Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Bina Insan Guru program bina insan guru adalah salah satu program yang membantu guru-guru

pelatih di Institut PEndidikan Guru sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pengajaran di sekolah kelak. program sebegini sangat penting supaya guru-guru tidak hanya mahir dari segi teori sahaja, malah juga mahir untuk menguruskan sebarang program di sekolah kelak. pada hari isnin, 27 januari 2014 yang lalu,seramai 21 orang guru pelatih dari opsyen pendidikan islam telah menyertai program bina insan guru fasa 5 yang bertempat di sekolah kebangsaaan tengku mahmud,besut terengganu. tema bagi program kami pada fasa ini adalah pengurusan pentadbiran. kami telah memilih sekolah kebangsaan tengku mahmud kerana sekolah ini telah mendapat anugerah sekolah berprestasi tinggi. perjalanan kami ke sana telah dirancang beberapa minggu sebelum tarikh keberangkatan kami ke sana lagi. sepanjang proses menguruskan program ini, saya mendapat banyak ilmu dan pengalaman yang sangat berguna. sedikit sebanyak saya dapat belajar cara untuk menguruskan sesuatu program. sebagai seorang guru, saya baru sedar bahawa saya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. kami bertolak dari IPG Kota bharu pada jam 7. 05 minit pagi. di sepanjang perjalanan, kami telah bersedia untuk menimba ilmu sebaik sahaja sampai di sekolah nanti. perjalanan kami mengambil masa selama 2jam sahaja. sebaik sampai di sana, kami telah disambutdengan penuh akzim

Anda mungkin juga menyukai