Anda di halaman 1dari 8

SIKAP MUKMIN KETIKA MENGHADAPI UJIAN

Oleh; Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi

S ebagai seorang mukmin kita tidak boleh lari dari ujian dan dugaan yang
pasti akan datang.Perkara yang membezakan diantara kita ialah sejauhmana
hebat dan besarnya ujian yang dihadapi dan sikap kita ketika menghadapi
ujian tersebut.Allah berfirman mengingatkan kita akan hakikat yang pasti
ditempuhi oleh manusia:

‫ة وَإ ِل َي َْنا‬ َ ْ ‫شّر َوال‬


ً َ ‫خي ْرِ فِت ْن‬ ّ ‫م ِبال‬ْ ُ ‫ت وَن َب ُْلوك‬ َ ْ ‫ة ال‬
ِ ْ ‫مو‬ َ ‫س‬
ُ ‫ذائ َِق‬ ّ ُ‫ك‬
ٍ ‫ل ن َْف‬
‫ن‬
َ ‫جُعو‬ َ ‫ت ُْر‬
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu
dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan
.hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan
[al-Anbiya` [21]:35 ]

‫ه‬ َ ّ ‫عَن أ َنس بن مال ِك عَن رسول الل ّه صّلى الل ّه عَل َيه وسل‬
ُ ّ ‫م أن‬ َ َ َ ِ ْ ُ َ ِ ِ ُ َ ْ ٍ َ ِ ْ ِ َ ْ
َ
ً ْ‫ب قَو‬
‫ما‬ ّ ‫ح‬
َ ‫ذا أ‬ َ ِ‫ه إ‬ َ ّ ‫ن الل‬
ّ ِ ‫عظ َم ِ ال ْب ََلِء وَإ‬ِ َ ‫مع‬ َ ‫جَزاِء‬َ ْ ‫م ال‬ُ َ ‫عظ‬ِ ‫ل‬َ ‫َقا‬
‫ط‬ُ ‫خ‬ْ ‫س‬
ّ ‫ه ال‬ ُ َ ‫ط فَل‬ َ ‫خ‬ ِ ‫س‬َ ‫ن‬ ْ ‫م‬َ َ‫ضا و‬ َ ‫ه الّر‬ ُ َ ‫ي فَل‬َ ‫ض‬
ِ ‫ن َر‬ ْ ‫م‬ َ َ‫م ف‬ْ ُ‫اب ْت ََله‬
Daripada Anas b.Malik daripada Rasulullah bersabda:Besarnya pahala
bergantung kepada besarnya ujian,dan sesungguhnya apabila Allah
menyenangi suatu kaum,Dia menguji mereka.Barangsiapa yang redha (atas
ujian yang ditimpa) maka Allah meredhainya,dan barangsiapa yang
marah,maka Dia marah.[1]
Ibnu Abbas berkata : “ Allah telah menguji kalian dengan kesengsaraan dan
kenikmatan,sihat dan sakit, kaya dan fakir, halal dan haram, taat dan
maksiat, petunjuk dan kesesatan.[2]Ibnu Zaid rahimahullah berkata ketika
menafsirkan ayat di atas berkata : “ Maka Kami(Allah )menguji mereka
dengan perkara yang disenangi dan perkara yang dibenci.Kami uji mereka
dengan ujian ini agar kami melihat dengan nyata,apakah mereka bersyukur
ketika mendapatkan kesenangan dan apakah mereka bersyukur ketika
ditimpa musibah.”[3]

Bentuk-bentuk Fitnah(Ujian)

1 Fitnah Khusus1.1 Fitnah yang bersifat khusus kepada individu yang


berkait dengan peribadi iaitu syahwat dan keinginan seperti fitnah
keluarga,harta,anak-anak dan wanita.Firman Allah
َ َ ٌ ‫واعْل َموا أ َنما أ َموال ُك ُم وأ َوَلدك ُم فتن‬
‫جٌر‬
ْ ‫عن ْد َهُ أ‬ َ ّ ‫ن الل‬
ِ ‫ه‬ ّ ‫ة وَأ‬َْ ِ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ َ ّ ُ َ
‫م‬ٌ ‫ظي‬
ِ َ‫ع‬
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai
cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar[al-Anfal [8]:28]

‫حدثني عبد الله بن بريدة عن أبيه قال خطبنا رسول الله‬


‫صلى الله عليه وسلم فأقبل الحسن والحسين رضي الله‬
‫عنهما عليهما قميصان أحمران يعثران ويقومان فنزل‬
‫فأخذهما فصعد بهما المنبر ثم قال صدق الله ) إنما أموالكم‬
‫وأولدكم فتنة ( رأيت هذين فلم أصبر ثم أخذ في الخطبة‬
.Diriwayatkan daripada `Abdullah ibn Buraidah daripada bapanya katanya:
Tatkala Nabi berkhutbah maka datang Hasan dan Husain kedua-keduanya
berpakaian merah(ketika itu masih kecil) mereka berdua berjalan dan jatuh
tergelincir.Beliau turun lalu mengambil mereka berdua dan membawanya
lalu Beliau menaiki mimbar dan bersabda: “ Benarlah firman Allah: “
Sesungguhnya hartamu dan anakmu adalah cubaan.” Aku melihat dua anak
kecil yang jatuh tergelincir ini,aku tidak bersabar[4]

Harta, keluarga, anak-anak dan juga sahabat –handai kadang-kadang boleh


melalaikan manusia dari beribadah kepada Allah . Akibat kelalaian maka
seseorang akan meninggalkan solat ,melakukan kezaliman, melakukan
maksiat dan meninggalkan kewajipannya terhadap Allah , kemuncaknya
menjadilah mereka termasuk golongan yang rugi di dunia dan
akhirat.Disebabkan hal inilah Allah menyebut dalam firmanNya:

َ َ ُ ‫يا أ َيها ال ّذين آ َمنوا َل تل ْهك‬


ِ‫ن ذِك ْرِ الل ّه‬ ْ ُ ‫م وََل أوَْلد ُك‬
ْ َ‫م ع‬ ْ ُ ‫وال ُك‬ َ ُ‫م‬
ْ ‫مأ‬ْ ِ ُ ُ َ َ ِ َّ َ
‫ن‬
َ ‫سُرو‬ ِ ‫خا‬ َ ْ ‫م ال‬
ُ ُ‫ك ه‬ َ ِ ‫ك فَأول َئ‬ َ ِ ‫ل ذ َل‬
ْ َ‫ن ي َْفع‬ْ ‫م‬
َ َ‫و‬
Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu
melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat
demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [ al-Munafiquun [63]:
9]

Begitu juga fitnah berkaitan harta,iaitulah kesempitan wang,bebanan hutang,


harta banyak yang melalaikan,dan lain-lain.
1.2 Fitnah Wanita
Wanita juga adalah fitnah(ujian) kepada lelaki.Hakikat ini diungkapkan oleh
Nabi :

