Anda di halaman 1dari 8

1.0 Pengenalan Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam telah bermula sejak zaman Rasullah s.a.

w lagi sehingga kini cabaran ini semakin menular dalam kalangan umat Islam sendiri. Pelbagai cara yang dilakukan oleh agama luar bagi memecah belahkan umat islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam feudamentalis yang bakal melahirkan islam radikal akibat timbul pertentangan dengan islam tradisional. Hal ini akan mewujudkan golongan Islam yang berpecah belah. Para ulama memandang serius isu ini dan menyusun kembali mazhaj akidah yang bersumberkan akidah yang disampaikan oleh Rasullah s.a.w. yang dikenali sebagai Ahli sunnah waljamaah. Buku yang bertajuk cabaran akidah, pemikiran Islam liberal pengarang Haji Mohammad Ariffin bin Ismail boleh dijadikan panduan yang betul kepada sesiapa yang keliru dengan pemikiran liberal Islam ini yang menyerang umat Islam dari segi akidah dengan penyebaran fahaman-fahaman yang dari sudut syariatnya adalah salah. Penulis mengharapkan agar para ulama dan guru-guru agama dapat mengembangkan, mengkaji pemikiran itu agar dapat memberikan jawapan penyelesaian kepada masyarakat muslim agar dapat menghidupkan kembali pemahaman yang jelas dan benar terhadap manhaj akidah ahli sunnah waljamaah.

2.0 Sejarah Islam Liberal Menurut, Haji Mohammad dalam buku ini, yang idea yang menyokong liberalisasi telah wujud terlebih dahulu seperti modenisasi Islam, gerakan sekularisasi dan sebagainya. Gerakan Liberalisasi merupakan pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di Negara barat yang telah masuk ke dalam kehidupan seperti liberalisme ekonomi, budaya, politik dan liberalisasi agama. Liberalisme berkait rapat dengan penentangan agama dan sistem pemerintah yang dilakukan oleh golongan agama dan raja-raja yang memerintah dengan nama tuhan. Buku ini sesuai dibaca kerana memperincikan secara menyeluruh bagaimana Islam liberal boleh berlaku dalam ajaran Islam pada masa kini. Selain itu, ianya memberi pemahaman untuk kita memahami bentuk liberal yang berlaku. Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan

diri mereka sebagai seorang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir al-Quran, menilai semula syariat islam dan hukum hakam. Golongan ini akan menolak segala taksiran yang dianggap lama dan kolot. Hal ini kerana segala hukum yang tidak menepati dengan zaman, kemodenan, hak-hak manusia, maka hokum itu akan ditakwilkan atau digugurkan. Penulis juga menyokong pendapat yang dikemukan oleh Syed Muhammad Naqiub alattas yang menyatakan cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanism, sekularisme dan liberalisme yang mana bergantung semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan dunia. Bersikap dualism dalam memahami pelbagai realiti dan kebenaran. Penekanan kepad unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang mempamerkan pandangan alam yang sekular. Naqiub al-Attas juga menyatakan konsep tragedi yang menyusup dalam setiap arena kehidupan baik falsafah, agama dan kesenian.

3.0 Program Islam Liberal Penulis menyatakan yang Jaringan Islam Liberal di Indonesia telah merumuskan bahawa gerakannya adalah untuk memperkukuhkan landasan pendemokrasian, melalui penanaman nilainilai pluralisme, inklusivisme dan humanism. Selain itu, mereka bermatlamat membangun kehidupan keberagamaan yang berdasarkan kepada penghormatan atas perbezaan dan mendukung dan menyebar gagasan keagamaan yang pluralis, terbuka dan humanis. Dalam buku diceritakan yang di Malaysia tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama islam liberal tetapi dilakukan oleh individu yang memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan semua agama, hak Antara wanita dan lelaki. Cara yang mereka gunakan adalah menyuarakan di akhbar atau menerbitkan buku-buku yang menyokong fahaman Islam liberal.

