Anda di halaman 1dari 26

PENGENALAN

Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran. Menurut Hans Daeng pula, permainan adalah bahagian mutlak dalam kehidupan kanak-kanak dan permainan adalah bahagian penting dalam proses pembentukan peribadi kanak-kanak. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan yang merupakan fitrah kanak-kanak akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika melibatkan permainan. Kenyataan ini dikukuhkan melalui pendapat seorang tokoh, Moyles (2005) yang mengatakan bahawa bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan kanak-kanak. Dalam mempelajari bahasa pula, salah satu teknik untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui permainan bahasa. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

KONSEP PERMAINAN BAHASA

Pusat Perkembangan Kokurikulum (2003), mendefiniskan bahawa bermain adalah satu pendekatan terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Oleh itu, melalui bermain, murid juga boleh belajar untuk menguasai bahasa. Penguasaan bahasa adalah penting untuk dibentuk dari zaman sekolah rendah lagi kerana berdasarkan teori Piaget, pada peringkat praoperasional (umur 2-7 tahun) kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan harus diasah melalui pelbagai aktiviti. Oleh itu, pada peringkat sekolah rendah, permainan untuk meningkatkan bahasa amat penting agar murid dapat menguasai bahasa semaksimum yang mungkin semasa sekolah rendah. Seterusnya, konsep permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti

tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah, Permainan bahasa adalah berkonsepkan belajar sambil bermain, iaitu murid-murid didedahkan permainan dalam proses pembelajaran mereka. Aktiviti bermain dalam perkembangan bahasa adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran

terutamanya bahasa. Christie dan Roskos (2009) berpandangan terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran literasi. Aktiviti bermain dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar konsep literasi awal. Apabila kanak-kanak minat untuk terus belajar, mereka memperoleh kemahiran baharu dan kemahiran ini dapat meningkatkan perkembangan kanakkanak pada jangkamasa panjang (Cristie & Roskos 2009; Almon 2004). Bukan itu sahaja, aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak melalui beberapa cara. Kajian Williamson dan Silvern dalam Cristie dan Roskos (2009) melihat perkaitan antara proses bermain dengan perkembangan literasi dan mengesan bagaimana permainan dapat meningkatkan kefahaman bahasa. Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang banyak terlibat dengan aktiviti perbualan permainan meta (meta-play) semasa bermain dapat memahami jalan cerita dengan lebih baik dan menunjukkan perkembangan dalam bahasa lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang kurang terlibat aktiviti permainan.

Bukan itu sahaja, Neuman dan Copple (2004) juga melihat hubungan bermain dengan kemahiran literasi yang melibatkan simbol, struktur bunyi dan bahan bercetak. Kemahiran bahasa dan literasi dapat dipupuk melalui permainan bunyi bahasa, simbol-simbol dan konsep bahan bercetak. Cristie dan Roskos (2009) juga berpendapat kebanyakan kanak-kanak mampu mengenal pasti perkataan bertulis semasa mereka bermain. Oleh itu, terbuktilah bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui bermain jelas dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak. Selain itu, Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing and Working With Words menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Hal ini adalah kerana permainan bahasa adalah sesuatu yang memberi keseronokan kepada murid dalam pembelajaran dan melalui permainan lah murid akan menjadi lebih semangat untuk belajar. Kesimpulannya, permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang

dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Aktiviti ini ada hubungkaitnya dengan kandungan pelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, permainan bahasa boleh dijelaskan sebagai cara mempelajari bahasa melalui bermain atau murid belajar sambil bermain (Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz, 1995:3).

KEPENTINGAN PERMAINAN BAHASA

Mewujudkan senario pembelajaran yang santai tanpa tekanan dan menyeronokkan untuk murid

Guru mempelbagaikan teknikteknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya ia lebih menarik dan berkesan.
KEPENTIN GAN PERMAIN AN BAHASA

Memberi pengalaman sebenar murid dalam mengamalkan sikap kerjasama, sikap mematuhi undang-undang dan peraturan dalam kehidupan melalui permainan. Sambil bermain, murid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Menggalakkan penyertaan semua murid dalam permainan

Menarik minat murid agar sentiasa gembira semasa belajar dan tidak bersikap pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

PEMBINAAN PERMAINAN BAHASA

Dalam membina sebuah permainan bahasa, terdapat beberapa aspek yang harus dititikberat, antaranya adalah: 1. Keselamatan Permainan yang dicipta haruslah mengutamakan aspek keselamatan agar tidak membahayakan murid. Misalnya, bahan yang dicipta tidak bleh mengandungi barang tajam atau barang yang boleh mencederakan. Bahan yang dicipta sekiranya terlalu berat juga boleh membahayakan murid. 2. Ketahanan Bahan permainan bahasa yang dicipta sekiranya melibatkan alat dan bahan, haruslah mempunyai ketahanan. Ketahanan yang dimaksudkan adalah tidak mudah rosak. Bahan yang dicipta haruslah dibina menggunakan bahan-bahan yang kukuh agar dapat tahan lama. Bahan yang tidak mudah rosak dan tahan lama boleh diulang penggunaanya dan ini memberi faedah kepada guru. 3. Kos Selain itu, dalam membina bahan permainan bahasa, haruslah memikirkan sal kos. Sebaik-baiknya, bahan yang dibina janganlah menggunakan bahan terlalu mahal dan jangan pula membeli bahan yang terlalu murah kerana khuatir kualiti yang tidak seberapa. Sebaik-baiknya, bellah bahan mengikut kemampuan. 4. Mudah alih Untuk mencipta permainan bahasa, sebagai guru, haruslah membina bahan yang mudah alih. Mudah alih yang dimaksudkan adalah senang dibawa ke mana-mana. Sekiranya bahan yang dicipta terlalu besar atau terlalu berat, ianya pasti sukar untuk dibawa ke mana-mana. Oleh itu, ciptalah bahan permainan bahasa yang mudah alih, kerana ianya dapat digunakan di mana-mana sahaja dan tidak membebankan guru. 5. Pengelolaan kelas Kemudian, bahan permainan bahasa yang dicipta haruslah mudah digunakan dalam kelas dan senang dikelolakan di dalam kelas. Bahan permainan bahasa yang dapat dikelolakan dalam kelas dengan baik dapat menjadikan permainan yang dicipta mudah dimainkan dan difahami serta memberi manfaat kepada murid.
5

6. Jangka masa Dalam membina permainan bahasa juga, jangka masa yang digunakan untuk bermain tidak haruslah terlalu panjang kerana ia akan membosankan murid dan meletihkan murid. Ianya juga tidak harus terlalu singkat atau mudah ditentukan pemenang kerana khuatir murid akan berasa kurang puas hati untuk bermain. 7. Penyerapan nilai dan pengetahuan Akhir sekali, permainan bahasa haruslah mampu untuk memberi nilai kepada murid. Misalnya, melalui permainan bahasa yang dicipta, murid dapat belajar untuk bekerjasama dan bersabar. Selain nilai murni, pengetahuan juga harus diperoleh melalui permainan bahasa yang dicipta. Misalnya, murid dapat lebih mudah membezakan huruf besar dan huruf kecil, mengenali perkataan baru, membina ayat dan pelbagai lagi.

PROSEDUR PERLAKSANAAN

Untuk melaksanakan permainan bahasa di dalam bilik darjah, antara perkara yang perlu ditentukan oleh guru adalah jenis permainan yang hendak dmainkan. Guru juga harus menentukan masa guru hendak menjalankan permainan bahasa tersebut. Sama ada diadakan pada peringkat awal(induksi), pertengahan atau akhir pengajaran(penutup). Guru juga harus menetapkan bagaimana permainan tersebut dijalankan. Sama ada seluruh kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau individu. Kemudian, guru jua perlu memilih sama ada permainan tersebut dijalankan di dalam kelas ataupun di luar kelas. Bukan itu sahaja, antara aspek terpenting dalam prosedur pelaksanaan permainan juga adalah guru harus memastikan disiplin murid, keselamatan murid, cara mengawasi kelas dan membina arahan permainan yang betul. Secara ringkasnya, antara perkara yang harus dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas permainan adalah:

Sebelum permainan Nama atau tajuk permainan Arahan permainan disampaikan. Lantik wakil kumpulan untuk menyampaikan pesanan atau arahan permainan. Memberi tugas seperti pencatat, penjaga masa dan pengadil.

Semasa permainan Guru bertindak sebagai fasilatator dan pemudah cara untuk membimbing murid melicinkan perjalanan permainan. Memberi murid kebebasan bermain Pastikan disiplin murud, kerjasama, tidak menganggu kelas sebelah.

Selepas permainan Refleksi dan perbincangan Menyemak tugasan, membuat pengulangan untuk pengukuhan hasil pelajaran.

PERMAINAN BAHASA YANG DICIPTA

Nama Permainan Bahasa: Apakah Ini?

Bahan dan Peralatan

1. Kotak terbuang

4. Kertas warna

2. Kotak kasut

5. Pelbagai barang hiasan

3. Kertas Putih

6. Gunting

10

7. Pisau

9. Double-Tape

8. Gam

11

Cara Pembinaan

Kad Abjad Dan Kad Gambar

Potong kotak kepada saiz yang ditetapkan

Potong abjad dan gambar

Lekatkan abjad dan gambar yang telah digunting pada kotak yang telah dipotong

Gunting lagi kotak yang telah dilekatkan abjad gambar mengikut saiz abjad dan gambar agar tampak lebih kemas

SIAP!!!

12

Kotak

Gunting kertas warna mengikut saiz kotak kasut

Lekatkan kertas warna yang telah digunting pada kotak kasut

Hiaskan

SIAP!!!

13

Prosedur Pelaksanaan Dalam P&P

Peraturan

Sebelum permainan 1. Guru memperkenalkan permainan Apakah Ini? 2. Guru menerangkan bagaimana cara bermain permainan Apakah Ini? dan menerangkan syarat untuk memenangi permainan tersebut. 3. Bahagikan kepada 4 kumpulan. 4. Menerangkan kedudukan pemain. 5. Memilih seorang murid untuk membantu guru mencatat markah.

Semasa permainan 1. Murid berada di garisan permulaan, iaitu di hadapan guru. 2. Guru menunjukkan gambar. 3. Kemudian, murid berlari menuju ke kotak mengandungi huruf. 4. Murid mencari huruf di dalam kotak untuk membentuk perkataan. Murid susunkan huruf yang dipilih dan membentuk perkataan di atas lantai. Perkataan yang dibentuk adalah berdasarkan gambar yang ditunjuk. 5. Selepas membentuk perkataan, murid akan berlari semula ke garisan permulaan dan memegang papan hitam. Murid yang paling awal memegang papan hitam mendapat markah. 6. Seterusnya, murid lain akan menggantikan murid yang bermain tadi untuk memainkan pusingan yang seterusnya. 7. Setelah semua gambar selesai ditunjuk oleh guru, maka, maknanya, permainan telah selesai. 8. Markah yang telah dicatat dikumpul dan kemudian guru mengumunkan pemenang.

Selepas permainan 1. Tanyakan bahawa adakah mereka seronok bermain. 2. Memberi pujian kepada semua murid dan ganjaran kepada kumpulan yang menang. Kumpulan yang kalah juga diberi ganjaran.

14

Syarat Menang

1. Untuk memenangi permainan ini, murid harus mampu untuk mencari huruf di dalam kotak dengan tangkas dan membentuk perkataan dengan cepat. 2. Pastikan perkataan yang dibentuk tidak mempunyai salah ejaan dan disusun dengan betul. 3. Selesai membentuk perkataan, murid akan berlari ke garisan permulaan dan memegang papan hitam. Murid yang terdahulu memegang papan hitam akan mendapat markah. 4. Sekiranya murid yang terdahulu memegang papan hitam tetapi telah membentuk perkataan yang salah, maka, markah akan diberi kepada murid kedua yang memegang papan hitam. Contoh:

5. Selain itu,ketika guru menunjukkan gambar, murid lain di dalam kumpulan yang belum sampai giliran bermain atau sudah bermain, tidak dibenarkan

memberitahu murid yang tengah bermain akan nama objek pada gambar yang ditunjukkan oleh guru. Sekiranya berlaku penipuan, markah perkataan yang dibentuk tidak akan digambil kira. 6. Selesai semua gambar ditunjuk, bermakna permainan sudah tamat.

15

7. Markah akan dihitung dan kumpulan yang mendapat markah terbanyak akan menang.

Contoh Skor Markah:

Kumpulan 1 Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Gambar 5 Jumlah 1 x

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

x x x x 2 1 1

Pelan Kedudukan Pemain:


Kotak yang mengandungi huruf

Murid

Guru

16

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang efektif dalam proses pembelajaran kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Oleh itu, sebagai guru, adalah amat penting untuk mencari idea yang inovatif dan kreatif dalam mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik dan menyeronokkan. Dengan melaksanakan permainan bahasa dalam proses P&P, akan memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk mempelajari bahasa seperti kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis. Selain itu, harus diingatkan bahawa permainan bahasa memerlukan guru-guru untuk peka dalam menyediakan serta merancang permainan ini kerana menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996), guru perlu merancang serta mengolah bahan agar sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran dan dijalankan mengikut jangka masa yang sesuai.

17

BIBLIOGRAFI

Buku

Hasan, S., Noh, S. H. A. S. C., & Noh, A. S. C. (2005). Panduan merancang aktiviti prasekolah: PTS Professional Publishing. Menon, N. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-Kanak: Pahang: PTS Professional. Othman, Y. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu: Pahang: PTS Professional Pub. Riko, S. S. Permainan Bahasa Ludwig Wittgenstein: Suatu Perkenalan melalui Kontekstulisasi dan Manfaatnya bagi Studi Pemertahanan Bahasa : BidikPhronesis Publishing. Rohani binti Abdullah, N. M. M. S. A. Panduan Kurikulum Prasekolah: PTS Professional. Tedjasaputra, M. S. (2001). Bermain, Mainan Dan Permainan: Gramedia Widiasarana Indonesia.

Jurnal

Bakar, M. H. (2009). Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa dalam Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar.

Puteh, S. N (2011). Pendekatan Bermain dalam pengajaran Bahasa dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah.

Laman Web

Retrieved August 15, 2012 , from pengaplikasian-pelbagai-teknik.html

http://catatannota.blogspot.com/2011/08/

18

Retrieved August 17, 2012 , from

http:// mayaknowledgeblog. blogspot.com/

2007/12/permainan-bahasa-dalam-pengajaran-di.html

Retrieved August 20, 2012 , from http://notaipg.blogspot.com/2010/10/permainanbahasa-dalam-pengajaran-di.html

Retrieved September 1, 2012, from http://jarikeramat.blogspot.com /2011/08/ permainan-bahasa.html

19

REFLEKSI

Pertama sekali, puji dan syukur kepada Tuhan kerana akhirnya tugasan Literasi Bahasa (WAJ3103) akhirnya dapat disiapkan. Melakukan tugasan ini pelbagai perkara yang dapat saya pelajari

terutamanya mengenai permainan bahasa. Selain dapat mempelajari mengenai permainan bahasa, saya juga sedar akan beberapa nilai-nilai murni. Pertama sekali, dalam melakukan tugasan ini, saya telah menyedari betapa besarnya peranan guru untuk memastikan objektif P&P dapat dicapai. Dan, untuk mencapai objektif P&P, salah satu cara adalah melalui permainan. Permainan adalah amat sesuai dalam pengajaran bahasa, antara kemahiran yang perlu dipupuk dalam bahasa adalah kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis. Untuk memupuk kesemua kemahiran ini, pendekatan bermain adalah amat sesuai untuk digunakan. Kerana melalui bermain, bukan sahaja bahasa dapat dikembangkan, tetapi juga aspek fizikal dan kognitif. Selain dapat mengembangkan aspek bahasa, fizikal dan kognitif, melalui permainan, guru juga boleh meberi keseronokan kepada murid di dalam kelas dan memberi kepuasan dalam diri murid. Menggunakan permainan sebagai pendekatan untuk P&P juga boleh menyingkirkan rasa bosan untuk belajar dan memberi semangat kepada murid untuk belajar. Selain itu, saya juga menyedari bahasa adalah sesuatu yang amat penting untuk dikuasai. Dan, oleh itu, pengajaran bahasa haruslah bermula dari zaman sekolah rendah lagi. Oleh sebab zaman kanak-kanak tidak boleh dipisahkan dengan bermain, maka cara paling sesuai untuk kanak-kanak cepat mempelajari bahasa adlah melalui permainan. Kemudian, melalui tugasan ini juga, saya menyedari bahawa seorang guru harus sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif. Hal ini adalah kerana untuk mencipta dan melaksanakan permainan bahasa dalam P&P, seorang guru harus sentiasa berfikir kreatif dan inovatif agar permainan yang dicipta dapat menghasilkan kemajuan dalam bahasa kanak-kanak dan mencapai objektif yang diimpikan. leh itu, sebagai seorang guru, harus sentiasa berusaha untuk mencipta permainan yang kreatif atau inovatifkan permainan yang sedia ada agar dapat merangsang murid untuk bermain dan belajar melalui bermain. Ianya adalah sesuatu yang sukar, dan saya amat bersyukur kerana melalu tugasan ini, ianya telah mengajar saya untuk mencipta permainan bahasa serta melaksanakan di dalam kelas. Hal ini secara tidak
20

langsung telah menambah dan mengasah lagi kemahiran saya sebagi persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Bukan itu sahaja, melalui tugasan ini juga, ianya telah menyuburkan semangat nilai-nilai murni saya. Misalnya, dalam menghasilkan tugasan ini, rakanrakan saya telah banyak menghulurkan bantuan. Rakan-rakan saya telah membantu saya dari segi mencari idea untuk mencipta permainan bahasa sehinggalah kepada penghasilan permainan bahasa dan tugasan ini. Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan yang sudi membantu saya dalam tugasan ini. Selain itu, ketika melakukan tugasan ini, saya juga sedari bahawa saya mempunyai rakan yang ambil berat mengenai saya. Mereka kerap mengngat saya untuk melalukan tugasan dan mengajak untuk melakuykan tugasan bersama-sama. Saya amat bersyukur kerana melalui tugasan ini, saya telah menyedari hakikat ini. Saya berharap mereka sentiasa berada di sisi saya dan membantu saya dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang guru pada masa akan datang. Selain itu, dalam melaksanakan tugasan ini, saya juga menyedari beberapa kelemahan. Antaranya adalah kekurangan buku dari Malaysia yang membincangkan mengenai permainan bahasa. Dan, yang paling memilukan, di perpustakaan kami, saya tidak dapat menemui buku mengenai permaiinan bahasa. Hal ini amat mengecewakan dan harap pada masa akan datang, akan terdapat penambahan terhadap kekurangan ini. Akhir sekali, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada saya terutamanya dalam proses untuk menyediakan diri menjadi guru. Terima kasih kepada semua pihak etrutamanya kepada pensyarah yang banyak membimbing kelas kami, Puan Hasnah Awang. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu. Harap Tuhan berkati semua.

21

LAMPIRAN

22

Gambar yang diggunakankan untuk permainan Apakah ini?

Kotak yang mengandungi banyak huruf

23

Paparan skrin yang menunjukkan huruf dan gambar sebelum dicetak

24

25

26

Anda mungkin juga menyukai