Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI, BANDAR ENSTEK, 71760 NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA PERMAINAN TADISIONAL


PERMAINAN KONDA KONDI

TEMPAT
PADANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TARIKH
1 MAC 2014

ANJURAN
MATHS 2 GUYS

1.0

NAMA PROGRAM
Karnival Permainan Tradisional Semester 5 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGM KPT) Permainan Konda Kondi.

2.0

PENDAHULUAN
Projek Permainan Tradisional adalah merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek (PJM 3112) iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi guru pelatih semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ). Kursus ini meliputi pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani termasuklah pengurusan permainan tradisional. Permainan tradisional merupakan permainan yang dipelopori dan dimainkan sejak zaman nenek moyang kita lagi dan ia diwarisi sehingga sampai kepada kita dari turun temurun. Namun begitu, dengan perubahan arus zaman milenium ini, permainan tradisional ini semakin dilupakan dan jarang dapat dilihat ia dimain oleh kanak-kanak sekarang.

Justeru itu, kami sebagai bakal pendidik seharusnya meningkatkan usaha bagi memartabatkan semula permainan tradisional ini supaya warisan ini tidak reput dek hujan, tidak lekang dek panas. Dengan mengadakan karnival ini, sedikit sebanyak ia dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada kami untuk belajar dan melengkapkan diri berkaitan dengan cara pengurusan, cara permainan dan cara penganjuran sesuatu karnival.

Melalui pengelolaan dan pengurusan Karnival Permainan Tradisional ini, ia dapat membantu dan memberi peluang kepada semua pelajar PISMP semester 5 secara amnya untuk membuktikan kemampuan serta kebolehan dalam merancang serta melaksanakan sebuah karnival permainan dengan baik.

3.0

MATLAMAT
Matlamat utama karnival ini adalah bertujuan untuk mendidik bakal guru semester 5 bagi melahirkan murid sekolah rendah yang mampu menghayati dan lebih mengenali warisan masyarakat dahulu melalui permainan tradisional terutamanya permainan Konda-kondi di samping mengetengahkan potensi diri dalam perkembangan fizikal. Selain itu, penganjuran karnival ini juga bermatlamat untuk memberi pengalaman kepada bakal guru dalam mengurus dan mengelola sesuatu karnival di mana ia akan dipraktikkan di sekolah nanti. Antara matlamat lain pula ialah : 3.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Teknik. 3.2 Mewujudkan satu perpaduan antara guru pelatih pelbagai kaum yang sangat erat dalam kalangan guru pelatih. 3.3 Membentuk satu budaya bersukan dalam kalangan guru pelatih. 3.4 Menyemai semangat cintakan sukan terutamanya permainan tradisional.

4.0

RASIONAL
Bagi melahirkan insan yang cemerlang, seimbang dalam aspek akademik dan kokurikulum serta membantu murid menjadi lebih produktif. Generasi sekarang merupakan aset penting bagi negara sebagai modal insan yang akan membentuk kemajuan negara pada masa hadapan. Justeru itu, profesionalisme sebagai seorang guru yang berkarisma sejajar dengan aspirasi Negara. Tanggungjawab ini haruslah dipikul oleh guru pelatih dalam menguruskan, mengendalikan, mentadbir, dan mengelola karnival ini dengan cemerlang. Kejayaan pelaksanaan projek ini bukan sahaja untuk memenuhi kehendak pro forma subjek PJM 3112, tetapi ia adalah berkaitan dengan aspek pembelajaran di mana ia menekankan aspek bermain sambil belajar.

5.0

OBJEKTIF
Di antara objektif-objektif yang ingin dicapai melalui karnival permainan tradisional ini ialah : 5.1 Memberi banyak pengetahuan kepada guru pelatih mengenai permainan tradisional. 5.2 Memberikan pengalaman kepada guru pelatih dalam mengendalikan pengurusan karnival permainan tradisional. 5.3 Memupuk integrasi nasional guru pelatih serta merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. 5.4 Melahirkan bakal guru yang aktif dan bertanggungjawab dalam menjayakan karnival ini.

6.0

PERMAINAN KONDA KONDI 6.1 Syarat Permainan


6.1.1 Permainan dimainkan oleh dua buah kumpulan : Kumpulan A Kumpulan B

6.1.2 Menyediakan dua batang kayu Satu kayu pendek berukuran setengah kaki Satu kayu panjang berukuran 1 kaki

6.1.3 Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. 6.1.4 6.1.5 6.1.6 Sebuah lubang digali di tempat permainan. Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang. Undian secara lai li lai tam pelom dan wan to som dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

6.1.7

Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dan dipukul dengan menggunakan kayu panjang.

6.1.8

Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang bermain dikira mati.

6.1.9

Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat.

6.1.10 Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkan 1. 6.1.11 Mata yang dikumpulkan oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. 6.1.12 Kumpulan yang berjaya mengumpul mata paling banyak dikira sebagai pemenang bagi perlawanan