Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

Istilah computer berasal daripada bahasa Latin iaitu “computare” yang bermaksud
mengira. Komputer adalah suatu perkakas elektronik yang boleh menerima data /
maklumat dan memproses data tersebut dengan melaksanakan operasi arithmetik dan
logik untuk menghasilkan / mengeluarkan maklumat yang berguna. Ia juga boleh
menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang.
Komputer yang pertama dicipta oleh Blaise Pascal, seorang ahli sains dan matematik
dari Perancis. Ianya adalah sejenis kalkulator mekanikal yang hanya boleh melakukan
operasi tambah dan tolak sahaja.

KENAPA KOMPUTER PENTING DALAM KEHIDUPAN?

• Komputer dapat memproses data dengan cepat.


• Komputer dapat memproses data dengan tepat dan betul.
• Komputer boleh menyimpan data / maklumat dengan banyak.
• Data / maklumat boleh disimpan dengan selamat.
• Komputer dapat menjimatkan kos dalam pengurusan (tidak perlu ramai pekerja
atau ruang bilik yang luas untuk simpan fail-fail).
• Komputer membolehkan komunikasi / perhubungan di antara pengguna-pengguna
dengan adanya rangkaian dan internet.

KITARAN PEMPROSESAN DATA

INPUT OUTPUT
(Memasukkan) (Hasil yg dikeluarkan)

Data Proses Maklumat


Central processing unit (CPU)

Storan
(Penyimpanan)
1 - disediakan oleh
Noraziah Hamzah
Kelab Komputer,
JKKK Padang Lalang
INPUT

Input merupakan proses menyalurkan data iaitu samada nombor, perkataan, imej, suara
atau sebagainya ke dalam sistem komputer. Contoh peranti-peranti input ialah seperti
papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), joystick, pen input, skrin sentuh,
pengimbas (scanner), mikrofon, kamera digital dan lain-lain lagi.
Semasa input dilakukan, data dikumpulkan, ditukarkan kepada bentuk yang boleh
difahami oleh mesin dan dihantar ke bahagian pemprosesan.

PEMPROSESAN

Pemprosesan adalah tugas utama komputer yang dilakukan oleh Unit Pemprosesan Pusat
atau CPU (central processing unit) dan meliputi pengiraan, perbandingan logik serta
kawalan perjalanan komponen-komponen utama komputer yang lain.

Intel
Pentium

Bhg. atas Bhg. bawah

Cip pemprosesan (processor chip) juga dikenali sebagai


Unit Pemprosesan Pusat atau CPU (central processing unit)

STORAN

2 - disediakan oleh
Noraziah Hamzah
Kelab Komputer,
JKKK Padang Lalang
Data / maklumat yang dimasukkan (input) atau hasil dari pemrosesan boleh disimpan di
dalam storan. Terdapat dua jenis storan iaitu storan primer dan storan sekunder.

STORAN PRIMER (utama)


a. RAM (Ramdom Access Memory) dan chache
Ia merupakan storan ingatan sementara dengan muatan yang terhad. Ia boleh
dicapai secara terus oleh CPU dengan pantas. Biasanya digunakan untuk simpan
arahan bagi aturcara yang sedang diproses oleh CPU.

Cip ingatan (memory chip) atau


RAM (Random Access Memory)

b. ROM (Read Only Memory)


Ianya boleh menyimpan arahan dan maklumat secara kekal walaupun tanpa
bekalan kuasa. Ia merupakan antara maklumat asas yang akan dicapai apabila
komputer dihidupkan.

2. STORAN SEKUNDER (kedua)


Ia merupakan storan ingatan tetap. Ia boleh menyimpan lebih banyak maklumat. Apabila
komputer dipadamkan, data / maklumat yang disimpan akan kekal di dalam storan.

3 - disediakan oleh
Noraziah Hamzah
Kelab Komputer,
JKKK Padang Lalang
Contoh storan sekunder ialah seperti floppy disk, hard disk, compact disk (cd), zip drive,
thumb drive dan lain-lain lagi.

Compact Disk (cd)


Cakera liut
(floppy disk)

Flash drive

OUTPUT

Output adalah hasil yang dikeluarkan selepas pemprosesan dan dihantar ke peranti
output. Contoh peranti output ialah seperti monitor (memaparkan hasil pada skrin),
mesin pencetak (memaparkan hasil dalam bentuk cetakan), pembesar suara (speaker)
dan sebagainya.
Output adalah hasil
yang dikeluarkan
selepas
pemprosesan dan
Output dalam dihantar ke peranti
output. Contoh

bentuk cetakan peranti output ialah


seperti monitor
(memaparkan hasil
pada skrin), mesin
pencetak
(memaparkan hasil
dalam bentuk
cetakan), pembesar
suara (speaker) dan
sebagainya
Output pada skrin
monitor

Komputer notebook / laptop Komputer desktop

4 - disediakan oleh
Noraziah Hamzah
Kelab Komputer,
JKKK Padang Lalang
Gambaran Bahagian-bahagian Komputer Secara Keseluruhan

KOMPUTER

Perkakasan (Hardware) Perisian (Software)

Peranti Perisian CPU Perisian Sistem Perisian Aplikasi


(Central Processing Unit) Antara tugas-tugas:- Untuk
Bertindak memproses data, - Memulakan operasi menyelesaikan
mengawal, menyelaras sistem komputer. tugasan atau
operasi komputer - Menyediakan masalah. Contoh
interaksi antara perisian –Words,
manusia dan Paint, PowerPoint,
komputer. Excel dan lain-lain.
- Mengurus
perkakasan.
- Mengawal dan
menyokong
perlaksanaan
perisian aplikasi.
- Kawalan dan
keselamatan.
Peranti Input Peranti Storan Peranti Output Contoh perisian sistem
Memasukkan Menyimpan Mengeluarkan hasil ialah seperti Windows
data ke data / maklumat pemprosesan (95, 98, NT, 2000, XP),
dalam sistem Linux, Novell Netware,
komputer
Ubuntu dan sebagainya.

5 - disediakan oleh
Noraziah Hamzah
Kelab Komputer,
JKKK Padang Lalang
PERKAKASAN KOMPUTER
(HARDWARE)
Pemacu Cd-Rom Kamera
(Cd-Rom drive) (w Skrin
ebc
Unit Sistem (system Monitor
Pemacu cakera liut unit)
(floppy disk drive)

Pencetak
(printer)

Pembesar suara
(speaker)

Tetikus
(mouse)

Joystick
Pengimbas
(scanner)
Papan Kekunci
(keyboard)

6 - disediakan oleh Noraziah Hamzah


Kelab Komputer, JKKK Padang Lalang

Anda mungkin juga menyukai