Anda di halaman 1dari 6

Tajuk Objektif

: Keperluan asas tumbuhan : Untuk menentukan keperluan asas tumbuhan: cahaya matahari, udara dan air.

Pengenalan : Tumbuhan adalah satu ciptaan Tuhan dalam dunia ini seperti manusia. Tumbuhan juga benda hidup yang memerlukan keperluan asas untuk membesar dan hidup subur. Tumbuhan juga melakukan proses respirasi sama seperti manusia. Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara dan cahaya matahari. Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya. Tumbuhan melakukan empat proses iaitu i. ii. iii. iv. Gutasi Transpirasi Osmosis Fotosintesis Tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk membuat makanan. Proses ini dikenali sebagai fotosintesis. Bukan itu sahaja, tumbuhan memerlukan air untuk mengangkut makanan dan nutrien. Tumbuhan juga memerlukan udara untuk bernafas dan membuat makanan. Selain itu, tumbuhan menyerap cahaya matahari melalui daunnya untuk membuat makanannya. Satu amali boleh dijalankan untuk menguji keperluan asas tumbuhan terhadap sesuatu tumbuhan. Dalam amali tersebut kita dapat menguji keperluan asas tumbuhan seperti air, udara dan cahaya matahari. Pada akhir amali, pemerhatian akan direkodkan.

Keputusan: Masalah 1: Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari? Pemerhatian Prosedur A Inferens/Kesimpulan

Hari pertama daun tidak Daun telah layu, kerana menunjukan Selepas perubahan. daun hari cahaya tidak mendapat yang untuk proses

beberapa

matahari

daun itu menjadi sedikit secukupnya kekuningan dan tetap meneruskan tumbesaran. tiada Daun layu daun dengan

dengan warna hijau. Prosedur B Hari pertama

kerana yang kertas

perubahan. Semakin hari, bahagian daun mula layu. ditutupi

hitam menghalang cahaya matahari. Ini menyebabkan daun tidak boleh menjalani proses fotosintesis.

Masalah 2: Bolehkah tumbuhan berhidup tanpa air? Pemerhatian Tumbuhan A Hari pertama benih Inferens/Kesimpulan Benih kacang tumbuh,

kacang tidak menunjukkan kerana ia dapat air dan perubahan. Selepas beberapa hari, benih kacang mula cambah dan tumbuh kearah cahaya matahari. Tumbuhan B Benih kacang tidak Benih kacang tidak tumbuh cahaya matahari. Keperluan asas menyebabkan benih kacang untuk tumbuh.

menunjukkan perubahan. kerana tidak dapat air yang Benih tumbuh. kacang tidak secukupnya untuk proses percambahan.

Masalah 3: Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara? Pemerhatian Prosedur A i) Jar ditutup Benih cambah. kacang Semua Inferens/Kesimpulan i) Benih kacang tidak

tidak tumbuh kerana tidak ada benih ruang untuk udara masuk. Tanpa udara benih tidak akan bercambah.

kacang tidak tumbuh.

ii) Jar tidak ditutupi

ii)

Benih

kacang

Benih kacang bertumbuh bertumbuh segar kerana ia dengan segar. mempunyai air dan udara yang secukupnya untuk

pertumbuhannya. Prosedur B i) Ada kapas i) Benih kacang bertumbuh

Benih kacang bertumbuh kerana ia mendapat udara dengan segar. ii) Tiada kapas yang mencukupi. ii) Benih kacang yang

Benih kacang tiada kesan dibiarkan dalam air tidak pertumbuhan. Testa bijih menerima bekalan udara itu pecah dan diasingkan. yang mencukupi.

Perbincangan : 1) Amali ini dijalankan untuk menguji keperluan asas tumbuhan terhadap tumbuhan yang diuji. 2) Dalam amali ini, tumbuhan yang mendapat keperluan asas bertumbuh dengan segar. 3) Cahaya matahari merupakan bahan yang terpenting dalam tumbesaran tumbuhtumbuhan. Tanpa cahaya matahari, tumbuhan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. Ini mengakibatkan, lama-kelamaan bahagian yang tidak dapat cahaya matahari akan bertukar warna iaitu kekuningan. 4) Manakala tumbuhan A yang mendapat air yang secukupnya bertumbuh dengan segar dan sihat. Perubahan kita dapat lihat hari ke-3.

5) Bukan itu sahaja, oleh kerana ianya terletak di tepi tingkap dalam makmal ianya juga mendapat keperluan asas yang lain juga seperti cahaya matahari dan udara. Oleh sebab ianya mempunyai cahaya matahari, udara dan air maka ia dapat menghasilkan makanan sendiri dan bertumbuh dengan cepat. 6) Tumbuhan B pula tidak bercambah. Ini kerana ianya tidak mendapat keperluan asas seperti air untuk bercambah dan bertumbuh. Walaupun ianya mendapat cahaya matahari tetapi ia tidak dapat menjalankan fotosintesis kerana air juga merupakan suatu bahan yang penting dalam menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan. 7) Dalam prosedur B iaitu dalam menguji masalah yang ke 3, pertumbuhan dalam cawan yang mempunyai kapas bertumbuh dengan baik. Pertumbuhan dalam cawan yang tiada kapas tidak mempunyai kesan bertumbuh dan testa biji tersebut pecah dan keluar. Dalam cawan kapas, benih kacang itu dapat udara yang mencukupi untuk bercambah, manakala biji yang terdapat dalam cawan yang tiada kapas dibiarkan dalam air. Ini menyebabkan ia tidak dapat udara yang mencukupi untukber tumbuh. Udara ialah satu keperluan asas yang penting untuk sesuatu pertumbuhan untuk melakukan proses respirasi untuk

bersambung membesar dan hidup. 8) Oleh itu, keperluan asas tumbuhan adalah berkait rapat antara satu sama lain untuk ianya bertumbuh dengan segar dan sihat.

Soalan :

Amali 1 : 1. Daun tersebut akan mati jika Vaselin diselaputi pada bahagian belakang. Ini kerana stoma yang banyak terletak di bahagian bawah daun. Oleh sebab itu, daun tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. Jika tumbuhan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis ia tidak boleh menghasilkan makanan. Tetapi, jika daun tersebut diselaputi Vaselin pada bahagian atas daun masih boleh hidup. 2. Daun tidak ada perubahan apabila Vaselin dibersihkan dan menjalankan proses fotosintesis seperti biasa.

3. Bahagian yang diselaputi dengan Vaselin akan bertukar warna kepada kekuningan. 4. Selepas kertas hitam dapat ditanggalkan daun akan kembali segar dan warna hijau kerana ia dapat cahaya matahari, udara yang secukupnya

Amali 2 :

1. Ya. Keputusan yang sama akan diperoleh. Sebabnya adalah semua tumbuhan memerlukan air iaitu keperluan asas yang sama untuk menjalankan proses pembesaran. 2. Ada. Tetapi tumbuhan akan mengambil air yang secukupnya untuk menjalankan proses-proses tertentu. 3. Jika air cukup kepada tumbuhan tanaman tumbuh sihat, kalau air tidak cukup daun kelihatan kekuningan dan kering. Melalui ini, pekebun dapat mengetahui bahawa tumbuhan tersebut mendapat keperluan asasnya.

Amali 3 : 1. Caranya adalah meletakkan minyak pada permukaan air supaya ia akan menghalang udara daripada masuk ke dalam air. 2. Tidak. Ini kerana udara tidak memberikan apa-apa kesan yang negative malah ia memberi oksigen yang banyak kepada tumbuhan. Apabila tumbuhan mendapat oksigen yang banyak maka ia akan melakukan proses transpirasi secara efisyen. 3. Ya, ini kerana semua tumbuhan memerlukan keperluan yang asas untuk kekal tumbuh. 4. Yang pertamanya adalah kalium. Tanpa kalium daun akan bertompoktompok,daun berbintik-bintik dan daun berpilin. Mineral yang kedua adalah

nitrogen. Nitrogen adalah suatu mineral yang penting bagi tumbuhan. Tanpanya daun menjadi kekuningan, tumbuhan akan kering sebelum matang, daun akan

gugur dan layu sebelum matang. Ketiganya adalah forforus. Tanpa fosforus batang menjadi kurus, tumbuhan terbantut, tumbuhan lambat matang, daun berwarna antara biru tua dengan hijau kebiruan. Inilah antara tiga mineral yang diperlukan oleh tumbuhan.

5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan untuk tumbesaran masing-masing. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga dan menjalankan aktiviti seharian mereka.

Kesimpulan : Tumbuhan memerlukan kesemua keperluan asas seperti cahaya matahari, air, udara untuk menjalankan proses tumbesaran. Tumbuhan akan mati ataupun layu sekiranya tidak dapat keperluan asas yang disebut tadi.

Anda mungkin juga menyukai