Anda di halaman 1dari 2

TATACARA PENGUCAPAN PERHIMPUNAN

HARI

:__________________

TARIKH :__________________
Tangan ke bahu! Tangan jatuh! Senang diri! Jaga Sedia! 2X 2X

Yang Berusaha Pn Guru Besar, Pn Norlela bt Yusof, Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. Saya , selaku pengacara , melahirkan ucapan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan majlis perhimpunan pada pagi yang mulia ini. 1. Sebagai pembuka tirai perhimpunan, marilah kita sama-sama menyanyikan Lagu-Lagu Patriotik dengan penuh semangat iaitu : Lagu Kebangsaan- Lagu Negaraku, Lagu Negeri Terengganu- Selamat Sultan dan Lagu sekolah serta diikuti Nasyid Asmaul Husna. 2. Perhimpunan diteruskan dengan menjemput saudara ________________ naik ke atas pentas untuk bacaan ikrar Rukun Negara. ( Terima Kasih ) 3. Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, kita akan mendengar Renungan Pagi / Motivasi yang akan disampaikan oleh ____________ dengan segala hormatnya di persilakan ________________ ( Terima kasih diucapkan) 4. Seterusnya majlis dengan sukacita mempersilakan _______________ untuk menyampaikan laporan aktiviti sepanjang minggu lepas. Dengan sukacita dijemput. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________________ 5. Acara berikutnya pula, kita akan mendengar wakil Guru Bertugas pada minggu ini iaitu ______________ untuk memaklumkan aktiviti sepanjang minggu ini. (diucapkan terima kasih kepada ____________________.)

6. Aturcara perhimpunan diteruskan. Sekarang, dijemput ____________bagi menyatakan peraturan dan undang-undang sekolah sebagai peringatan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Nilam. ( Terima kasih kepada _____________________

7. Kita akan beralih kepada agenda seterusnya iaitu ucapan daripada guru Penolong Kanan 1 / Guru Penolong Kanan HEM / Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum. Oleh itu, dengan berbesar hati kami mempersilakan _________ untuk agenda tersebut. ( Ucapan terima kasih ditujukan kepada __________________) 8. Baiklah kawan-kawan , perhimpuanan kita telah sampai ke kemuncaknya. Dengan rasa penuh takzim , majlis perhimpuanan ini menjemput __________________ selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Nilam untuk menyampaikan ucapan. Diharapkan rakan-rakan dapat memberikan tumpuan akan ucapan yang disampaikan oleh Puan Guru Besar nanti. Senang diri ! Jaga sedia ! Senang diri! Jaga sedia ! Ribuan terima kasih_____________________, kerana sudi menyampaikan ucapan dan nasihat kepada murid-murid ). 9. Perhimpunan kita telah sampai ke penghujung. Sebagai penutup, ___________________ akan memimpin bacaan doa agar perjalanan hidup kita diberkati Allah. Diminta semua murid dapat mengaminkan doa yang dibaca. Dipersilakan __________________. (Terima kasih _____________________)

Diminta semua pengawas yang bertugas dapat memimpin murid-murid ke kelas masing-masing. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai