Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti Kamal Di Rumah Setiap hujung minggu Kamal akan menolong ibu bapanya membersihkan kawasan dalam dan

luar rumah. Ibu bapanya selalu berpesan untuk memastikan rumah sentiasa bersih. Rumah yang bersih dapat menghindari kekotoran dan penyakit berjangkit. Selain itu, aktiviti mengemas rumah merupakan aktiviti yang sihat kerana dapat mengeluarkan peluh. Biasanya Kamal akan membantu ibunya mengemas di dalam rumah. Kamal akan membantu ibunya membersihkan permaidani menggunakan hampagas. Selain itu, Kamal juga akan mengelap cermin pintu gelangsar supaya nampak bersih dan berkilat. Menyapu lantai juga dilakukan Kamal supaya lantai menjadi bersih dan berkilat. Seterusnya Kamal akan membantu ibunya membersihkan perabot supaya semua habuk dapat dihilangkan. Habuk yang banyak akan membuatkan kita mudah mendapat penyakit seperti asma. Jika di luar rumah, Kamal akan membantu ayahnya memangkas ranting pokok yang sudah panjang. Ranting pokok yang pendek akan membuatkan halaman rumah menjadi kemas dan sedap mata memandang. Selain itu, Kamal akan menyapu halaman rumah yang dipenuhi daun-daun kering. Membersihkan longkang juga perlu dilakukan supaya tiada air yang tersumbat dan akan menyebabkan jentik-jentik membiak. Kamal juga membantu bapanya menanam pokok bunga untuk

menceriakan halaman rumah.