Anda di halaman 1dari 2

Perkataan tesalasi berasal dari perkataan Bahasa Inggeris Tesselation.

Namun menurut Math Forum, perkataan tessellate berasal dari bahasa Yunani, Tesseres yang membawa maksud empat dalam Bahasa Inggeris.Terdapat banyak bentuk tesalasi dalam kehidupan. Contohnya corak pada kain batik, jubin, sarang lebah dan sebagainya.Teselasi bermaksud penyusunan suatu corak secara berulang untuk memenuhi sebuah bidang.Dalam terminologi geometri, tesalasi adalah corak yang dihasilkan dari susunan poligon yang sekata untuk menutup sebuah permukaan satah tanpa ruang (gap) atau pertindihan. Corak ini biasanya berulang. Teknologi telah bertambah baik dari hari ke hari. Teselasi boleh direka dengan mempersembahkan satu atau lebih operasi asas melalui proses translasi, putaran dan pantulan pada polyamond (gabungan segi tiga sama sisi).

Gabungan matematik, pemikiran kreatif dan teknologi komputer yang datang bersamasama dalam kajian tesellations dan geometri hari ini menghasilkan karya seni dalam Matematik yang amat menakjubkan. Bagi menghasilkan teselasi yang berkualiti dan baik, kami telah menggunakan beberapa perisian komputer yang sesuai untuk menghasilkan teselasi. Antara perisian yang digunakan oleh kami ialah GSP 4.05. Sebelum menghasilkan teselasi, muat turun perisian yang akan digunakan untuk menghasilkan teselasi sekiranya belum ada di dalam komputer. Perisian ini juga haruslah dipastikan berfungsi dan boleh digunakan untuk menghasilkan teselasi. Bagi teselasi yang menggunakan komputer, Geometer, Sketchpad (GSP), kita perlu memastikan bahawa ia digunakan dengan betul. Kita perlu memahami dan menguasainya dengan baik tentang bagaimana untuk mengendalikan perisian ini supaya kita tidak mempunyai beberapa tanggapan yang salah semasa menggunakannya. Dengan menggunakan GSP, kerjakerja kita akan menjadi mudah dan cekap kerana perisian ini telah memendekkan masa dan tenaga kami dalam menyiapkan kerja kami dengan lebih cepat. Susunan yang betul bagi

langkah-langkah yang dilakukan dengan GSP juga mempengaruhi konsep teselasi kami. Sebagai contoh, untuk memutarkan imej yang kami lukis, kami perlu menonjolkan imej pertama dan kemudian memutarkannya dengan vektor yang ditonjolkan. Kita mulakan dengan merujuk kepada bentuk paling ringkas teselasi pada satah bagi teselasi berdasarkan satu bentuk sahaja. Ia boleh dibahagikan kepada teselasi berdasarkan satu bentuk sekata dan satu bentuk tidak sekata. Bentuk yang terdapat pada lampiran yang pensyarah berikan adalah bentuk heksagon. Ciri-ciri bentuk heksagon adalah mempunyai permukaan yang rata dan mempunyai sisi dan bucu yang sama banyak iaitu 6. Jika melihat pada 6 segi tiga pada satu-satu masa, ia membentuk heksagon, jadi itu petak segi tiga dan yang petak-heksagon adalah serupa dan mereka tidak boleh akan terbentuk dengan secara langsung di sepanjang bentuk sehingga di bawah satu sama lain -satu slaid (atau satu meluncur) terlibat Pertama sekali, kita harus membina bentuk heksagon seperti mana yang terdapat pada lampiran 1. Kami telah menghasilkan teselasi tersebut dengan menggunakan perisian GSP. Bagaimana untuk membina sebuah heksagon sekata? Mula-mula membina satu garisan segmen yang berukuran 3cm pada titik akhir di origin. Langkah yang kedua pula adalah memutarkan segmen tersebut 600 arah lawan jam pada origin dengan menggunakan putaran. Seterusnya, langkah yang ketiga pula adalah sambungkan titik-titik hujung untuk membentuk sebuah segi tiga sama sisi. Selepas itu, dengan menggunakan kaedah putaran, memutarkan segi tiga tersebut pada 60 darjah di origin. Langkah yang terakhir pula adalah mengulangi putaran 60 darjah tersebut dan ia akan menghasilkan sebuah heksagon yang sekata. Bagi menghasilkan teselasi yang terdapat pada lampiran yang diberi oleh pensyarah, heksagon yang sekata itu harus dipantul dan diputar mengikut arah yang sesuai. Pantulan memantulkan polyiamond di atas satah, seperti yang terdapat pada cermin. Putaran memutarkan polyiamond di atas satah. Operasi putaran boleh diaplikasikan kepada semua polyiamond yang mana tidak mempunyai simetri bulat, contohnya hexiamond sisi enam, yang mana tidak berubah. Pantulan dan putaran diaplikasikan pada heksagon yang sekata bagi menghasilkan teselasi yang seperti berikut.

Anda mungkin juga menyukai