Anda di halaman 1dari 39

PENGENALAN Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan

(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tamadun atau civilization bermaksud kemajuan atau dalam tingkat penghidupan atau peradaban. Dari bahasa Arab, perkataan tamadun atau peradaban sering dikaitkan dengan beberapa istilah seperti madaniah dan hadarah. Perkataan tamadun lahir daripada perkataan maddana yang mempunyai dua pengertian, iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota, serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Ibnu Khaldun, bapa ilmu ketamadunan dalam bukunya Muqaddimah menggunakan istilah umran untuk menerangkan konsep tamadun. Umran pada asalnya bermakna suatu tanah atau tempat yang didiami manusia yang mempunyai persediaan yang cukup bagi manusia dan keperluannya. Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang

menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan. Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot.

2.0 INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN 2.1 Tamadun China dengan Tamadun Melayu Hubungan antara China dengan Alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 144). Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negerinegeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445).

Interaksi dan pertalian kerajaan Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina pada zaman pra-penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atas Tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negaranegara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling hormatmenghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budaya
2

masing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa Tamadun tempatan, contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun. Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zaman kesultanannya. Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, HokChiu, Eng Chon dan lain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut, Kelang dan Kuala Lumpur. Di samping itu orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu yang membenarkan mereka bekerja di ladang lada dan gambir. Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu terdapat jurang yang luas. Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan; orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombongan seperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43,786 pada tahun 1891 adalah orang Cina. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja memisahkan penempatan antara kaum ini. Kawasan penempatan orang Cina juga merupakan kawasan yang berdikari (self-contained) dengan penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 148-149). Contoh interaksi Tamadun China dalam Tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut: a) Makanan dan buah-buahan Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.

b) Pakaian dan barang-barang dagangan Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu. Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina. Hubungan Malaysia dengan China dipercayai telah bermula sebelum

kegemilangan kerajaan Parameswara Melaka, tetapi hubungan ini bertambah baik apabila Laksaman Ho Chi Ming, yang di hantar Maharaja China untuk berdagang dengan kerajaan Melaka diterima baik oleh sultan Melaka. Asalnya hubungan perdagangan ini telah bertukar kepada hubungan perkahwinan apabila Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sulatan Melaka.

2.2 Tamadun China dengan Tamadun India Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah melihatkan pelbagai kemahiran telah diperkembangkan. Contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China dan teknologi pembuatan kertas dari China telah dibawa masuk ke India. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Perpindahan dua hala kebudayaan China dan India ini terus berlaku bukan sahaja dalam kontek pegangan kehidupan tetapi kepada hampir keseluruhan corak kehidupan kedua-dua tamadun ini. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Palidan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Perkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung di Asia Tenggara. Kedua-dua tamadun ini mempunyai keagungan masing-masing. Interaksi antara dua tamadun ini, telah membuka lembaran baru dalam konsep kepercayaan buddha. Ajaran buddha yang konsepnya hampir menyerupai konsep Daoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan dalam tempoh yang singkat, orang-orang Cina telah berjaya menyusun doktrin buddha dalam satu koleksi yang dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana.

2.3 Tamadun Cina dengan Tamadun Jepun. Hubungan Cina dengan Jepun bermula seawal kurun ke-2 SM iaitu di zaman dinasti Qin (221-206SM). Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan perbuatan perkakas besi dan gangsa dibawa masuk ke Jepun oleh pedagang Cina. Pengaruh kebudayaan Cina berkembang denga pesatnya pada zaman Nara hingga zaman Kesyogunan Tokugawa (664-1867) di mana bahasa, sejarah, falsafah, agama, kesenian, sistem politik dan sebagainya dipelajari oleh pelajar-pelajar Jepun yang dihantar ke China. Sistem tulisan Jepun, Kana dicipta berasaskan kepada sistem tulisan Cina iaitu Kanji. Buku sejarah terawal Jepun iaitu Nihongi ditulis menggunakan bahasa Cina. Falsafah konfusianisme Cina yang bersendikan Dao begitu terpengaruh dalam sistem pembelajaran, politik dan tatasusila orang-orang Jepun. Perkembangan falsafah konfusianisme di jepun boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama pada kurun ke-5 hingga kurun ke-12, fasa kedua pada kurun ke-12 hingga kurun ke-17 dan fasa ketiga bermula pada kurun ke-17 iaitu zaman pemerintahan Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867).

2.4 Tamadun Melayu dengan Tamadun India Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sejak abad ke-3 SM. Buktinya, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipayang bermaksud Semenanjung Melayu. Para pedagang dari India keTanah Melayu bagi mendapatkan emas setelah mereka menggelarkanTanah Melayu Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu dan Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya memegang kepercayaan animisme. Dari sinilah munculnya interaksi tamadun Melayu dengan tamadun India. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialahCandi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika kerajaan Chola menguasai Kedah. Interaksi ini sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran.Firman Allah: Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang wanita, lalu kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersukusuku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu (Surah al-Hujuraat: Ayat 13) Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang Indiamerupakan golongan pedagang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir). Menurut Sazelin Arif (2007) ada yang menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Contohnya, Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456). Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan TemenggungTun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500). Khoja Hasan berasal daripada

Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamanamenggantikan Hang Tuah. Kedatangan dan perpindahan orang India ke SemenanjungTanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamil dan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana mereka berpendidikan Inggeris Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20. Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeriMelayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu TidakBersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000). Namun, kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masukke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan sosial yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas danberkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum. Sistem sosial masyasrakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta Hindu yang membahagikan manusia kepada dua kelas iaitu kelas raja dan bangsawan dan kelas kedua dari kalangan rakyat jelata yang menjadi hamba abdi kepada kedua-dua golongan tersebut. Contohnya di Jawa dan Bali pengaruh kasta dapat dibuktikan melalui penggunaan istilah Caturvarna yang ditemui dalam rekod -rekod awal. Dari segi ekonomi, kehadiran pengaruh India telah memperkembangkan lagi kegiatan

perdagangan sama ada dalam atau luar negera. Contohnya, di Bali

kemunculan

golongan saudagar yang dikenali sebagai Wanigrama dan Wanigrami. Manakala, dari segi kesenian dan hiburan dapat dibuktika di Indonesia. Kesan terpenting pembinaan
8

candi-candi yang bertujuan untuk memuliakan nenek moyang di Jawa. Antaranya ialah Candi Gunung Wukir, Candi Badut, kelompok Candi Dieng dan sebagainya. Spek hiburan pula merangkumi kegiatan nyanyian, menari, drama dan muzik seperti permainan wayang yang bersumberkan epik Ramayana dan Mahabharata (782856 M) di Jawa Tengah. Pengaruh India dari sudut bahasa ialah mendaulatkan bahasa Sanskrit sebagai bahasa intelektual (kebangsaan). Buktinya, dalam penulisan kitab-kitab agama dan sastera yang boleh didapati di Kemboja, Champa, Negeri Thai, Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan/Borneo, Jawa dan lain-lain lagi. Sumbangan bahasa Sanskrit telah memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu kuno yg. digunakan di Sumatera dan bahasa Jawa Kuno di Jawa. Misalnya, istilah-istilah agama seperti syurga, neraka , dosa, pahala, dan sembahyang.

2.5 Tamadun Melayu dengan Tamadun Jepun Pengaruh Jepun di Tamadun Melayu khususnya di Malaysia dapat dibuktikan melalui budaya 5S. 5S adalah 5 set perkataan Jepun dengan setiap satunya bermula dengan bunyi se or shi iaitu Se-i-ri, Se-i-to-n, Se-i-so, Se-i-ke-tsu, dan Shi-tsu-ke. 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. 5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico. Program 5S adalah amalan asas ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti yang berterusan. Selain itu, 5S juga merupakan amalan untuk wujudkan tempat kerja lebih produktif, mempastikan mesin atau kelengkapan bersih, berfungsi dan membina budaya kerja yang positif dan dinamik.

10

3.0 PENGARUH TAMADUN ISLAM DI ASIA. Masyarakat Asia kebanyakkannya mengamalkan agama Hindu, Buddha dan animisme sebelum kedatangan agama Islam ke Asia. Kehidupan masyarakat ketika itu dipengaruhi oleh amalan-amalan mereka seperti dalam bidang pemerintahan, pendidikan dan bahasa dan kesusasteraan. Namun selepas kedatangan islam, masyarakat Asia mula mengikut amalan Islam dalam semua corak kehidupan mereka. Dalam bidang pemerintahan, sistem pemerintahan beraja telah berubah. Dalam sistem pentadbiran Islam, ketua kerajaan dan negara ialah Sultan, Mufti pula dilantik menjadi penasihat sultan dan juga menjawat jawatan khadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal, dan juga penjaga harta wakaf. Dengan gelaran Sultan, kerajaan Islam dapat diperkukuhkan. Selain daripada itu, penggunaan konsep Khalifah Allah telah menggantikan konsep dewaraja Hindu. Khalifah Allah harus menunaikan amanah, dan memerintah dengan adil serta perlu menerapkan unsurunsur Islam di dalam pemerintahan seperti undang-undang syariah. Tambahan lagi, wanita juga diberi peluang di dalam bidang pemerintahan seperti di Acheh. Seramai 22 wanita mengangotai Majlis Rakyat Acheh daripada 73 kerusi yang dipertandingkan. Di dalam sistem pendidikan pula, pada masa sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya kepada golongan bangsawan sahaja. Namun, setelah kedatangan Islam, pendidikan disebarkan kepada seluruh masyarakat melalui institusi istana, pondok, madrasah dan surau. Sistem pendidikan ketika ini lebih teratur dengan peringkat-peringkat iaitu rendah, menengah, dan pengajian tinggi seperti sistem pendidikan sekarang. Selain daripada itu, kaum hawa juga digalakkan untuk menimba ilmu sama seperti kaum Adam. Subjek yang diajar di dalam institusi ini ialah Fikah, Usuludin, Tasauf, Hadis, dan tafsir.

11

Selain daripada kesusasteraan, gaya hidup masyarakat sebelum kedatangan Islam, masyarakat banyak dipengaruhi dengan kepercayaan animisme, Budhha dan dan juga Hindu. Bagaimanapun, segala kepercayaan terhadap jenis-jenis unsur atau semangat telah beransur-ansur digantikan dengan kepercayaan dalam Islam. Cara Islam telah diterapkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Contohnya, masyarakat mula berpakaian sebagaimana yang dituntut dalam Islam iaitu menutup aurat. Mereka mula memakai tudung bagi perempuan dan bersongkok bagi lelaki. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat tidak mengambil berat tentang pemakaian mereka kerana tiada halangan dalam agama atau kepercayaan yang mereka amalkan. Walau bagaimanapun, Islam telah menetapkan bahawa penganutnya perlu menutup aurat sebagaimana yang diwajibkan dan dinyatakan di dalam al-Quran. Dengan ini, jelaslah bahawa Islam telah menjadi Ad-Din iaitu cara hidup yang menyeluruh dan lengkap. Masyarakat mula menuntut ilmuilmu agama dengan guru-guru agama. Selain itu, Islam telah mengajar masyarakat tentang persaudaraan antara Islam menyebabkan sistem sosial masyarakat sebelum kedatangan Islam telah berubah. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat hidup dalam pelbagai kelas dan darjat menyebabkan terdapat golongan yang ditindas kerana berada di golongan darjat bawah. Penghapusan kelas dalam masyarakat telah dijalankan atas dasar persamaan taraf dalam Islam. Nilai-nilai Islam juga dijadikan panduan hidup. Sebagai contoh, nilai murni seperti tolong-menolong, hormat-menghormati dan berkerjasama diterapkan di dalam masyarakat.

12

3.1 Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu Kedatangan Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu contohnya dibidang-bidang kesenian, mitos dan khayal. Kini lahirlah pandangan yang mementingkan unsur-unsur rasionalisme dan intelektualisme. Dari segi sosial pula, kedatangan islam telah membentuk suatu konsep bangsa yang dinamakan bangsa Melayu dengan Islam sebagai teras keperibadiannya. Islam juga telah menghapuskan semangat berpuak-puak dan membentuk perpaduan di kalangan penduduk Alam Melayu melalui konsep Ummah atau masyarakat Islam. Manakala dari segi politik, tertubuhnya kerjaan-kerjaan Melayu-Islam seperti di Pasai, Aceh dan Demak. Dengan itu, terbentuknya suatu kerajaan Islam dengan raja yang beragama islam dan penyebaran islam berlaku di Nusantara dengan lemah-lembut dan penuh hikmah. Dari segi ekonomi pula, kegiatan perdagangan tersebar luas sehingga ke Laut Merah, Laut Parsi, Laut Meditteranean dan seterusnya ke pelabuhan-pelabuhan Eropah. Maka dengan kedatangan islam, paksi kebudayaan dan kehidupan masyarakat Kepulauan Melayu telah beralih dari India ke Timur Tengah. Pengaruh Tamadun Islam di Alam Melayu adalah melalui karya sastera tulisan yang membawa kepada tulisan jawi di mana sebelum ini menggunakan bahasa jawa. Dengan itu lahirlah ulama-ulama yang giat berdakwah melalui tulisan seperti Hamzah Al-Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Bukhari, Al-Jauhari dan Shamsuddin Al-Sumatrani. Melalui karya-karya yang dihasilkan, agama Islam dapat tersebar dengan meluas dan pesat. Dalam proses penyebaran Islam di Nusantara, terdapat golongan pendakwah yang professional seperti Syeikh Ismail yang di utus khas dari Makkah ke Samudera dan Sayyid Abdul Aziz berasal dari Jeddah yang telah mengislamkan Parameswara.

