Anda di halaman 1dari 40

SJH3102 PENSEJARAHAN MALAYSIA

SINOPSIS BUSTAN ALSALATIN

LATAR BELAKANG PENULIS


Ditulis oleh Sheikh Nurruddin al-Raniri Muhammad Jailani bin Ali bin Hassanji ibn Muhammad Hamid. Ulama, pengarang, ahli tasawuf terkenal di Acheh Lahir di Gujerat, India Berketurunan Quraisy di Ranir. Bukan berketurunan Melayu Berkhidmat di istanan Sultan Iskandar Thani di Acheh sebagai penasihat.

RIWAYAT PENULIS
>Petah dalam berbahasa Melayu. >Menguasai juga bahasa Arab, Parsi disebabkan beliau dilingkungi oleh tradisi keilmuan. >Ahli keluarganya terkenal sebagai ahli ilmuwan di Gujerat yang pada masa itu menjadi pusat perkembangan budaya dan bahasa Parsi. >Jadi, bukanlah sesuatu yang ganjil apabila Bustan al-Salatin ini terpengaruh dengan kesusasteraan Parsi.

SAMBUNGAN
>Kembara beliau ke Kepulauan Mel;ayu dan Makkah juiga menyumbang kepada penguasaan ilmunya. >Semasa menunaikan haji pada 1621, beliau mengambil peluang mempelajari bahasa Melayu dengan bergaul dengan jemaah haji Melayu. >Kehidupan lamanya di Pahang turut membantu dalam mengusai bahasa Melayu.

TUJUAN & KEPENTINGAN PENULISAN


1. Satu-satunya kitab yang memperincikan sejarah kesultanan Acheh dan Melayu secara terperinci. 2. Ingin menyaingi Taj al-Salatin untuk memberikan panduan kepada masyarakt alam Melayu, khususnya raja-raja dan para pembesar. 3. Usaha beliau menyaingi Taj al-Salatin tidak berjaya kerana Taj al-Salatin lebih berpengaruh dalam kalangan pemerintah.

SAMBUNGAN
4.Menurut T. Iskandar, kitab ini bukan sahaja berguna kepada raja-raja tetapi juga kepada pengarang-pengarang karya klasik zaman berikutnya. 5. Menurut beliau juga, pengarang Hikayat hang Tuah telah menggunakan kitab ini bagi memberi gambaran di Taman Rom sama dengan taman yang terdapat di Acheh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

4 ASPEK KETATANEGARAAN
1. 2. 3. 4. Keadilan raja Kebijaksanaan pembesar Mentaati pemerintah Pembangunan Negara

Kitab Bustan al-Salatin ini terdiri daripada 7 bab tetapi bilangan fasalnya pelbagai versi. Winstedt menyatakan ada 40 fasal manakala Raffles pula 60

fasal. Hal yang demikian berlaku kerana kitab yang


lengkap tidak pernah ditemui sebaliknya tercerai-

cerai. Namun begitu isi kandungannya tidak jauh


berbeza.

7 PENGGAL DALAM BUKU BUSTAN ALSALATIN 1


Huraian tentang kejadian langit dan bumi, Nur Muhammad, Luh al-Mahfuz, al-Qalam, al-Arasy, al-Kursi, asal kejadian Malaikat, Sirat al-Muntaha, Jin, Iblis dan lain-lain

Membicarakan tentang nabi-nabi Allah dan raja-raja pada zaman dahulu seperti raja-raja Parsi Zulkarnain, raja-raja Arab Najd dan Hijaz, Rasullullah, Khalifah yang Empat, sejarah bahasa Arab di bawah pemerintahan Khalifah-Khalifah Bani Umaiyah dan Abassiyyah, sejarah raja-raja Islam di India, Mesri, Turki dan seterusnya raja-raja Islam di Melaka, Pahang dan Acheh.

Memperkatakan tentang raja-raja yang adil dan pembesarpembesar yang bijaksana.

4
5 6

Menceritakan tentang contoh-contoh raja-raja yang beriman dan bertakwa kepada Allah seperti Sultan Ibrahim bin Adham dan Iskandar Zulkarnain. Sesetengah daripada mereka berpuasa dan bertapa hingga menjadi wali.

