Anda di halaman 1dari 36

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Bajau Bajau

BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri abah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir. Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul. Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai imur pula menetap di sekitar udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau. Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.

Orang Bajau Samah Pantai arat adalah berbeza dengan Orang Bajau antai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

Makanan tradisional
Kima
Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

Sagol/enagol
Sagol/enagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/enagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol/enagol iaitu sagol/enagol kering (tiada kuah) dan sagol/enagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

Putu
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,ayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut).Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung.

Tompek (inompeh)

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubiubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.

Tarian Tradisional
Tarian Igal Igal ajau dan Dalling-Dalling ajau
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan gal gal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan emporna.[1] Perkataan dalling-dalling adalah kata terbitan ganda "dalling" menjadi "dalling-dalling", daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian dalling-dalling diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.

Tarian Limbai & Runsai (Bajau Samah Kota Belud)


Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah KOTA BELUD. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. Selain tarian Limbai,Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum Bajau Samah di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

Pakaian Tradisional
Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud bg lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional bagi uku aum ajau di antai imur emporna dikenali dengan "Alal Bimbang" kepada pembaca yang boleh berbahasa bajau, anda dialu-alukan untuk menyumbangkan sedikit kosa dibawah ini, mengikut sebutan bahasa tempat tinggal masing-masing, agar ia dapat dijadikan sumber rujukan disamping kita dapat mempelajari dan mengenali bahasa ini lebih tuntas lagi. Berikut adalah kosa kata bajau:

Bajau kudat / Pendekar Tausug


Bajau Kudat adalah kumpulan beberapa sub-etnik bajau yang bergabung dan menuturkan bahasa yang sama serta mengongsi budaya dan adat resam yang sama. Bajau Kudat yang asli adalah gabungan daripada sub etnik bajau iaitu etnik suku Banadan,Danauan serta agayan dengan etnik suku orang Suluk . Oleh itu Bajau Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Bajau Banadan dan Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga dikenali sebagai Bajau Suluk. Dalam lagenda juga dikenali sebagai Bajau Gunung seperti cerita Puteri Gunung Ledang, Puteri Santobong, Puteri Saadong dan puteri-puteri lain di tanah melayu, Pahlawan-pahlawan hebat

dan bijaksana pada masa itu akan membina penempatan di kawasan gunung dan berkahwin dengan puteri-puteri kayangan menjaga gunung. Mat Salleh "Wira Pahlawan Sabah" adalah merupakan salah seorang dari keturunan Bajau Suluk dan Menetap di Kawasan Pergunungan Sabah sebelum mula berhijrah. Bajau Kudat kadang kala dikenali juga dengan panggilan Bannaran atau Dannawan atau Samah atau Bajau di kalangan kelompok-kelompok Bajau yang lain.Manakala suku bangsa lain di daerah Kudat seperti Suku Brunei, Suku Bajau Samah, Suku Orang Sungai, Suku Rungus dan Suku Tambanuo yang mendiami kawasan Kudat memanggil orang-orang Bajau Kudat sebagai Bajau Suluk. Oleh itu, orang-orang Bajau Kudat agak unik kerana mengongsi bangsa,bahasa,budaya dan adat resam suku kaum Bajau dan Suluk dan dari etnik Bajau yang lain. Keadaan ini disebabkan adanya asimilasi antara dua suku bangsa ini yang akhirnya menghasilkan Bajau Kudat / Bajau Suluk. Walau bagaimanapun, Bajau Suluk merupakan sub suku yang paling sedikit dalam etnik bajau dan menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun darah pahlawan mereka seperti mat salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi rujukan untuk menyelesaikan masalah. Kini keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali dengan kelebihan seperti bijak, pandai, cantik berbading sub-ethik bajau lain biarpun hidup bersama Bajau Kota Belud/Tuaran Petempatan utama Bajau dan Suluk Kudat ini ialah di Kampung Limau-Limauan ( pada masa sebelum penjajahan British Limau-Limauan adalah ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bajau Kudat dibawah pemerintahan Maharajah Untung Haji Abdul Rahimmoyang kepada Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan juga Tuan Guru kepada Datu Paduka Mat Salleh), Kampung Talaga ( Pusat Kekuasaan Bajau Kudat sebelum bertukar ke Limau-Limauan ), Kampung Parapat Laut ( Pecahan daripada Kampung Limau-LImauan ), Kampung Landung Ayang Laut, Kampung Tanjung Kapor, Kampung Membatu Laut, Kampung Liwatan, Kampung Milau, Kampung Tampakan, Kampung Batu Putih dan beberapa perkampungan lain. Bajau Kudat adalah Suku Bajau yang agak unik. Mereka menggunakan seratus peratus (100%) istilah dan bahasa Banarran-uluk dalam kebudayaan, adat resam dan persuratan mereka. Dokumen lama ditulis dalam tulisan bajau dan Suluk. Semua sebutan, huruf, istilah, tulisan,gaya lagu bacaan dan kaedah pengajian al Quran adalah menggunakan bahasa rab dan jawi ajau -Suluk kuno. Semua istilah Nikah Kahwin dan pertunangan adalah menggunakan bahasa ajau dan Suluk Kuno dan bercampur dengan bahasa Melayu lama. Istilah-istilah seperti "Turul Taimah"( Istilah yang seerti dengan "JAWAPAN PENERIMAAN LAMARAN" ) dan "Muka Laung"( BUKA MULUT dalam bahasa Melayu Sabah ) adalah contoh istilah Bahasa Suluk Kuno yang digunakan dalam majlis dan adat pertunangan. Manakala istilah "Mahanda" adalah dari bahasa Bajau yang bererti "Meminang". Istilah "Tampan Maru" pula adalah istilah bahasa Bajau yang digunakan oleh kaum Bajau Kudat yang bererti "Denda akibat pelanggaran satu-satu adat pertunangan atau perkahwinan.Istilah seperti Akat Nika, Mas Kawin dan Tunang adalah berasal dari Bahasa Melayu.Pasangan pengantin Bajau-Suluk atau

Bajau Kudat ini selalunya akan diarak menggunakan USUNGAN seperti seorang raja dan permaisuri.Keberangkatan dan ketibaan pengantin selalunya diiringi dengan irama TITIK PALANG NGAN dan irama TITIK SAMBUTAN.Keberangkatan dan ketibaan pengantin atau pasangan pengantin juga akan diiringi dengan bunyi tembakan senapang selalunya tujuh das atau sembilan das bergantung kepada status-quo keluarga pengantin.Keberangkatan pengantin yang diarak akan dialualukan dengan syair tradisi dalam bahasa Suluk yang dikenali sebagai KALANGAN dan panji-panji berwarna Merah yang dikenali sebagai PANJI dan SAMBULAYANG dengan kumpulan muzik tradisional akan turut sama menyertai rombongan pengantin. Orang-orang lama Bajau Kudat hampir keseluruhannya mengakui dan mendakwa bahawa nenek moyang meraka adalah berasal daripada keturunan manusia yang lahir dari ruas bambu atau dikenali sebagai bambu "Kayawan".Berdasarkan kajian, satu-satunya manusia di Kepulauan Borneo dan Sulu yang diakui dalam Tarsila Kesultanan Sulu sebagai keluar dari ruas bambu ialah TUAN MASAIK iaitu Raja Islam Sulu yang pertama ( memerintah dan mengasaskan Kerajaan Sulu Islam pada tahun 1280 Masehi sebelum Sultan Syariful Hashim menyatukan dan mendirikan Kesultanan Sulu pada tahun 1450 Masehi ) yang berasal dari Tanah Besar Borneo Utara ( Sabah ) yang telah berkahwin dengan PUTERI RAJA SIPAD dari Suku Kaum Dayak Buranun ( nenek moyang suku kaum Tausug atau Suk). Antara tokoh-tokoh ternama di Sabah yang pancar keturunannya dari Bajau Kudat ialah Datu Paduka Mat Salleh ( anak-anaknya seperti Halipan @ Ungkung dari isterinya Dayang Bandang dan anakanaknya dari isteri kedua Dayang Shariffah masih terdapat keturunannya di kampung Parapat Laut, Kampung Landung Ayang dan Kampung Talaga Kudat),Tun Datu Mustapha Datu Harun, Datu Aliuddin Datu Harun, Datu Salam Datu Harun, Maharajah Panglima Untung Haji Abdul Rahim, Shariff Osman Wira Marudu, Shariff Ligaddung ( Digadung ), Datu Khalil Jamalul dan ramai lagi. Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua dari suku kaum ini mampu menuturkan lebih dari dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu bercakap dengan fasih dan lancar bahasa suku-suku sub etnik Bajau seperti bahasa Banadan, bahasa Kagayan, bahasa Bajau Samah ( Bajau Kota Belud ) dan bahasa-bahasa etnik suku Suluk, Sungai dan Rungus. Pekerjaan utama golongan tua dari suku kaum ini ialah sebagai nelayan dan petani padi bukit. Walau bagaimana pun, generasi Bajau Kudat pada hari ini majoritinya bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Pada masa sekarang Bajau Kudat masih lagi mengekalkan beberapa adat dan budaya lama yang telah diamalkan turun-temurun seperti adat MAG GUNTING atau bergunting beramai-ramai di masjid dan adat MAG DUAAH iaitu kenduri arwah beramai-ramai satu kampung di masjid pada masa Hari Raya Aidl Fitri dan Aidil Adha. Budaya MAG GUNTING agak unik kerana setiap anak Bajau-Suluk yang baru lahir akan diadakan upacara bergunting rambut di masjid setiap kali masa hari raya atau

dua kali setahun sahaja. Kanak-kanak lelaki yang akan digunting rambutnya akan diarak ke masjid bersama-sama dengan sebuah REPLIKA JONG atau Kapal Layar yang dihias manakala anak perempuan pula akan diarak disertai dengan sebuah REPLIKA MAHLIGAI.Kedua-dua replika ini iaitu JONG dan MAHLIGAI adalah melambangkan seorang Putera Raja dan seorang Puteri Raja. JONG adalah kenderaan Putera Raja manakala Mahligai tempat tinggal seorang Puteri Raja. Senjata tradisi Bajau Kudat ialah BARUNG dan BAKUKU serta KALIS. Barung,Bakuku dan Kalis adalah senjata tempur dan selalunya ia menjadi senjata pusaka keturunan. Barung menjadi senjata kebanggan bagi orang-orang Bajau Kudat. Bajau Kudat telah mendiami perairan Teluk Marudu (Kudat) sekurang-kurangnya seawal abad ke-13 lagi.Sarjana Barat mengakui bahawa kedatangan agaama islam ke Palawan dan Balabak( sekarang ini Filipina) adalah dari Teluk Marudu ( Kudat ) dan Teluk Darvel ( Segama-Lahad Datu). Ahli Pelayaran Belanda Van N Hort yang telah memetakaan daerah MARUDO dalam peta dunia pelayarannnya pada tahun 1595 mengakui adanya petempatan dan pelabuhan di Teluk Marudu. Perkataan Marudu adalah berasal dari Bahasa Bajau Kudat iaitu kata MA ILU DU ATAU MARU DU yang bererti "DI SITU-SITU JUGA".Daerah Marudu adalah daerah tertua di Sabah yang dipetakan oleh sarjana Barat selain daerah Kinabatangan.Dalam Peta Belanda Melaka 1602 pula, nama wilayah Marudo dan Api-Api ( Kota Kinabalu pada masa ini )telahpun dipetakan sebagai dua kawasan yang didiami oleh dua sub etnik orang Bajo atau Bajau. Alat muzik tradisoinal Bajau Kudat adalah Kulintangan, gong, tambul ( Tambur), gabbang (dibuat daripada bambu) dan biola. Uniknya, Bajau Kudat ini mempunyai beberapa jenis irama lagu tradisional yang dimainkan menggunakan kulintangan, gong dan tambul. Antara irama atau dikenali sebagai JINIS TITIK yang selalu dimainkan ialah TITIK SAMAH, TITIK MANGKABUNG, TITIK KAGAYAN, TITIK SUK (Irama peperangan atau Silat), TITIK TA ( KITA ),TADDOH HABAH (irama percintaan),TITIK KABLITAN (irama muzik yang diiringi tarian IGAL) dan TITIK PALANGNGAN ( irama pengantin berangkat dan tiba). Kaum perempuan Bajau Kudat terkenal dengan tenunan kain PIS iaitu kain dastar ikat kepala. Kain Pis yang ditenun selalunya akan dijual kepada suku kaum Rungus yang selalunya bertaraf sekurangkurangnya Ketua Kaum. Ini disebabkan kain PIS ini harganya mahal dan pada masa dahulu ianya dijual secara tukaran barang sama ada ditukar dengan barangan tembaga seperti gong dan gadur ataupun dengan kerbau.Kadang kala ditukar dengan padi. Sehelai kain Pis boleh mencecah harga tukaran 2 biji gong atau 2 ekor kerbau atau 10 karung padi bergantung kepada motif tenunan. Terdapat beberapa jenis motif tenunan antaranya ialah corak naga (paling mahal), burung merak dan awan larat yang mana ada nama-namanya tersendiri di kalangan ahli tenun Bajau udat.

Di Kudat juga terdapat suku Bajau Samah yang merupakan penghijarah dari daerah Kota belud dan Daerah Tuaran. Mereka telah datang ke daerah Kudat semasa dan selepas pendudukan Jepun untuk mencari perlindungan.Kecuali Bajau Samah di perkampungan Sebayan mereka adalah penduduk awal bajau samah di daerah Kudat.

http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-bajau.html

PENGENALAN Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu. NILAI DAN KEPERCAYAAN Upacara

1 Kelahiran Sewaktu mengandung Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut. Berpantang Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah

Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak. Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung. Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit ketimbaluan. Menempah bidan Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjada wanita hamil tersebut. Tanda Kelahiran Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran I ni diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan anakanak berikut.

Melenggang perut Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung. Semasa Bersalin

Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni. Potong tali pusat Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan. Qamat / Azan Bagi masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rataratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah bayi tersebut yang baru dilahirkan boleh disusukan. Menanam Tembuni Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersamasama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersamasama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Elepas kelahiran si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar. Rawatan Bidan Selepas k elahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.

Berpantang Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah : Si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepasa bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya. Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.

Naik Buai Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut. Menimbang bayi bulan safar Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah : Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang terdiri

daripada benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda. Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya. Berkhatan Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak- kanak tersebut. 2 Kematian Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka samasama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat. Selepas Kematian Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Adat mengawal kubur

Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut. Masyarakat Melayu secara amnya percaya, akan musnah semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor. Sememangnya dalam kajian saintifik juga, mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari. Masyarakat Bajau percaya Balan-balan merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia. Menurut cerita orang tua-tua Bajau, Balan-balan terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturutturut. Kemudian, badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut. Balan-balan kelihatan sama seperti hantu penanggalan atau Tenggelong yang dikenali oleh kebanyakan orang Melayu. Namun bezanya, tidak pernah ada kisah penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu, terutama hati. Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Dikatakan, cara untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan melihat pada matanya. Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah. Untuk memastikan lagi, potonglah limau nipis sambil memperhatikan matanya. Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan, matanya akan berair. Pengamal ilmu balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh. Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggutunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa

takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah pasang ,congkak, daun terup dan sebagainya. Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain. Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya masyarakat Melayu yang rencam. 3 Perkahwinan

Merisik Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan. Meminang Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semuabarang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.

Majlis Perkahwinan Pengantin Bajau

Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelalki dan perempuan.

Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni.

Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun diberhentikan.

Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu. 4 Perayaan Perayaan Regatta Lepa

Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan. Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa. Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan warna.

Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15. Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam

perkembangan seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alatalat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini. Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini.

Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai hari raya mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia. Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut. Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini. Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.

Di sebalik perayaan dan kisah sejarah lepa yang panjang ini sebenarnya terselit mesej kepada masyarakat supaya kuat dari aspek mental dan fizikal umpama sebuah lepa yang kuat serta gah belayar di lautan. Hakikatnya, usaha memartabatkan dan memelihara warisan budaya bangsa perlu digerakkan dengan lebih proaktif selaras dengan perkembangan dunia sekarang yang semakin mencabar agar ianya tidak ditelan zaman. ASPEK OBJEK Pakaian

Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

Makanan Tradisional Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan

tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan. Kima Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur. Sagol/enagol Sagol/enagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/enagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol/enagol iaitu sagol/enagol kering (tiada kuah) dan sagol/enagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal. Sunting Putu Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehektehek,ayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut SuntingTompe (inompeh) Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang

Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya. KESENIAN Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai, Dalling Dalling, Igal - Igal dan Runsai. Tarian Dalling-Dalling ajau dan gal gal ajau Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan gal gal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan empo rna. Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin. Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud) Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai

dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

Kalang Mpatn Kalang mpat merupakan salah satu nyanyian rakyat yang dimiliki suku kaum Bajau. Di Borneo, orang-orang Bajau boleh ditemui di Sabah terutama di sepanjang pantai barat Sabah, bermula dari daerah Kudat sehingga ke Sipitang. Namun, tumpuan penelitian ialah di daerah Kota Belud yang didominasi oleh suku kaum Bajau. Suku kaum Bajau di daerah ini masih lagi mengekalkan budaya tradisi ekspresif yang hanya digemari oleh kalangan generasi tua sahaja. Memandangkan kalang mpat semakin tidak menarik perhatian generasi muda dan generasi tua yang mengetahuikalang mpat semakin berkurangan, maka kalang mpat menjadi salah satu tarikan budaya yang menarik. Kalang mpatdicipta dalam susunan kata-kata yang padat mengikut peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan. Peraturan yang disusun misalnya, dari segi suku kata dan rima pada penghujung yang sesuai adalah berasaskan kepada keperluan pernyataan yang disampaikan secara lisan. Menerusi kalang, pemantunnya dapat menyampaikan pengajaran, sindiran, rasa hati, perasaan dan hiburan dengan cara yang berkesan. Penyampaiannya, dengan memilih kata-kata yang bersesuaian dan rima menarik boleh membawa pengertian mendalam kepada pendengar. Keseimbangan rima dan rangkap selalu ditekankan dalam pembinaan kalang. Dalam keadaan ini, pendengar dan pemantun dapat menilai dan membezakan antara kalang baik dan sebaliknya. Pemilihan dan susunan kata-kata yang memperlihatkan keseimbangan amat ditekankan kerana penciptaan sedemikian akan melambangkan keharmonian pemikiran ahli-ahli masyarakat tersebut. Berdasarkan contoh-contoh kalang yang diberikan, dapat diteliti rima akhir yang berbeza antara satu kalang dengan kalang yang lain, iaitu a-a-a-a; a-b-a-b. Kalang dihasilkan secara spontan. Penciptaan sebegini lazimnya membawa pengertian mendalam yang disesuaikan dengan suasana

tempat kalang dinyanyikan. Kebolehan menghasilkan kalang secara spontan serta dinyanyikan dengan iringan muzik merupakan satu kebolehan yang istimewa dan sangat dihargai pendengarnya. Susunan struktur pantun itu sebagaimana puisi-puisi tradisional lain menekankan keindahan susunan bunyi yang disampaikan secara lisan. Dalam proses kreativiti (mencipta dan menghasilkan) kalang, penciptanya sering melihat kepada latar belakang mereka sebagai petani. Pekerjaan ini telah mengundang mereka untuk menyatukan unsur-unsur pengetahuan, pengalaman mereka mengharungi hidup, suasana alam sekitar sebagai latar belakang kalang. Jika diperhatikan dengan teliti, terpancar kandungan pemikiran yang tersirat di sebalik bait-bait puisi tradisi ini. Kalang yang disertakan berhasil memperlihatkan nilai-nilai muafakat, kesabaran, rendah diri, persaudaraan, keprihatinan, kerjasama dan sikap tolongmenolong di kalangan ahli-ahli masyarakat ini. Sesungguhnya, kalangkalang tersebut memperlihatkan watak manusia penciptanya. Di dalamnya, terkandung bentuk kegembiraan, kesedihan dan nilai-nilai murni dalam diri manusia penciptanya. Selain itu, penciptanya juga turut menyerlahkan keindahan jagat raya ke dalam kalang-kalang ini. Keindahan tersebut waima berunsurkan flora atau fauna jelas tergambar dalam setiap bait kalang itu. Keadaan ini membuktikan bahawa latar diri penciptanya begitu akrab dengan alam sehingga tidak dapat memisahkan setiap inci alam daripada kalang. Pencipta kalang lazimnya amat peka dengan susunan atau peredaran yang dapat diteliti dari keharmonian dan keseimbangan alam sekitar. Melaluinya mereka dapat menghayati kehalusan dan keindahan alam ciptaan Tuhan. Suasana kehalusan dan keindahan alam sekitar ini dapat memberikan inspirasi yang mempengaruhi rasa hati dan perasaan anggota-anggota masyarakat untuk dinyatakan pula dalam kehidupan harian mereka. Keindahan dan kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam kalang itu disampaikan pula dalam bentuk tradisi budaya ekspresif. Dengan menyampaikan kalang dalam konteks budaya ekspresif itu bermakna keindahan dan kehalusan kalang itu dapat dihayati bersama secara lebih mendalam dan bermakna. Melalui budaya ekpresif itu, anggota-anggota masyarakat dapat merasai keindahan, di samping memberikan mereka hiburan. Melalui kalang mpat, kita mampu mengesan beberapa unsur yang terselindung di sebalik nyanyian ini. Unsur-unsur tersebut merupakan antara teknik penciptaan dan penyampaian yang dilakukan oleh penyanyinya agar setiap baitkalang itu dapat dinikmati keaslian dan keindahannya oleh pendengar. Secara tidak langsung, tradisi berkalang dalam masyarakat Bajau adalah gabungan antara teknik penyampaian dan proses interaksi penyanyi-pendengar yang telah berlaku sejak sekian lama.

http://www.sabah.edu.my/kds/bajau.htm
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan

etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarnawarni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut. Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih. Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazandusun dari segi akitviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material, muzik dan juga rekabentuk bangunan.

http://aminahmnasir.blogspot.com/2012/02/budaya-etnik-bajau-didaerah-semporna.html
Budaya ialah keseluruhan cara hidup sesuatu kelompok sosial yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, pemikiran, nilai, kepercayaan, adat resam serta segala penciptaan yang berupa kebendaan dan kerohanian lalu membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Masyarakat Bajau Daerah Semporna adalah berbeza dengan masyarakat Bajau di kawasan Pantai Barat Sabah. Seperti yang diterangkan sebelum ini, meskipun duduk di kawasan yang sama iaitu Daerah Semporna, namun kewujudan pelbagai etnik Bajau menyebabkan pelbagai variasi dialek dan loghat bahasa bajau. Justeru membuatkan Daerah ini kaya dengan pelbagai budaya dari pelbagai etnik Bajau. Menyentuh budaya etnik Bajau di Daerah Semporna, bahagian ini akan membincangkan mengenai bahasa, makanan tradisional, tarian tradisional, pakaian tradisional juga adat resam dan kepercayaan. a) Bahasa