ُ َ‫ع‬
ُ ّ ‫صّلى الل‬
‫ه‬ َ ‫ي‬ ّ ِ ‫ن الن ّب‬
ْ َ‫ما ع‬َ ُ‫ه عَن ْه‬ ُ ّ ‫ي الل‬ َ ‫ض‬ِ ‫ن َزي ْدٍ َر‬ِ ْ‫ة ب‬
َ ‫م‬َ ‫سا‬ َ ‫نأ‬ْ
َ َ ّ
‫ن‬
ْ ‫م‬ ِ ‫ل‬ ِ ‫جا‬
َ ‫ضّر عَلى الّر‬ َ ‫ةأ‬ً َ ‫دي فِت ْن‬ ِ ْ‫ت ب َع‬ُ ْ ‫ما ت ََرك‬
َ ‫ل‬َ ‫م َقا‬ َ ‫سل‬ َ َ‫عَل َي ْهِ و‬
‫ساِء‬
َ ّ ‫الن‬
Daripada Usamah b.Zaid daripada Nabi bersabda:
Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih berbahaya bagi
lelaki daripada wanita.[5]
Berkata Ibnu Hajar al-`Asqalani: Maksud hadith di atas ialah diperhiaskan
wanita sehingga menjadikan kaum lelaki kagum terhadapnya dan ingin
menuruti hawa nafsunya terhadap kaum wanita[6]Secara umumnya, sabda
Nabi ini memang terbukti kebenarannya.Hal ini jika kita teliti berapa ramai
lelaki yang gagah perkasa tapi apabila datang wanita memujuk dan
merayunya maka sang lelaki akan mudah tewas dengan pujuk-rayu sang
wanita.Maka jika seorang mukmin tidak dapat menghadapi fitnah ini dengan
penuh hikmah dan bijaksana maka dia pasti akan terperangkap dalam
perangkap kemaksiatan seperti perzinaan dan sebagainya.
Justeru, sama ada mukmin atau mukminat haruslah menjaga batas-batas
yang telah ditetapkan oleh Allah dan petunjuk yang ditujukkan oleh Nabi
dalam masalah ini.[7]Jika kita ditimpa fitnah khusus ini maka kita dituntut
memperbanyakkan amal soleh seperti solat,sedekah,berpuasa,menyuruh
kepada makruf dan melarang yang mungkar,maka amal-amal ini akan
menjadi kafarah(penghapus) kepada dosa kita.Allah menyatakan hakikat ini
dalam firmanNya:
َ
‫ت‬
ِ ‫سَنا‬ َ ْ ‫ن ال‬
َ ‫ح‬ ّ ِ‫ل إ‬ ِ ْ ‫ن الل ّي‬ ِ ‫ي الن َّهارِ وَُزل ًَفا‬
َ ‫م‬ ِ َ‫صلةَ ط ََرف‬ ّ ‫وَأقِم ِ ال‬
‫ن‬
َ ‫ري‬ِ ِ ‫ذاك‬ ّ ‫ك ذِك َْرى ِلل‬ َ ِ ‫ت ذ َل‬
ِ ‫سي َّئا‬
ّ ‫ن ال‬ َ ْ ‫ي ُذ ْهِب‬
Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan
pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-
perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang
buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.[ Huud [11]: 114]
1.3 Petua Menghadapi Fitnah Khusus;

1. Beriman dan yakin dengan ketentuan Allah dan janji-janjiNya.


َ
ُ َ ‫ن ِبالل ّهِ ي َهْدِ قَل ْب‬
‫ه‬ ِ ْ‫ن ي ُؤ‬
ْ ‫م‬ ْ ‫م‬َ َ‫ن الل ّهِ و‬
ِ ْ ‫صيب َةٍ إ ِّل ب ِإ ِذ‬
ِ ‫م‬
ُ ‫ن‬
ْ ‫م‬
ِ ‫ب‬
َ ‫صا‬
َ ‫ما أ‬
َ
‫م‬ٌ ‫يٍء عَِلي‬ْ ‫ش‬ َ ‫ل‬ ّ ُ ‫ه ب ِك‬ ُ ّ ‫َوالل‬
Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan
izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan
memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu2.
Sentiasa berlindung kepada Allah daripada kejelekkan ujian dan
fitnah.Amalkan doa-doa yang diajar oleh Nabi seperti doa ini:

‫ن‬
ْ ‫م‬
ِ َ‫ و‬, ‫جهَّنم‬َ ‫ب‬ َ َ‫ن ع‬
ِ ‫ذا‬ ْ ‫م‬ ِ َ‫ر و‬ ِ ْ ‫ب الَقب‬ َ َ‫ن ع‬
ِ ‫ذا‬ ْ ‫م‬ َ ِ ‫عوذ ُ ب‬
ِ ‫ك‬ ُ َ ‫م إ ِّني أ‬ ّ ُ‫الل ّه‬
‫ل‬
ِ ‫جا‬
َ ّ ‫ح الد‬
ِ ِ ‫مسي‬ َ ‫شّر فِت ْن َةِ ال‬ َ ‫ن‬ ْ ‫م‬
ِ َ‫ و‬, ‫ت‬ِ ‫ما‬َ ‫حَيا َوالم‬ ْ ‫م‬َ ‫فِت ْن َةِ ال‬
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada azab kubur,daripada azab
neraka jahannam,daripada fitnah ketika hidup dan ketika mati,daripada
kejahatan fitnah al-masih dajjal.[8]

3.Redha menerima takdir Allah .


4.Meyakini bahawa ujian adalah penghapus dosa
.5.Bersabar ketika menerima musibah dan bersyukur ketika memperoleh
nikmat.
6.Meyakini musibah atau ujian yang menimpa ada hikmahnya untuk diri.

