk mengekalkan kertas kering untuk menghalang ia putus dan menghentikan baris pengeluaran). Kadangkala kertas masih putus di mana ia akan ditukar menjadi pulpa dan diproses semula.

Kegunaan

Pemotong kertas untuk digunakan bagi menulis atau mencetak : kepingan kertas ini menjadi dokumen; ini boleh dijadikan bagi menyimpan rekod (atau dalam kes mencetak dari komputer atau menyalin dari kertas lain: rekod tambahan) dan untuk perhubungan; lihat juga membaca. Juga kertas mewakili nilai sebagai: wang kertas nota bank cek keselamatan bauchar tiket Dalam kes sedemikian, sukar membuat salinan yang tidak dapat dibezakan dari yang tulin, ini bagi mengelakkan salah guna. Dokumen rasmi dan penyata persendirian yang dihasilkan dengan menggunakan komputer akan diletakkan ke dalam sampul surat berlainan oleh "mesin bursting". Kertas bercetak boleh dijilidkan dll. untuk menghasilkan buku, risalah, majalah, akhbar, dll.; dysphemism untuk edisi sedemikian adalah "edisi pokok mati", berbanding pilihan lain seperti fail dalam cakera keras (dicapai dari dekat atau jauh melalui internet), CD-ROM, cakera, etc. Fail komputer boleh ditukarkan kepada dokumen kertas dengan mencetak, menggunakan pencetak. Yang sebaliknya boleh dilakukan dengan menggunakan pengimbas, dan diikuti oleh pengecaman huruf optik (optical character recognition) atau OCR. untuk bungkusan: sampul surat tisu pembalut kertas dinding untuk mencuci (lihat juga tisu, Kleenex): kertas tandas tuala tangan

tuala kertas pelbagai cucian di dapur, dll. untuk pembinaan papier-mch origami Sejarah

Kertas dalam perkataan Inggeris - paper diambil daripada bahan penulisan Mesir silam yang dikenali sebagai papirus, yang dijalin daripada pokok papirus. Papirus dihasilkan seawal 3000 SM di Mesir, dan kemudiannya di Greece dan Rome silam. Lebih ke utara, parchment atau velum, yang diperbuat daripada kulit biri-biri atau kulit anak kambing, menggantikan papirus yang memerlukan keadaan cuaca sub-tropika untuk tumbuh. Di China, dokumen biasa ditulis di atas kepingan buluh, menjadikan ia sebagai sangat berat untuk dipindahkan. Kadang-kala sutera digunakan, tetapi biasanya terlampau mahal untuk digunakan secara meluas. Kebanyakan bahan di atas jarang didapati dan mahal harganya.

Pegawai istana China, Cai Lun menggambarkan kaedah penghasilan kertas moden pada 105 M; dia merupakan orang pertama menyebut kaedah menghasilkan kertas dari cebisan kapas.

Sumber lain meletakkan penciptaan kertas di China pada 150 SM. Ia merebak dengan perlahan di luar China; kebudayaan Asia Timur lain, walaupun setelah mengunakan kertas, tidak dapat memikirkan dengan sendiri bagaimana menghasilkannya; arahan mengenai proses penghasilan diperlukan, dan orang-orang China enggan berkongsi rahsia. Teknologi ini pertama sekali dipindahkan ke Korea pada 600 dan kemudian disebarkan ke Jepun oleh paderi Buddha Korea, Dam Jing, pada tahun 625, di mana gentian (dipanggil bast) daripada pokok mulberi digunakan. Selepas perdagangan dan kekalahan China dalam Pertempuran Talas, ciptaan kertas tersebar ke Timur Tengah, di mana ia digunakan di India dan kemudiannya oleh orang-orang Itali sekitar abad ke-13. Mereka menggunakan gentian hem dan cebisan linen.