Jika diperhati, bahasa pertuturan Bajau Pantai Barat Sabah dan Pantai Timur Sabah adalah berbeza meskipun berkongsi bangsa yang sama. Walaupun berbeza sebutan tetapi masih mengekalkan makna yang sama, 40% daripada bahasa Bajau adalah bahasa Melayu. Kebanyakan orang-orang tua kaum Bajau dahulu amat sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf R, C dan Z. Contohnya perkataan SYUKUR akan disebut SUKUL, CAWAN disebut menjadi SAWAN dan ZAMAN akan menjadi JAMAN. Namun pembelajaran bahasa Melayu di sekolah, telah mengubah corak pertuturan di kalangan masyarakat Bajau. Ini adalah kerana, pertuturan dengan anak-anak juga cucu-cicit membantu sedikit demi sedikit memperbetulkan sebutan mereka. Penulis sendiri, tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa Bajau kerana sering bertutur dalam bahasa melayu apabila berada di rumah. Terdapat

ramai masyarakat Bajau hari ini, berkomunikasi dengan anak-anak menggunakan bahasa melayu terutamanya bagi penjawat awam dan masyarakat yang mendiami kawasan daratan daerah Semporna. Mereka akan bertutur dengan menggunakan bahasa Bajau cuma apabila berkomunikasi dengan pasangan (suami isteri), atau dengan sahabat handai. Fenomena ini jika dibiarkan, boleh memupuskan bahasa itu sendiri apabila generasi muda tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa Bajau. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan lidah masyarakat Bajau lemah dalam menyebut huruf-huruf di atas, terutamanya golongan warga emas juga segelintir generasi baru. Bagi etnik Palau pula, mudah untuk dikesan melalui pertuturan mereka iaitu lontaran suara kebanyakannya seperti menyebut huruf qalqalah. Perbezaan etnik Bajau di Daerah Semporna ini juga, menyebabkan wujudnya kepelbagaian dialek dan loghat Bajau di Daerah Semporna. Kadang-kadang meskipun mempunyai persamaan sebutan tetapi lenggok dan gaya sebutan adalah berbeza mengikut etnik. Sebaliknya di Pantai Barat Sabah pula, yang membezakan sebutan adalah mengikut Daerah iaitu Kota Belud, Putatan, Tuaran dan Papar. b) Makanan Tradisional

Makanan tradisional masyarakat Bajau di Daerah Semporna boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu; i. Putu

Putu adalah salah satu makanan yang agak popular di kalangan masyarakat Bajau di Daerah Semporna. Makanan tradisional ini adalah berasaskan ubi kayu yang diparut dan diperah airnya lalu dikukus atau masak stim. Lazimnya masyarakat Bajau menjadikan putu sebagai makanan ruji menggantikan nasi. Putu sesuai dimakan bersama sagol, kima, tayum, tehek-tehek dan juga ikan bakar. ii. Tompek Atau Tinompek

Makanan ini juga adalah berasaskan ubi kayu. Bezanya adalah cara memasaknya, selepas ubi kayu diparut dan diperah, akan digoreng tanpa minyak sehingga berwarna kekuning-kuningan. Makanan ini juga disebut sebagai aggang oleh etnik Bajau lain di Daerah Semporna. iii. Sagol Atau Senagol

Makanan ini adalah dari isi ikan yang dimasak kunyit. Lazimnya hanya beberapa jenis ikan sahaja yang boleh dimasak sagol atau senagol iaitu ikan yu, pari,

kihampau, buntal, tombad, ulapai, kat, peteg dan banggak-banggak atau tabullung. Ikan akan dicelur atau dimasak separuh masak bagi memudahkan isi ikan dihancurkan. Hati ikan akan dicincang dan lazimnya minyak hati ikan inilah yang memberikan rasa sebenar kepada sagol. Justeru cara memasak yang mencampur adukkan semua bahan ikan, makanan ini diberi nama sagol yang bermaksud mencampur-adukkan. Masakan ini terbahagi kepada dua jenis sagol berkuah dan sagol tidak berkuah. iv. Kima

Kima adalah sejenis kerang laut yang menyelit di celah-celah permukaan batu. Makanan ini agak popular di Daerah Semporna. Ianya boleh dimakan mentah setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan perahan limau serta rempah ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Kima pula boleh didapati dalam keadaan basah dan juga kima yang dikeringkan. c) Tarian Tradisional

Tarian igal-igal dan dalling-dalling merupakan tarian tradisional masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah dan amat popular di Daerah Semporna. Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda dalam bahasa Bajau yang mana dalling bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Menurut Mohd Shafie Apdal (2006 :25) dalam membincangkan tarian igal-igal ialah tarian orang Bajau yang lebih dikenali sebagai tarian helang laut. Perkataan igal itu sendiri berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu eagle. Gerak tari yang anggun meniru gerakan helang . Simbolik haiwan ini adalah dihormati oleh orang-orang Semporna, selain dikatakan memasukkan gerakan dari angin bertiup ( Lampiran C ). Tarian igal-igal diiringi dengan alat muzik tradisional masyarakat bajau iaitu kuling tangan, gong, dan tambul. Alat muzik ini dikenali sebagai tagungguk. Selain daripada iringan muzik, penari juga akan diiringi bacaan pantun dalam bahasa bajau yang kebiasaannya dinyanyikan oleh seorang atau dua orang penyanyi. Kebiasaannya pantun yang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi akan menjadi pertandingan diantara penyanyi tersebut. Menariknya mereka akan menyanyi secara spontan, yang mana bait-bait pantun menyentuh peribadi penari seperti rupa paras, pakaian, koreografi tarian dan lain-lain. Bezanya dengan tarian dalling-dalling pula diiringi dengan alatan muzik iaitu gabbang dan seorang penyanyi. Tarian ini biasanya ditarikan di majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan. Semasa majlis perkahwinan, kebiasaannya para penari akan mendapat sabod iaitu duit yang disisipkan di tangan ketika menari sebagai tanda

hormat tuan rumah juga hadiah dari penonton apabila terhibur dengan tarian mereka. Kadang-kadang penari dan penyanyi akan bertanding menunjukkan kepakaran masing-masing, siapa yang bertahan menyanyi atau menari? Jawapannya adalah pihak yang berhenti sama ada penari atau penyanyi akan dianggap kalah oleh hadirin. Tarian tradisional ini cuba dikomersialkan iaitu dengan mengadakan pertandingan tradisional di peringkat sekolah juga pada sambutan Regatta Lepa iaitu perayaan tahunan di Daerah Semporna. Seiring dengan kemajuan, tarian tradisional ini juga sudah mendapat sentuhan moden. Semasa pemerhatian penulis di sebuah majlis perkahwinan, tarian igaligal juga boleh diiringi dengan alat muzik keyboard atau organ bukan lagi diiringi oleh alat muzik tradisional sahaja. Bahkan apabila penari adalah dari golongan remaja, mereka lebih memilih alat muzik moden berbanding alat muzik tradisional. Justeru, melihat perkembangan semasa, bagi menghormati kehendak tetamu, tuan rumah akan berusaha untuk menyediakan alat muzik tradisional dan moden ketika mengadakan majlis perkahwinan. Manakala irama tarian yang agak popular di kalangan masyarakat Bajau ialah jenes, lolai dan titik. Kumpulan pemuzik masa kini juga, cuba mengharmonikan irama tradisional dengan moden seperti irama Hindustan dan Indonesia. d) Pakaian

Pakaian masyarakat Bajau terkenal dengan warna hitam. Warna hitam menjadi pilihan kerana hanya warna hitam yang tersedia selain putih. Warna putih pula adalah simbolik kepada kematian bagi kaum muslimin. Oleh itu, warna hitam menjadi pilihan. Manik-manik berwarna terang dan berkilau akan dijahit menghiasi kostum dan menyerlahkan fesyen pakaian tersebut. Bagi lelaki akan menggunakan tanjak, manakala bagi wanita pula menggunakan kroset yang menyerlahkan gaya feminine (Lampiran D). Kostum ini biasanya dikenakan ketika terdapat perayaan juga ketika mempersembahkan tarian tradisi masyarakat Bajau. (Mohd Shafie Apdal, 2006: 23). e) Adat Resam Dan Kepercayaan

Masyarakat Bajau di Daerah Semporna juga kaya dengan adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Diantara adat yang akan dibincangkan ialah adat perkahwinan, kematian, juga beberapa adat dalam kehidupan masyarakat Bajau di Daerah Semporna selain pantang larang yang masih diamalkan. i. Adat Perkahwinan

Seperti masyarakat Melayu, dalam proses perkahwinan juga mempunyai beberapa peringkat seperti merisik, bertunang, akad nikah dan juga persandingan. Selepas proses merisik barulah rombongan mahanda(meminang) akan dihantar ke rumah bakal pengantin perempuan. Selama tempoh bertunang, pihak lelaki hendaklah menghantar belanja setiap bulan kepada bakal pengantin perempuan, disebut sebagai amalanja. Semasa meminang pihak perempuan akan menyatakan barang hantaran yang perlu dibawa oleh pihak lelaki semasa hari perkahwinan berlangsung. Barangbarang yang perlu dibawa biasanya terdiri daripadadublun basingan (kerongsang emas) atau sebarang perhiasan barang kemas, kuih penyalam dan kuih jala sebanyak 300 biji, segulung kain putih, seekor lembu (boleh digantikan dengan wang). Menurut kepercayaan, sekiranya barang-barang ini tidak disediakan, maka pengantin akan lambat mendapat anak atau tidak akan mendapat anak. Oleh itu, barang-barang di atas boleh dianggap barang wajib dalam hantaran perkahwinan. Lazimnya majlis akan diadakan di siang hari sebelum waktu zohor atau selepas waktu zohor. Pada malam hari pula, akan diadakan majlis persandingan di rumah pihak pengantin perempuan. Setelah pasangan pengantin berada di rumah pihak pengantin perempuan selama tiga hari, keluarga pihak lelaki pula akan datang berkunjung ke rumah pihak perempuan sekaligus ingin mengambil pasangan pengantin baru. Adat ziarah dan mengambil menantu ini disebut sebagai magtingkuang. ii. Adat Kematian

Secara keseluruhan upacara kematian masyarakat Bajau di Daerah Semporna adalah sama seperti bangsa Melayu kerana mereka juga beragama Islam. Perkara fardhu kepada jenazah seperti dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan dilakukan dengan sempurna. Namun apa yang membezakan, kepercayaan dan adat, juga pantang larang semasa terjadinya kematian. Keluarga si mati akan mengeluarkan barang-barang kepunyaan si mati khususnya pakaian, yang akan diletakkan di piring dihiasi bungabunga[1] dipanggil lampai. Orang yang bertanggungjawab membawalampai ke kubur bermakna akan menjadi empunya barang tersebut. Perbuatan ini adalah dianggap sebagai sedekah bagi si mati. Sebelum jenazah dikebumikan, ketika keranda hendak diusung ke tanah perkuburan semua ahli keluarga si mati akan pasuhuk[2] di bawah keranda sebanyak tiga kali. Perbuatan ini dipercayai membolehkan si mati tidak akan mengingati keluarganya yang masih hidup. Kepercayaan masyarakat Bajau juga,