13

Manakala Syeikh Abdullah Yamani iaitu seorang ulama berasal dari Makkah telah mengislamkan Raja Kedah. Ahli-ahli Sufi berperanan dalam penyebaran Isalam di Nusantara. Di kalangan tokoth-tokoh Sufi yang paling terkenal adalah Wali Songo yang sangat berjasa di Jawa. Selain daripada terkenal sebagai tokoh tasawuf mereka juga merupakan seorang tokoh-tokoh politik dan pedagang. Dengan adanya golongan ini, meraka telah menyebarkan islam yang merupakan salah satu faktor perkembangan islam. Dengan adanya hubungan perdagangan di antara Jawa dan Melaka ia turut membantu di dalam penyebaran Islam di Jawa. Maka dengan itu, kejayaan besar dakwah Islamiah di Nusantara adalah disebabkan oleh para-para pendakwah di mana mereka telah mengislamkan raja-raja mereka maka rakyat pun beramai-ramai mengikut jejaknya.

14

3.2 Pengaruh Islam dalam Tamadun India Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 Masihi di mana orang-orang arab sebelum Islam belayar ke Lautan Hindi bagi menubuhkan wilayah perdagangan di pantai barat India. Perhubungan perdagangan antara Arab dan India berlaku melalui jalan laut iaitu Lautan Hindi dan Laut Merah dan jalan darat melalui Parsi. Rentetan daripada aspek perdagangan ini menyebabkan berkembangnya agama Islam di India. India dikenali sebagai Sind atau Hind dalam kalangan masyarakat Arab. Pada tahun 634 Masihi, tentera Islam telah menyerang India dan berjaya menawan sebahgian besar Lembah Hind, Kabul dan Lahore telah berjaya di tawan pada zaman Muawiyah bin Abu Sufian Islam. Kejayaan seterusnya adalah apabila Islam telah berjaya menebusi benteng pertahanan India. Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad AlQasim Berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah) yang mana pada peringkat awal Islam hanya bertapak di bahagian Utara India. Kerajaan islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin yang memerintah dari 1004-1186. Pemerintahnya adalah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi telah berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India. Antara kerajaan Islam yang lain adalah Kerajaan Ghori (1189-1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan Mughal (15271857). Kerajaan Mughal telah memerintah selama 400 tahun dan merupakan kuasa yang dominan dan memiliki kawasan yang luas dalam sejarah tamadun India. Di antara pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal adalah Akhbar, Jahangir, Shah Jahan, Aurangzeb dan Bahadur Shah. Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang di panggil Indo-Islam. Pada 712 Masihi, Daibul telah ditawan oleh Muhammad bin al-Qasim dan beliau telah meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha lalu mendirikan sebuah masjid. Selepas itu, beliau telah dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan. Ramai orang menyambut ketibaan dan menyokong tentera Islam seperti Puak Jat dan Med. Beliau telah membebaskan orang yang tidak menentang atau terlibat
15

dalam perang. Beliau juga menjaga dan menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk serta mengenakan jizyah terhadap penduduk bukan islam di mana beliau tidak akan meruntuhkan kuil dan gereja jika mematuhi pemerintahan Islam. Apabila Muhammad bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah,

perkembangan islam di India telah terbantut. Punjab telah menjadi daerah Islam ketika Zaman Mahmud Ghaznawi. Dengan penaklukan Punjab ia telah menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Bani Umayyah. Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan bagi meneruskan pemerintahan mereka. Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan yang penting seperti Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab. Senibina islam menggabungkan ciri-ciri Parsi dan tempatan di mana ketika pemerintahan Sultan Mahmud Ghazani menyaksikan pembinaan masjid Quwait AlIslam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam. Antara senibina Islam yang termahsyur sehingga kini adalah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahbad, Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra. Dengan itu, tamadun Islam telah banyak mempengaruhi tamadun India misalnya dari segi kesenian seperti mana yang terdapat di India sekarang. Terdapat satu keajaiban dunia yang boleh kita ketahui dan saksikan di India hasil pengaruhnya tamadun islam di India suatu ketika dahulu. Contohnya adalah Taj Mahal iaitu Tuju Peringatan Cinta Mughal (1632-1654 Masihi) yang merupakan binaan islan yang termasyur di benua kecil India. Taj Mahal ini adalah salah satu daripada benda ajaib di dunia yang terletak di Agra berhampiran dengan Delhi. Shah Jahan telah membina Taj Mahal sebagai makam untuk isterinya Mumtaz Mahal. Pada bangunan ini juga terdapatnya ayat al-quran iaitu tulisan Ayat Kursi yang terukir melingkari bangunan tersebut. Kawasan di dalam Taj Mahal terdapat taman berlandskap yang meliputi dan diibaratkan seperti tentang alam syurgawi.

16

Pengaruh tamadun Islam kepada tamadun India juga adalah dengan wujudnya Zenana iaitu kawasan yang khas untuk penempatan wanita. Di sini, wanita-wanita memakai purdah yang mencerminkan adab dan menjaga aurat sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Islam yang juga merupakan peringatan visual kepada orang lain. Ketika itu, kaum wanita mengikuti hierarki yang tegas di mana mereka dijaga dan dipandang tinggi oleh orang lain.

