Anda di halaman 1dari 9

PUISI MODEN

SAJAK
RUMAH BARU
Telah kita siapkan rumah baru
untuk anak-anak berteduh
Kerana kita diamanah
Mendewasakan mereka
Menjadi warga bijaksana
Menjelang tahun wawasan

Telah kita siapkan rumah baru


Di atas tiang muafakat
Air, pasir dan simen
Dari tangan pelbagai bangsa
Negara yang tumbuh
atas bumi toleransi

Telah kita siapkan rumah baru


Berwajah kebangsaan
Agar penghuni saling ramah
Rajinmemberi dan menerima
Juadah kesejahteraan
Sampai akhir zaman
TEMA

• Tanggungjawab menjayakan
wawasan demi keharmonian
hidup masyarakat dalam
sesebuah negara
PERSOALAN

a. Tanggungjawab mengisi
pembangunan
b. Perpaduan antara kaum
c. Kegigihan berusaha
d. Kesejahteraan
e. Toleransi dalam pergaulan
NADA

Patriotik
GAYA BAHASA

• Ayat tepat dan puitis


• Asonansi
• Aliterasi
• Pengulangan ayat
• Metafora
• Simbol
• Rima akhir bebas
NILAI

• Menunaikan amanah
• Kebijaksanaan
• Tanggungjawab kepada negara
• Perpaduan kaum
• Kemesraan
PENGAJARAN
• Kita bertanggungjawab memberikan
pendidikan yang secukupnya kepada
generasi muda.
• Semua orang hendaklah bertindak dengan
bijaksana dalam usaha mencapai
wawasan.
• Setiap kaum harus mengamalkan toleransi
dan muafakat untuk mewujudkan
kesejahteraan dan perpaduan.
• Sesebuah negara yang aman adalah
negara yang berlandaskan perpaduan
antara kaum.
SEKIAN

TERIMA KASIH