Sesetengah sejarahwan meramalkan bahawa kertas merupakan unsur utama dalam kemajuan kebudayaan sejagat. Menurut teori ini, kebudayaan China kurang maju berbanding Barat pada masa silam kerana buluh (walaupun disebabkan buluh banyak tersedia merupakan sebab utama buluh digunakan dan bukannya kerana kemajuan sains) adalah bahan penulisan yang sukar digunakan berbanding papirus; kebudayaan China maju semasa Dinasti Han dan abad berikutnya disebabkan ciptaan kertas; dan kemajuan Europah semasa Renaissance disebabkan pengenalan kertas dan mesin cetak.

Kertas kekal sebagai bahan mewah sepanjang abad, sehingga kedatangan mesin pembuat kertas berkuasa wap pada abad ke-19, yang mampu menghasilkan kertas dengan gentian daripada habuk kayu. Walaupun mesin lebih awal telahpun dicipta, mesin pembuat kertas Fourdrinier menjadi asas kepada kebanyakan pembuat kertas moden. Bersama dengan penciptaan pen berdakwat yang praktikal dan pensil yang dihasilkan secara pukal pada masa yang sama, dan bersama dengan mesin cetak berputar berkuasa wap, kertas berasaskan kayu mendorong perubahan utama ekonomi dan masyarakat abad ke-19 di negara industri. Sebelum era ini buku atau akhbar merupakan objek mewah yang jarang dan buta huruf merupakan kebiasaan bagi kebanyakan orang. Dengan pengenalan beransur kertas murah, buku sekolah, cereka dan bukan-cereka, dan akhbar perlahanlahan mudah didapati oleh kesemua ahli masyarakat pengilangan. Kertas murah berasaskan kayu juga bererti menyimpan diari persendirian atau menulis surat bukan lagi hanya untuk segolongan tertentu dalam masyarakat yang sama. Pekerja pejabat atau pekerja kolar putih perlahan-lahan lahir dari perubahan ini, yang dianggap sebagai sebahagian revolusi pengilangan.

Malangnya, kertas berasaskan kayu lebih berasid dan cenderung untuk berkecai apabila lama disimpan. Dokumen bertulis di atas kertas cebisan (rag) mahal lebih stabil. Kebanyakan penerbit buku moden sekarang ini menggunakan kertas bebas asid.

JENIS BAHAN MENTAH : KOMPOSIT Bahan komposit Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Bahan komposit (atau komposit) merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan. Salah satu bahan biasanya gentian yag kukuh seperti gentian kaca, kevlar atau gentian karbon yang memberikan bahan tersebut kekuatan tensil, sementara bahan lain (dinamakan matriks) biasanya sejenis bahan berdamar seperti polyester atau epoxy yang memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras dan kukuh. Ada bahan komposit yang menggunakan aggregrat selain daripada, atau bersama-sama gentian.

Contoh bahan komposit:

Plastik diperkukuhkan dengan kaca atau GRP komposit matriks logam komposit matriks seramik Perisai Chobham (lihat perisai komposit) papan lapis

Bahan komposit

Bahan komposit (atau komposit) adalah suatu jenis bahan baru hasil rekayasa yang terdiri dari dua atau lebih bahan dimana sifat masing-masing bahan berbeda satu sama lainnya baik itu sifat kimia maupun fisikanya dan tetap terpisah dalam hasil akhir bahan tersebut (bahan komposit).

Keunggulan bahan komposit

Bahan komposit memiliki banyak keunggulan, diantaranya berat yang lebih ringan, kekuatan dan kekuatan yang lebih tinggi, tahan korosi dan memiliki biaya perakitan yang lebih murah karena berkurangnya jumlah komponen dan baut-baut penyambung. Kekuatan tarik dari komposit serat karbon lebih tinggi daripada semua paduan logam. Semua itu menghasilkan berat pesawat yang lebih ringan, daya angkut yang lebih besar, hemat bahan bakar dan jarak tempuh yang lebih jauh.

