tentang bagaimana beliau ingin menyampaikan isi pelajaran dan seterusnya memastikan pembelajaran berlaku pada hari tersebut. Oleh yang demikian, guru seharusnya perlu mempunyai kefahaman tentang strategi, pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran yang bakal digunakan dalam sesi pengajarannya. Seterusnya, dengan menyesuaikan perkara-perkara tadi dengan isi pelajaran, baharulah seorang guru dapat memilih apakah strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai digunakan. Sehubungan dengan itu, guru perlulah memahami dengan baik dan dapat membanding bezakan di antara strategi,pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran. Mengikut Tuan Jah Tuan Yusof (2013), strategi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bermaksud kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Di antara strategi yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah strategi berpusatkan murid,strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan bahan serta strategi berpusatkan masalah, namun strategi yang sangat disarankan oleh pihak Kementertian Pelajaran Malaysia ialah strategi berpusatkan murid. Pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang akan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran ( Kamarudin Hj. Hassan ,1998 ). Menurut Juriah Long, Ruminah Sabran dan Sofia Hamid (1990), pendekatan pengajaran bahasa merupakan orientasi atau pegangan ilmu linguistik dan psikologi yang dapat digunakan oleh seseorang guru bagi menyelesaikan masalah pengajaran bahasa. Masalah pengajaran bahasa ini pula khususnya merujuk kepada masalah apa yang hendak diajar dan bagaimana cara mengajar bahasa. Bagi mendefinisikan kaedah, menurut Kamarudin Hj Hassan (1998) , kaedah
merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa yang pendek. Dalam erti kata lain, ianya juga merupakan cara untuk mendekati sesuatu objektif pelajaran di mana penyampaian langkahlangkahnya disusun dengan rapi dan teliti. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011) pula berpendapat dalam konteks pendidikan, teknik pengajaran merupakan taktik atau
cara-cara yang digunakan oleh seseorang guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik boleh dijadikan sebagai alat yang boleh membantu dalam sesi pengajaran seseorang guru untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
Di dalam pengajaran bahasa Melayu, terdapat beberapa konsep pendekatan yang boleh digunakan semasa pengajaran. Di antaranya pendekatan induktif, deduktif, elektif dan komunikatif. 1.0 Pendekatan Induktif
Seperti yang telah dijelaskan di awal tadi, pendekatan merupakan sesuatu teori yang akan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Teori yang akan diguna pakai ini biasanya disesuaikan dengan isi pelajaran yang akan diajar bagi mencapai matlamat pembelajaran pada hari tersebut. Pendekatan yang telah dipilih dan digunakan haruslah sesuai dengan perkembangan diri dan keupayaan murid supaya suasana pembelajaran menjadi menarik dan berkesan kepada murid. Pendekatan induktif didefinisikan
sebagai penekanan terhadap perancangan aktiviti yang menonjolkan contoh-contoh konkrit tentang sesuatu isi pelajaran ( Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad, 2012). Dalam pengajaran bahasa Melayu, pendekatan ini mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada hukum atau peraturan bahasa.
Pengajaran dimulakan dengan memberikan contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum seseorang guru menghuraikan peraturan bagi unsur bahasa tersebut. Murid meneliti contoh yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, dalam pengajaran ayat-ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Langkah seterusnya murid akan mengumpul data berdasarkan contoh-contoh lain yang telah diberikan dan menganalisis ayat-ayat tersebut. Pada langkah ini murid akan mengkaji dan memberikan sebab untuk membuktikan kesahihan contoh tadi. Pada langkah terakhir, baharulah guru akan memandu murid-murid supaya dapat membuat generalisasi atau kesimpulan. Oleh itu berdasarkan contoh pengajaran ayat tunggal tadi, dengan berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan membimbing murid sehingga sampai kepada takrif ayat tunggal. 1.1 Prinsip Pendekatan induktif
Menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012), terdapat tujuh prinsip yang paling asas dalan pendekatan induktif. Di antaranya ialah : a) b) c) Memberikan contoh yang relevan untuk menerangkan isi Membimbing murid untuk membuat kesimpulan Memberikan peluang kepada murid untuk memerhati dan menganalisi sesuatu contoh supaya mampu membuat kesimpulan d) Merancang aktiviti pengajaran daripada contoh-contoh yang khusus kepada kesimpulan yang umum. 2
e)
Memaparkan contoh-contoh khusus untuk dipelbagaikan dengan mengambil kira ciri-ciri yang sama dan mudah bagi murid mengenal pasti ciri-ciri berkenaan.