17

3.3 Pengaruh Islam dalam Tamadun China Pengaruh Islam berlaku sejak Rasulullah S.A.W berdasarkan catatan sejarah Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti Tang (618-905M) bahawa telah ada kapal dagangan China sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah ada penempatan orang Arab di sekitar pelabuhan utama di China. Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah S.A.W berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M. Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M. Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang. Pengaruh tamadun Islam memberikan kesan positif kepada China terutama dalam bidang terjemahan iaitu melalui penulisan, di mana penulis-penulis China seperti Wang Daiyu, Ma Zhu dan rakan-rakanya telah menggunakan bahasa dan tulisan China untuk menyebarkan agama Islam. Selain daripada itu, ia juga memperkenalkan perubatan Islam dan China yang tersusun di dalam buku Materia Medica: Seberang Laut oleh seorang sarjana China Islam yang bernama Li Xun. Manakala karya-karya perubatan China sejak zaman dinasti Han menjadikan Canon of Medicine iaitu karya Ibnu sina sebagai rujukan di dalam bidang perubatan mereka. Manakala dari segi senibina pula, ia telah menyumbangkan kepada pembinaan beribu-ribu masjid dewan

18

menbaca al-quran dan kesenian islam dapat dilihat melalui binaan seramiknya seperti pinggan, mangkuk dan cawan. Terdapat banyak sumbangan Islam di China. Antaranya ialah dari aspek astronomi. Contohnya pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan). Tokoh utama dalam ilmu Astronomi ialah Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin). Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li) dan diijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi. Dalam bidang Matematik pula, pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri. Di samping itu, dalam ilmu pelayaran orang Islam telah membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Contohnya, Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China. Malahan turut memajukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air. Melalui bidang perubatan pula kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya telah dihasilkan sebagai panduan dan bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Bidang pembinaan telah menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contohnya, Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian). Kesimpulannya, kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.

19

4.0 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DI ASIA DALAM PELBAGAI BIDANG 4.1 Hamka

Hamka atau nama sebenar beliau adalah Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang dan di sana Hamka telah mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo. Pada mulanya, Hamka bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai dekan di Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Hamka sangat aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah,
20

menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950. Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat

Muhammadiah. Pada 26 Julai 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 kerana nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia. Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh proMalaysia. Semasa dipenjarakanlah beliau telah mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah beliau yang terbesar. Setelah keluar dari penjara, Hamka dilantik sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia. Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka juga merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novelnovelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada
21

peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universiti al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia. Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura turut dihargai.

GAMBAR 1 : HAMKA

22

4.2 Sheikh Tahir Jalaluddin

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad atau dikenali dengan gelaran Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari. Beliau dilahirkan pada hari Selasa, 4 Ramadhan, tahun 1286 Hijrah bersamaan 7 Disember 1869 Masihi di Empat Angkat (Ampek Angkek). Ayah beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulama terkenal di Sumatera. Di dalam masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking. Beliau merupakan tokoh bidang Falak Syariah di alam Melayu Nusantara yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan. Sebenarnya, Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Kedua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir berusia dua tahun. Syeikh Tahir telah dipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya kerana ditinggalkan oleh ayah dan ibunya. Menjelang usianya sebelas tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah beliau tinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab Imam Syafie di Masjid al-Haram. Syeikh Tahir telah datang ke Mekah pada tahun 1297H (1880 Masihi) bersama datuk sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Mekah, beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib di dalam pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Quran dan mentajwidkan Quran daripada Tuan Syeikh Abdul Haq. Dalam tempoh dua belas tahun Syeikh Tahir menetap di Mekah, beliau berpeluang mempelajari ilmu-ilmu agama dengan mendalam. Contohnya, malalui ajaran-ajaran sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah

mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir terutama berhubung dengan masalah amalan beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk dengan amalan bidaah. Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliah bagi masyarakat Jawi di Mekah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan Syeikh Ahmad Khatib telah
23

mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari guru-guru lain di Mekah. Oleh itu, ketokohan beliau dari segi keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat Melayu Indonesia dan Tanah Melayu. Semenjak beliau tinggal di Mekah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan (Ilmu ucapan dan keterangan yang fasih), Maani (ilmu makna -meaning), Badi (ilmu boleh mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undangundang), Usul Fiqh (ilmu mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan, perbuatan dan kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna al-Quran), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah (ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang beredar). Berdasarkan ilmu yang telah dipelajarinya, beliau sangat mahir dalam soal yang berhubungan dengan masalah agama Islam. Setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk Menteri, beliau mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Beliau juga seorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah membuka kedai kain di Ipoh. Asas perniagaan ini telah dimulakan oleh bapa mertua beliau. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya berjalan setakat setahun sahaja. Selepas itu beliau telah belayar lagi ke Kepulauan Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima dan Makasar. Sepanjang lawatannya itu, beliau telah menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu agama di tempat-tempat yang di lawatinya. Dalam tahun yang sama beliau telah berpindah ke Johor Bharu. Di Johor Bharu beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Di antara hakim-hakim yang mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul Majid dan lain-lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim tersebut berlangsung selama lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas, Sultan Idris (1887-1916) iaitu Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana menghadiri kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911.
24

