Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUMPENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap

kebolehan atau penguasaan andamempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya andamenguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaranini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaranberikutnya.Sangat TidakSetujuTidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju1 2 3 4 5Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 51 Saya dapat menerangkan perkembangankurikulum matematik sekolah rendah danmenengah sebelum perang Dunia Keduasehingga masa kini2 Saya dapat menganalisis kurikulum matematiksekolah rendah.

PerkembanganKurikulum | 2

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUMPENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat:i. Menerangkan perkembangan kurikulum matematik sekolah rendah danmenengah sebelum perang Dunia Kedua sehingga masa kini; danii. Menganalisis kurikulum matematik sekolah rendah. 1.1 PENDAHULUAN agi melihat perkembangan kurikulum pendidikan matematik di negara kita adalahlebih bermakna jika kita meninjau sepintas lalu sejarah perkembangan kurikulummatematik di luar negara dan juga perubahan-perubahan yang berlaku dalampengisian isi kandungan kurikulum matematik pada setiap peringkat persekolahan dinegara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Perubahankurikulum matematik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perubahan kurikulummatematik yang berlaku di United Kingdom. Pada awal tahun 6 0an beberapa projek dan program kurikulum matematik telah dirangka berdasarkan kepada projek-projek kurikulum yang berjaya dilaksanakan di United Kingdom. Pada tahun 80an perubahan kurikulum matematik di negara kita berubah mengikut keperluan Falsafah Pendidikan Negara (pada ketika itu) dan pada tahun 90an pula perubahan mengikut era teknologi maklumat dalam pendekatan pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendahdan menengah.Dalam unit ini, kita akan meneliti perubahan-perubahan kurikulum matematik mulai daripada penubuhan Pejabat Karang Mengarang, Projek Khas, Program Matematik Moden, Kurikulum Lama Sekolah Rendah dan Menengah (KLSR & KLSM)dan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Menengah (KBSM) (1998,2000, 2003) dan transformasi kurikulum 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). Bagi melihat corak perkembangan kurikulum pendidikan matematik di negarakita adalah lebih sesuai kita melihat perkembangan kurikulum matematik dalam dua eraiaitu sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.

Anda mungkin juga menyukai