Aplikasi bahan komposit

Militer Amerika Serikat adalah pihak yang pertama kali mengembangkan dan memakai bahan komposit. Pesawat AV-8D mempunyai kandungan bahan komposit 27% dalam struktur rangka pesawat pawa awal tahu 1980-an. Penggunaan bahan komposit dalam skala besar pertama kali terjadi pada tahun 1985. Ketika itu Airbus A320 pertama kali terbang dengan stabiliser horisontal dan vertikal yang terbuat dari bahan komposit. Airbus telah menggunakan komposit sampai dengan 15% dari berat total rangka pesawat untuk seri A320, A330 dan A340.[1]

Contoh material komposit

Plastik diperkuat fiber:

Diklasifikasikan oleh jenis fiber: Wood (cellulose fibers in a lignin and hemicellulose matrix) Carbon-fibre reinforced plastic atau CRP Glass-fibre reinforced plastic atau GRP (informally, "fiberglass") Diklasifikasikan oleh matriks: Komposit Thermoplastik long fiber thermoplastics or long fiber reinforced thermoplastics glass mat thermoplastics Thermoset Composites Metal matrix composite MMC: Cast iron putih Hardmetal (carbide in metal matrix) Metal-intermetallic laminate Ceramic matrix composites: Cermet (ceramic and metal) concrete Reinforced carbon-carbon (carbon fibre in a graphite matrix) Bone (hydroxyapatite reinforced with collagen fibers) Organic matrix/ceramic aggregate composites Mother of Pearl Syntactic foam Asphalt concrete Chobham armour (lihat composite armour) Engineered wood Plywood Oriented strand board Wood plastic composite (recycled wood fiber in polyethylene matrix)

Pykrete (sawdust in ice matrix) Plastic-impregnated or laminated paper or textiles Arborite Formica (plastic)

JENIS BAHAN MENTAH : KACA

Kaca merupakan bahan lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai, dan secara biologi merupakan bahan yang tidak aktif, yang boleh dibentuk menjadi permukaan yang tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat berguna. Komponen utama kaca ialah silika. Silika ialah galian yang mengandungi silikon dioksida. Nama IUPAC silikon dioksida ialah silikon(IV) oksida. Silika wujud secara semulajadi dalam pasir.

Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila bahan cair tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan cukup masa untuk jaringan kekisi kristal biasa terbentuk.

Kaca biasa biasanya terdiri daripada silikon dioksida (SiO2), yang merupakan sebatian kimia yang serupa dengan kuarza, atau dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika tulen mempunyai tahap lebur sekitar 2000 Selsius, jadi dua bahan lain sering dicampurkan kepada pasir dalam pembuatan kaca. Satu daripadanya adalah soda (sodium karbonat Na2CO3), atau potasy, setara dengan sebatian kalium karbonat, yang menurunkan tahap lebur kepada sekitar 1000 Selsius. Bagaimanapun, bahan soda menjadikan kaca larut, jadi kapur (kalsium oksida, CaO) merupakan bahan ketiga, ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.

Silikon(IV) oksida ialah molekul kovalen raksasa. Oleh itu, silikon(IV) oksida memerlukan banyak tenaga haba untuk mengatasi setiap ikatan kovalen antara atom dalam struktur raksasa. Maka, silikon(IV) oksida mempunyai takat lebur yang sangat tinggi, iaitu 1710 C. Dalam silikon(IV) oksida, setiap atom silikon diikat secara kovalen kepada 4 atom oksigen dalam bentuk tetrahedron dengan sudut antara ikatan 109.5 . Unit itu diulangi secara tidak terhingga dengan setiap atom oksigen terikat kepada 2 atom silikon untuk membentuk molekul kovalen raksasa seperti struktur berlian. Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila bahan cair tidak berkristal

disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan cukup masa untuk jaringan kekisi kristal biasa terbentuk.

Salah satu ciri kaca adalah ia lutsinar. Sifat lutsinar disebabkan kaca terdiri daripada bahan yang tidak mempunyai keadaan perubahan garisan atomik dalam tenaga cahaya. Juga disebabkan kaca adalah sekata pada tahap gelombang yang lebih besar daripada cahaya, ketidaksekataan menyebabkan cahaya terbias, menghalang pemancaran imej.

Kaca tulen boleh dijadikan begitu lutsinar sehinggakan beratus kilometer kaca boleh ditembusi gelombang cahaya infra dalam kabel gentian optik.