Pada 3 Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakim-hakim di Johor Bharu. Mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama Johor Bharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak puas hati dengan sistem pendidikan dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama pada waktu itu. Dalam suratnya kepada Yang Di Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau menyatakan dukacitanya kerana tidak boleh menjalankan peraturan pelajaran yang terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang belajar. Beliau akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916. Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh rakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi. Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah jatuh sakit. Di Al-Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak kepada pelajar-pelajar Madrasah itu. Menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli untuk berubat dan melawat Minangkabau selama enam bulan. Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik di mata masyarakat, beliau sangat dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak dan juga di Johor membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian.

Pengetahuannya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering diberi kepercayaan untuk membantu menyelesaikan masalah hukum agama berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan. Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaanpertanyaan berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amal kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat mengambil berat tentang pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul dan tepat mengikut hala Kaabah di Makkah. Beliau berpendapat bahawa
25

sembahyang tanpa mengadap arah kiblat yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjid oleh kerana beliau memahami Ilmu Falak. Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat di seluruh negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi pemeriksa kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melaporkan bahawa terdapat banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu di dapati juga masjid-masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut tidak mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan Logarithma dan diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii). Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah menyatakan bahawa: Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang perjalanan bulan dan matahari. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda Rasulullah yang mengatakan, sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai matahari dan bulan dan naung bagi mendirikan sembahyang. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahir sangat menitikberatkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak. Pentingnya pengetahuan ilmu Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat dengan soal kiblat dalam sembahyang, menentukan waktu sembahyang serta menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan dan berhari raya. Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau Matematik. Beliau turut mengecam mereka yang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk
26

menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku cuaca buruk yang tidak memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari mula berpuasa dan berhari raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil. Kejahilan mereka menyebabkan mereka hanya mengikut pendapat orang hingga menyebabkan berlaku puasa yang terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulan Ramadhan. Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah kiblat, dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau mengatakan: Tiada boleh `berijtihad pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya dan mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan selemahlemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata sangka dengan tidak tanda dan dalil. Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada mempelajari dalil kiblat mahupun orang-orang celik yang tidak mampu mempelajarinya. Namun, mereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif tentang dalil kiblat. Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan di akhbar-akhbar mengenai banyaknya masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala kiblat, akhirnya menimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turut mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain tidak mengikut hala kiblat yang betul. Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata masyarakat tentang banyak kesilapan arah kiblat yang berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihak-pihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankan penyiasatan arah kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga pernah ditentang oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak penting digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap ke kiri atau kanan kiblat.

27

Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannya dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua dan uzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat jelas kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke Bangkok, Thailand untuk mengajar kira-kira arah kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir dijemput pula oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada kakitangan jabatan itu. Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu. Hasil karya beliau ialah: a) Sheikh Tahir Jalaluddin memberi sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah "Al-Unwati Al-Wuthuqa. b) Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal Madaniah. c) Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "Al-Islam Wannaddu Ala Muntaqidihi. Sheikh Tahir Jalaluddin telah meninggal dunia pada 26 Oktober 1956.

