Anda di halaman 1dari 9

Jamaah?? Apa Itu Jamaah?

S ejak kebelakangan ini penulis sering dihujani dengan soalan-soalan berkaitan


jamaah dan apakah maksud sebenar jamaah itu, tak kurang juga beberapa orang
sahabat dan adik-adik yang bertanya tentang pendekatan dakwah yang sebenar
bagi menjelaskan Islam secara menyeluruh.Penulis merasakan ramai sahabat yang
agak terkeliru dengan maksud sebenar jamaah sehingga menyebabkan mereka
yang terkeliru ini menjadi taksub membuta tuli, mudah menghukum orang yang
tidak satu jamaah dengannya dengan pelbagai label.. munafiq, bughoh,
pengkhianat dan bermacam-macam lagi label.

Penulis menyeru agar sahabat-sahabat meneliti firman Allah subhanahuwata`ala:

َ َ ‫ذي‬ َ
)‫ن‬ َ ‫مو‬ ُ ِ ‫سل‬ ْ ‫م‬ ُ ‫م‬ ْ ُ ‫ن إ ِّل وَأن ْت‬ ّ ُ ‫موت‬ ُ َ ‫قات ِهِ وََل ت‬ َ ُ ‫حقّ ت‬ َ ‫ه‬ َ ّ ‫قوا الل‬ ُ ّ ‫مُنوا ات‬ َ ‫نآ‬ َ ِ ّ ‫َيا أي َّها ال‬
ْ ‫م إ ِذ‬ ْ ُ ‫ة الل ّهِ ع َل َي ْك‬ َ ‫م‬َ ْ‫فّرُقوا َواذ ْك ُُروا ن ِع‬ َ َ ‫ميًعا وََل ت‬ ِ ‫ج‬َ ِ‫ل الل ّه‬ ِ ْ ‫حب‬َ ِ ‫موا ب‬ ُ ‫ص‬ِ َ ‫( َواع ْت‬102
َ ‫م ع ََلى‬ َ َ َ ‫ك ُنت‬
‫فا‬َ ‫ش‬ ْ ُ ‫واًنا وَك ُن ْت‬ َ ‫خ‬ْ ِ ‫مت ِهِ إ‬َ ْ‫م ب ِن ِع‬ْ ُ ‫حت‬ ْ َ ‫صب‬ْ ‫م فَأ‬ ْ ُ ‫ن قُُلوب ِك‬ َ ْ ‫ف ب َي‬ َ ّ ‫داًء فَأل‬ َ ْ ‫م أع‬ ْ ُْ
َ َ
‫ن‬ َ ‫دو‬ ُ َ ‫م ت َهْت‬ ْ ُ ‫م آَيات ِهِ ل َعَل ّك‬ ْ ُ ‫ه ل َك‬
ُ ّ ‫ن الل‬ ُ ّ ‫ك ي ُب َي‬ َ ِ ‫من َْها ك َذ َل‬ِ ‫م‬ْ ُ ‫قذ َك‬َ ْ ‫ن الّنارِ فَأن‬ َ ‫م‬ِ ٍ‫فَرة‬ ْ ‫ح‬
ُ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa
kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
beragama Islam.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan


janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu
ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah
mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang
yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah
menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.1

Ibnu Kathir di dalam Tafsirnya menafsirkan tali Allah sebagai al-Quran2, seterusnya
beliau membawa hadith:

َ ‫ن أ َِبي هَُري َْرة َ َقا‬


‫ل‬ ْ َ‫ع‬

1 ali-Imran [3]:102-103

2 Tafsir al-Quran al-`Azhim, Ibn Kathir juz 2, ms 89, Maktabah Syamilah Edisi ke 2
ْ ُ ‫م ث ََلًثا وَي َك َْره ُ ل َك‬
‫م‬ ْ ُ ‫ضى ل َك‬ َ ‫ه ي َْر‬َ ّ ‫ن الل‬
ّ ِ‫م إ‬ َ ّ ‫سل‬َ َ‫ه ع َل َي ْهِ و‬ُ ّ ‫صّلى الل‬ َ ِ‫ل الل ّه‬ ُ ‫سو‬
ُ ‫ل َر‬ َ ‫َقا‬
َ َ
ِ ّ ‫ل الل‬
‫ه‬ ِ ْ ‫حب‬
َ ِ ‫موا ب‬ ُ ‫ص‬ ْ ‫شي ًْئا وَأ‬
ِ َ ‫ن ت َعْت‬ َ ِ‫كوا ب ِه‬ ُ ِ‫شر‬ ْ ُ ‫دوه ُ وََل ت‬ ُ ُ ‫ن ت َعْب‬
ْ ‫مأ‬ ْ ُ ‫ضى ل َك‬
َ ‫ث ََلًثا فَي َْر‬
‫فّرُقوا‬َ َ ‫ميًعا وََل ت‬ ِ ‫ج‬َ
Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu katanya: Rasulullah


sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya Allah meredhai ke atas kamu
tiga perkara dan membenci ke atas kamu tiga perkara,kamu mengabdikan diri
kepadaNya dan tidak menyegutukanNya dengan sesuatu pun, Kamu berpegang
dengan tali Allah(agamaNya) dan tidak berpecah belah.3

Ayat di atas mengandungi arahan Allah ke atas hamba-hambaNya yang beriman


supaya mensyukuri nikmat yang besar( perpaduan diantara kaum muslimin),
supaya bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa, melaksanakan ketaatan kepadaNya
dan meninggalkan maksiat, mengikhlaskan segala amalan hanya kepadaNya,
mendirikan agama Allah, berpegang dengan tali Allah yang Dia menghubungkannya
kepada mereka, dan Dia menjadikan sebab(penyatuan) di antara mereka
dengannya iaitulah agama dan kitabNya, dan kesepakatan di atasnya dan larangan
daripada berpecah-belah, dan perintah agar mereka sentiasa konsisten di
atasnya(al-Quran) sehingga mati.4

Firman Allah taala lagi:

َ ُ َ ‫يا أ َيها ال ّذين آ َمنوا أ َطيعوا الل ّه وأ َطيعوا الرسو‬


ْ ِ ‫م فَإ‬
‫ن‬ ْ ُ ‫من ْك‬
ِ ِ‫مر‬ْ ‫ل وَأوِلي اْل‬ ُ ّ ُ ِ َ َ ُ ِ ُ َ َ ِ َّ َ
ْ ّ ْ ُ ‫ن ك ُن ْت‬
ِ ْ ‫م ت ُؤ‬ ُ ‫دوه ُ إ َِلى الل ّهِ َوالّر‬ ّ ‫يٍء فَُر‬ َ ‫م ِفي‬
ِ ‫ن ِباللهِ َوالي َوْم‬ َ ‫مُنو‬ ْ ِ‫ل إ‬ِ ‫سو‬ ْ ‫ش‬ ْ ُ ‫ت ََناَزع ْت‬
‫ن ت َأ ِْويًل‬ُ ‫س‬َ ‫ح‬
َ
ْ ‫خي ٌْر وَأ‬
َ ‫ك‬ ِ َ ‫اْل‬
َ ِ ‫خرِ ذ َل‬
Maksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri
di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-
benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama
(bagimu) dan lebih baik akibatnya.5

Menurut al-Tabari6 terdapat perselisihan di kalangan ulama` dalam mentafsirkan


ayat ini, setengah mereka berpendapat, ia merupakan perintah dari Allah supaya

3 HR Muslim no:3236

4 Taisir al-Karim Ar-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, Syeikh Abd Rahman Nasir as-Sa`di,
ms: 130, Dar al Hadith Kaherah .