bahawa orang yang mati boleh membuatkan orang hidup sakit atau dikenali sebagai keteguran. Manakala bagi masyarakat Bajau yang terlihat pula, sekiranya jenazah melalui kawasan rumah atau mereka berselisih dengan rombongan yang membawa jenazah mereka akan membuang sebarang benda setelah rombongan tersebut berlalu pergi. Perbuatan ini adalah bagi membuang sial. Selepas upacara pengebumian, satu tempat tidur akan disediakan untuk si mati seperti tilam atau tikar, bantal dan sebagainya peralatan tidur. Bantal akan diletakkan di bahagian kepala dan bahagian kanan kiri tempat tidur. Selain itu, semua pakaian si mati akan diletakkan berhampiran dengan tempat tidur tersebut. Tempat tidur ini dikenali sebagai bangkaibangkaian.Sepanjang bangkai-bangkaian berada di rumah, maka setiap pagi dan petang imam akan datang membacakan doa untuk si mati, dan setiap kali selepas membaca doa imam akan dijamu oleh tuan rumah. Selain itu, makanan[3] juga akan disediakan di tepi bangkai-bangkaian. Tempohbangkaibangkaian berada di rumah adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si mati. Ini adalah kerana, selama bangkai-bangkaianberada di rumah, maka tuan rumah akan berterusan magtahlil (mengadakan kenduri tahlil) pada waktu malam, kebiasaannya selepas waktu maghrib. Selain itu, tujuh hari berturut-turut akan diadakan kenduri arwah disebut sebagai magduwa a. Kenduri arwah yang akan disambut secara besar-besaran adalah hari ke tujuh (bahangi pituk), kedua puluh (bahangi duwam puk), keempat puluh (bahangi mpat puk) sehinggalah kenduri seratus (bahangi dahatus). Dalam tempoh kenduri besar-besaran inilah, pihak tuan rumah akan memilih waktu yang sesuai untuk menamatkan kenduri tahlil dikenali sebagai tapus bahangi[4]. Kenduri arwah ini biasanya dilakukan sebelum waktu zohor. Makanan akan dihidangkan di dalam talam sebelum didoakan oleh imam dan jemaah yang hadir. Lauk yang wajib disediakan ketika ini adalah nasi campur[5] dan air putih, disamping lauk-lauk yang lain. Makanan dihidang di dalam talam yang dibacakan oleh imam dipanggil kok dulang, semua lauk yang berada kok dulang akan diberikan kepada imam untuk dibawa pulang. Manakala air putih yang dihidang ketika kenduri akan diedarkan terutamanya kepada pihak tuan rumah untuk diminum. Adat lain ketika kematian ialah magjaga-jaga. Namun tidak semua etnik Bajau di Daerah Semporna yang melakukannya. Hanya etnik Bajau Ubian dan Bajau Sikubung yang mengamalkan magjaga-jaga selepas upacara pengebumian. Magjaga-jaga ialah aktiviti menjaga kubur. Ini adalah kerana menurut kepercayaan mereka, kubur akan diselongkar olehkang-kang laut[6] dan mengambil mayat sekiranya tidak dijaga. Bagi pandangan penulis pula, gejala kubur diselongkar atau digali bukanlah disebabkan oleh hantu seperti yang

mereka percayai. Keadaan tanah pulau yang agak keras dan berbatu menyebabkan penggali kubur tidak dapat menggali kubur dengan lebih dalam. Bau mayat yang agak kuat, merangsang binatang seperti anjing dan babi hutan untuk menggali kubur tersebut. iii. Adat Kehidupan Lain

Selain adat di atas, terdapat beberapa adat lain yang masih diamalkan oleh masyarakat Bajau di Daerah Semporna iaitu; a) Magkiparat

Magkiparat ialah acara bermaaf-maafan diantara ahli keluarga. Lazimnya setiap orang yang hendak menunaikan haji akan magkiparat terlebih dahulu, dengan mengumpulkan keluarga dan bermaaf-maafan. Selain daripada itu, sekiranya terdapat orang yang sakit dan lama tenat (nazak), ahli keluarga pesakit akan mencari alternatif mengumpulkan keluarga magkiparat.Kepercayaan mereka, pesakit sukar untuk menghembuskan nafas kerana mempunyai masalah[7] dengan ahli keluarga. Magkiparat juga dilakukan apabila ahli keluarga telah bersengketa atau konflik besar-besaran diantara mereka telah tercetus. Apabila mereka hendak berbaik semula, mereka akan magkiparat. Semasa magkiparat mereka akan menyediakan bahan berikut; seekor ayam kampung yang masih hidup beras minyak telur serai kunyit bawang merah bawang putih halia kelapa

Bahan-bahan di atas akan diletakkan di tengah-tengah di mana semua ahli keluarga yang magkiparat berkumpul. Seorang imam akan dijemput untuk mengendalikan acara ini. Semua ahli keluarga yang terlibat akan duduk dalam bulatan dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang lain ataupun seorang daripada mereka, akan menceritakan permulaan atau sebab-sebab konflik berlaku. Setelah itu mereka akan saling berbahas dan menegakkan hujah masing-masing. Apabila keadaan semakin panas dan beremosi, imam tersebut akan cuba menenangkan mereka dan mengingatkan tujuan berkumpul adalah untuk memperbaiki keadaan yang tegang. Selepas upacara meluahkan selesai, imam akan mengakhiri dengan bacaan doa. Semua bahan yang mereka sediakan akan disedekahkan kepada imam tersebut. Bagi penulis yang menyaksikan acara ini berlangsung, membuat kesimpulan magkiparat adalah seperti proses kaunseling, imam bertindak sebagai kaunselor yang memandu arah tuju perbincangan. Namun bagi penulis pula, ada baiknya sebelum perselisihan berpanjangan dan berlarutan, mereka duduk berbincang seperti ini. Bukannya menunggu sebarang musibah, barulah timbul kesedaran untuk bermaafan. Adakalanya proses ini akan lebih mengundang keaiban kerana semua kesalahan akan diungkapkan, seperti membuka pekung di dada. Hadirin yang turut sama menyaksikan akan mengetahui keaiban tersebut, dan menimbulkan pelbagai umpatan di kalangan masyarkat. b) Magtimbang

Acara magtimbang dilakukan apabila seorang wanita bersalin dalam bulan safar. Ibu dan anak akan ditimbang dengan buah-buahan seperti kelapa, tebu, pisang dan sebarang makanan lain. Lazimnya magtimbang dilakukan semasa anak tersebut digunting[8]. c) Maggunting