GAMBAR 2 : SHEIKH TAHIR JALALUDDIN

28

4.3 Haji Ab. Rahaman Haji Hussain

Allahyarham Haji Ab. Rahaman Hussain telah dilahirkan pada 11 September 1945, di Kg. Padang Pa Amat Pasir Putih, Kelantan. Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Hjh Halijah bt. Mohd.Nor dan telah dikurniakan seramai 12 orang cahayamata yang terdiri dari 6 orang puteri dan 6 orang putera. Beliau telah terdidik sejak kecil dengan suasana agama yang kukuh menerusi didikan kedua ibubapa pondok masjid al-Muhammadi Kota Bharu. Beliau meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi sehingga tamat darjah 9 pada tahun 1966. Kegigihan beliau dalam meningkatkan ilmu pengetahuan membawa kejayaan diperingkat SPM dan HSC sebagai calon persendirian. Beliau menuntut ilmu Falak sejak tahun 1961 hingga 1980an bermula di peringkat awal pengajian ketika di Maahad Muhammadi sehingga masuk ke alam pekerjaan. Beliau telah menuntut dan mendapat bimbingan dari beberapa orang tokoh ulama dan falak di antaranya ialah Almarhum Hj. Mohd. Saleh b. Hj. Daud, Almarhum Dato Hj. Mohd. Nor Bin Hj. Ibrahim (Mufti Kerajaan Kelantan), Almarhum Dato Hj. Ismail Yusof (Mufti Kerajaan Kelantan), Almarhum Hj. Mohd. Khair Taib dan Hj. Ab Rahman Hj. Salleh. Beberapa jawatan beliau sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan bermula pada tahun 1967 sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab (Sekolah Agama Rakyat), kemudian di Maahad Muhammadi Kota Bharu, Penyelia Agama di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negari Kelantan, Pegawai Dakwah Negeri Kelantan dan jawatan terakhir di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai Ketua Penolong Pengarah Dakwah negeri Kelantan pada tahun 1997 sehingga bersara pada 1 Oktober 2000. Selepas bersara, beliau terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sebagai pendakwah bebas dan memimpin Persatuan Falak Syarie Malaysia sehingga ke akhir hayatnya. Ab. Rahaman Hussain merupakan tokoh falak terkenal terutamanya di Kelantan kerana nama beliau sering terpapar di kalendar dan diari agensi kerajaan negeri Kelantan kerana menghitung waktu solat dan taqwim hijri. Selain itu Almarhum sering diundang menyampaikan ceramah berkaitan agama dan falak. Beliau berjasa dalam
29

memimpin Persatuan Falak Syari Malaysia (PFSM) sebagai Yang DiPertua selama 14 tahun sejak dari Oktober 1992 hingga ke akhir hayatnya, September 2006. Beliau mengambil alih tampok kepimpinan PFSM selepas Dr. Abdullah Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua yang pertama. Beberapa kursus dan seminar Falak diadakan sepanjang pimpinan beliau bagi mengembangkan ilmu Falak dalam masyarakat. Usaha mengembangkan ilmu falak ke dalam masyarakat adalah salah satu perjuangan Persatuan Falak Syari Malaysia. Penglibatan Almarhum dalam usaha mengembangkan ilmu falak, boleh dilihat melalui penglibatan beliau dalam kerja-kerja sukarela di antaranya ialah; a) Yang DiPertua Persatuan Falak Syarie Negeri Kelantan (1998-2006) b) Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, JAKIM (1991 2006) c) Ahli Majlis Penasihat Planetarium Negara (1999 2006) d) Ahli Jawatankuasa Penubuhan Balai Cerap Negara Langkawi (2003) Akhirnya Ab. Rahaman bin Hussein telah pulang menemui Yang Maha Esa pada 3 Ramadhan 1427 H bersamaan 26 September 2006. Pemergian Almarhum merupakan kehilangan yang besar kepada Persatuan Falak Syari Malaysia dan dalam perjuangan mengembangkan ilmu Falak di Malaysia.

GAMBAR 3 : AB. RAHAMAN HUSSAIN

30

4.4 Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini. Berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya dan beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini. Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang telah jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya. Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik. Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihan raya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut. Sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat. Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa, baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media eletronik seperti TV dan radio. Kemudian dalam pilihan raya umum yang berlangsung pada 21 Oktober lalu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekali
31

lagi memenangi kerusi DUN Semut Api. Selain daripada menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Beliau adalah satu-satunya tokoh ulama yang paling dihormati dan disegani , digeruni dan dikagumi baik oleh kawan mahupun oleh lawan. Kini suasana politik di negeri Serambi Mekah ini kelihatan begitu tenang dan mantap. Rakyat merasa lebih bebas dan lebih selesa hidup di bawah pemerintahan Islam pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Mungkin juga berkat kepimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang selama ini memang terkenal sebagai seorang ulama yang warak dan kuat beribadat. Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu. Kemudian, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pengajiannya ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam. Setelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya. Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu iaitu sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan. Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka iaitu kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan. Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal.
32

Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum. Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanah air. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini. Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama. Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu. Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an. Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi. Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu. Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak sama ada dalam mahupun luar negeri. Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu. Ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan
33

YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, rakyat kelantan yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini.

GAMBAR 4 : TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

34

RUMUSAN Tamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang memberi peluang kepada berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antara tamadun menghasilkan dua kesan yang penting, iaitu kesan positif atau kesan negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pula, seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. Faktor yang lebih sering menjadi penyebab kepada konflik ini ialah faktor teologi. Dalam interaksi antara tamadun kita juga dapati kesan yang yang terhasil daripada interaksi itu juga tidak sama bagi kedua-dua tamadun. Bagi tamadun yang tinggi dan lebih lama, ia lebih banyak mempengaruhi ataupun meninggalkan unsur-unsur penting kepada tamadun yang lebih rendah. Sebaliknya, tamadun yang lebih rendah pencapaiannya akan lebih bersifat receptive, walaupun ia turut mempengaruhi tamadun yang lebih tinggi. Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini akan dapat memperkayakan tamadun tersebut serta mengelakkannya menjadi jumud, beku dan statik. Hasilnya, sesuatu tamadun yang terbuka dan dapat mengasimilasikan pengaruh luar itu akan semakin berkembang dan melahirkan perubahan-perubahan yang penting.