Memberikan contoh dan teladan tentang raja-raja yang zalim dan pembesar-pembesar yang bebal.

Membicarakan tentang orang yang mulia di sisi Allah dan orang yang pemurah. Bahagian ini juga membicarakan tentang pejuangpejuang Islam yang Syahid dalam peperangan sabil di Badr dan Uhud.

Membicarakan tentang betapa pentingnya akal dan berbagaibagai ilmu pengetahuan, termasuk ilmu tentang perubatan dan firasat.

BAB 1
Terdiri daripada 30 fasal yang mengisahkan kejadian tujuh petala lagit dan bumi, kejadia Nur Muhammad, malaikat, jin dan iblis Fasal-fasal dalam Bab 1

Kandungannya banyak persamaan dengan kisah penciptaan alam


yang terkandung dalam Qisas al-Anbiya yang bersumber drpd ibn Abbas, Kaab Ahbar, Wahb ibn Munabbih dan Abdullah ibn Salam.

Fasal. Inilah Suatu Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Nur Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan Barang yang Takluk kepadanya. Fasal. Inilah Fasal yang Menyatakan Peri Kejadian Lohmahfuz. Fasal pada Menyatakan Kejadian Kalam. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Arasy. Fasal pada Menyatakan Kursi. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Liwa alHamd. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Malaikat. Fasal pada Menyatakan Kejadian Sidratulmuntaha. Fasal pada Menyatakan Kejadian Jan. Fasal Bilangan Segala Alim.

Fasal pada Menyatakan Kejadian Tujuh Petala Langit. Fasal pada Menyatakan Kejadian Syurga. Fasal pada Menyatakan Kejadian Anak Bidadari. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Baitulmakmur. Fasal pada Menyatakan Kejadian Matahari, dan Bulan dan Bintang. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Kelodan Tahi Bintang, Iaitu Lontar Segala Malaikat. Fasal pada Menyatakan Kejadian Awan. Fasal pada Menyatakan Kejadian Air Sejuk dan Air Beku, dan Embun. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Kilat dan Halilintar, dan Guruh. Fasal Peri Kejadian Bintang Raja yang Kelihatan pada Udara Itu.

Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Tujuh Petala Bumi. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Kaabah Allah. Fasal pada Menyatakan Kejadian Bukit Qaf. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian yang Menanggung Bumi. Fasal pada Menyatakan Gempa. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Neraka. Fasal pada Menyatakan Peri Kejadian Kurrah Bumi. Fasal Menyatakan Bilangan Segala Laut dengan Sungai. Fasal pada Menyatakan Segala Alam. Fasal pada Menyatakan Segala Iqlim dan Segala yang Mendiami Dia.

BAB 2
Menerangkan sejarah para nabi dan raja-raja. Bab ini mengandungi 13 fasal. Yang terpenting ialah dua fasal terakhir iaitu fasal 12 dan 13.
Fasal 12 merupakan saduran daripada Sejarah Melayu iaitu mengenai sejarah Acheh yang mencapai puncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Fasal 13 pula membicarakan sejarah raja-raja Acheh.

Bab ini menceritakan tentang perjalanan sejarah dunia yang bermula daripada nabi Adam, diikuti dengan nabi-nabi lain dan seterusnya kepada zaman nabi Muhammad SAW.

Mengisahkan juga tentang raja-raja purba benua Yunani, Rom, Mesir, Arab, Kindah, hijaz.

Turut menyelitkan kisah raja-raja kerajaan Umaiyyah,


Abbasiyah, benua India. Diteruskan kepada sejarah raja Melayu Melaka, Pahang dan Acheh. Boleh dikatakan sejarah yang disampaikan oleh Sheikh Nuruddin dalam kitab ini bersifat fakta dan selaras dengan sejarah perkembangan Islam. 13 FASAL

Fasal yang pertama pada menyatakan. Fasal yang kedua pada menyatakan Segala Raja-raja yang Kerajaan pada Zaman Dahulu Kala Kemudian Masa Nabi Allah Adam Alaihissalam. Fasal yang ketiga pada menyatakan Ehwal Segala Rajaraja di Benua Yunan dan Benua Rom pada Zaman Dahulu Kala. Fasal yang keempat pada menyatakan Ehwal Segala Rajaraja yang Kerajaan di Benua Mesir. Fasal yang kelima pada menyatakan peri Utusan dan segala syarat mereka itu. Fasal yang keenam pada menyatakan Ehwal Segala Rajaraja Kindah iaitu di Benua Najd. Fasal yang ketujuh pada menyatakan Ehwal Segala Rajaraja Benua Hijaz iaitu Hampir Makkah.