f)
Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memudahkan murid memperolehi sesuatu kesimpulan.
g)
Secara ringkasnya, proses pengajaran bahasa Melayu mengikut pendekatan induktif serta konsep dalam pendekatan ini boleh diringkas dan dirumuskan seperti rajah berikut: Murid meneliti contoh Mengumpul data berdasarkan contohcontoh lain Menganalisis dan mengkaji data yang dikumpul Membuat generalisasi atau rumusan atau kesimpulan
2.0
Pendekatan deduktif mengutamakan hukum atau peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa (Juriah Long, Ruminah Sabran dan Sofia Hamid ,1990). Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2013), pendekatan ini mengutamakan generalisasi yang dilakukan dibahagian awal pengajaran dan kemudian bergerak kepada contoh-contoh yang disediakan. Proses pengajaran dengan menggunakan pendekatan deduktif bermula daripada masalah,hipotesis atau andaian kemudian diikuti oleh contoh-contoh yang khusus ( Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad, 2012 ). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan ini, biasanya guru memberi takrifan atau definisi terlebih dahulu di samping menjelaskan isi pelajaran yang hendak diajar pada hari tersebut.Dalam erti kata yang lain, pendekatan ini mengutamakan generalisasi dilakukan di bahagian awal pengajaran dan selepas itu bergerak kepada contoh-contoh. Contoh-contoh yang telah dipilih pula haruslah mencukup dan sesuai dengan keupayaan murid.Sebagai contoh , apabila seseorang guru ingin mengajar ayat tunggal , beliau hendaklah memberi takrifan apakah itu ayat tunggal terlebih dahulu. Kemudiannya baharulah guru akan menunjukkan contoh-contoh penggunaan ayat tunggal (penggunaan bahasa). 3
Dalam
pendekatan
ini
juga
,murid
dibimbing
untuk
mengingat
kembali
hukum
,rumus,generalisasi, prinsip atau teori bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang diutarakan. Dalam bimbingan ini, guru tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah ,tetapi guru boleh membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka dapat menyelesaikan masalah itu sendiri.
2.1
Menurut Kamarudin Hj Husin (1998) ,konsep-konsep deduktif yang terdapat dalam pengajaran bahasa ialah : a) b) Mempelajari sesuatu berdasarkan hokum Ianya merupakan satu proses penaakulan. Kaedah ini bertujuan mendapatkan fakta
atau contoh-contoh tertentu daripada peraturan-peraturan umum. c) d) e) Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum Menganalisa fakta atau isi yang membentuk generalisasi. Membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang lebih spesifik
(khusus) Melalui definisi dan konsep pendekatan deduktif seperti yang dinyatakan di atas, secara ringkasnya pendekatan deduktif dalam pengajaran bahasa boleh dirumuskan melalui rajah berikut :
Membuat generalisasi
3.0
Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran (Tuan Jah Tuan Yusof, 2013). Ianya menggabungkan segala ciri yang baik yang terdapat dalam pendekatanpendekatan tersebut untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran tertentu. Ciri-ciri yang baik ini perlu diberi perhatian bagi menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang seimbang, berfaedah dan efektif. Oleh itu, dengan mempunyai kelebihan-kelebihan ini, guru dapat mengubahsuai dan mentadbir pengajaran mereka dengan lebih mudah disebabkan sifatnya yang berubahubah. Guru dapat memberikan banyak contoh dan penerangan yang boleh meningkatkan pemahaman pelajar. Pendekatan ini juga sangat sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
3.1
Terdapat dua variasi pendekatan eklektik yang digunakan dalam konsep pendekatan ini iaitu :
3.1.1
deduktif
induktif
Berdasarkan model di atas, pendekatan ini dimulakan dengan generalisasi diikuti oleh contoh-contoh dan kemudiannya diakhiri dengan memberikan generalisasi sekali lagi. Ini bermakna, guru haruslah menerangkan terlebih dahulu peraturan-peraturan, hukum dan syarat-syarat serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak dipelajari.
Penerangan ini diberikan sebelum guru berkenaan memberikan conton-contoh yang diperlukan. Selepas itu, guru akan menerangkan sekali lagi peraturan-peraturan tersebut sebelum menutup pengajaran mereka pada hari tersebut.
Contoh
generalisasi
contoh
induktif
deduktif
Dalam model di atas, pengajaran guru dimulakan dengan memberi contoh-contoh, diikuti oleh generalisasi dan kemudiannya diakhiri dengan memberikan contoh-contoh sekali lagi. Ini bermaksud, diperingkat awal, guru harus memberikan sebanyak mungkin contoh-contoh terlebih dahulu sebelum peraturan-peraturan, hukum-hukum yang berkaitan dengan aspek bahasa dijelaskan. Di akhirnya, guru akan sekali lagi memberikan contoh sebagai pengukuhan.