2.Fitnah Umum
Adapun fitnah secara umum pula iaitulah fitnah yang bergelombang seperti
gelombang lautan yang luas,yang menggoncangkan.Fitnah ini pertama kali
muncul ketika Khalifah Utsman b.Affan dibunuh oleh kaum penentang yang
dikepalai oleh Abdullah ibn Saba.Setelah itu kaum muslimin berpecah-
belah,mereka dikuasai oleh hawa nafsu dan saling kafir-mengkafirkan
diantara saudara seislam,sehinggakan berlaku pertumpahan darah di antara
mereka.Kesan perpecahan itu dapat dirasai sehinggalah hari ini[9].
2.1 Fitnah Perpecahan
Sehingga hari ini kita dapat lihat lahirnya firqah-firqah dan kelompok-
kelompok yang ingin memecah-belahkan kaum muslimin dan seterusnya
ingin menjauhkan mereka dari berhukum dan berpegang dengan kitab
Allah,sunnah Rasulullah ,dan jalan para sahabat ,tabiin dan salaf as-Soleh
serta pengikut-pengikut mereka.
Munculnya Syiah,khawarij,Muktazilah,jabariah dan kelompok-kelompok[10]
yang lain kerana mereka jelas meletakkan hawa nafsu,akal yang cetek dan
juga kepentingan kelompok mereka melebihi petunjuk al-Quran dan juga as-
Sunnah serta kefahaman para sahabat.[11]Akibat dari perpecahan ini
bukanlah perkara yang remeh seperti yang diseru oleh sebahagian mereka
yang terkeliru.Masalah ini melibatkan kedudukan kita di akhirat kelak antara
syurga dan neraka!
Hakikat perpecahan ini diberitakan oleh Nabi dalam sabdanya:

ِ ْ ‫ه عَل َي‬
‫ه‬ ُ ّ ‫صّلى الل‬ َ ِ‫سول الل ّه‬ ُ ‫ل َر‬ َ ‫ك َقال َقا‬ ٍ ِ ‫مال‬ َ ‫ن‬ ِ ْ‫ف ب‬ِ ْ‫ن عَو‬ ْ َ‫ع‬
‫حد َةٌ ِفي‬ ِ ‫وا‬ َ َ‫ة ف‬ ً َ‫ن فِْرق‬ َ ‫سب ِْعي‬
َ َ‫دى و‬ َ ‫ح‬ْ ِ ‫ت ال ْي َُهود ُ عََلى إ‬ ْ َ‫م افْت ََرق‬ َ ّ ‫سل‬ َ َ‫و‬
‫ن‬ َ ْ َ‫ن ِفي الّنارِ َوافْت ََرق‬ َ ْ ‫ال‬
ِ ْ ‫صاَرى عَلى ث ِن ْت َي‬ َ ّ ‫ت الن‬ َ ‫سب ُْعو‬ َ َ‫جن ّةِ و‬
‫ة‬ َ ْ ‫حد َةٌ ِفي ال‬
ِ ّ ‫جن‬ ِ ‫ن ِفي الّنارِ وََوا‬ َ ‫سب ُْعو‬ َ َ‫دى و‬ َ ‫ح‬ ْ ِ ‫ة فَإ‬ ً َ‫ن فِْرق‬ َ ‫سب ِْعي‬ َ َ‫و‬
ُ
‫ن‬
َ ‫سب ِْعي‬ َ َ‫ث و‬ ٍ ‫مِتي عََلى ث ََل‬ ّ ‫نأ‬ ّ َ‫مدٍ ب ِي َدِهِ ل َت َْفت َرِق‬ ّ ‫ح‬ َ ‫م‬ ُ ‫س‬ ُ ‫ذي ن َْف‬ ِ ّ ‫َوال‬
‫ل َيا‬ َ ‫ن ِفي الّنارِ ِقي‬ َ ‫سب ُْعو‬َ َ‫ن و‬ ِ ‫جن ّةِ وَث ِن َْتا‬َ ْ ‫حد َةٌ ِفي ال‬ ِ ‫ة َوا‬ ً َ‫فِْرق‬
‫ة )وفي رواية( هي ما أنا‬ ُ َ‫ماع‬ َ ‫ج‬َ ْ ‫ل ال‬ َ ‫م َقا‬ ْ ُ‫ن ه‬ ْ ‫م‬ َ ِ‫ل الل ّه‬ َ ‫سو‬ ُ ‫َر‬
‫عليه اليوم وأصحابي‬
Daripada `Auf b.Malik katanya: Rasulullah bersabda: Kaum Yahudi berpecah
kepada 71 kelompok maka yang satu sahaja yang masuk syurga, 70 lagi
dalam neraka, Dan kaum Nasrani(kristian) berpecah kepada 72 kelompok
maka 71 masuk neraka hanya satu masuk syurga.Dan demi jiwa Muhammad
yang berada di atas tanganNya, umatku akan berpecah kepada 73 kelompok
hanya satu kelompok yang akan masuk syurga dan 72 lagi akan masuk
neraka.Sahabat bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah ?.Jawab Nabi :
Mereka(yang masuk syurga) adalah jamaah.[12] Dalam riwayat lain disebut:
iaitu golongan yang mengikuti sunnahku dan sahabat-sahabatku.
Hadith ini sangat banyak disebut oleh para ahli-ahli hadith dan mereka
menyatakan kesepakatan dalam kesahihannya.Dan perlu diingat ada
dikalangan mereka yang jahil mempertikaikan taraf hadith ini,mereka
berhujah dengan menyatakan hadith ini tidak diriwayatkan oleh Imam
Bukhari.Persoalannya adakah mereka mengetahui hadith-hadith shahih
bukan hanya terdapat dalam Bukhari malah beratus-ratus kitab karangan
ulama yang menjadi hujah atas agama ini?.Sebenarnya mereka ditutupi oleh
hijab kejahilan mereka.Maka penulis menyeru golongan sebegini agar
mengkaji sendiri(buangkan perasaan taksub pada mana-mana pihak letakkan
al-Quran dan hadith-hadith Nabi di hadapan sebagai neraca) dan jika tidak
mampu bertanyalah kepada mereka yang benar-benar ahli dalam ilmu
hadith.
Ada juga segolongan yang menafsirkan dan memaksudkan perkataan jamaah
dalam hadith ini adalah kelompok mereka.Tanpa rasa malu mereka
menyatakan yang dimaksudkan jamaah dalam hadith itu adalah jamaah
kami,parti kami, kumpulan kami.Justeru mereka dengan mudah menunding
jari menuduh golongan yang tidak sealiran dengan mereka sebagai pemecah-
belah, ekstrimis, mutasyadid, kafir, dan pelbagai label. Penulis menyeru agar
permasalahan ini dikembalikan kepada al-Quran dan sunnah serta
kefahaman para sahabat .Dan jika masih ragu maka bertanyalah kepada
mereka yang benar-benar ahli.

Sikap Kita Menghadapi Fitnah Perpecahan


Sikap kita ialah kembali kepada Allah dan sunnah RasulullahMenurut apa
yang difahami oleh para sahabat dan para ulama yang mengikuti jalan
mereka.Hendaklah kita menghayati seruan dan perintah yang diarahkan oleh
Allah kepada kita semua:
َ ُ َ ‫يا أ َيها ال ّذين آ َمنوا أ َطيعوا الل ّه وأ َطيعوا الرسو‬
‫ر‬
ِ ‫م‬ْ ‫ل وَأوِلي اْل‬ ُ ّ ُ ِ َ َ ُ ِ ُ َ َ ِ َّ َ
‫ن‬
ْ ِ‫ل إ‬ ِ ْ ‫سو‬ ُ ‫دوهُ إ َِلى الل ّهِ َوالّر‬ ّ ‫يٍء فَُر‬ ْ ‫ش‬ َ ‫م ِفي‬ ْ ُ ‫ن ت ََناَزعْت‬ْ ِ ‫م فَإ‬ْ ُ ‫من ْك‬ ِ
‫ن ت َأِويًل‬ َ ِ َ ‫ن ِبالل ّهِ َوال ْي َوْم ِ اْل‬
ُ ‫س‬َ ‫ح‬ ْ ‫خي ٌْر وَأ‬ َ ِ ‫خرِ ذ َل‬
َ ‫ك‬ َ ‫مُنو‬ِ ْ‫م ت ُؤ‬ْ ُ ‫ك ُن ْت‬
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan
ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul
(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.[
an-Nisa`[4]: 59]

ِ‫ة الل ّه‬ َ ‫م‬ َ ْ‫ميًعا وََل ت ََفّرُقوا َواذ ْك ُُروا ن ِع‬ ِ ‫ج‬ َ ِ‫ل الل ّه‬ ِ ْ ‫حب‬
َ ِ ‫موا ب‬ ُ ‫ص‬
ِ َ ‫َواعْت‬
َ َ َ
‫ه‬
ِ ِ ‫مت‬َ ْ‫م ب ِن ِع‬ْ ُ ‫حت‬
ْ َ ‫صب‬ْ ‫م َفَأ‬ ْ ُ ‫ن قُُلوب ِك‬ َ ْ ‫ف ب َي‬َ ّ ‫داًء فَأل‬ َ ْ‫م أع‬ ْ ُ ‫م إ ِذ ْ ك ُن ْت‬ ْ ُ ‫عَل َي ْك‬
َ ِ ‫من َْها ك َذ َل‬
‫ك‬ ِ ‫م‬ ْ ُ ‫ن الّنارِ فَأن َْقذ َك‬ َ ‫م‬ ِ ٍ‫حْفَرة‬ ُ ‫شَفا‬ َ ‫م عََلى‬ ْ ُ ‫واًنا وَك ُن ْت‬ َ ‫خ‬
ْ ِ‫إ‬
َ ُ ‫ي ُب َي ّن الل ّه ل َك‬
‫ن‬َ ‫دو‬ ُ َ ‫م ت َهْت‬ْ ُ ‫م آَيات ِهِ ل َعَل ّك‬ْ ُ ُ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah
kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu
dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan
hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang
bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah
menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-
ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.[ ali-Imraan [2]:103
ّ ‫مع َوال‬ ُ
]‫ن‬ْ ِ ‫طاعَةِ وَإ‬ ِ ْ ‫س‬ ّ ‫وى الل ّهِ َوال‬ َ ‫م ب ِت َْق‬ ْ ُ ‫صيك‬ ِ ‫ أو‬:‫ل رسول الله‬ َ ‫قَا‬
‫خت َِلًفا ك َِثيًرا‬ ْ ‫دي ا‬ ِ ْ‫م ي ََرى ب َع‬ ْ ُ ‫من ْك‬
ِ ‫ش‬ْ ِ‫ن ي َع‬ ْ ‫م‬ َ ‫ه‬ ُ ّ ‫شّيا فَإ ِن‬
ِ َ ‫حب‬
َ ‫دا‬ ً ْ ‫ن عَب‬ َ
َ ‫كا‬
‫ضوا‬ ّ َ‫ن وَع‬ َ ‫مهْدِّيي‬َ ْ ‫ن ال‬ َ ‫دي‬ ِ ‫ش‬ِ ‫خل ََفاِء الّرا‬ ُ ْ ‫سن ّةِ ال‬ ُ َ‫سن ِّتي و‬ ُ ِ‫م ب‬ ْ ُ ‫فَعَل َي ْك‬
ُ
ٌ َ‫حد َث َةٍ ب ِد ْع‬
‫ة‬ ْ ‫م‬ ُ ‫ل‬ّ ُ‫ن ك‬ ّ ِ ‫مورِ فَإ‬ ُ ‫ت اْل‬ ِ ‫حد ََثا‬ ْ ‫م‬ُ َ‫م و‬ ْ ُ ‫جذِ وَإ ِّياك‬ ِ ‫وا‬َ ّ ‫عَل َي َْها ِبالن‬
ٌ َ ‫ضَلل‬
‫ة‬ َ ٍ‫ل ب ِد ْعَة‬ ّ ُ‫ن ك‬ ّ ِ ‫وَإ‬
Aku berpesan kepada kamu semua agar bertaqwa kepada Allah,mendengar
dan taat sekalipun diperintah oleh hamba Habsyi.Sesungguhnya sesiapa
yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang sangat banyak.Maka
hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-
Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah ia(sunnah) dengan gigi geraham,
kemudian berjaga-jagalah kamu dengan perkara yang diada-adakan,kerana
sesungguhnya setiap yang diada-adakan adalah bid`ah dan sesungguhnya
setiap bid`ah itu adalah sesat.[13]
Begitulah nas-nas yang menyebut tentang perpecahan yang akan berlaku
dan wasiat Rasulullah kepada para sahabat dan umatnya agar berwaspada
dengan perkara baru yang diada-adakan dalam agama, dan juga kewajipan
berpegang dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat .
Ketahuilah hanya dengan berpegang dan mengamalkan sunnah Rasulullah
sahajalah yang boleh menjamin keselamatan kita di akhirat kelak.Justeru
menjadi kewajipan bagi setiap muslim agar mempelajari sunnah Rasulullah ,
hadith-hadith baginda dan berusaha mempertahankan khazanah yang
ditinggalkan oleh Rasulullah daripada menjadi kritikan dan mainan musuh-
musuh Islam yang jelas cuba menyerang institusi sunnah.
Fitnah perpecahan dikalangan umat Islam hanya boleh dirungkai dengan
semua pihak berusaha untuk menolak kepentingan masing-masing dan
hanya balik kepada al-Quran dan menjunjung sunnah Rasulullah
kesemuanya.
Akhir sekali penulis akhiri tulisan ini dengan hadith Nabi :

َ َ ّ ‫ة رسول ِه صّلى الل ّه عَل َيه وسل‬


‫ع‬
َ ِ ‫ن ت َت ّب‬
ْ ‫حق ّ أ‬
َ ‫مأ‬َ َ َ ِ ْ ُ َ ِ ُ َ ُ ّ ‫سن‬ ُ َ‫ة الل ّهِ و‬ ُ َ‫ف‬
ُ ّ ‫سن‬
‫صادًِقا‬
َ ‫ت‬َ ْ ‫ن ك ُن‬ ٍ ‫سن ّةِ فَُل‬
ْ ِ‫ن إ‬ ُ ‫ن‬
ْ ‫م‬
ِ
“Maka sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya lebih hak kamu ikuti dari sunnah
si Pulan jika kamu termasuk orang yang percaya (beriman).” [14]
9 Zulkaedah 1429HAkademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam PuriKota
Bharu ,Kelantan03:30pm
[1] HR.Ibnu Majah : 4021,,dinilai hasan oleh al-Alban
[2] Muhammad ibn Jarir at-Thobari , Jami`ul Bayan fi Ta`wil al-Quran : 18/ 440

[3] Muhammad ibn Jarir at-Thobari , Jami`ul Bayan fi Ta`wil al-Quran : 18/ 440

[4] HR. Abu Daud: 930,dishahihkan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abi
Daud : 1109
[5] HR Bukhari no: 4706,Muslim no:4293

[6] Ibnu Hajar al-`Asqalani,Fathul Bari : 18/254

[7] Sila rujuk tulisan penulis bertajuk: Tundukkan Pandangan. Sila lawati
http:// madrasahhadith.blogspot.com

[8] HR Bukhari no:1288,Muslim:925.Boleh juga rujuk Hisnul Muslim.


[9] Berkenaan peristiwa pembunuhan saidina Uthman bolehlah merujuk
kitab-kitab Tarikh ahli sunnah seperti;Al-Bidayah wa Nihayah,Tahqiq mawaqif
As-Shahabat dan Tarikh Dimasyq.Thobaqat Ibnu Saad dan yang lain-lain.

[10] Termasuk juga sekular,komunis,kapitalis,hizbiyyah dan semua kelompok


yang menyelisihi jalan salaf as-soleh dan para pendukungnya.
[11] Penulis sertakan kefahaman para sahabat kerana ianya menjadi
pembeza di antara kelompok yang menyeleweng yang turut mendakwa
berpegang dengan al-Quran dan sunnah tapi menurut kefahaman dan hawa
nafsu mereka sendiri.

[12] HR. Ibn Majah no; 3987,Abu Dawud,Haakim,Ahmad,Tirmidzi disahihkan


oleh al-Albani dalam As-shahihah.zhilal al-Jannah

[13] HR Abu Dawud, Ahmad,Ibnu Majah,Tirmidzi


[14] HR Muslim no: 2171

Anda mungkin juga menyukai