Anda di halaman 1dari 17

Muhammad Nasrullah Bin Mohd Hanafi Ahmad Fikri Noor Bin Zakaria Mohd Solahuddin Bin Che Pa Mohd

Atif Hafiz Bin Zulkaflee

Shertzer dan Stone (1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka. Dengan itu, menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraan hiidup yang mungkin mendatangkan stres yang melampau.

Shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa akan datang.

Kaunselor ditakrifkan sebagai orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat sebagai orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah, orang yang mampu memberikan khidmat kaunseling. (Kamus Dewan edisi ketiga (2002).

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). Al-Ahzab ;21

1. Sebagai Pengurus Bilik Darjah - Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran

2. Sebagai perancang

- Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermakna dan lebih berkesan.

3. Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah - Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi

4. Mengembangkan kebolehan murid - guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam pembelajaran

5. Menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang sejajar dengan kemampuan dan potensi murid. 6. Menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan murid murid daripada terlibat dengan masalah disiplin

7. Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu murid murid mengatasi masalah akademik, sosioemosi dan kerjaya dengan merujuk kepada kaunselor. 8. Membantu murid murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan dan tatatertib.

9. Mewujudkan peluang untuk setiap mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya. 10. Mengenal pasti masalah masalah yang mengganggu pencapaian akademik murid murid dan mengadakan langkah langkah untuk mengatasi seperti merujuk kepada guru guru berkenaan.

11. Membantu murid murid yang kurang bernasib baik mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum.
12. Membantu murid murid memahami kebolehan, bakat, minat serta kelemahan kelemahan diri. 13. Membentuk murid murid yang stabil emosinya serta senantiasa berada dalam keadaan bahagia dan tenang.

14. Membentuk murid murid yang berfikiran rasional dan mengelak krisis daripada berlaku. 15. Menjadi contoh teladan kepada muridmurid. 16. Menjadi mata dan telinga kepada kaunselor ketika di sekolah. 17. Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar.

18. Menolong murid dalam membuat keputusan yang rasional. 19. Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan program. 20. Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.