4.0 Bentuk Liberalisasi 4.1 Liberalisasi Akidah Buku ini menjelaskan yang tiga bidang dalam agama Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu liberalisasi akidah dengan penyebaran fahaman plularisme agama, bidang syariat dengan

melakukan perubahan metodologi ijtihad dan liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran. Liberalisasi akidah dilakukan dengan menyebarkan faham pluralisme agama, iaitu fahaman yang meyakini semua agama adalah sama-sama benar dan merupakan jalan merujuk tuhan yang sama. Penulis menyatakan yang liberalisasi di Malaysia dicadangkan dengan penubuhan InterFaith (IFC) atau Majlis Antara agama-agama yang berfungsi sebagi makhamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama-agama yang terbabit. Ianya juga berfungsi sebagai SUHAKAM yang menerima aduan-aduan berkaitan dengan agama. Penulis menjelaskan yang penubuhan IFC sebenarnya adalah untuk meletakkan semua agama di kedudukan yang sama, sehingga setiap orang bebas untuk menentukan status agamanya dan tidak ada halangan untuk seorang muslim murtad. Setiap rentetan peristiwa yang berlaku diceritakan dalam buku ini sehingga mendapat tentangan daripada pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia.

4.2 Liberalisasi Syariah Liberalisasi dalam bidang syariah pula ialah merubah hukum hakam agama Islam sehingga dapat disesuaikan dengan perkembangan zaman walaupun kebanyakkan perubahan yang dilakukan adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang asli. Pemikiran liberal ini menganggap yang perubahan perlu bagi al-Quran supaya dapat disesuaikan perkembangan zaman. Diceritakan juga bagaimana kumpulan Liberal Indonesia di bawah penyelia Dr. Musdah Mulia telah mengajukan perubahan hukum yang telah meraka lakukan kepada Kementerian Agama Indonesia seperti perkahwinan berbeza agama Antara muslim atau muslimah dengan non-muslim telah disahkan. Selain itu, telah menukar hukum menjadi masa idah bagi perempuan bukan sahaja menjadi milik perempuan tetapi juga untuk lelaki yang mana lelaki, masa idahnya ialah seratus tiga puluh hari. Dalam kandungan yang dihantar ke kementerian agama juga menyatakan dalam fasal 59, talak tidak akan dijatuhkan oleh pihak laki-laki, tetapi boleh dilakukan oleh pihak suami atau isteri di depan sidang pengadilan agama. Namun, rancanagan demikian telah ditolak oleh Parlimen dan Kementerian Agama Republik Indonesia. Beberapa individu yang bangkit menyebarkan fahaman liberalisasi Islam di Indonesia seperti Nuryamin Aini, Ulil Abshar Abdalla, Dr Zainun Kamal. Manakala Muhidin Dahlan

menyatakan yang status seorang isteri adalah sama dengan seorang pelacur. Buku yang ditulisnya bertajuk Tuhan izinkan Aku Menjadi Pelajur sebagai langkah menyebar luaskan fahaman liberalisasi ini. Dia menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang aneh dan menurutnya adalaah sesuatu yang amat menakutkan untuk dipercayai. Selain itu, di IAIN Semarang yang telah melancarkan gerakan yang mengizinkan perkahwinan homoseksual. Buku yang diterbitkannya mengajar cara strategi gerakan yang harus dilakukan untuk menghalalkan perkahwinan homoseksual di Indonesia. Dengan mengajak sesiapa yang menyokong kepada homoseksual untuk berjuang merebut hak-haknya yang telah dirampas oleh Negara. Inilah cara musuh Islam untuk mengucar-kacirkan ajaran Islam yang sebenar. Di akhir buku itu, diceritakan oleh penulis bagaimana para pelajar di fakulti itu mengkritik orang yang menolak perkahwinan sejenis dan menganggap hanya orang primitif yang akan berbuat demikian. Buku ini juga menjelaskan yang di Malaysia perubahan hukum juga berlaku, walaupun bukan secara terangan di Indonesia. Sebagai contohnya, persamaan Antara hak lelaki dan perempuan yang telah disuarakan oleh Sisterin Islam. Walaupun meminta hak persamaan Antara lelaki dan perempuan yang mana kelompok ini telah menentang kuat Rang Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononya ianya akan menzalimi perempuan. Sebelum itu, kelompok ini telah menentang Undang-Undang Syariah Terengganu melalui hukum Hudud dimana telah menbangkitkan polemik yang kononnya undang-undang menzalimi wanita yang dirogol. SIS juga terkenal kerana kumpulan yang menentang amalan poligami dan melancarkan kempen monogamy secara terbuka. 4.3 Liberalisasi Al-Quran Melalui buku ini, kita dapat melihat dan mengenali bagaimana kumpulan liberalisasi Islam ini menyebarkan fahaman mereka dalam masyarakat Islam yang amnya tidak mengetahui apakah sebenarnya pemikiran Islam liberal yang sebenarnya. Liberalisasi Al-Quran juga telah dilakukan oleh pihak yang mahu mengugat kesucian kitab al-Quran dengan melakukan studi kritis terhadap al-Quran. Kita sedar yang sebagi seorang muslim yang mengikuti ajaran islam sebenar akan meyakini yang al-Quran dari halaman pertama hingga akhir merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara langsung baik dengan lafaz mahupun dengan makna. Penulis menyatakan yang cara yang lebih halus menyerang al-Quran dan Nampak lebih

akademik adalah dilakukan dengan mengembangkan pengajian kritik al-Quran dan pengajian Hermeneutika di Perguruan Tinggi Islam. Antara tokohnya yang terkenal ialah Dr. Nasr Hamid dan Mohammad Arkoun. Kumpulan Islam liberal telah mengkritik al-Quran menggunakan kaedah penaksiran hermeneutika yang telah digunakan oleh pemikir Barat untuk memahami kitab Bible disebabkan kitab Bible mempunyai persoalan yang tidak jelas. Secara terperinci dijelaskan bagaimana Mohammad Arkoun menyatakan ini adalah cara terbaik untuk mentaksir al-Quran dengan berpandukan kepada tinjaun sejarah, sosiologi dan antropologi sehingga mereka dapat menolak bentuk penaksiran yang mensucikan dan memuliakan al-Quran. Dapat dilihat yang pemikiran Islam Liberal amat berbahaya apa lagi jika pemikiran ini masuk ke dalam institusi pendidikan Islam.

5.0 Sokongan Barat Terhadap Islam Liberal Musuh Islam adalah semestinya adalah puak Barat. Dalam pemikiran Islam Liberal, ianya mendapat sokongan Barat, yang mana Rand corperation telah mencadangkan pemerintah Amerika Syarikat menjalin kerjasama dengan kelompok modernis dan tradisionalis termasuk kelompok sufi untuk membendung perkembangan kelompok fundementalis yang telah dianggap menghalang perkembangan demokrasi. Beberapa strategi yang dilakukan untuk mendekati modernis telah menerbitkan dan menyebarkan hasil kerja mereka dengan cara disubsidi. Selain itu, mereka menerapkan pandangan-pandangan mereka dalam kurikulum pendidikan Islam. Rand juga akan menjadikan sekularisme dan modenisme sebagai pilihan counterculture kepada pemuda muslim yang belum terpengaruh dan juga mendorong kesedaran terhadap budaya dan sejarah pra-Islam yang tidak islamik melalui medi dan kurikulum di Negara-negara yang releven. Bagi kaum tradisionalis, strategi yang dilakukan ialah menghalang gabungan Antara kaum tradisionalis dan fundamentalis. Seterusnya, strateginya ialah akan meningkatakan imej dan profil golongan modernis di institisi tradisionalis. RAND juga mencadangkan agar pihak AS mendidik kelompok tradisionalis dengan memberikan fakta-fakta kepada mereka agar dapat

berdebat melawan fundamentalis kerana kelompok fundamentalis dianggap sering memiliki retorik yang hebat. RAND juga telah mencadangkan strategi bagi melawan kelompok fundamentalis iaitu mencadangkan suapaya melawan tafsiran mereka terhadap Islam dengan menampakkan ketidakrelevenannya selain membongkar hubungan kaum fundamentalis dengan golongan radikal. Melarang diberikan perhormatan terhadap kaum fundementalis, eksimis dan teroris dengan melebelkan mereka sebagai perosak dan pengecut bukan sebagai pahlawan. Badan ini juga mendorong para jurnalis untuk menyiasat isu-isu korupsi, sikap hipokrit dan tindakan tidak bermoral kelompok fundamentalis dan teroris. Jaringan Islam Liberal di bawah RAND corporation telah membina rangkaian-rangkaian Muslim Moderat yang menjelaskan strategi kenapa US beria-ria mahu membina rangkaianrangkaian muslim Moderat di seluruh dunia Islam. Beberapa laporan telah dibuat bagi merancakkan lagi usaha untuk meluaskan rangkaian ini. Laporan itu juga bertujuan untuk menbentuk model jaringan Muslim moderat khususnya di Negara Islam yang dianggap memiliki pandangan dan misi yang sehaluan dengan nilai serta prinsip-prinsip AS untuk menandingi kaum fundamentalis. Bagi menterjemah dasar ini dalam bentuk tindakan, Jabatan Luar Negara AS dan USAID telah memberi kontrak projek kepada beberapa NGO dan kesemua NGO berkenaan ditaja sepenuhnya oleh pemerintah AS. The Asia Foundation sendiri dinggap sebagai organisasi yang paling berjaya dalam menjalankan misinya sehingga modus operandinya dijadikan sebagai model penyebaran nilai-nilai demokrasi liberal di Timur Tengah. Bagaimana kerajaan Amerika dan sekutu-sekutunya telah merancang strategi untuk membina muslim moderat dengan menetukan kriteria yang membezakan Antara muslim moderat dan muslim Fundamentalis. Penjelasan takrif Muslim penting kerana dibimbangi golongan muslim Radikal dan oportunis melakukan penyamaran menjadi muslim Moderat. Selain itu, badan ini telah mewujudkan pangkalan data antarabangsa rangkaian Muslim Moderat meliputi aspek individu, kumpulan, organisasi, institusi, parti politik dan sebagainya. Seterusnya, preoses pemantauan mekanisme-mekanisme, penapisan dan menyelia program-program, projek-projek dan keputusan-keputusan yang bakal dilaksanakan.

Dinyatakan juga bagi mereka membina rangkaian Muslim Moderat laporan itu telah mencadangkan keutamaan kepada muslim liberal dan akademik Islam secular yang cerdik pandai. Keutamaan juga diberikan kepada kumpulan wanita-wanita yang memperjuangkan persaksamaan jantina serta wartawan-wartawan yang berfikiran moderat. Bagi bantuan dari segi kewangan, laporan ini juga mencadangkan penajaan diberikan kepada aspek pendidikan demokratik, terutamanya program-program yang melibatkan penggunaan teks-teks dan tradisitradisi Islam untuk ajaran-ajaran Islam yang berasaskan nilai-nilai demokratik dan pluralisme. Kewangan juga diberikan kepada aspek kesamaan jantina, memperjuangkan hak-hak isu wanita dan peguambela hak-hak wanita. Promosi kesaksamaan jantina adalah satu komponen penting dalam mempercepatkan kewujudan Muslim Moderat. Dapat dilihat bagaimana kesan yang timbul akibat strategi RAND corporation di Indonesia yang menjadikan institusi pendidikan sebagai kunci dalam perkembangan liberalisasi. Hal ini dapat dilihat melalui institusi pondok dan madrasah yang mana majoritipondok di bawah payung NU, begitu juga dengan madrasah yang berada di bawah jaringan Muhammadiyyah dan Persis. Menurut laporannya, kurikulum sekular telah dimasukkan dalam institusi tersebut meskipun pendidikan tetap menjadi fokus. Begitu juga dengan Media Massa yang mana salah satu media massa yang paling berpengaruh ialah Jaringan radio Islam yang bertajuk Liberal Religion and Tolerance. Transkrip dialog itu telah diterbitkan oleh akhbar Jawa post dan turut disebarkan lebih daripada 70 media.

6.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, kita dapat simpulkan bahawa pemikiran Islam Liberal adalah pemikiran yang berbahaya bagi akidah ummat Islam, dan menyalahi prinsip-prinsip Islam dari akidah mahupun syariah dan akhlak. Bidaah bukan sahaja berlaku dari segi amalan tetapi akidah dan pemikiran juga. Malah bidaah dari segi akidah dan pemikiran adalah lebih berbahaya kerana boleh merosakkan iman dan boleh mengeluarkan seseorang daripada keyakinan terhadap agamanya. Seharusnya umat islam yang harus waspada terhadap segala bentuk pemikiran yang akan merosakkan keyakinan tidak kiralah dengan menganti nama-nama jenis jenis Islam seperti Islam moden, Rasional. Penulis juga menyatakan yang agama Islam mengakui perbezaan agama lain, tetapi tidak mengakui kebenaran agama yang lain kerana agam yang benar hanyalah agama

Islam sedangkan agama yang lain adalah agama yang bathil, oleh sebab itu, pluralisme agama adalah bertentangan dengan akidah Islam. Begitu juga dalam bidang syariah, Islam telah mengakui yang terdapat hal-hal yang bersifat keyakinan dan hukum yang bersifat tetap dan tidak berubah, iaitu hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh dalil-dalil dan nas berdasarkan al-Quran dan Hadis. Jika pemikiran terhadap Islam menggunakkan dasar rasional dan akal semata-mata, ianya merupakan jalan menuju kesesatan. Melalui buku ini, penulis berharap ianya akan mengbangkitkan kesedaran kita terhadap cabaran akidah pada masa kini dan berharap semoga kita mendapat petunjuk agar dapat cara dan iktiar bagi menghadapi corak pemikiran Islam liberal.

Anda mungkin juga menyukai