Kaca biasa mempunyai campuran bahan lain untuk mengubah cirinya. Kaca bertimah hitam adalah lebih berkilauan, kerana peningkatan index pantulannya, sementara boron ditambah bagi mengubah ciri terma dan elektriknya, seperti Pyrex. Menambah barium juga meningkatkan indeks pantulannya, dan serium digunakan dalam kaca yang menyerap tenaga infra. Logam oksida juga ditambah bagi menukarkan warna kaca. Peningkatan soda atau potash menurunkan lagi tahap lebur, sementara mangan ditambah bagi menyingkirkan warna yang tidak dikehendaki. Kaca berwarna dihasilkan dengan bercampur dengan sedikit oksida logam peralihan. Misalnya, oksida mangan akan menghasilkan warna ungu, oksida kuprum dan kromium memberikan warna hijau, dan oksida kolbalt memberikan warna biru.

Soda atau sodium karbonat, Na2CO3 yang menurunkan tahap lebur kepada sekitar 1000 C. Bagaimanapun, bahan soda menjadikan kaca larut, jadi kapur (kalsium oksida, CaO) biasanya ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.

Kaca kadang-kala terbentuk secara semulajadi daripada lava gunung berapi dalam bentuk obsidia.

JENIS BAHAN MENTAH : PLASTIK Plastik

PLASTIK

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: navigasi, gelintar

Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Nama ini berasal daripada fakta bahawa banyak daripada mereka dapat dilentur, memiliki sifat keplastikan. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.

Plastik dapat juga menuju ke setiap barang yang memiliki ciri-ciri yang deformasi atau gagal kerana ketegangan(lihat keplastikan (fizik) dan mulur). Plastik dapat dikategorikan dengan banyak cara tapi paling umum dengan melihat tulang-belakang polimernya (vinilklorida}, polietilena, akrilik, silikon, uretana, dll.). Pengkelasan lainnya juga umum.

Plastik adalah polimer; rantai-panjang atom mengikat satu sama lain. Rantai ini membentuk banyak unit molekul berulang, atau "monomer". Plastik yang umum terdiri dari polimer karbon saja atau dengan oksigen, nitrogen, klorin atau belerang di tulang belakang. (beberapa minat komersial juga berdasar silikon). Tulang-belakang adalah bahagian daripada rantai di jalur utama yang menghubungkan unit monomer menjadi satu. Untuk mengetahui ciri-ciri plastik kumpulan molekul berlainan bergantung daripada tulang belakang (biasanya "digantung" sebagai baghaian dari monomer sebelum menyambungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer). Penghasilan oleh kumpulan rantaian ini telah membuat plastik menjadi bahagian tak dapat dipisahkan dalam kehidupan abad ke-21 dengan memperbaiki ciri daripada polimer tersebut.

Pengembangan plastik berasal daripada penggunaan bahan semula jadi (seperti: karat, "shellac") hingga ke bahan yang diubahsuai secara kimia (seperti: karat semula jadi, "nitrocellulose") dan akhirnya ke molekul buatan-manusia (seperti: epoksi, polivinil klorida - PVC, polietilena). Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Plastik"

BAHAN PLASTIK

Material Plastik

Material plastik dapat dibagi menjadi 2, yaitu

* Thermoplastik * Thermoset

Material plastik yang paling penting:

- Polypropylene(PP) - karpet - Polyvinyl chloride(PVC) - paip - High Density Polyethilene(HDPE) - botol - Linear Low Density Polyethilene(LLDPE) - filem - Low Density Polyethylene(LDPE) - filem - Polyester, thermoplastic(PETE) - botol minuman ringan - Polystyrene(PS) - kaset - Phenolic - lem plywood

Bahan-bahan untuk membuat plastik:

1. Additive - Antioksidan: mencegah oksidasi yang memutus rantai polimer - Agen antistatik: menarik kelembaban permukaan supaya konduktif