4.0
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif merupakan kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa iaitu penguasaan system tatabahasa serta tahap kecekapan komunikasi (Juriah Long, Ruminah Sabran dan Sofia Hamid ,1990). Pendekatan komunikatif ini wujud kerana didapati pendekatan-pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar pada konteks wacana ( Kamarudin Hj Husin , 1998). Dengan sebab itu, hasilnya di dapati ramai pelajar tidak dapat menguasai kecekapan berkomunikasi terutamanya dalam menyatakan pemikiran mereka sendiri walaupun mereka mahir dalam tatabahasa. Pengajaran bahasa mengikut pendekatan komunikatif disusun mengikut fungsi komunikasi seperti meminta, menjemput, melapor, menafikan, bercerita, memberikan arahan, menyatakan dan sebagainya. Fungsi ini disusun dan diajar mengikut apa yang diperlukan oleh pelajar bagi membantu mereka untuk berkomunikasi di bilik darjah atau digunakan dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan. Di samping fungsi komunikatif, struktur bahasa juga diajar kerana tanpa kecekapan berbahasa, murid juga tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Struktur bahasa yang hendak diajar juga haruslah bersesuaian dengan fungsi komunikatif yang dipelajari. Selain daripada fungsi bahasa sebagai alat komunikatif, faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya juga turut mempengaruhi kecekapan berbahasa serta kecekapan berkomunikasi seorang penutur dalam masyarakat bahasa itu. 4.1 Konsep pendekatan Komunikatif
Menurut Adenan & Khairuddin Mohamad (2012), terdapat beberapa prinsip asas yang membolehkan guru bahasa membina teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa yang membolehkan pelajar menggunakan bahasa untuk berkomunikasi di bilik darjah. Di antaranya ialah : a) Murid perlu mengetahui tujuan setiap aktiviti bahasa yang dilaksanakan.
Dalam setiap pengajaran bahasa, seorang guru haruslah merancang aktiviti yang memerlukan murid menggunakan bahasa untuk berkomunikasi . Contohnya dalam pelajaran bacaan, murid ditugaskan untuk membaca bagi mengumpul maklumat yang akan diberikan kepada seorang kawan. Maklumat yang akan disampaikan dibuat secara lisan atau bertulis. Dalam pelajaran ini, tujuan aktiviti diberitahu kepada murid terlebih dahulu bagi memastikan ianya bermakna kepada murid tersebut. b) Pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks wacana
Dalam pengajaran bahasa ini, seorang guru haruslah mengajar bahasa yang melampaui batas ayat supaya murid betul-betul boleh boleh berkomunikasi dengan berkesan. Dengan mewujudkan situasi seperti dalam bilik darjah, murid boleh berkomunikasi menggunakan bahasa yang digunakkan dalam kehidupan seharian mereka.
c)
Pengajaran bahasa menggunakan pendekatan pendekatan komunikatif membolehkan murid berkomunikasi.Oleh itu pengajaran bahasa perlu mengandungi tiga proses komunikasi iaitu jurang maklumat, pilihan dan maklum balas ( Kamaruddin Hj Husin , 1998). i) Jurang maklumat ialah seorang daripada mereka yang terlibat dalam komunikasi mengetahui sesuatu perkara yang tidak diketahui oleh yang lain. Oleh yang demikian, komunikasi bertujuan mengurangkan jurang maklumat tersebut. ii) Pilihan melibatkan orang yg berkomunikasi dimana mereka boleh membuat pilihan tentang apa yang hendak dikatakan dan bagaimana cara hendak menghasilkan sesuatu ungkapan dengan menggunakan bahasa yang sesuai, betul dan tepat.
iii) Maklum balas membolehkan aktiviti komunikasi yang berlaku dalam bilik darjah sehingga mencapai tujuannya. Contohnya, apabila seseorang murid berkata sesuatu kepada murid yang lain sama ada dengan tujuan menjemput, mengadu, memberitahu dan sebagainya, dia akan merancang bahasa yang digunakan supaya tercapai tujuan-tujuan tadi. Jawapan yang diterima adalah maklum balas kepada percakapannya tadi. Langkah-langkah dalam pendekatan komunikatif boleh dirumuskan dalam carta alir berikut: Latihan melalui soalan atau memberikan situasi dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan aktiviti komunikasi (gunakan pendekatan induktif dan deduktif)