5 An-nisa` [4]:59
mengikut sunnahnya.Kalangan lain pula berpendapat, ia merupakan perintah Allah
supaya mentaati Rasul semasa hayat mereka.Pendapat yang tepat ialah ia
merupakan perintah Allah supaya mentaati RasulNya semasa mereka hidup dengan
melaksanakan semua perintah dan menjauhi laranganya, dan selepas wafatnya
dengan mengikuti sunnahnya.Nas-nas yang memerintahkan supaya mentaati
Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam adalah berbentuk umum dan tidak terbatas
semasa hidupnya sahaja.Perintah tersebut tidak dikhususkan kepada para sahabat
Rasulullah sahaja.7

Syubhat Dalam Persoalan Jamaah

Pada mulanya penulis enggan mengulas permasalahan jamaah dikalangan rakan-


rakan.Bagi penulis selagi mana mereka tidak taksub kepada jamaah mereka maka
ianya tidak menjadi masalah.Yang menjadi masalah yang serius apabila segelintir
ahli jamaah yang taksub dengan jamaahnya sehingga sesiapa yang
meninggalkan jamaahnya atau tidak sependapat dengan pimpinannya
akan dituduh dan dilabel dengan pelbagai tuduhan yang liar.

1. Menyalahgunakan nas-nas agama( al-Quran dan al-Hadith) untuk mengukuhkan


pendapat mereka sekaligus bertindak menghukum sesiapa sahaja yang tidak
sependapat dengan mereka.

Antara nas yang sering digunakan;

‫من فرق الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة السلم من عنقه‬
Barangsiapa yang memisahkan diri dari al-jamaah sejengkal sahaja maka ia telah
meninggalkan ikatan Islam dari lehernya.8

‫عليكم بالجماعة وإياكم والفرقة فإن الشيطان مع الواحد وهو من الثنين‬


‫أبعد ومن أراد بحبحة الجنة فعليه بالجماعة‬
6 Muhammad b.Jarir b.Yazid b.Khalid al-Tabari, Abu Muhammad,(224H-310H) seorang
mujtahid, ahli tafsir, hadith, fiqh dan sejarah - `Ulum al-Hadith, Dr Fauzi Deraman ms:19

7 Jami` al-Bayan fi t a`wil al-Quran, Ibnu Jarir al-Tabari 4: 150

8 Shahih, al-Albani Zhilal al-Jannah fi takhrij As-Sunnah li Ibn Abi `Ashim , no:892, Shahih
Sunan Abi Daud no;4758, Shahih at-Tirmidzi no:2863
Tetaplah kamu bersama al-Jamaah dan jauhilah perpecahan, sesungguhnya syaitan
selalu bersama orang yang sendirian dan ia lebih jauh dari yang berdua dan siapa
yang ingin tinggal di tengah-tengah kebun syurga maka hendaklah tetap
berpegang dengan al-Jamaah.9

‫من خرج من الطاعة وفارق الجماعة فمات ؛ مات ميتة جاهلية‬


Barangsiapa yang keluar dari ketaatan dan meninggalkan al-jamaah, maka ia mati
dalam keadaan jahiliyyah10

Nas ketiga- tiga hadith di atas merupakan antara contoh nas yang sering mereka
gunakan untuk menghukum seseorang yang bertindak keluar dari jamaah
mereka.Banyak lagi nas yang mereka gunakan, memadailah penulis membawakan
tiga contoh nas yang sering mereka gunakan untuk menghukum mereka yang
keluar dari jamaah mereka dengan pelbagai tuduhan dan akhirnya menjadi hujjah
kepada mereka untuk bertindak memulau ahli mereka yang kononnya berpaling
tadah dari medan perjuangan.

Berikut jawapan yang membantah kesalahan mereka:

Kata al-Jamaah dalam kitab hadith-hadith, tafsir yang muktabar11,memiliki


banyak maksud antaranya:

a) Kumpulan ulama mujtahidin( dan ijma` mereka) as-Sawadul al-`Azham.


b) Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan para sahabatnya.
c) Negara Islam dengan imam/khalifah yang sah
d) Al-Haq( kebenaran)

a) Pendapat pertama menyatakan al-jamaah ialah kumpulan di kalangan ulama


mujtahidin( ijma` mereka), mereka berhujahkan dengan hadith ini:

9 Shahih, al-Albani Zhilal al-Jannah fi takhrij As-Sunnah li Ibn Abi `Ashim , no:88

10 al-Albani, Muktashar Silsilah as-Shahihah no:983

11 Penulis menyarankan agar mereka yang ingin mencari maksud al-Jamaah yang sebenar
dengan merujuk kepada kitab-kitab hadith atau tafsir yang muktabar dan bertanyalah
kepada mereka yang benar-benar ahli dalam pengajian Hadith ataupun tafsir.
َ َ ٍ َ ‫خل‬ َ ‫حد ّث َِني أ َُبو‬
ُ ‫قو‬
‫ل‬ ُ َ‫ك ي‬ ٍ ِ ‫مال‬ َ ‫ن‬ َ ْ‫س ب‬
َ َ ‫ت أن‬ ُ ْ‫مع‬ ِ ‫س‬ َ ‫ل‬ َ ‫مى َقا‬ َ ْ ‫ف اْلع‬ َ
َ
‫معُ ع َلى‬ َ ُ ُ ‫قو‬ ّ َ ّ ّ ّ َ ‫سو‬
ِ َ ‫جت‬
ْ َ ‫مِتي ل ت‬ ّ ‫نأ‬ ّ ِ‫ل إ‬ ُ َ‫م ي‬َ ‫سل‬ َ َ‫ه ع َلي ْهِ و‬ُ ‫صلى الل‬ َ ِ‫ل الله‬ ُ ‫ت َر‬ ُ ْ‫مع‬
ِ ‫س‬
َ
َ َ ْ َ
ِ ‫واد ِ الع ْظم‬ َ ‫س‬ّ ‫م ِبال‬ ْ ُ ‫خت َِلًفا فَعَل َي ْك‬
ْ ‫ما‬ ْ ُ ‫ذا َرأي ْت‬َ ِ ‫ضَلل َةٍ فَإ‬َ
Diceritakan kepadaku Abu Khalaf al-`Ama katanya: Aku mendengar Anas
b.Malik berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
“ Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat dalam kesesatan, jika kalian
melihat perselisihan maka hendaklah kalian berpegang dengan al-Sawad al-
`Azham12

b) Pendapat kedua ialah al-Jamaah ialah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan


para sahabatnya, pendapat ini lebih tepat dan hujjahnya ialah hadith ini:

َ ‫حدث َِني يحيى ب‬


‫ل‬ُ ‫قو‬ ُ َ‫ة ي‬ َ َ ‫سارِي‬َ ‫ن‬ َ ْ‫ض ب‬ َ ‫ت ال ْعِْرَبا‬ ُ ْ‫مع‬ ِ ‫س‬ َ ‫ل‬ َ ‫طاِع َقا‬ َ ‫م‬ ُ ْ ‫ن أِبي ال‬ ُ ْ َ ْ َ ّ َ
‫ة‬
ً َ‫ة ب َِليغ‬ َ
ً ‫عظ‬ ِ ْ‫مو‬ َ
َ ‫ت ي َوْم ٍ فَوَع َظَنا‬ َ ‫ذا‬ َ ‫م‬ َ ‫سل‬ّ َ
َ َ‫ه ع َلي ْهِ و‬ ّ
ُ ‫صلى الل‬ ّ ّ
َ ِ‫ل الله‬ ُ ‫سو‬ ُ ‫م ِفيَنا َر‬ َ ‫َقا‬
‫ل الل ّهِ وَع َظ ْت ََنا‬ َ ‫سو‬ ُ ‫ل َيا َر‬ َ ‫قي‬ ِ َ‫ن ف‬ ُ ‫من َْها ال ْعُُيو‬ ِ ‫ت‬ ْ َ‫ب وَذ ََرف‬ ُ ‫قُلو‬ ُ ْ ‫من َْها ال‬ِ ‫ت‬ ْ َ ‫جل‬ ِ َ‫و‬
‫ة‬
ِ َ ‫طاع‬ ّ ‫مع َوال‬ ّ ‫وى الل ّهِ َوال‬ ْ ُ ‫ل ع َل َي ْك‬ َ ‫قا‬ َ َ‫موَد ٍّع َفاع ْهَد ْ إ ِل َي َْنا ب ِعَهْد ٍ ف‬ َ َ ‫عظ‬
ِ ْ ‫س‬ َ ‫ق‬ ْ َ ‫م ب ِت‬ ُ ‫ة‬ ِ ْ ‫مو‬َ
‫ة‬
ِ ّ ‫سن‬
ُ َ‫سن ِّتي و‬ ُ ِ‫م ب‬ ُ َ
ْ ‫دا فَعَلي ْك‬ ً ‫دي‬ ِ ‫ش‬ َ ‫خت ِلًفا‬ َ ْ ‫دي ا‬ ِ ْ‫ن ب َع‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ن‬ َ ْ‫ست ََرو‬ َ َ‫شّيا و‬ ِ َ ‫حب‬َ ‫دا‬ ً ْ ‫ن ع َب‬ ْ ِ ‫وَإ‬
ُ
‫موَر‬ ُ ‫م َواْل‬ ْ ُ ‫جذ ِ وَإ ِّياك‬ ِ ‫وا‬ َ ّ ‫ضوا ع َل َي َْها ِبالن‬ ّ َ‫ن ع‬ َ ‫مهْد ِّيي‬ َ ْ ‫ن ال‬ َ ‫دي‬ ِ ‫ش‬ِ ‫فاِء الّرا‬ َ َ ‫خل‬ُ ْ ‫ال‬
ٌ َ ‫ضَلل‬
‫ة‬ َ ٍ‫ل ب ِد ْع َة‬ ّ ُ‫ن ك‬ ّ ِ ‫ت فَإ‬ ِ ‫حد ََثا‬ ْ ‫م‬ُ ْ ‫ال‬
Diceritakan kepadaku Yahya b.Abi al-Mutha` katanya aku mendengar Irbadh
ibn Saariyah berkata: Suatu hari,Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berdiri
dikalangan kami dan menasihati kami dengan suatu nasihat yang dengan
nasihat itu gementar hati-hati , dan hampir mengalir air mata disebabkan
nasihat itu dan dikatakan kepadanya: Ya Rasulallah, engkau menasihati kami
dengan nasihat yang seolah-olah engkau akan berpisah dengan kami
selamanya maka berikan kami dengan suatu janji(wasiat) maka Rasulullah
bersabda: “ Hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah, dengan dengar dan
taat(patuh) walaupun kepada seorang hamba habsyi dan kalian pasti akan
melihat selepas pemergianku nanti perselisihan yang sangat banyak, maka
hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa` ar-Rasyidin
yang ditunjuki, gigitlah ia dengan gigi geraham, dan berjaga-jagalah kalian dari

12 HR Ibn Majah no:3940, Ahmad no:17722,18544, Mushannaf Ibn Abi Syaibah juz
8,ms:731, al-Mustadrak juz 1,ms:378
perkara-perkara baru yang diada-adakan kerana setiap bid`ah itu adalah
menyesatkan.13

c) Ulama yang mengatakan maksud al-jamaah ialah negara Islam dengan


imam/khalifah yang sah berhujahkan dengan hadith ancaman mati dalam keadaan
jahiliyyah bagi mereka yang keluar dari jamaah yang ditafsirkan oleh hadith ini:

‫س‬
ٍ ‫ن ع َّبا‬ ِ ْ ‫ن اب‬ْ َ‫ع‬
َ
‫ه‬ ْ َ ‫شي ًْئا فَل ْي‬
ُ ّ ‫صب ِْر فَإ ِن‬ َ ِ‫ميرِه‬ ِ ‫نأ‬ ِ َ ‫ن ك َرِه‬
ْ ‫م‬ ْ ‫م‬َ ‫ل‬ َ ‫م َقا‬َ ّ ‫سل‬
َ َ‫ه ع َل َي ْهِ و‬ُ ّ ‫صّلى الل‬
َ ‫ي‬
ّ ِ ‫ن الن ّب‬
ْ َ‫ع‬
‫ة‬
ً ّ ‫جاه ِل ِي‬
َ ‫ة‬
ً َ ‫ميت‬
ِ ‫ت‬ َ ‫ما‬َ ‫شب ًْرا‬ِ ‫ن‬ ِ ‫طا‬َ ْ ‫سل‬ّ ‫ن ال‬ ْ ‫م‬ِ ‫ج‬ َ ‫خَر‬ َ ‫ن‬ ْ ‫م‬
َ
Daripada Ibn `Abbas radiallahu`anhuma daripada Nabi sallallahu`alaihiwasallam
bersabda: Barangsiapa yang membenci daripada pemerintahnya dalam sesuatu
urusan, hendaklah dia bersabar kerana sesungguhnya sesiapa yang keluar
(mencabut) ketaatan daripada sultan(penguasa/pemerintah) walaupun sejengkal
maka ia mati dalam keadaan jahiliyyah.14

Berkata Ibn Bathhal:

Hadith ini menjadi hujjah( bukti) larangan mencabut ketaatan kepada


sultan( penguasa/pemerintah) walaupun dia pemerintah seorang yang zalim.15

Apa yang paling tepat ialah al-jamaah ialah al-haq( kebenaran) iaitulah jalan yang
dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan para sahabatnya.Sepertimana
di dalam hadith perpecahan umat Islam yang akan berpecah sebanyak 73 golongan
kesemuanya akan ke neraka kecuali satu kelompok, sahabat bertanya siapakah
mereka lalu Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam menjawab:

َ َ
16
‫حاِبي‬ ْ ‫ما أَنا ع َل َي ْهِ وَأ‬
َ ‫ص‬ َ
.Apa yang serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku

13 Shahih ,HR Ibn Majah no:42, Tirmidzi no:2600, Ahmad no:16519, Hakim no:301, Ibn
Hibban no:5

14 HR Bukhari no:6530

15 Fathul Bari, Ibn Hajar al-`Asqalani,juz 20, ms 58

16 Tuhfatul al-ahwazi juz 6, ms 440, Tirmidzi berkata: Hadith ini hasan dan gharib.
Malah menurut Ibn Hajar al-`Asqalani maksud al-Jamaah yang sebenar ialah para
Sahabat Nabi sallallahu`alaihiwasallam , dan ahli ilmu yang Allah jadikan mereka
17
sebagai hujjah dalam urusan agama

Sudah jelas di sini tidak ada satu ulama ahli Sunnah pun yang menafsirkannya
dengan organisasi-organisasi dakwah, parti-parti politik atau pertubuhan-
pertubuhan.18 Kecuali ulama di kalangan jamaah mereka juga.

2. Mereka menyamakan diri mereka dengan situasi ketika Dakwah Islam masih
di peringkat permulaan( period makkiyyah) seolah-olah selain dari ahli
jamaah mereka merupakan penganut-penganut jahiliyyah( yang tidak
memahami perjuangan sebenar) sedangkan Islam sudah sempurna dan
hanya yang tinggal buat umat Islam ialah menuntut ilmu dan berdakwah
dengan ilmu yang dipelajari melalui pelbagai pendekatan semasa.

3. Hasil dari kurang kefahaman dan kedangkalan ilmu mereka ahli-ahli bawahan
mereka yang kekurangan ilmu dipaksa dan diikat dengan bai`ah atau
sumpah taat setia.Akhirnya menjadilah ahli-ahli yang baru ini bagai “ Lembu
yang dicucuk hidung” apa sahaja arahan atau tindakan yang pemimpin
mereka lakukan mereka hanya bertaklid buta tanpa mengkaji dan meneliti
nas-nas al-Quran dan al-Hadith yang digunakan oleh pimpinan mereka.Jika
mereka keluar dari jamaah pelbagai ancaman dan ugutan dikenakan.

4. Mereka juga hanya akan menerima pendapat hanya dari pimpinan dalam
jamaah mereka sahaja, mereka menolak pandangan golongan ulama atau
ahli ilmu yang bukan dari jamaah mereka, walaupun ternyata pimpinan
mereka kurang dari sudut ilmu dan kelayakan dalam bidang tertentu.

5. Mereka tidak memahami fokus dakwah para nabi dan rasul ialah
memperbaiki akidah, dan mengajar ibadah yang shahih.Justeru, fokus
mereka hanyalah tertumpu kepada politik semata-mata.Mereka
mengabaikan manifesto dakwah para nabi dan Rasul iaitulah
memperbetulkan akidah dahulu.

17 Fathul Bari, Ibn Hajar al-`Asqalani juz 20, ms:89

18 Penulis menyeru agar rakan-rakan boleh membezakan di antara kerajaan yang sah
dengan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.Misalnya di Kelantan kerajaan yang
sah ialah kerajaan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Maka sebagai rakyat di
negeri Kelantan maka wajib mengikuti arahan pemerintah selagi ia tidak menyuruh
melakukan maksiat.Namun secara umumnya Negara kita Malaysia dipimpin oleh Kerajaan
yang sah diterajui oleh Datuk seri Abdullah Badawi, maka kita wajib mengikuti arahan
pemerintah selagi ia tak menyuruh melakukan maksiat.
Penulis sentiasa berlapang dada dengan sesiapa sahaja yang sudi menegur dan
memberi pandangan kepada penulis, namun penulis menolak sikap taksub dan
melampau.Penulis tidak menolak politik dalam Islam kerana ianya merupakan
sebahagian daripada kehidupan, sedangkan Islam ini adalah “ the way of
life”.Namun penulis menolak politik yang tidak berprinsip, kotor dan melampau.

Politik tidak berprinsiplah yang akan membawa kepada kita mudah bertoleransi
dengan musuh-musuh Islam yang jelas seperti Syi`ah Rafidhah yang dan
kelompok-kelompok yang terkeluar dari Islam19.

Seharusnya kita sebagai mahasiswa Islam perlulah memberikan fokus yang


sepenuhnya dalam menuntut ilmu, mengkaji dan meneliti dengan penuh ilmiah, kita
perlu sedar tanggungjawab kita bukanlah semata-mata untuk bepersatuan atau
berpolitik semata-mata.Tugas kita sebagai da`ie ialah untuk memperbetulkan
kerosakan yang berlaku di kalangan masyarakat terutamanya pegangan akidah dan
akhlak masyarakat yang semakin hari semakin parah.

Penulis tinggalkan kepada rakan-rakan pesanan junjungan besar, Rasulullah


sallallahu`alaihiwasallam:

‫م ال ْغُل ُوّ ِفي‬


ْ ُ ‫ن قَب ْل َك‬ َ ‫ن‬
َ ‫كا‬ ْ ‫م‬ َ َ ‫ه أ َهْل‬
َ ‫ك‬ ُ ّ ‫ن فَإ ِن‬ ّ ‫م َوال ْغُل ُوّ ِفي ال‬
ِ ‫دي‬ ْ ُ ‫س إ ِّياك‬
َ
ُ ‫َيا أي َّها الّنا‬
‫ن‬
ِ ‫دي‬ّ ‫ال‬

Wahai Manusia, berjaga-jagalah kamu dari ghuluw ( melampau) di dalam agama,


sesungguhnya telah binasa orang-orang sebelum kamu( Yahudi dan Nashrani)
kerana disebabkan sikap mereka ghuluw dalam agama.20

Faqir ila Allah,

Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi

01:08 a.m

19 Safar 1430H/14 Februari 2009

APIUM Nilam Puri

Kota Bharu,Kelantan.

19 Termasuklah kelompok-kelompok bid`ah seperti khawarij, muktazilah,murjiah kapitalis,


sekular, komunis dan juga nasionalis

20 Shahih, HR Ibn Majah no:3020, Ahmad no:3078, Thabarani dalam Mu`jam al-Kabir
no:6950, Silsilah as-Shahihah al-Albani no:1283

Anda mungkin juga menyukai