- Pewarna: memberi warna atau efek seperti iluminasi - Coupling agents: memudahkan untuk menempel ke bahan lain - Curing agents: mempermudah penggabungan monomer kepolimer - Flame retardants: mempersulit plastik terbakar - Foaming/blowing agents: memberi gelembung udara atau foam - Penstabil panas: mengurangi pemecahan polimer karena panas - Penstabilan benturan: menguatkan plastik dari benturan - Pelumas: mengurangi gesekan plastik keperalatan dan tidak lengket - Nucleating agents: membantu pengkristalan polimer - Plasticizer: menambah fleksibilitas, menurunkan titik leleh, dan encer - Pengawetan: menjaga dari mikroorganisme- Pembantu proses: menaikkan produksi, memperbaiki permukaan (anti lengket) - Penstabil UV: mengurangi kerusakan akibat sinar Ultra Violet2.

2. Reinforcement

Bahan yang ditambahkan ke resin dan polimer untuk menambah kekuatan, daya tahan terhadap lenturan, dan kekerasan plastik.Reinforcement dibagi menjadi 2: - Lamina: memberi lapisan seperti fiber glas, kain, atau lembaran material sehingga menjadi seperti roti sanwidch. - Fibrous: mencampur dengan beberapa bahan seperti serat kaca, carbonaceous, serat polymer, serat inorganic, serat logam, dan serat hybrids.

3. Filler

Digunakan untuk mengisi sela-sela polimer dan mengurangi harga, tetapi kadang-kadang harga filler lebih mahal dari polimer.

Keluarga plastik juga merupakan bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia. Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis.

Termoplastik [Thermo Plastic] SIFAT - Boleh diacu (dibentuk) berulang kali melalui proses pemanasan dan penyejukan. - Tidak tahan haba CONTOH (KEGUNAAN) Politena untuk membuat beg plastik. Polisterina untuk membuat bekas makanan sejuk (Ta Pau). Polivinil Klorida/PVC untuk membuat paip air.

Plastik Termoset [Thermoset Plastic] SIFAT - Boleh diacu hanya sekali sahaja. - Tahan haba. CONTOH (KEGUNAAN) Bakelit untuk membuat soket elektrik. Melamina untuk membuat pinggan mangkuk. Gam Epoksi untuk membuat gam industri.

4. MASALAH PENCEMARAN

Kedua-dua polimer sintetik diatas tahan lama dan tidak mudah mereput [Non Biodegradable]. Oleh itu ia sangat mencemarkan alam sekitar jika tidak diurus dengan baik. Pencemaran yang berasal dari polimer sintetik menyebabkan :

* Longkang tersumbat yang seterusnya mengakibatkan banjir kilat serta pembiakan nyamuk.

* Kehidupan laut mati. Penyu yang menyangka bahan plastik adalah makanan boleh menyebabkan ia tercekik dan mati. Hidupan laut yang berharga itu akan pupus. * Pencemaran udara. Apabila bahan plastik dibakar ia akan menghasilkan gas toksik (beracun). Gas toksik ini menyebabkan penyakit seperti kanser. Gas ini juga menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Pembuangan serta penggunaan polimer sintetik perlu diurus dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti :

Kitar Semula. Semua polimer sintetik yang telah digunakan boleh dibawa kekilang untuk diproses semula kepada bahan yang berguna. Beg plastik boleh diguna semula. Had Menghadkan penggunaan plastik serta memilih untuk menggunakan bahan yang mudah "terbiodegradasi" (mereput jika dibuang) seperti kertas. Kerusi kayu boleh menggantikan kerusi plastik. Pelupusan Membakar bahan plastik dalam insinerator [Incinerator] supaya gas toksik yang dikeluarkan dapat dikurangkan.

KEPENTINGAN POLIMER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Walaupun polimer sintetik telah dikenalpasti sebagai bahan pencemar ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu pilihan dalam pembuatan bahan yang tahan lama dan dengan ini sangat murah. Ciri-ciri istimewanya seperti ringan telah menyebabkan terciptanya alat-alat seperti baldi, pasu bunga dan kerusi yang mesra pengguna. Oleh kerana negara kita menghasilkan bahan petroleum maka industri petrokimia telah menyumbangkan kepada pendapatan negara. Industri hiliran yang berasasaskan polimer sintetik penting dan telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada ekspot negara.