35

REFLEKSI Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini, saya mula merasai kepentingan mata pelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri. Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk sumbangan tokoh-tokoh, saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap sumbangan mereka kepada tamadun dan pengetahuan tersebut amat bernilai bagi saya. Di samping itu, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun Asia dan Islam secara terperinci lagi. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, saya akan praktikan sebaik mungkin untuk diturunkan kepada para pelajar semasa menjadi pendidik kelak. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Melalui subjek ini, para pelatih guru dapat membina perasan saling hormatmenghormati, saling memahami budaya dan agama di kalangan rakyat Malaysia dan dapat mempertingkatkan kesedaran pelajar mengenai kedudukan dan identiti mereka dalam satu keadaan di mana proses globalisasi kian mencabar wibawa agama-agama dan budaya selain budaya barat. Budaya dan tamadun barat mulai menguasai seluruh hidup masyarakat dunia dengan sebahagian besar dari idea, nilai dan maklumat dari barat diterima dan diamalkan. Sungguh pun demikian tidak semua nilai-nilai barat ini sesuai bagi penduduk asia khususnya penduduk Malaysia. Justeru itu, TITAS diharap dapat menjadi platform untuk membetulkan kekeliruan yang dicanangkan oleh barat dan menyampaikan mesej yang sebenar.

36

TITAS juga diharap akan dapat menyuburkan elemen-elemen sihat dalam pemikiran cerdik pandai tempatan tentang kelebihan mereka sebagai bangsa yang mewakili beberapa bangsa dan ketamadunan di Asia yang mampu hidup secara harmoni dan penuh perasaan saling hormat menghormati serta kasih sayang sebagaimana telah dibuktikan selama ini dan menolak tesis Huntington yang melihat dunia akan diwarnai oleh konflik tempatan atau konflik pelbagai bahagian dunia akibat kepelbagaian budaya dan ketamadunan semasa pasca perang dingin ini. Kelebihan negara ini misalnya telah digunakan dalam industri pelancongan dengan memaparkan keunikan Malaysia dengan kepelbagaian penduduknya yang memang benar-benar menggambarkan penduduk Asia sebagai mana diiklankan dalam iklan pelancungan Malaysia iaitu Malaysia Truely Asia. Masyarakat yang pelbagai kaum ini mampu mewujudkan suasana aman damai sejak berdekad lamanya. Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini telah membuatkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya

berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa hadapan. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

37

BIBLIOGRAFI Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdullah Ishak. (1991). Islam di India, Nusantara dan China. Kuala Lumpur. Universiti Malaya Press. Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. (2012). Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Islam (TITAS) Edisi Kedua. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mustafa Daud. (1991). Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors. Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad & Dg Hafizah Ag Basir. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Islam (TITAS). Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Sazelin Arif, Ahmad Ridwan Mohd Noor & Nooraini Sulaiman. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Islam. Selangor. McGraw-Hill Sdn. Bhd. http://www.miti.gov.my/storage/documents/7d5/com.tms.cms.document.Document_cbb de5d2-c0a81573-5b605b60-35bff6e0/1/Apakah%205S.pdf http://s4g09jeooi-ppc.blogs.smjk.edu.my/tamadun-china-118-3/ http://www.slideshare.net/IfHim/interaksi-antara-tamadun http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.html

http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-3-islam-dalam-Tamadun-melayu.html

http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-Tamadun.html

http://www.enotapelajar.com/2010/07/interaksi-antara-Tamadun-bab-3.html

38

http://www.pdfcari.com/BAB-2-:-INTERAKSI-ANTARA-PELBAGAI-TAMADUN-28MELAYU,-CINA,-INDIA-....html

http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab3%20Tamadun%20Melayu.pdf

http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-Tamadun.html

http://ayisy.blogspot.com/2009/03/peranan-islam-dalam-pembinaan-Tamadun.html http://www.scribd.com/doc/62904062/Pengaruh-Tamadun-Islam-Di-Asia http://www.scribd.com/doc/53547581/6/Pengaruh-Islam-Di-Alam-Melayu http://www.scribd.com/doc/4853293/Kesan-Tamadun-Islam-serta-kaitannya-denganTamadun-India-dan-Cina

39

Anda mungkin juga menyukai