Anda di halaman 1dari 23

DEVIAN DAN KAWALAN SOSIAL

Maksud Devian Punca Devian Di Kalangan Pelajar ( 2 Jam )

Akhir-akhir ini kita telah dikejutkan dengan pelbagai berita janayah yang menyayat hati seperti pembuangan bayi yang tidak berdosa,penderaan kanak-kanak sehingga meninggal dunia,penderaan isteri,ragut,sumbang mahram dan lain-lain. Sebagai manusia, kita tergamam memikirkan kerenah manusia yang sanggup menyalahi undang-undang, melanggar peraturan dan norma masyarakat.

Pada kebiasaannya, manusia yang normal dan diasuh oleh keluarga yang normal serta berada dalam masyarakat yang normal akan menjadi manusia dan ahli masyarakat yang berguna serta mempunyai kesedaran sivik. Namun ada segelintir manusia yang terjebak dalam kancah jenayah atau memperlihatkan tingkah laku Devian.

Takrif Devians
Sebarang tingkah laku yang bercanggah dengan norma sosial, tidak kira sama ada perbuatan itu kacil atau besar seperti melanggar had laju atau membunuh. Howard S Becker (1966) menyatakan bahawa bukan tingkah laku tetapi reaksi kepada tingkah laku itu yang membuat sesuatu dipanggail Devians.

Ada tingkah laku yang dianggap sebagai devians kepada satu masyarakat tetapi tidak kepada masyarakat lain.Seperti meminum minuman keras/alkohol bukan tingkah laku kepada masyarakat barat. Walaupun terdapat norma sosial yang berbeza namun semua masyarakat terikat kepada norma masyarakatnya.

Punca Devians
1. Faktor Fisiologi atau biologi - Diwarisi dan berada di dalam gen/genetik seperti ketagihan alkohol,dadah dan lain-lain. 2. Faktor Psikologi - Luahan masalah yang berkait dengan psikologi atau sifat sahsiah yang luar biasa.

Masalah atau sifat tersebut berpunca daripada pengalaman individu bersama ahli keluarganya seperti, - cara interaksi dan komunikasi - layanan yang diterima - bentuk-bentuk hukuman - penderaan - pilih kasih/bias

- Nyatakan apa lagi perkara/perbuatan yang menganggu perkembangan psikologi dan mempengaruhi tingkah laku individu. 3. Faktor Psikososial - Pengaruh Rakan Sebaya - Syarat menganggotai kumpulan seperti punk,black metal,rockers dll.

4. Faktor Sosiologi - Mengutamakan kebendaan/kekayaan melalui jalan singkat. - Membentuk status/mengubah gaya hidup. - Wajud perlakuan devians seperti rasuah,penipuan,pengedaran dadah,pecah amanah dan lain-lain.

5. Kepincangan Sistem Kekeluargaan - Kemiskinan/kesempitan hidup/pendapatan yang sedikit untuk menampung ahli keluarga yang ramai. - Tempat tinggal kecil/sempit,tidak selesa. - Wujud tekanan perasaan.

Pertelingkahan ibu-bapa Perceraian Lari dari rumah Kemewahan keluarga Terlalu mementingkan pekerjaan

6. Kurang Pelajaran/Pendidikan - Tiada matlamat dan cita-cita - Tidak bersekolah/keciciran - Ponteng sekolah - Melepak - Tidak ada ketegasan ibu-bapa

7. Kurang Didikan Agama - Tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam/cetek - Mengambil ringan hukum-hukum agama - Terpengaruh dengan ajaran salah/sesat 8. Rasa Ingin Tahu/Ingin Mencuba. - Naluri ingin merasa sebagai pendorong yang sangat kuat.

Kawalan Sosial
Perbuatan Devian dan Jenayah perlulah dikawal dan dibendung dari terus berleluasa serta menjadi lebih serius.Ianya boleh memberikan kesan yang sangat negatif kepada rakyat dan negara walaupun kadang kala mempunyai fungsi sosial yang positif.Kawalan itu dinamakan sebagai Kawalan Sosial Apa yang dimaksudkan dengan Kawalan Sosial?

Kawalan sosial adalah kesemua usaha bersama (semua anggota masyarakat) untuk memastikan ahli masyarakat akur kepada norma sosial dalam masyarakat. Cara yang paling kerap digunakan untuk kawalan sosial ialah interaksi bersemuka (bertemu muka) antara pelaku devian dengan anggota masyarakat.

Keakuran Dan Konformiti


Persetujuan, persesuaian,kepatuhan: saling mengerti dan diperlukan dlm satu pertubuhan. Individu akan cuba akur untuk mengelak daripada melukakan hati orang disekelilingnya atau ahli masyarakatnya Melanggar norma di hadapan orang lain akan memalukan dirinya sendiri dan ini menunjukkan tindakbalas terhadap pengawalan sosialnya.

Walaupun kita berada bersendirian kita akan cuba mengurangkan tindakan devians, kita takut orang lain mungkin mengetahuinya. Conformity is a type of social influence involving a change in belief or behaviour in order to fit in with a group. This change is in response to real (involving the physical presence of others) or imagined (involving the pressure of social norms / expectations) group pressure.

Conformity can also be simply defined as yielding to group pressures (Crutchfield, 1954) Conformity is also known as majority influence (or group pressure). Terdapat 2 proses yang biasanya menerangkan mengapa anggota masyarakat akan akur kepada normanorma sosial.

Kawalan Secara Dalaman/Tidak Formal Kawalan Secara Luaran/Formal 1. Kawalan Dalaman / TIdak Formal Kawalan yang wujud dalam kod tingkah laku moral dan sosial seseorang seperti imej diri yang positif,kesedaran,perasaan bertanggung jawab yang tinggi,kepatuhan kepada undangundang dan kepatuhan kepada Tuhan.

Wujud melalui proses sosialisasi sama ada dalam keluarga, masyarakat, sekolah, rakan sebaya,persekitaran dan lain-lain. Supaya setiap individu menghayati normanorma sosial yang diterima,mempelajari jangkaan orang lain dan tindakan yang bakal diterima.

Apabila melakukan sesuatu tingkah laku devian seperti mencuri,menipu,jenayah dan lain-lain, mereka bukan takut ditangkap dan dipenjarakan tetapi mereka akan rasa bersalah sepanjang hayat,melanggar undang-undang atau rasa berdosa kepada Tuhan.

Dengan itu, individu akan dapat mengelak diri daripada melakukan perlakuan devian. Penggunaan ganjaran,kenaikan gaji,pangkat dan pujian akan menjadi motivasi kepada individu. Kawalan negatif seperti pemulauan, pengasingan,kritikan dan sindiran akan menjadikan mereka lebih prihatin.

2. Kawalan Luaran atau Tidak Formal Kawalan yang datang dari luaran individu seperti rakan sebaya, kawan-kawan, ibubapa atau siapa sahaja. Contoh lain seperti mahkamah, penjara,pegawai polis,BPR dan lain-lain Ini menyebabkan individu tidak melakukan devian.

Anda mungkin juga menyukai