Anda di halaman 1dari 29

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

Ahli Kumpulan: LEE YAN SIANG WONG HUANG SOON WONG SOON HENG

Aktiviti 5
Pelajar diminta melaksanakan aktiviti seperti Lampiran 4 iaitu Recognising Listening Responses (Aktiviti Mengenalpasti Respon Mendengar dan Respon Empati)

LAMpIRAN 4
ACTIVITY: RECOGNIZING LISTENING RESPONSES Each of the following dialogues depicts a statement and a variety of teacher responses. In each case, decide which one is closest to a listening response, that is, invites further discussion or best reflects the idea or feeling. Check your accuracy against the key in the Appendis.

1. Student: School stinks


Come on, things arent that bad. Penjelasan: Guru haruslah mewujudkan suasana bilik darjah yang harmonis dan selesa supaya murid-murid dapat memberi perhatian yang sepenuhnya dalam pembelajaran mereka.

Huraian:
Guru perlu menghapuskan pandangan negatif murid-murid terhadap sekolah kerana pandangan tersebut akan menjejaskan prestasi murid dalam sekolah. Selain itu, keadaan persekitaran bilik darjah yang tidak kondusif juga boleh menimbulkan halangan kepada pengurusan masalah bilik darjah.

2. Student: I cant understand fractions. Why do we have to learn this stuff?


Just keep at it. Itll make sense after a while.

Penjelasan: Guru haruslah mengelak daripada mencabar, atau bertekak dengan murid.

Huraian:
Menurut Dreikurs (1968), terdapat situasi, iaitu murid cuba mencabar kuasa guru dan menimbulkan konflik di dalam bilik darjah. Apabila situasi ini timbul, elakkan daripada bertekak dan saling mencabar. Situasi ini akan menjatuhkan imej guru sekiranya guru dilihat saling mencabar dengan murid. Cuba selesaikan masalah secara baik. Panggil murid yang bermasalah berjumpa dengan anda secara individu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan pertelingkahan di hadapan murid-murid lain.

3. Student: I dont want to sit near those boys any more


If theyre bothering you, I can move you. Penjelasan: Guru perlu peka dengan susun atur murid di dalam bilik darjah supaya dapat mengekallkan keharmonian di dalam bilik darjah.

Huraian:
Faktor persahabatan, dinamika kumpulan, rutin dan peraturan bilik darjah serta keadaan fizikal bilik darjah perlu diberi perhatian untuk membentuk persekitaran yang kondusif di dalam bilik darjah. Hal ini sedemikian kerana keadaan yang tidak selesa akan mendorong murid melakukan salah laku seperti ponteng kelas, mengacau rakan dan tidak menumpukan perhatian dalam bilik darjah.

Guru yang tidak prihatin dengan sikap dan sahsiah murid akan menimbulkan masalah. Guru boleh menggunakan kajian sosiometri yang dibuat untuk mengatur kedudukan murid di dalam bilik darjah. Murid yang popular dan senang mempengaruhi rakan yang lain perlu dikawal.

4. Parent: My child is very upset and needs more help or she wont be able to pass. She says she doesnt understand anything.
Shes very anxious, but actually shell do just fine. She only needs to review more before tests. Penjelasan: Adalah penting bagi seorang guru untuk mengetahui peringkat perkembangan muridmuridnya.

Huraian:
Murid-murid yang mempunyai masalah perkembangan fizikal, kognitif, emosi, sosial dan kendiri akan menimbulkan masalah di dalam bilik darjah. Guru perlu mengenali dan bijak mengenal pasti masalah murid. Dekat murid dan bantu murid untuk seimbangkan kekurangan diri mereka. Beri peluang kepada murid untuk meraih kejayaan.

5. Teacher next door: My class is going to drive me up a wall. They have been impossible lately!
Have you ever considered being more assertive with them? Penjelasan: Guru haruslah memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid mereka, dan bukanlah selalu memarahi mereka tanpa alasan.

Huraian:
Apabila guru mengetahui sebab-sebab murid mempunyai tingkah laku sedemikian, guru boleh mencari altenatif yang selanjutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, guru haruslah bertimbang rasa dan prihatin terhadap murid-murid mereka, bukanlah selalu memarahi mereka. Hubungan yang baik antara guru dan murid akan menimbulkan suasana bilik darjah yang harmonis dan ini memudahkan pengurusan bilik darjah terhadap guru.

