Anda di halaman 1dari 6

FIZIK AMALI 6 : DAYA DALAM BENDALIR Berdasarkan situasi berikut, rekakan satu eksperimen yang boleh dijalankan di Makmal

Fizik dan seterusnya tuliskan laporan lengkap mengenainya.

Seorang nelayan menarik keluar serawan jala yang penuh dengan ikan dari dalam laut. Jala itu mudah ditarik semasa berada di dalam air seperti digambarkan pada rajah di atas. Bagaimanapun, nelayan itu mendapati semakin sukar menarik jala itu apabila keluar dari permukaan air. Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas : a) Nyatakan inferens yang boleh dibuat . Apabila jala yang penuh dengan ikan semakin keluar dari permukaan air, daya tujah ke atas semakin berkurang kerana berat air yang disesarkan semakin berkurang.

b) Binakan satu hipotesis yang sesuai untuk suatu penyiasatan. Semakin besar isipadu air yang disesarkan, semakin besar daya tujah ke atas.

c) Dengan menggunakan radas yang sesuai, terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis anda.

TAJUK TUJUAN

: Isipadu air yang disesarkan. : Untuk mengkaji hubungan antara isipadu air yang disesarkan dengan nilai daya keapungan.

INFERENS : Objek yang terapung disokong oleh tujah ke atas. Apabila pemberat direndam dalam air, isipadu air yang tersesar adalah sama dengan isipadu pemberat yang terendam. HIPOTESIS : Semakin besar isipadu air yang disesarkan, semakin besar daya tujah ke atas. TEORI : Daya keapungan dan Prinsip Archimedes

Apabila sesuatu objek terletak dalam suatu bendalir, daya tujah akan menolak objek tersebut ke atas manakala daya tarikan graviti akan menarik objek ke bawah. Daya tujah wujud dalam cecair disebabkan oleh tekanan cecair yang bertambah dengan kedalamannya. Sama ada objek itu terapung atau tenggelam adalah bergantung kepada beza antara dua daya tersebut. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila suatu objek direndam sebahagian atau sepenuhnya di dalam bendalir, objek itu mengalami daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan. Daya keapungan (tujah ke atas) = berat bendalir yang tersesar

PEMBOLEH UBAH YANG TERLIBAT : 1. Pembolehubah Dimanipulasi : Isipadu air yang disesarkan

2. Pembolehubah Bergerakbalas : Daya tujah ke atas 3. Pembolehubah Dimalarkan : 1. Jenis objek yang tenggelam ke dalam air. 2. Saiz dan berat rod besi

SENARAI RADAS DAN BAHAN : 1. Rod besi seragam 2. Tin eureka 3. Neraca spring 4. Silinder penyukat 5. Air

PROSEDUR EKSPERIMEN : 1. Rod besi ditimbang beratnya di udara. Rod besi diturunkan dengan panjang L1 di dalam air. 2. Air yang disesarkan dikumpul di dalam silinder penyukat dan isipadu V dicatat. Berat rod besi di dalam air dicatat dan daya tujah ke atas dihitung. 3. Eksperimen diulangi dengan 4 panjang yang semakin besar, L1, L2, L3 dan L4 di dalam air. 4. Berat rod di dalam udara = W 5. Rekod pemerhatian dan hasil dapatan :

Berat rod di udara, W/N Isipadu air yang disesarkan, V/cm Berat rod dalam air, B/N Daya Tujah ke atas, ( T=W-B )/N

1.2 10 1.0 0.1

2.4 20 2.0 0.2

3.5 30 3.2 0.3

4.8 40 4.4 0.4

6. Graf tujah ke atas, T melawan isipadu air yang tersesar, V diplotkan.

Graf tujah ke atas T melawan isipadu air yang tersesar V


0.45

0.4

0.4

0.35

0.3 Daya Tujah ke atas, T/N

0.3

0.25

0.2

0.2

0.15

0.1

0.1

0.05

0 10 20 30 40 Isipadu air yang disesarkan, V/cm