Anda di halaman 1dari 14

1.0 PENGENALAN Kemahiran sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil.

Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran: menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat dan budaya. Perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan atau imitasi dan identifikasi, aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya serta interaksi mereka dengan bahan.

2.0 PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK Perkembangan sosial kanak-kanak ini terbagagi kepada beberapa peringkat umur. Antaranya ialah lingkungan umur 0 sehingga 2 tahun dan 3 hingga 5 tahun. Setiap perkembangan kanakkanak ini mempunyai perbezaan berdasarkan tokoh-tokoh tertentu.

2.1 PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK 0-2 TAHUN Menurut Dr. Claire Halsey, perkembangan sosial kanak-kanak bermula seawall mereka berada di dalam kandungan ibunya. Pada usia kanak-kanak tersebut berada di awal 2 bulan, mereka telah dapat berinteraksi dengan keadaan sekeliling mereka. Pada peringkat umur ini, kanakkanak hanya fokus kepada ibunya dan orang yang rapat dengannya sahaja. Kanak-kanak memberi respon dengan meilhat dan memalingkan kepala kepada orang yang selalu bersamanya. Mereka lebih tertumpu kepada deria bau, bunyi dan lihat walaupun penglihatan mereka tidak begitu jelas lagi pada usia ini. Selain itu, kanak-kanak juga telah dapat membuat eye-contact dengan orang yang berada di sekeliling mereka. Pada usia ini, cara kanak-kanak mengambil perhatian ialah dengan menangis dan dengan menggunakan pergerakan badan. Kanak-kanak juga sudah dapat senyum pada usia mereka enam minggu. Pada usia mereka sebegini, mereka sangat memerlukan perhatian, pelukan dan sentuhan daripada keluarga rapat mereka supaya mereka dapat merasakan diri mereka berada dalam keadaan aman dan selamat. Pada peringkat umur mereka mencecah 3 hingga enam bulan, mereka akan lebih mengenali orang sekeliling dan diri mereka sendiri. Setelah mereka dapat menadaptasikan diri mereka dengan orang sekeliling, mereka akan mula senyum kepada orang asing. Pada usia ini, mereka akan lebih berminat kepada bayi lain untuk berinteraksi. Mereka akan merenung bayi lain dengan pandangan yang penuh minat. Mereka akan berinteraksi dengan bayi lain dengan menggunakan bahasa mereka sendiri iaitu berceloteh dengan membunyikan ba ba ba ma ma. Selain itu, mereka juga dapat meniru perbuatan orang dewasa yang berada di sekeliling mereka. Mereka juga boleh memberi reaksi apabila mendengan serta boleh mengenali emosi walaupun mereka tidak dapat memahami setiap emosi tersebut.

Apabila kanak-kanak tersebut mencecah umur 7 hingga 9 bulan, mereka tidak boleh berpisah dengan ibunya iaitu orang yang paling rapat dengannya. Mereka mempunyai perasaan takut untuk berpisah kerana mereka merasakan bahawa mereka tidak akan selamat apabila berada jauh dari ibunya. Mereka akan gembira apabila orang terdekat memujuk dan sentiasa berada di sisi mereka. Tetapi, mereka akan tepuk tangan apabila orang sekeliling menunjukkan reaksi gembira. Pada usia ini juga, mereka telah dapat bermain permainan sosial seperti peek-a-boo. Pada usia 10 hingga 12 bulan, kanak-kanak lebih kepada bermain sendiri dan perlukan ibunya berada di sisi supaya mereka berasa selamat. Selain itu, mereka juga lebih beremosi dan akan membuang barang yang mereka tidak suka. Mereka sangat suka kepada belaian dan ciuman tetapi mereka akan menolak apabila ingin dicium oleh orang lain. Peringkat umur yang seterusnya ialah 12 hingga 18 bulan. Pada usia ini, mereka akan mula bermain secara bersebelahan dengan rakan yang lain. Interaksi secara tidak langsung akan berlaku. Walau bagaimanapun, mereka tidak suka berkongsi mainan yang mereka ada dan tidak dapat memahami konsep mengambil giliran. Kemahiran meniru mereka pada peringkat ini semakin meningkat. Mereka juga lebih berdikari dan boleh menyebut beberapa perkataan yang menunjukkan mereka tidak suka. Peringkat umur yang terakhir ialah dalam lingkungan 19 bulan hingga 2 tahun. Pada usia ini, tahap sosial mereka meningkat. Mereka lebih berminat dengan aktiviti outdoor dan indoor. Mereka lebih suka bergaul dan selesa dengan rakan-rakan yang lain. Mereka juga banyak berinteraksi dengan orang dewasa dan memahami dan dapat mengawal emosi mereka. Pada peringkat ini juga, mereka akan cepat marah dan tidak berpuas hati apabila seseorang mengatakan tidakdan seterusnya mereka akan meluahkan perasaan tersebut dengan sesuatu benda seperti membaling barang atau mainan.

2.2 PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK 3-5 TAHUN Perkembangan kanak-kanak pada usia ini semakim meningkat dari segi sosio-emosi dan sosial mereka. Pada usia kanak-kanak 3 tahun, mereka memiliki sikap ego yang sangat tinggi. Mereka tidak dapat bekerjasama dan bertolak ansur dengan orang sekeliling mereka. Sebagai contoh, apa yang mereka cakapkan adalah betul dan tidak mahu menerima pandangan daripada orang lain. Pada usia ini juga, kanak-kanak tidak boleh berkongsi barang mainan mereka dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, mereka juga akan lebih cepat sensitif sekiranya melihat orang sekelilingnya menangis ataupun sedih. Mereka dapat mengenalpasti emosi orang lain dan memahami emosi tersebut. Sebagai contoh, apabila mereka melihat orang di sekeliling menangis, mereka juga turut menangis. Kanak-kanak ini juga mudah untuk berunding dalam keadaan bersosial. Kebiasaanya,mereka meluangkan masa mereka melihat dan memerhati kanak-kanak lain bersosial. Hal ini kerana, mereka ingin mengenalpasti bagaimana keadaan kanak-kanak lain bersosial. Pada usia ini,minat tehadap kanak-kanak lain berkembang tetapi mereka masih memilih permaian selari. Setelah mereka memasuki usia 5 tahun, mereka semakin bersosial dan meminta kanakkanak lain utnuk menemani mereka sebagai ganti orang dewasa. Pada usia ini,tahap kepercayaan mereka terhadap rakan-rakan lain meningkat. Selain itu, mereka juga telah mengembangkan kemahiran kooperatif yang berkesan dan mempelajari bagaimana cara untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain. Mereka juga mula untuk memahami peraturan dalam bersosial. Tambahan lagi, perasaan kasih kepada rakan semakin berkembang.

3.0 JENIS MAIN SOSIAL DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut: a) Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) kanak-kanak bergerak di dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain; b) Main sendirian (solitary play) kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanakkanak lain yang duduk berhampiran dengannya; c) Main pemerhatian (onlooker play) kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan; d) Main selari (parallel play) kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama; e) Main asosiatif (associative play) kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main; dan f) Main koperatif (cooperative play) kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan masa untuk memainkannya dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanakkanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya.

4.0 KELEBIHAN PERMAIAN SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual beli di pasar atau pun pasar raya. Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak; Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak, (a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial. Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakanrakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Untuk bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak. (b) Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual. (c) Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut. Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung, masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli.

(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur. Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanakkanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui. (e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakanrakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang.

5.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK ERIK ERIKSON Perkembangan ini diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Walaubagaimanapun, beliau telah

menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya. Focus perkembangan adalah terhadap kanak-kanak sahaja. Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial. Berikut merupakan peringkat perkembangan sosio-emosi oleh Erik Erikson.

Peringkat 1) Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan

Tahap umur Lahir ke 1 tahun

Huraian Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kepercayaan dan kasih saying daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan akan timbul

2) Autonomi lawan keraguan

1-3 tahun

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri. 8

3) Inisiatif bersalah

lawan

rasa 4-5 tahun

Kanak-kanak

cuba

untuk

berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa bersalah

Peringkat 4) Industri lawan rasa rendah diri

Tahap umur 6 11 tahun

Huraian Kanak-kanak perlu menguasaikemahirankemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

5) Identiti lawan kekeliruan identiti

12 18 tahun

Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam perkerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.

6) Keintiman keasingan

lawan 18- 35 tahun

Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah perkhawinan dan

membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.

6.0 KONSEP KEMAHIRAN SOSIAL 6.1 KONSEP Menurut Philip(1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untukmelakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Thacker (1996) pula

mendefinisikankemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu laindalam situasi sosial atau kerja.Istilah kemahiran sosial yang digunakan bermaksud keupayaanuntuk menghasilkan tingkahlaku atau respon yang sesuai secara lisan atau bukan secara lisan dalam proses berinteraksi tanpa menyakitkan perasaan orang lain. Pada pandangan Kail (2001) pula ,pengalaman dari pendedahan awal berkaitan dengan proses sosialisasi akan memberikan keyakinan kepada kanak-kanak dan ianya akan menjadi bekalan untuk berkembang dengan positif pada semua pringkat usia. Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan ,terdapat banyak kekurangan yang seharusnya dibantu untuk dipenuhi bagi mencapai sesuatu kemahiran. Ibu bapa dan guru seharusnya dapat menggunakan pendekatan yang sewajarnya agar kanak-kanak dapt membentuk asas sosialisasi diperingkat awal agar perkembangannya dapat diselaraskan dengan pertumbuhan dan peningkatan umur mereka. Selain itu, menurut tafsiran Albert Bandura(1986) dari perspektif teori pembelajaran sosial,manusia sebagai makhluk yang aktif ,berupaya membuat pilihan dan menggunakan

proses-proses pekembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain.