Definisi Empati
Kemampuan seseorang untuk mengenali,mempersepsi dan merasai perasaan orang lain. Empati= keupayaan memasuki dunia murid bagi mengalami dunia murid tersebut seolah-olah anda sebagai diri orang tersebut. (Roger,1997)

3 Peringkat Empati
Mendengar dengan sensitif
Guru mendengar dengan sensitif tentang perkara yang disampaikan oleh murid. Cuba fahami perasaan murid dan bantu murid memahami perasaan tersebut.

Fahami situasi
Memahami situasi yang dihadapi oleh murid.

Kaitkan perasaan dengan situasi


Membantu murid menghubungkait perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi.

Situasi A
o Monica adalah seorang pelajar tahap sederhana dan lemah dalam penulisan. Suatu hari, dengan tangisan, dia menjumpai anda(guru) selepas kelas dengan membawa tugasannya. Dia tidak berpuas hati dengan markah yang diperolehinya dan berkata saya berasa saya telah melakukan yang terbaik.

Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif Guru cuba memahami masalah yang dihadapi oleh Monica. Contohnya: guru faham bahawa awak tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi. 2. Fahami situasi Guru menyelami perasaan Monica yang menghadapi masalah. 3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi Guru memahami bahawa Monica tidak berpuas hati dengan keputusannya kerana dia telah berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Situasi B
o David, seorang pelajar yang cerdas, memberi anda beberapa cadangan dan berkata kelas ini akan lebih menarik jika kita tidak perlu melakukan sebarang lembaran kerja. Bolehkah sekali-sekala kami memilih untuk melakukan kerja sendiri?

Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif Guru mendengar dengan sensitif tentang cadangan yang diberi oleh David. 2. Fahami situasi Guru cuba memahami kehendak dan motif David mengeluarkan cadangan sebegini. 3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi Guru mengenalpasti kewajaran kehendak David sebelum melakukan tindakan selanjutnya. Contoh: David kemungkinan berasa bosan dengan lembaran kerja yang diberi oleh guru lalu memberi cadangan ini.

Situasi C
o Apabila pelajar lain sedang melakukan tugasan mereka, Barry tutup bukunya, melemparkan kertas tugasannya, dan meluncur turun di kerusinya dengan meluat.

Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif Guru cuba fahami perasaan Barry dan bantu Barry memahami perasaan tersebut. Guru boleh bertanya Barry adakah dia menghadapi sebarang masalah dalam melakukan tugasannya.Contoh: Barry melakukan tindakan sedemikian kerana dia tidak tahu bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut. 2. Fahami situasi Guru memahami situasi yang dihadapi oleh Barry. Guru tahu sebab Barry melakukan perbuatan sedemikian. 3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi Guru membantu Barry untuk menghubungkait perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi. Contoh:Barry bertindak sedemikian kerana dia tidak tahu bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut.

Situasi D
o Pada minggu ini, SueAnn sudah dua kali tidak menghantar tugasannya. Pada minggu lepas, dia lupa untuk membawa kerja rumahnya selama dua kali. Kemudian, anda mengingatkan SueAnn bahawa tugasan tersebut sangat penting. Dia menjawab saya tidak kisah.

Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif Guru cuba memahami situasi dan perasaan SueAnn. Guru cuba memahami sebab SueAnn tidak menghantar tugasannya. 2. Fahami situasi Guru memahami situasi SueAnn. Guru tidak terus marah tanpa menyelami perasaan dan memahami situasi SueAnn. 3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi Guru membantu SueAnn untuk menghubungkait perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi. Guru cuba untuk membantu SueAnn supaya dia dapat menghantar tugasannya.

Situasi E
o Armand, seorang pelajar baru, telah mengalami masalah untuk berkawan dengan orang lain. Kebelakangan ini, dia telah berdalih dengan beberapa orang lelaki yang lebih popular. Dia juga mengusik beberapa orang pelajar perempuan bertujuan untuk mendapatkan perhatian mereka. Walau bagaimanapun, dia tidak berjaya untuk bersosial dengan orang lain. Suatu hari selepas kelas, dia berkata saya berharap saya dapat balik ke sekolah lama.

Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif Guru cuba bertanya sebab Armand berkata sedemikian dan mendengar dengan sensitif terhadap perkara yang disampaikan oleh Armand. 2. Fahami situasi Guru cuba memahami situasi Armand. Armand berasa sedih kerana dia berusaha untuk berkawan dengan orang lain namun gagal. 3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi Guru membantu Armand menghubungkait perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi. Armand tidak berjaya berkawan dengan orang lain kerana dia telah menggunakan cara yang salah. Guru membantu Armand untuk memperbetulkan perbuatannya.

Sekian, Terima Kasih!

Anda mungkin juga menyukai