Fasal kedua lapan pada menyatakan Ehwal Kejadian Nabi Kita Muhammad Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam dan Menyatakan Salasilah Nasabnya. Fasal kesembilan pada menyatakan Ehwal Raja-raja yang Kerajaan di Benua Syam daripada Kaum Bani Umaiyah. Fasal yang kesepuluh pada menyatakan Ehwal Raja_raja daripada Kaum Bani Abbas. Fasal yang kesebelas pada menyatakan Tarikh Segala Raja-raja yang Kerajaan di Negeri Hindustan yang bernama Dihli dan pada Masa Sekarang Ini Negeri yang Lain yang Bernama Agra, dan Jahayabad Pun Namanya, dan Negeri Itulah yang Diperbuat Sultan Syihab AdDin Syah Johan, Iaitu Sultan Orang Za'ib. Fasal yang kedua belas pada menyatakan Segala Raja-raja di Negeri Melaka dan Pahang. Fasal yang ketiga belas pada menyatakan Tarikh Raja-raja yang Kerajaan di Negeri Darussalam.

BAB 3
Menyatakan menjadikan raja dan mengikut dia, dan syaratnya, dan pada menyatakan kelakuan segala khalifah dan segala raja yang adil dengan segala syaratnya, dan pada menyatakan syarat segala wazir yang bijaksana dan kelakuan mereka itu.

Bab ini terdiri daripada 6 fasal.


Bab 3 ini terbahagi kepada dua bahagian:
Bahagian pertama : Berkaitan raja

Bahagian kedua : Fokus kepada pegawai atau orang-orang yang penting


dalam kehidupan raja seperti menteri, wazir, kadhi, utusan, panglima.

Bab ini mengetengahkan tema berkaitan keadilan raja dan pegawai

raja dalam urusan pentadbiran

Bab ini juga mengambil kisah khalifah, raja dahulu sebagai panduan dan kias ibarat kepada raja dan pegawai agar menjadikannya sebagai contoh ikutan. 6 FASAL

Fasal yang pertama pada menjadikan raja dan mengikut dia dengan segala syarat. Fasal yang kedua pada menyatakan kelakuan segala khalifah dan segala raja yang dahulukala dan segala kisah mereka itu supaya mengambil ibarat. Fasal yang ketiga pada menyatakan menjadikan kadi yang menghukumkan dengan hukum syarak. Fasal yang keempat pada menyatakan peri menjadikan wazir dan hulubalang serta dengan segala syarat mereka itu. Fasal yang kelima pada menyatakan peri utusan dan segala syarat mereka itu. Fasal yang keenam pada menyatakan peri katib dan segala perintahnya.

BAB 3 FASAL 1
Menyatakan ciri-ciri yang menjadikan seorang itu raja yang mengikut syarat-syarat Terdapat 22 syarat. Antaranya ialah:
Beragama Islam Seorang yang merdeka Seorang lelaki Bangsa Quraisy Terlebih berani hatinya Memelihara segala perintah Islam Mengambil insaf pada orang teraniaya Memelihara rakyatnya

Meneguhkan negeri Melengkapkan lasykar Mengambil zakat yang difardu akan Allah Taala untuk diberikan kepada orang yang sepatutnya Menggagah dan mengeras pada yang keras seperti penyamun dan pencuri Mendirikan sembahyang Jumaat Mendirikan sembahyang hari raya Memutuskan perbantahan dan dakwa segala hamba Allah Menerima saksi atas sebenarnya Menikahkan laki-laki dan perempuan yang tiada wali Membahagikan harta ghanimah dengan adil Alim pada segala perintah agama

Turut memberi nasihat kepada rakyat supaya tidak menderhaka kepada raja dan menuruti segala perintahnya Namun, perintah raja yang akan membuat Allah Taala murka, dinasihati untuk tidak diikuti

BAB 3 FASAL 2
Mengemukakan hal-hal yang berkaitan dengan perlakuan dan tindakan nabi-nabi, khalifah, dan raja yang adil sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Perlakuan dan tindakan mereka ini dikemukakan melalui peristiwa-peristiwa tertentu. Hal ini kemudiannya diikuti pula dengan pengajaran atau nasihat yang dapat dikutip daripada peristiwa yang melibatkan tokoh-tokohberkenaan. Selain itu, dikemukakan juga nas-nas daripada alQuran dan hadis Nabi. Terdapat 169 buah cerita didaktik

Antara Ceritanya
Seekor semut berjalan di atas tubuh Nabi Allah Sulaiman ketika nabi itu sedang tidur.

Nabi Allah Sulaiman mengambil dan mencampakkan semut itu dengan tangan kanan.

Perbuatan Nabi Allah Sulaiman itu menimbulkan kemarahan semut.

Semut itu menyatakan kepada Nabi Allah Sulaiman bahawa Allah Taala akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukan penganiyaan di akhirat kelak.
Penjelasan semut itu telah menyebabkan Nabi Allah Sulaiman pengsan dan apabila sedar, baginda meminta semut dipanggil menghadapnya.

Nabi Allah Sulaiman memohon maaf daripada semut. Semut bersetuju memaafkan baginda tetapi dengan mengemukakan tiga syarat, iaitu:

Jangan tertawa dan mementingkan diri sendiri dalam dunia ini; Jangan kedekut/jangan menolak permintaan orang; Memelihara orang-orang yang berada di bawah kekuasaannya.

Bab 3 Fasal 3
Bahagian ini menyenaraikan beberapa sifat yang perlu ada pada seorang kadi. Antaranya ialah:
Beragama Islam Seorang yang merdeka Hendaklah aqil Adil Boleh melihat Boleh bertutur dengan sempurna Hendaklah mujahid iaitu hafaz Quran dan mengetahui hadis dan barang yang takluk kepada hukum kadi

Mengetahui bahasa Arab, ilmu saraf dan nahu Mengetahui kaul sahabat dan kaul segala ulama Mengetahu segala bagai qias

Turut menyatakan ciri-ciri kadi yang adil

Bab 3 Fasal 4
Bab ini berkaitan dengan ciri-ciri seorang wazir dan hulubalang yang sepatutnya Menurut kata seorang ulama dalam Bustan alSalatin :
tak dapat tiada, bagi segala wazir yang adil lagi

bijaksana/pada memerintahkan pekerjaan dan


menolong dia dengan mesyuarat serta diingatkannya pada segala pekerjaan yang memberi manfaat atau

mudarat dalam dunia dan akhirat.

Terdapat 22 syarat yang menjadikan seorang wazir: Antaranya ialah:


Takut akan Allah Taala lagi dia perbuat amal salih dan jangan ia berbuat derhaka akan Tuhan Melihat suatu perkerjaan yang berlaku dengan hukum syarak atau memberi cela kepada antara segala rajaraja, jangan dibantahinya, tetapi hendaklah ia berdatang sembah pada tempat yang sunyi, serta dengan sopannya, dan perlahan Sentiasa memelihara perkerjaan dirinya dan pekerjaan raja Mengucap syukur akan rajanya jikalau sampai kepadanya suatu mudarat daripada rajanya sekalipun Apabila dilihat seorang melalui titah rajanya yang muafakat dengan hukum syarak jikalau dapat rajanya sekalipun hendaklah ditegahkannya

Bab 3 Fasal 5
Menyatakan tugas-tugas seorang utusan raja. Utusan merupakan wakil raja dalam urusan yang melibatkan perhubungan dengan raja-raja dari negara lain Terdapat 10 syarat yang seorang utusan Ringkasnya, bahagian tentang utusan dipaparkan sebagai menunjukkan kepada raja-raja peri pentingnya memilih utusan yang sesuai, amanah dan bertanggungjawab, sebagai duta yang akan memuliakan nama raja dan negara.

Bab 3 Fasal 6 - Tugas Seorang Utusan Berkaitan Dengan Katib


Dalam konteks ini, tugas seorang katib lebih bersifat sebagai setiausaha kepada sultan

dalam mencatatkan segala perintah dan


pesanan.

Menurut Nuruddin ar-Raniri, antara sifat-sifat


yang perlu dimiliki oleh seorang katib ialah mengetahui ilmu falak, ilmu tabib dan ilmu syair

BAB 4
Menerangkan raja-raja yang bertapa dan para wali yang salih. Bab ini terdiri daripada 2 fasal.
a) Raja-raja yang zalim dan aniaya

b) Menteri yang zalim dan khianat


Bab 4 juga menceritakan satu sifat raja yang penting iaitu

perlu sering mendekatkan diri dengan ajaran agama dengan


harapan pemerintahannya sentiasa bersifat adil. Dalam bab ini, Sheikh Nuruddin menasihati raja agar

mendalami ajaran agama dan mengamalkan ajaran tareqat


sebagai panduan untuk memerintah dengan lebih adil.

Bab 4 Fasal I
Antara contoh sifat zalim raja ialah merampas harta
rakyat, takbur dengan harta kekayaan, memungut cukai yang tinggi, memberi hukuman yang tidak adil. Setiap sifat buruk diperhalusi denagn petikan ceritacerita teladan (anekdot) dan diakhiri dengan nasihat. Raja yang zalim akan menerima balasan daripada Allah. Contohnya, kisah Syahriar dengan Malaikatulmaut yang diakhiri dengan nasihat.

Bab 4 Fasal 2
Antara sifat menteri yang zalim ialh kedekut, tidak setia, khianat dan sebagainya. Perihal menteri yang aniaya tersebut dikemukan melalui petikan beberapa buah cerita nasihat (anekdot) yang

bersumberkan khazanah kesusasteraan Arab dan Parsi.


Diakhiri dengan nasihat. Contoh: Seyogianya bagi segala menteri dan segala

hulubalang, bahawa jangan ia berbuat khianat dan fitnah


akan rajanya. Jikalau diperbuat seperti itu, nescaya datanglah murka Allah diatasnya.

BAB 5
Menerangkan raja-raja yang zalim dan pembesar negeri yang bodoh yang menipu rakyat mereka. Bab ini terdiri daripada 2 fasal.
Bab ini menceritakan tentang perihal raja dan pembesar raja yang zalim dan membuat aniaya terhadap rakyat. Bab ini didirikan dengan 2 bahagian.
Bahagian pertama tentang raja yang zalim dan membuat aniaya dan zalim kepada rakyat Bahagian 2 pula tentang menteri yang zalim dan khianat.

Bab ini dipenuhi dengan pelbagai panduan kepada raja dan para menteri, dihiasi dengan ayat2 al Quran dan hadis serta cerita-cerita sebagai teladan dan iktibar.

BAB 6
Mengenai segala orang murah lagi mulia dan segala pahlawan yang gagah berani. Bab ini terdiri daripada 2 fasal.

Bab ini khusus membicarakan dua sifat penting yang


harus dimiliki oleh seseorang raja. Sifat tersebut ialah sifat pemurah dan berani. Pemerintah disarankan agar sentiasa membantu rakyat miskin, bersedekah dan memberi hadiah kepada rakyat yang berjasa kepada mereka dan negara.

BAB 7
Menyatakan akal, ilmu dan firasat dan khifayat dan

ilmu tabib dan segala sifat perempuan dan


sesetengah daripada hikayat ajaib dan gharib. Bab

ini terdiri daripada 5 fasal.


Bab 7 memperlihatkan gabungan beberapa aspek ilmu pengetahuan yang penting diketahui untuk panduan pembaca dalam menjalani kehidupan seharian seperti perubatan tradisional, ilmu firasat, sifat perempuan,

anatomi, dan hal-hal kekeluargaan.

Bab yang berkaitan sifat atau tabiat perempuan

agak menarik kerana Sheikh Nuruddin


mengkategorikan tabiat wanita kepada 10 mengikut jenis haiwan iaitu babi, kera, anjing, baghal, ular, kala, tikus, unggas, serigala dan kambing.

Anda mungkin juga menyukai