10

6.2 ISTILAH Dari segi istilah pula, kemahiran sosial membawa maksud keupayaan untuk menghasilkan tingkah laku atau respon yang sesuai secara lisan atau bukan secara lisan dalam proses berinteraksi tanpa menyakitkan perasaan orang lain. Secara ringkasnya, segala perbuatan atau pertuturan yang diluahkan adalah sesuai dan tidak memberi kesan yang negative kepada orang lain. Bagi kanak-kanak,mereka tidak lagi dapat bersosial dengan orang lain dalam keadaan sebegini kerana mereka masih berada dalam keadaan yang kurang pengetahuan tentang kemahiran bersosial yang betul.

6.3 ASPEK DALAM KEMAHIRAN SOSIAL

6.3.1 KEMAHIRAN KOMUNIKASI Komunikasi adalah proses penyampaian maksud/mesej oleh individu kepada individu lain. Kemahiran berkomunikasi amat penting dalam hubungan antara individu. Ini kerana individu terlibat dalam perhubungan kemanusian. Kaedah yang biasa digunakan untuk membahagikan komunikasi ialah dengan mengambil kira aktiviti percakapan sebagai asas pembahagian jenis komunikasi, Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis komunikasi lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan bukan sahaja terbatas kepada penulisan, tetapi juga merangkumi aspek-aspek perbuatan (atau kelakuan), bahasa isyarat dan mesej paralinguistik. Dengan itu, seseorang boleh

menyampaikan maklumat tanpa sebarang penulisan atau percakapan kepada orang lain dengan syarat orang yang lain itu memahaminya.

11

6.3.2 KEMAHIRAN ASERTIF Asertif bermaksud peneguhan atau ketegasan diri. Suatu tingkahlaku yang membolehkan seseorang itu bertindak dengan cara yang selesa dan tidak cemas,menyatakan perasaannya dengan cara yang jujurdan selesa serta menggunakan haknya tanpa mengenepikan hak orang lain, (Berman dan Rickel, 1979). Asertif berasal dari kata asing to assert yang bererti

menyatakan dengan tegas. Kanak-kanak mempunyai kemahiran ini dalam usia 3-5 tahun. Hal ini kerana, mereka akan lebih mempunyai sikap ego dan inginkan semua kehendak mereka dituruti.

12

7.0 KESIMPULAN Perkembangan sosial sangat penting kepada semua golongan, terutamanya kepada kanakkanak. Kemahiran sosial yang betul harus didedahkan kepada kanak-kanak se awal mereka lahir lagi. Pendedahan yang betul sangat penting bagi memupuk nilai-nilai yang pisitif dalam diri kanak-kanak. Ibu bapa merupakan golongan yang penting dalam membentuk kemahiran sosial kanak-kanak. Mereka perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan dan menerapkan kemahiran berkomunikasi, asertif, bergaul, serta bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila kanak-kanak mempunyai kemahiran-kemahiran sosial di atas, mereka dapat menjalankan kehidupan mereka dengan sempurna dan akan berjaya dalam kehidupan. Selain itu, pendedahan awal tersebut juga penting sebagai persediaan kepada kanak-kanak untuk ke alam persekolahan. Setiap peringkat kemahiran tersebut dapat mengajar dan memberi pengalaman kepada kanak-kanak untuk mengawal emosi, berkomunikasi dengan cara yang betul dan sebagainya. Berdasarkan jenis dan peringkat permainan yang dinyatakan oleh Mildred Parten (1932), ternyata terdapat kelebihan dan kebaikan yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak. Mereka secara tidak langsung dapat mempelajari kemahiran sosial sewaktu mereka bermain. Mereka akan dapat mewujudkan perhubungan sosial. Dimana sebelum ini, mereka hanya berada di dalam rumah dan tidak bergaul dengan masyarakat sekeliling. Selin itu, kanak-kanak juga akan dapat belajar nilai bekerjasama dan bertolak ansur dengan rrakan mereka. Oleh itu, kemahiran sosial sangat penting kepada kanak-kanak. Ibu bapa dan guru perlu peka terhadap perkembangan sosial mereka supaya mereka mempelajari sesuatu dengan memperoleh nilai yang baik.

13

8.0 RUJUKAN

Dr Claire Halsey, 2012. Baby development Everything You Need To Know : Maximise your babys physical, cognitive and emotional potential. DK Publishing. Cynthia S.Sunal, 1990. Early Childhood Social Studies : The Social Studies and The Child. Pp 1-10. Merril Publishing company, Colombus, Ohio. Gwendolyn Cartledge, Joanne Fellows Milburn, 1986. Teaching Social Skills To Children : Innovative Approches Second Edition, pp 1-27. Laman sesawang, http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-sosial-kanakkanak.html, Retrieved date 11 May 2013

14

Anda mungkin juga menyukai