Adat dan budaya lama ini diwarisi sejak turun temurun lagi. Upacaramaggunting ialah cukur jambul beramai-ramai di masjid atau surau sama ada dalam bulan rabiul awal atau semasa hari raya. Kanak-kanak lelaki yang digunting rambutnya akan diarak ke masjid beramai-ramai disertai dengan replika Jong atau Ajjung [9], manakala kanak-kanak perempuan pulaMahligai[10] yang dihias indah. Jong atau Ajjung dan Mahligai lazimnya dihiasi dengan makanan ringan kanak-kanak seperti keropok, gula-gula, coklat dan pelbagai makanan lain. Replika Jong atau Ajjung dan Mahligaiini adalah melambangkan seorang putera dan puteri raja. Selepas

upacaramaggunting makanan ringan tersebut akan diagihkan kepada para jemputan khususnya kanak-kanak. d) Mandi Gerhana

Wanita yang hamil dan berlaku gerhana ketika dia sedang mengandung, maka hendaklah mandi gerhana bagi mengelakkan anak yang dilahirkan mendapat tanda lahir yang besar berwarna hitam. e) Pantang Larang Dan Kepercayaan

Diantara contoh pantang larang dan kepercayaan masyarakat Bajau di Daerah Semporna ialah; Semasa isteri mengandung, pasangan suami isteri tidak boleh menyangkut tuala atau sebarang pakaian di bahu. Ini adalah kerana dibimbangi akan menyukarkan isteri hendak bersalin kerana tali pusat melilit. Orang-orang tua tidak membenarkan bantal dibawa keluar rumah. Ini adalah kerana, keesokan harinya orang yang membawa bantal, akan mendapati badannya dicakar syaitan. Tidak boleh membeli dan meminta garam di malam hari kerana akan membawa sial. Mayat tidak boleh dilangkahi kucing, kerana menurut kepercayaan mereka mayat akan bangun Sekiranya jenazah masih berada di dalam rumah, orang yang berada di rumah tersebut dan juga berhampiran rumah tidak makan sayur labu. Menurut kepercayaan mereka, mayat akan bangun makan disaat orang lain sedang tidur

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/45929
Etnik kedua terbesar di negeri Sabah ini kebanyakannya menduduki kawasan Pantai Barat Sabah, khususnya di Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar. Di segi budaya tradisi etnik Bajau Sama popular dengan tarian kuda pasu dan limbai terutama di daerah Kota Belud dimana tarian ini menggambarkan kehebatan kaum itu dalam aktiviti menunggang kuda. Tarian limbai pula adalah tarian yang diadakan sebagai menyambut ketibaan pengantin. Gerak-geri tarian ini seperti orang yang melambai-lambaikan tangan menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. Kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.

Seperti etnik lain di Sabah, etnik Bajau juga mempunyai pakaian tradisional khusus yang kebiasaannya dipakai semasa majlis keramaian tertentu. Pada zaman dahulu mereka dikenali sebagai petani yang rajin dan penunggang kuda yang cekap. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang handal dan banyak membantu pahlawan terkenal di Sabah dalam menentang musuh dan penjajah. Berbeza dengan etnik KadazanDusun yang mengemari warna hitam, etnik Bajau pula mengemari warna garang, seperti warna merah dan juga jenis yang terang seperti hijau dan kuning. Namun pada masa tertentu warna gelap seperti hitam dan biru juga digunakan. Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai semasa majlis perkahwinan, meraikan lawatan para pemimpin, acara-acara adat dan lain-lain. Tarian etnik ini yang lainnya dikenali sebagai berunsai. Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan. Lelaki Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak untuk hiasan kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan. Bagi penunggang kuda tanjak ini yang mereka pakai biasanya dipanggil podong. Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat. Mereka juga memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan. Selain itu mereka juga memakai puyut yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang). Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun. Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah pahlawan-pahlawan yang gagah, maka mereka juga menggunakan perhiasan berbentuk keris dan pida. Keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik berkenaan. Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta). Butang ini masih lagi digunakan untuk pakaian tradisi bangsa Belanda. Adakalanya lengan baju juga

akan dihiasi dengan butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan. Semasa menghadiri majlis rasmi etnik wanita Bajau ini biasanya mengenakan baju yang dipanggil badu sampit. Badu sampit ini biasanya dipilih daripada kain jenis satin yang berwarna terang. Mereka juga akan memakai skirt panjang yang dipanggil olos berangkit. Skirt panjang ini digunakan untuk majlis perkahwinan. Kain skirt ini juga ditekat dengan benang warna yang bermotifkan bunga kapas atau pucuk rebung. Kaum wanita Bajau juga memakai suar atau seluar panjang berwarna putih yang digunakan untuk persembahan tarian. Selain itu mereka juga memakai selendang yang disangkutkan di bahu dan membawa sapu tangan atau puyut berumbai yang dihiasi bahagian tepinya dengan rumbai-rumbai. Busana tradisional etnik Bajau ini juga diperindahkan lagi dengan pemakaian barang perhiasan atau aksesori. Misalnya untuk hiasan bahagian leher, terdapat aksesori yang dipanggil mandapun. Hiasan ini dibentuk seakan kalung dibuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan perak atau emas. Kebiasaannya ia dikalungkan di leher. Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala yang dipanggil serempak. Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah mahkota dan diperbuat daripada logam warna perak atau emas yang dihiasi dengan manik sebagai bentuk. Serempak ini diletakkan pada bahagian rambut yang telah dibentuk menjadi sanggul dan diikat dengan tali kain bagi mengetatkan. Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita Bajau ini ialah galang yang diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai subang atau anting-anting yang diperbuat daripada emas atau perak. Selain daripada itu mereka juga memakai tali pinggang yang dipanggil ingkot pangkat dan kebiasaannya pada zaman dahulu ia diperbuat daripada logam perak.

http://jingyingchua83.blogspot.com/
BAJAU

Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan.

Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta). Butang ini masih lagi digunakan untuk pakaian tradisi bangsa Belanda. Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan.