Anda di halaman 1dari 23

Kebimbangan Dalam Sukan (anxiety)

KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

1.

Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

2.

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

3.

Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)

Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri(self esteem).

4.

Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)

Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN

Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.

Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang.

Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.

Menurut

Endler

(1978,

1983),

terdapat lima faktor

mengakibatkan

tahap

kebimbangan meningkat dalam suatu situasi yang teruja. 1. Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang boleh mengugat ego atlit tersebut. 2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton yang mengancam harga diri seseorang. 3. Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang boleh mencederakannya. 4. Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan. 5. Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa pertandingan.

MENGUKUR KEBIMBANGAN Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali

membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tandatanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur

kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).

Dalam

konteks

sukan,

kebimbangan

sebenarnya

wujud

sebelum

sesuatu

pertandingan itubermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi

Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika kompetitif dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera, 1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan prestasi pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).

http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/kebimbangan-dalam-sukan-anxiety.html

ANXIETY IN SPORTS

PRINT May 6, 2010 | By LindaPurves

Photo Credit stretching image by Mitchell Knapton from Fotolia.com Anxiety in sport is most common in competitive sports environments and could also be termed competitive stress. A lack of consensus makes it difficult to clearly define anxiety and stress in sport, but one definition, proposed by sport psychology consultant Dr. Graham Jones in the book "Sport Psychology: A Self-Help Guide," is that it's "the result of an interaction between the individual and the environment ... an emotional response to the demands placed upon the individual by the environment."

STRESS Not all competitive stress is bad, and not all competitive athletes suffer from anxiety. The stresses of competition can be perceived by a competitor as either positive or negative. Positive stress is considered to be an important element of an athlete's preparation, heightening the senses and leading to a feeling of being "psyched up" both physically and mentally. According to the Drive Theory, a physically skilled athlete can gain a psychological edge over competitors by harnessing the power of positive stress. Conversely, negative stress can promote feelings of self-doubt, directly affecting an athlete's ability to cope with the regular stresses of a competitive environment, ultimately leading to a drop in performance. TYPES Anxiety has two main types: State anxiety is transient and specific only to the particular situation an athlete finds herself in. Trait anxiety is more general and enduring, suggesting a predisposition to anxiety in all areas of life, not just in sport. SYMPTOMS Symptoms of anxiety are varied and individual to each athlete, but they can generally be recognized on three levels: Cognitive symptoms relate to thought processes, including fear, indecision, poor concentration, loss of confidence and defeatist self-talk. Somatic (physical) symptoms include muscular tension, clammy hands and feet, increased heart rate, sweating and butterflies in the stomach. Behavioral symptoms relate to patterns of behavior, including inhibited posture, fingernail biting, avoidance of eye contact and uncharacteristic displays of introverted or extroverted behavior. CAUSES Competitive stress becomes negative, potentially leading to symptoms of anxiety, when an athlete perceives what is being asked of him to be beyond his capabilities. Anxiety is often linked to a fear of failure, and an athlete's perception of his abilities

may be based on a previous performance, his beliefs regarding the opposition or the perceived importance of the competition. His perception can also vary greatly from event to event, depending on his perceived state of physical and mental preparation in each case. EFFECTS An athlete suffering symptoms of anxiety will inevitably underachieve. The physical and psychological effects experienced will have a negative impact on performance, and continued exposure can lead to burnout, often prompted by growing feelings of dissatisfaction, which can develop into a decision to leave sport completely. The results of a 2009 study published in the online sports psychology journal Athletic Insight highlight the correlation between competitive trait anxiety and burnout in young athletes. REFERENCES

"Sport Psychology: A Self-Help Guide"; Stephen J. Bull; 1995 Athletic Insight: The Associations of Competitive Trait Anxiety and Personal Control with Burnout in Sport

Article reviewed by Tim Horneman Last updated on: May 6, 2010

Read more: http://www.livestrong.com/article/117970-anxiety-sports/#ixzz2LnlMkU2L

http://www.livestrong.com/article/117970-anxiety-sports/

Overcoming Performance Anxiety with Sports Psychology Sports psychology tips can help you overcome performance anxiety in sports By Elizabeth Quinn, About.com Guide Updated July 26, 2010 About.com Health's Disease and Condition content is reviewed by the Medical Review Board

Many athletes who perform well during training or practice can suffer from performance anxiety on game day. If feelings of nervousness, anxiety or fear interfere with your sports performance, learning to use a few tips from sports psychology may help you get your anxiety under control and reduce game day nerves. Performance anxiety in sports, sometimes referred to as 'choking,'is described as a decrease in athletic performance due to too much perceived stress. Perceived stress often increases in athletes on game day because (1) they have an audience and (2) they have extremely high expectations of their success. This type of stress is often based upon the way the athletes interpret the situation. It is rarely the external situation that causes stress, but rather the way the athlete's self talk describes the situation that creates feelings of stress, anxiety and fear. For athletes who choke during competition it is important to understand that the thoughts you have regarding the event can be modified, adjusted or controlled with appropriate sports psychology and mental practice. An athlete should first determine if thoughts of doubt, failure or a lack of confidence are due to a perceived lack of ability. If so, the self talk will generally lead to continued feelings of anxiety, nervousness, and tension. Athlete need to realize that it's tough to do your best in a sport when your own internal voice is telling you otherwise. To overcome performance anxiety, traditional coaches and trainers may try to help the athlete understand why those thoughts and feelings develop and then try to change or modify that process with limited amounts of success. Why such thoughts arise may be of interest, but knowing the answer isn't always necessary to overcome them.

Sports Psychology Tips to Help Reduce Performance Anxiety Here are a few tips that may help change or redirect the negative self-talk. Reduce Performance Anxiety Before the Event

Recognize that pre-race jitters are normal. Accept, rather than fight, the nervous energy you feel. Don't misinterpret it by thinking that it is fear. That adrenaline rush you feel is normal and it is part of your body's natural preparation for the competition. Notice it, but don't focus on it. Once the race starts, that feeling will subside, as it always does.

Prepare both mentally and physically. Arrive at the event with plenty of time so you aren't rushed, which only increases your stress. Get a thorough warm-up. Do some easy stretching. Know the course. Dress for conditions.

Visualize. Allow a few minutes to practice visualization. During this time you mentally rehearse, showing yourself doing everything right. Breathe easy, close your eyes and use mental imagery to visualize yourself performing well. This positive self-talk can change your attitude. While athletes need to be flexible enough to react during the event, you should enter the event with a general strategy of how you want to race. Your strategy can be simple (maintain a steady pace or maintain a steady heart rate) or complex.

Reduce Performance Anxiety During the Event

Focus on the task at hand rather than the outcome. Stay present in the moment and avoid thinking too far into the event or thinking about the finish. If you find yourself thinking negative thoughts or negative self-talk, stop and focus only on your breathing. Focusing on your breathing rhythm will automatically pull you back into the present.

Force a smile. Really. If you are struggling with negative thoughts and can't break out of the cycle, simply force yourself to smile, even if only for a few seconds. This simple action will change your attitude in a split second. Perhaps that is all the time you need to relax back into your performance.

Race like you don't care about the outcome. If you find yourself caught up in negative thoughts and find that you suddenly expect the worst it will be impossible to perform at your peak. If you begin to race like you don't care about the outcome, you may relax and enjoy the event for what it is - another day in your life. Not the most important thing in your life.

Reduce Performance Anxiety After the Event:

Review the race and recall the things you did well. Focus on actions, thoughts and behaviors that helped you perform.

Acknowledge, but quickly dismiss things that hindered your performance. This is the same principle as avoiding an obstacle while driving - look where you want to go, not where you don't. When you focus on the pothole, you invariably hit it. Focusing on the negative aspects of the event will not help you improve in the future. Rather, you want to focus on the times when you 'got it right.' This is a form of mental rehearsal where you practice skills that will be used in the next event.

Design a training program that mimics race-like conditions. Teams and clubs often do such training. If you always train alone, consider joining a group so you can do this type of simulation. Practice is most effective if you can mimic the conditions you will be faced with in competition. Coaches can also help or hinder an athlete's ability to overcome choking during competition. Coaches often inadvertently reinforce a pattern of choking when trying to encourage ("the next shot is critical"). Such talk only increases the pressure an athlete feels to perform.

Remember that choking can be dealt with if you are aware of the pattern of negative thoughts that snowball before and during competition. If you find yourself in such a downward spiral, simply acknowledge those thoughts and let them go. Focus on your breathing and play as though you are enjoying it. Chances are you will realize that you are enjoying it despite the occasional less than perfect performance. http://sportsmedicine.about.com/cs/sport_psych/a/aa010603a.htm

KAJIAN SUKAN-TESIS KEBIMBANGAN BAB 1

PENDAHULUAN

1. Pengenalan

Kebimbangan dan prestasi dalam sukan merupakan antara topik yang diminati di kalangan ahli sukan sejak beberapa tahun dahulu (Duda, 1998). Kebimbangan sentiasa menyelubungi diri atlet sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003). Kenyataan ini disokong oleh Klaffs dan Arnheim (1981), yang menyatakan bahawa sesuatu pertandingan sememangnya akan menyebabkan gangguan emosi; atlet merasa tertekan dan bimbang sebelum pertandingan, seterusnya menghalang pencapaian dan menjatuhkan prestasi atlet. Kebimbangan adalah keadaan emosi negatif ditandai dengan kegugupan, kecemasan dan ketakutan dan berkaitan dengan pengaktifan atau kebangkitan tubuh badan (Weinberg dan Gould, 2007).

Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor mental (kebimbangan) dan motivasi boleh menyebabkan seseorang atlet berada pada tahap terbaik (peak) semasa pertandingan dan pada masa yang sama juga boleh menjadi penyebab kegagalan mereka (Duda, 1998). Kebanyakan ahli psikologi sukan seperti Arent dan Landers (2003); Weinberg dan Gould (2007), menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang optima dapat membantu atlet mencapai prestasi yang memberangsangkan, manakala tahap kebimbangan yang terlalu tinggi dan terlalu rendah membawa masalah dalam mencapai prestasi yang baik. Wann (1997) pula berpendapat bahawa kebimbangan sebagai satu keadaan negatif yang memberi kesan penentu kepada pencapaian prestasi atlet. Menurut Mahoney, Gabriel dan Perkins (1987), sesetengah kebimbangan adalah baik serta membantu prestasi, malah ada

atlet mengharapkan adanya kebimbangan bagi membolehkan mereka bertanding dengan jayanya. Selain menjejaskan prestasi, kebimbangan juga menyebabkan seseorang hilang minat untuk menyertai pertandingan. Menurut Gould, dan Tuffey, (1996), sesetengah kanakkanak tidak mahu terlibat dalam pertandingan kerana mereka menganggap pertandingan dalam sukan merupakan sesuatu yang menakutkan lebih daripada sesuatu yang menyeronokkan dan sukan merupakan sesuatu yang mencabar. Selain daripada itu, pelatih dan pengamal perubatan sukan juga telah membuat pemerhatian terhadap sesuatu pertandingan. Mereka mendapati kebimbangan yang wujud dalam situasi-situasi pertandingan, mudah mendatangkan kecederaan berbanding mereka yang tidak mempunyai kebimbangan (Weinberg dan Gould , 2007).

Keupayaan seseorang atlet untuk mengatasi tekanan (stress) dan kebimbangan merupakan perkara penting dalam pertandingan sukan kerana kedua-dua faktor tersebut dipercayai mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian matlamat utama para ahli psikologi sukan ialah menghasilkan program mental yang berkesan untuk atlet supaya dapat memaksimumkan prestasi. Matlamat ini mungkin tidak dapat dicapai sekiranya tiada pengetahuan asas mengenai teori-teori kebimbangan dan situasi atau keadaan kebimbangan yang boleh mempengaruhi prestasi. Pengetahuan teori dan situasi kebimbangan dalam sukan penting dalam usaha menghasilkan kajian yang dapat memberi makna agar boleh diaplikasi secara praktikal. Model yang digunakan dalam kajian ini sebagai rujukan utama bagi menjelaskan perkaitan antara kebimbangan dan prestasi ialah Model Multidimensional (Marten, Burton, Vealey, Bump, dan Smith, (1990). Model ini menerangkan bahawa kebimbangan terdapat dalam bentuk kebimbangan somatik (dapat dilihat melalui komponen fizikal seseorang seperti berpeluh, degupan jantung) dan kebimbangan kognitif (merupakan komponen mental seperti takut untuk gagal, hilang estim kendiri). Kedua-dua bentuk kebimbangan ini mempunyai hubungkait dengan kebimbangan stet (dipengaruhi oleh emosi yang dapat dilihat seperti takut, stres dan peningkatan tahap fisologi) dan kebimbangan tret (dipengaruhi oleh personaliti).

Kebimbangan merupakan satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain (Mohd. Sofian Omar Fauzee, 2002). Perasaan ini akan terus berlaku bila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang jurulatih tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mengetahui dan mengambil berat tentang faktor psikologi atlit mereka. Biasanya atlit tidak hanya dilengkapi dengan persediaan fizikal tetapi harus juga seimbang dengan persediaan mental.

Wann (1997) mendefinisikan kebimbangan sebagai interpretasi negatif yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Kebimbangan merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu tersebut terhadap apa yang terdapat dipersekitarannya. Sekiranya tafsiran tersebut mendatangkan sesuatu yang negatif maka ia merupakan kebimbangan.

Pertandingan dalam sukan mempunyai pelbagai peringkat atau tahap seperti peringkat sekolah/ bahagian, daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa. Pada kebiasaannya, semakin tinggi peringkat pertandingan itu maka semakin meningkatlah tahap kebimbangan yang dirasai oleh atlet tersebut. Martens (1997), mengatakan kehebatan pertandingan pada setiap peringkat akan menyebabkan pelbagai aras kebimbangan pada diri atlet. Maka terdapat di kalangan atlet yang bertindakbalas secara keterlaluan lalu mencapai tahap kebimbangan yang melampau dan tidak terkawal. Keadaan ini menjejaskan kebolehan atlet tersebut untuk mencapai prerstasi pada paras yang optimum. Kebimbangan pertandingan boleh dilihat daripada dua aspek iaitu tret dan state. Kebimbangan tret ditumpukan kepada ciri-ciri perbezaan personaliti yang agak stabil di kalangan manusia. Manakala kebimbangan state diberi pengertian sebagai suatu keadaan emosi organisma manusia yang sementara, dilahirkan oleh persepsi perasaan yang subjektif dan disedari terhadap ketegangan dan ketakutan serta peningkatan pada sistem saraf autonomik (Spielberger, 1966;Weinberg dan Gould, 2007)

Cratty (1973), menjelaskan kebimbangan tret adalah kecenderungan seseorang terhadap perasaan takut dalam kebanyakan situasi. Martens (1977) pula mendefinisikan kebimbangan tret sebagai satu kecenderungan untuk melihat sesuatu situasi pertandingan dengan perasaan takut. Ini bermakna individu yang tinggi kebimbangan tret pertandingannya akan melihat situasi pertandingan dengan lebih mengancam dan perbezaan ini akan mencerminkan reaksi kebimbangan state yang tinggi.

Spielberger (1966), menyatakan bahawa kebimbangan adalah satu keadaan emosi yang wujud dan dicirikan oleh kefahaman dan ketegangan atau pengaruh untuk menganggap sesuatu situasi itu sebagai mengancam dan bertindakbalas terhadap rangsangan atau situasi pada tahap kebimbangan yang berlainan. Manakala Walker (1975), mendefinisikan kebimbangan sebagai reaksi individu terhadap situasi yang dianggap akan menggugat kesejahteraan. Fossum (1990), mentakrifkan kebimbangan sebagai jumlah keseluruhan tindak balas psikobiologikal terhadap situasi yang dianggap tidak kebal dan terdedah kepada bahaya serta ancaman. Terdapat beberapa simptom yang ditunjukkan oleh atlet yang boleh dikategorikan dalam ketegangan atau kebimbangan ketika menyertai sesuatu pertandingan. Kaplan (1989), mendapati apabila seseorang atlet itu berasa bimbang, sistem saraf autonomik akan diaktifkan dan ini akan menyebabkan atlet berpeluh secara berlebihan terutamanya di tapak tangan dan bahagian-bahagian lain, kerap membuang air kecil, perut rasa tidak selesa, di samping jantung berdenyut lebih hebat dan terdapat peningkatan pada kadar nadi. Suasana ini menunjukkan perlunya untuk mengkaji sebab-sebab mengapa keadaan sedemikian wujud dan telah menarik minat penyelidik untuk membuat tinjauan terhadap tahap kebimbangan atlet pelapis negeri Kedah sebelum pertandingan di kejohanan Karnival Pelapis Negeri peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan siri 02/2010 dan seterusnya dapat membantu para atlet agar dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka. Oleh hal yang sedemikian, hasil kajian yang diperolehi ini nanti amat penting dan berguna kepada jurulatih dan pegawai sukan negeri Kedah agar mereka dapat menyediakan program latihan untuk sesi yang akan datang dengan mengambil kira perbezaan pengalaman, memperkenalkan

beberapa jenis latihan khusus untuk mengatasi masalah kebimbangan, misalnya latihan mental, meneliti kembali apakah faktor-faktor yang menyebabkan tahap kebimbangan atlet begitu tinggi dan merancang cara-cara untuk mengatasinya; berusaha untuk meningkatkan mutu latihan dari segi teknikal dan taktikal sambil menyelitkan unsur-unsur sains sukan dengan menghadiri kursus dalam lapangan yang berkenaan atau melantik jurulatih yang berwibawa dalam bidang yang berkenaan.

1.2. Kerangka Konsep Atlet Pelapis Negeri Kedah Olahraga (14) Tinju (10) Memanah (11) Angkat berat(7) Sepaktakraw(4)

Kebimbangan

Faktor-faktor kebimbangan

Tahap Kebimbangan (SCAT) Kaedah mengurangkan kebimbangan

3. Pernyataan Masalah

Semasa latihan, atlet akan melalui pelbagai jenis serta bentuk latihan fizikal untuk memantapkan lagi kemahiran dan secara tidak langsung ia turut menambahkan lagi keyakinan serta semangat dalam diri pemain. Tetapi adakah tahap psikologi pemain akan kekal seperti mana mereka dalam sesi latihan setelah mereka berada di gelanggang perlawanan?. Atlet mula akan bermain dengan perasaan, apatah lagi apabila penampilan fizikal pihak lawan kelihatan lebih gagah sedangkan perlawanan belum bermula. Atlet akan mula rasa cemas, gelisah dan berdebar-debar ditambah lagi dengan sorakan penyokongpenyokong yang akan membuat atlet lebih rasa tertekan. Pengurus pasukan boling padang negara, Jamal Abdul Nasir Bakar mengakui kecewa dengan kegagalan Siti Zalina, yang bukan sahaja gagal mempertahankan pingat emas, tetapi gagal dalam penentuan pingat gangsa. Begitu pun dia tak menyalahkan Siti Zalina, yang mungkin tertekan kerana mengalas harapan tinggi, sebagai pemain terakhir untuk memenangi pingat emas (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2010.)

Kesimpulannya, tahap kebimbangan akan menjadi semakin tinggi dan prestasi pemain tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun, ini juga turut bergantung pada atlet itu sendiri, samada ia akan menjadikan semua pengaruh di persekitarannya positif pada persembahan prestasinya atau ia akan menjadi sebaliknya jika atlet itu tidak mampu menerima gangguan persekitarannya dan menganggap ia adalah satu tekanan dan bebanan yang akan membuat goal setting terkeluar dari sasaran sebenar.

Masalah kebimbangan semasa menghadapi pertandingan ataupun kejohanan sukan sering mengganggu perasaan pemain negeri. Kebanyakan jurulatih yang berperanan sebagai pembimbing kepada atlet remaja mendapati atlet di peringkat sekolah menghadapi masalah tidak merasa yakin sewaktu pertandingan. Atlet remaja negeri tidak dapat menggunakan kemahiran yang telah dilatih semasa berada di gelangang. Kenyataan ini disokong oleh Mahmood Nazar Mohamed (2005) yang menyatakan bahawa seseorang individu yang mengalami kebimbangan hanya berasa bingung, runsing dan bimbang tanpa sebab yang jelas. Secara kesimpulannya, perasaan bimbang merupakan suatu situasi yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa takut dan gementar seterusnya boleh menganggu prestasi atlet . Atlet biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah untuk mengelakkan kebimbangan.

Oleh yang demikian, seorang jurulatih sama ada di peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan, harus mengenali personaliti atlet mereka bagi memudahkan mereka menangani sebarang masalah yang berhubung dengan prestasi. Seterusnya Teori Pembalikan Martens memperlihatkan bagaimana atlet dapat menghasilkan prestasi cemerlang apabila mereka mempunyai kedua-dua bentuk tenaga iaitu tenaga positif dan negatif. Prestasi akan menurun jika kedua-dua bentuk tenaga ini menurun. Kekuatan yang terdapat dalam teori ini ialah dapat meningkatkan potensi atlet dan memahami perkaitan antara prestasi dan kebimbangan. Selain daripada itu teori tersebut juga dapat membantu atlet membuat interpretasi sendiri tentang tahap kebimbangan.

Manakala, atlet remaja negeri telah menunjukkan tahap kebimbangan yang boleh menjejaskan prestasi mereka setiap kali ke pertandingan peringkat daerah dan negeri serta kebangsaan. Kajian saya ingin mengkaji tentang cara mengurangkan kebimbangan , mengkaji tahap kebimbangan dan mengkaji faktor-faktor kebimbangan dalam kalangan atlit pelapis negeri Kedah.

3. Kepentingan Kajian

Kajian ini merupakan satu tinjauan perbandingan mengenai tahap kebimbangan atlet pelapis negeri di kejohana kebangsaan . Hasil kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan panduan kepada jurulatih untuk mengenalpasti dan mengetahui tahap kebimbangan atlet mereka. Maklumat yang diperolehi ini amat berguna kepada jurulatih dalam merancang program yang lebih efisyen dan sesuai dari segi psikologi atlet untuk mempertingkatkan prestasi mereka. Di samping itu, hasil kajian ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada para jurulatih dan pegawai pasukan tentang kaedah latihan yang sesuai dan efektif serta kepentingan memberi perhatian secara individu kepada setiap atlet demi untuk kejayaan pasukan, kepuasan diri dan kecemerlangan sukan.

3. Objektif Kajian

1. Mengenalpasti tahap kebimbangan atlet pelapis negeri Kedah sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.

2. Mengkaji perbezaan tahap kebimbangan di antara atlet berumur 14 hingga 16 tahun dan atlet berumur 17 hingga 20 tahun.

3. Mengkaji perbezaan tahap kebimbangan atlet pelapis negeri Kedah sebelum perlawanan di antara atlet mengikut pengalaman antara 1 hingga 4 tahun dengan 5 tahun ke atas penglibatan atlet itu dengan sukan yang diceburi.

4. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kebimbangan atlet pelapis negeri.

5. Mengenalpasti kaedah-kaedah yang sering digunakan untuk mengurangkan tahap kebimbangan sebelum memulakan pertandingan bagi atlet pelapis negeri Kedah. 3. Persoalan Kajian

Berdasarkan tujuan di atas, kajian ini cuba mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan berikut: 1. Apakah tahap kebimbangan pertandingan atlet pelapis negeri Kedah sebelum pertandingan peringkat kebangsaan?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan yang signifikan di antara atlet berumur 14 hingga 16 tahun dan atlet berumur 17 hingga 20 tahun ?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan atlet pelapis negeri Kedah sebelum perlawanan di antara atlet mengikut pengalaman antara 1 hingga 4 tahun dengan 5 tahun ke atas penglibatan atlet itu dengan sukan yang diceburi.

4. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kebimbangan atlet pelapis negeri ?

5. Apakah kaedah-kaedah yang sering digunakan untuk mengurangkan tahap kebimbangan sebelum memulakan pertandingan bagi atlet pelapis negeri Kedah?

3. Batasan kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dijangkan oleh penyelidik. Di antaranya adalah:

1.7.1. Delimitasi

Kajian ini terbatas kepada 46 atlet pelapis negeri sahaja yang mempunyai kategori berumur antara 14 hingga 16 tahun dan 17 tahun hingga 20 tahun yang mewakili negeri Kedah dalam Karnival Pelapis Kebangsaan siri 2/2010 pada 27 hingga 31 Oktober 2010 yang berlangsung di Seremban Negeri Sembilan. Kajian ini hanya memberi penekanan kepada beberapa faktor kebimbangan sahaja. Kajian ini tidak memberi tumpuan kepada faktor-faktor lain seperti taraf sosioekonomi keluarga, orientasi belajar dan sebagainya yang turut memberi kesan yang positif terhadap kebimbangan atlit.

Segala penganalisaan data dan perbincangan dilakukan berpandukan kepada soal selidik kajian yang diubahsuaikan berdasarkan kepada soal selidik SCAT oleh Martens (1977), serta subjek yang telah ditetapkan dan ianya tidak boleh digeneralisasikan.

1.7.2 Limitasi

Kajian ini terbatas kepada beberapa limitasi berikut: i. Faktor kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soal selidik adalah di luar kawalan penyelidik. ii. Walaupun arahan yang jelas telah dinyatakan dalam soal selidik, masa responden menjawab soal selidik dan prosedur mengumpul data mungkin mempengaruhi hasil kajian.

8. Definisi Operasional

Dalam konteks kajian ini, terminologi berikut beroperasi sebagai: Kebimbangan

Walker (1975), mendefinisikan kebimbangan sebagai reaksi individu terhadap situasi yang dianggap akan menggugat kesejahteraan. Fossum (1990) pula mentakrifkan kebimbangan sebagai jumlah keseluruhan tindakbalas psikobiologikal terhadap situasi yang dianggap tidak kebal dan terdedah kepada bahaya dan ancaman. Kebimbangan State Pertandingan

Kebimbangan pertandingan diberi pengertian sebagai suatu keadaan emosi organisma manusia yang sementara, dilahirkan oleh persepsi perasaan yang subjektif dan disedari terhadap ketegangan dan ketakutan serta peningkatan pada saraf autonomik (Spielberger, 1966).

SCAT SCAT atau Sport Competition Anxiety Test direkabentuk oleh Martens (1977) adalah satu ujian khas untuk mengukur tahap kebimbangan sukan dalam situasi pertandingan.

Kejohanan Pelapis Negeri

Karnival Pelapis Negeri 2/2010 Kebangsaan pada 27 hingga 31 Oktober 2010 yang berlangsung di Negeri Sembilan. Kejohanan ini anjuran Majlis Sukan Negara bagi persediaan mengenal pasti atlet-atlet yang berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan pelapis kebangsaan.

Atlet Individu lelaki dan perempuan yang menyertai acara olahraga, memanah, tinju, angkat berat dan sepaktakraw yang berumur antara 14 hingga 16 tahun dan 17 hingga 20 tahun yang mewakili negeri Kedah dalam Kejohanan Pelapis Kebangsaan pada 27 hingga 31 Oktober 2010 yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

Kategori Atlet Pada Karnival Pelapis Negeri siri 2/2010 Kebangsaan itu dua kategori atlet pelapis dipertandingkan iaitu umur 14 hingga 16 tahun dan umur 17 hingga 20 tahun. Bagi kategori umur 14-16 tahun, hanya peserta yang lahir diantara tahun 1996 hingga 1994 sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Bagi kategori umur 17 20 tahun , hanya peserta yang lahir diantara tahun 1993 hingga 1990 sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Posted by http://sainssukanjee.blogspot.com/2011/12/kajian-sukan-tesis-kebimbangan.html