Anda di halaman 1dari 6

Cabaran

Masalah

Cara Mengatasi

a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.

Salah satu faktor penyumbang ialah masih wujud sekolah vernakular. Dengan masih wujudnya sekolah vernakular ini, secara tidak langsung muridmurid di Malaysia diasingkan mengikut kaum. Apabila muridmurid diagihkan mengikut kaum ke sekolah sekolah yang berlainan, contohnya majoriti murid yang berbangsa cina akan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina manakala majoriti kaum yang lain pergi ke Sekolah Jenis Kebangsaan, peluang untuk bersosial adalah nipis dan ini secara tidak langsung telah mewujudkan jarak di antara kaum pada masa kini.

Setiap sekolah yang ada haruslah dinaik tarafkan kepada Sekolah Kebangsaan dimana setiap sekolah ada menawarkan subjek-subjek bahasa contohnya seperti bahasa cina, india, melayu dan sebagainya. Semua murid akan berada dalam satu kelas tanpa mengira agama bangsa dan hanya akan mengikuti kelas bahasa secara berasingan apabila masa kelas bahasa tersebut tiba. Dengan cara ini, murid murid yang berbilang kaum secara seimbang dalam sesebuah sekolah akan mampu bersosial dan mendekatkan diri dengan kaum yang lain. Rasa hormat akan lahir dalam diri mereka dan ini sudah pasti dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini.

b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai. c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang Kadang kala, terdapat guru yang bersifat berat sebelah di dalam kelas mahupun di sekolah. Contohnya, terdapat guru yang Untuk mengatasi masalah ini, guru haruslah memberi peluang yang sama rata kepada semua murid di dalam kelas ataupun di

matang.

bersifat hanya mengambil berat dan memandang tinggi murid murid kesukaan ataupun murid murid yang tergolong dalam kelas kelas yang cemerlang. Pendapat ataupun pandangan daripada murid yang tergolong dalam kelas yang lemah dari segi pencapaian akademik sering kali diabaikan ataupun tidak diendahkan.

sekolah. Setiap murid itu adalah insan yang mempunyai perasaan dan perlulah dilayan secara adil dan seimbang. Sekiranya guru mampu mewujudkan budaya ini, sudah semestinya murid akan berasa selesa berada dalam masyarakat demokratik yang matang malah akan menjadikannya sebagai pedoman dan amalan.

d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa

Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. Sebagai contoh, kebanyakan guru bagi subjek Pendidikan Moral gagal menghubungkaitkan nilai-nilai yang diajar dengan situasi yang sebenar/realiti. Kebanyakan guru gagal untuk menjadi atau memberi contoh kepada muridmurid dalam mengamalkan nilainilai yang diajar. Perkara ini bertambah teruk apabila keluarga murid tersebut sendiri gagal ataupun tidak mengendahkan pemupukan nilai murni tersebut dalam diri anakanak mereka.

Guru haruslah memupuk nilai tersebut bukan sahaja melalui pengajaran teori malah secara praktikal. Dalam erti kata lain, guru harus menunjukkan atau memberi contoh kepada murid agar mereka lebih memahami akan nilai tersebut dan seterusnya mempraktikan nilainilai tersebut. Guru harus sedar akan peranan mereka sebagai ibu bapa kedua murid sewaktu berada di sekolah. Jika bukan guru siapa lagi yang akan mengajar dan membentuk murid-murid dan membantu mereka untuk berjaya dalam kehidupan.

masalah untuk mewujudkan masyarakat yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa ialah kerana pada masa kini terdapat banyak pengaruh luar seperti pengaruh daripada negara barat, pengaruh negatif daripada akses internet tanpa sempadan, dan juga kurangnya pemupukan dan pengukuhan ajaran agama dalam keluarga

sebagai guru moral, apabila mengajar murid murid mengenai nilai nilai yang terkandung dalam sesi p&p, guru perlulah mengukuhkan lagi pengetahuan dan pemahaman murid murid dengan memberi contoh yang mudah, supaya murid dapat menghubungkaitkan dengan kehidupan harian dan juga melibatkan murid murid dalam aktiviti yang boleh membuat mereka menjana pemikiran yang kritis dan rasional seperti memberi soalan dalam pelbagai situasi dan murid murid dikehendaki untuk berbincang, berfikir dan memberi penjelasan secara logik dan rasional terhadap keputusan yang dibuat. Selepas itu, guru boleh memberi murid tugasan mudah seperti lakonan, simulasi dan lain lain. Guru moral juga boleh menyuruh murid murid berkongsi perasaan (refleksi secara lisan) selepas sahaja selesai melaksanakan aktiviti. Dengan cara ini, murid murid tidak hanya akan menerima input semata mata manakala mereka mampu terlibat dan cuba untuk memahami apabila terlibat secara aktif dalam aktiviti kelas tersebut.

e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat

Guru tidak sepatutnya menyentuh tentang isu sensitiviti akan tetapi guru juga secara langsung juga tidak dapat

Untuk mengatasi masalah ini, seorang guru harus bijak dalam membuat pilihan. contohnya seperti isu yang timbul baru-

Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia pada negara.

mengelak daripada isu sensitiviti yang berkaitan dengan muridmurid. Sebagai contoh yang pernah berlaku, iaitu isu tentang pelajar yang beragama Kristian ditempatkan dalam tandas sewaktu masa rehat pada bulan puasa.

baru ini, iaitu pelajar yang beragama Kristian di tempatkan di tandas sewaktu masa rehat pada bulan puasa. Sepatutnya perkara ini boleh diatasi dengan menempatkan murid-murid yang tidak berpuasa di dewan ataupun menyediakan ruang khas bagi mereka untuk makan. Dengan cara ini, kedua dua pihak tidak akan tersinggung manakala mampu memupuk rasa hormat terhadap ajaran dan pegangan agama masing masing. Oleh yang demikian, setiap keputusan yang diambil oleh seorang guru memberikan impak besar terhadap murid dan guru haruslah berhati-hati dalam membuat keputusan dengan mengambil kira setiap perkara agar tidak ada pihak yang merasa tidak puas hati.

f)

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Faktor yang seterusnya adalah kurangnya kelengkapan di sekolah terutamanya sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Sekolah yang terletak di kawasan luar bandar seringkali mengalami masalah kekurangan kelengkapan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan proses P&P menjadi sukar bagi sesetengah guru untuk mengajar murid-murid kerana terdapat sesetengah topik pembelajaran harus ditunjukkan secara praktikal agar murid-murid dapat memahami

Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan mereka dalam membantu sekolahsekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Peruntukan yang dibelanjakan untuk setiap sekolah haruslah dikira semula mengikut keperluan sekolah tersebut. Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai kelengkapan yang lengkap, kurangkan jumlah peruntukan bagi sekolah tersebut kerana sekolahsekolah yang terletak di kawasan bandar

topik tersebut dengan lebih berkesan lagi. Sebagai contoh, penggunaan bahan teknologi seperti komputer amat kurang dipraktikan di sekolah yang terletak di kawasan luar bandar.

kebanyakannya mempunyai kelengkapan yang sempurna dan lebihkan peruntukan bagi sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Dengan ini, pembangunan sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dapat difokuskan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan semua sekolah di Malaysia menyediakan kelengkapan yang lengkap bagi tujuan proses P&P murid-murid.

g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri

Di sesebuah sekolah, adalah amat penting untuk mewujudkan budaya menyayang, saling bantu - membantu dan bersatupadu. Namun, sekolah pada masa kini sering kali timbul masalah pergaduhan sesama murid murid, amalan gangsterisme dan lain lain. Masalah seperti ini jika berlanjutan akan menyebabkan murid memupuk sifat mementingkan diri dan tidak wujud sifat penyayang dan mengambil berat terhadap orang lain.

Untuk menyelesaikan masalah ini, guru moral haruslah mewujudkan budaya tersebut dalam kalangan guru malah dalam kelas juga. Guru guru haruslah mendidik murid murid untuk saling tolong menolong, bekerjasama dan mengambil berat antara satu dengan yang lain. Sifat sifat positif ini boleh dipupuk dengan aktiviti kelas seperti gotong royong, menghias kelas, perkhemahan, lawatan sambil belajar dan lain lain. Melalui aktiviti yang bermakna ini, murid murid akan menyedari kepentingan hidup bermasyarakat.

h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.

i)

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Anda mungkin juga menyukai