Anda di halaman 1dari 33

Hegemoni dan Globalisasi Barat

PENGENALAN

Abad ke-20 dan 21, kita telah melihat perkembangan pusat sains dan teknologi maklumat yang semakin maju dan luar biasa. Tambahan pula, seiring dengan kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Akan tetapi kita telah menyaksikankemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sebelum ini, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada hegemoni Barat. Kemudian, ia telah menimbulkan banyak masalah terutamanya

bertentangan nilai-nilai timur.

KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI.

Istilah hegemoni berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa.

Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi yang wajar (common sense). Lihat juga definisi dibawah ini: SHAPE \* MERGEFORMAT Hegemony is the dominance of one group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas become naturalized in a process that informs notions of common sense(http://en.wikipedia.org/wiki/Hegemony) SHAPE \* MERGEFORMAT Dominant groups in society, including

fundamentally but not exclusively the ruling class, maintain their dominance by securing the spontaneous consent of subordinate groups, including the working class, through the negotiated construction of a political and ideological consensus which incorporates both dominant and dominated groups. (Strinati, 1995: 165) Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik, dan budaya dari kelompok dominan (the ruling party, kelompok yang berkuasa). Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan.Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang didominasi tetap taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa. Hegemoni kekuasaan, the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later. (Simon, 1982: 23) Globalisasi pula dapat didefinisikan sebagai peruntuhan pagar-pagar yang memisahkan antara negara sehingga dengan itu mudah boleh dilihat sebagai strategi untuk mempertahankan

berlakunya pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai lapangan seperti ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama.

Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan perkongsian antara negara, realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya, terdapat negara yang bersifat mengglobalisasi dan terdapat juga negara yang bersifat diglobalisasi. Mengglobalisasi itu adalah negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun diglobalisasi, ia adalah negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang mengglobalisasi tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat. FAKTOR-FAKTOR HEGEMONI DAN GLOBALISASI.

Pada abad ke-21 ini, sedar atau tidak sedar sebenarnya dunia masa kini telah dipengaruhi oleh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan kita. Mengapakah pengaruh hegemoni barat ini telah menular dengan meluas sekali di dunia? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku? Imperialisme baru merupakan suatu fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia. Dengan fenomena inilah yang menjadi salah satu punca pengaruh hegemoni Barat makin meluas. Mereka berhasrat untuk menjadi kuasa nombor satu di dunia yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada dibawah pengaruh mereka. Kuasa Barat ini telah bertindak seperti polis dunia yang kononnya memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Mereka

merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran yang ada pada negara-negara yang menjadi musuh kuasa Barat yang boleh mengancam keselamatan dunia. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk menjajah mana-mana negara islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan

meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak asasi manusia. Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasakuasa Barat untuk mengekalkan hegemoni mereka. Dengan kepantasan perpindahan maklumat kini, Barat dapat menguasai media dan komunikasi Barat dan memberi implikasi terhadap dunia seperti Cable News Network

(CNN), dan British

Broad-Casting

Corporation

(BBC). Wartawan-wartawan

tempatan juga menunggu dan menggunakan berita daripada media Barat. Beritaberita yang disebarkan oleh media Barat merupakan persepsi dari Barat sendiri. Secara tidak langsung pengaruh mereka terhadap dunia juga makin meluas. Aplikasi dan perancangan Zionis juga menjadi faktor wujudnya pengaruh hegemoni Barat dalam era globalisasi ini. Zionis mempunyai matlamat utama untuk mengukuhkan kedudukan mereka di serata dunia. Pemimpin Yahudi merancang untuk menguasai mata wang dan ekonomi dunia supaya kuasa Barat ini dapat mencampuri urusan secara tidak langsung terhadap pasaran saham antarabangsa. Gerakan Zionis Yahudi turut mempunyai ideologi untuk

merosakkan masyarakat dunia dengan menyebarkan fahaman mulhid atau ateis dan falsafah sekular. Kerana itulah pengaruh mereka makin berleluasa dan wujud golongan yang tidak mempercayai Tuhan (fahaman ateis). Sedangkan sejak berabad-abad lamanya telah wujud kepercayaan dan agama dalam masyarakat dunia sebagai pegangan hidup. Masyarakat masa kini telah wujud 2 golongan yang telah merosakkan dan mencalarkan imej islam seperti golongan ultra moden yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barat dengan menerima nilai Barat sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status mereka dalam masyarakat. Golongan seperti inilah yang merosakkan reputasi dan

perkembangan orang-orang islam. Mereka menjadikan fahaman Barat sebagai idola dan ikutan dalam kehidupan mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan hegemoni Barat makin kukuh di dunia. Kebanyakan negara yang majoritinya adalah umat islam kini

pentadbirannya lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah

dimonopoli dan dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni mereka. Contohnya Amerika Syarikat lebih banyak memasarkan produk-produk mereka ke pasaran global. Bahkan, kebanyakan produk yang dijual di pasaraya tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk dari negara Barat. Hegemoni Barat ini berlaku juga disebabkan oleh kesan penjajahan mereka terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya dahulu. Negara Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika dahulu terhadap negara-negara yang dijajah. Maka akibat daripada penjajahan tersebut, ia telah meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat setempat yang masih mempunyai pengaruh daripada Barat. Dengan itu hegemoni Barat adalah lebih mudah lagi dikekalkan. Masyarakat dunia islam kini tidak lagi selalu melakukan pentarbiyahan dalam hati dan jiwa untuk memelihara hati dan diri daripada mudah terpengaruh dengan budaya dan kuasa Barat dalam kehidupan. Masyarakat tidak menjadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran di masa hadapan dan kurang berhati-hati bagi mengelakkan hegemoni Barat dalam globalisasi dunia masa kini. Menurut Amir Shakib Arsalan, seorang pemikir islam Druzl, masyarakat islam kini mempunyai semangat yang lemah untuk berkorban demi islam atau kata lain ialah berjihad mempertahankan kehidupan yang berlandaskan islam.

KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT.

Terdapat banyak kesan hegemoni Barat berlaku pada satu dunia khususnya di Asia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan hak asasi manusia.

1. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Media

Barat telah pun menguasai media dari seluruh dunia sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perkara ini berlaku kesan daripada perkembangan pesat teknologi dan hasilnya maklumat disebarkan ke seluruh dunia begitu pantas sekali. Lebih-lebih lagi, pada masa kini surat khabar dari pelbagai negara boleh dibaca di skrin komputer dengan mudah. Selain itu,media juga boleh menjatuhkan dan menaikkan populariti seseorang dengan mudah sekali. Sebagai contoh, dalam rancangan realiti American Idol, bagaimana mudahnya media menaikkan nama seseorang daripada tidak terkenal kepada seorang selebriti yang mempunyai pendapatan berjuta-juta setahun. Media juga mempengaruhi pandangan dan sikap

masyarakat tempatan atau dunia dimana jelas pada masa kini, Islam telah pun dipandang serong disebabkan media Barat telah menyebarkan berita yang memburuk-burukkan agama ini. Keadaan ini jelas menunjukkan media Barat telah memberikan kesan yang sangat besar kepada masyarakat dunia. Oleh kerana kesannya terhadap dunia begitu berkesan, Barat telah pun menubuhkan media-media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN), British Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, Broadcasting Corporation (BBC), dan Reuters.Mereka berada di manamana di seluruh dunia sehinggakan liputan yang dibuat pantas dan menyeluruh sehinggakan wartawan tempatan negara bergantung kepada mereka sebagai sumber bahan berita. Selain daripada berita, media Barat juga membuat filem dan hiburan yang mempengaruhi masyarakat dunia dan mewujudkan Hollywood yang telah pun menjana pendapatan berbillion dollar. Dalam filem mereka terbitkan, watak utama Barat khususnya Amerika Syarikat adalah seorang yang baik, pejuang keadilan, bertimbang rasa dan pasti akan menang dalam setiap peperangan yang wujud. Keadaan ini jelas telah mempengaruhi pandangan masyarakat dunia terhadap masyarakat Amerika Syarikat dimana keadaan realiti dunia begitu jauh sekali daripada yang difilemkan.

2. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Ekonomi Dari sudut ekonomi pula, Barat telah pun menguasai ekonomi dunia sejak dulu lagi. Menguasai ekonomi sama seperti mengusai dunia kerana mereka boleh memanipulasi ekonomi dunia yang boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain itu juga, Barat telah pun menubuhkan kelab ekskulsifnya iaitu G7 dimana kelab ini hanya boleh disertai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Perancis. Keadaan ini akan menyebabkan negara-negara yang memerlukan bantuan tidak akan dapat kerana disishkan daripada negara maju yang boleh membantu mereka dari segenap aspek. Barat juga telah menubuhkan syarikat-syarikat multi-nasional yang beroperasi seluruh dunia bagi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut selain mengaut

keuntungan secara maksimum. Kesan daripada penubuhan syarikat tersebut, Barat telah menubuhkan World Bank dan International Monetary Fund (IMF) untuk memperkukuhkan pengusaan mereka. Matawang mereka diguna pakai seluruh dunia khususnya apabila hendak melakukan perniagaan antarabangsa. Impak daripada penguasaan ekonomi tersebut, Barat berjaya menguasai kekayaan dunia dan jurang antara kaya dengan miskin semakin ketara.

3. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Politik Dari sudut politik pula, Barat telah berusaha pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa termasuklah mewujudkan blok-blok negara tertentu seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat. Bagi mengukuhkan lagi penguasaannya, kuasa Barat telah pun mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu kononnya menjaga keamanan dan kepentingan bersama ahli namun pertubuhan ini hanyalah untuk kepentingan pihak Barat sahaja. Tidak cukup dengan kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak Barat telah mewujudkan kuasa veto atau kuasa mutlak dimana hanya dinikmati oleh kuasa-kuasa besar seperti Perancis, United kingdom dan Jepun. Kuasa veto ini mempunyai kuasa yang tinggi sehinggakan berkuasa untuk tidak

mengesahkan apa jua bentuk perbincangan atau persetujuan antara negara lain

tanpa berbincang dengan negara lain. Kuasa veto juga memberikan mereka bertindak bersendirian untuk menyerang negara lain seperti peperangan Amerika syarikat dengan Iraq dan Afghanistan. Mana-mana negara yang bersekutu dengannya akan diberikan pelbagai kemudahan dan nikmat namun untuk negara yang membangkang barat khususnya Amerika Syarikat akan mengalami pelbagai bentuk sekatan yang dikenakan seperti mana yang berlaku pada Iran apabila meneruskan program nuklearnya. Keadaan ini jelas menujukkan hegemoni barat berat sebelah.

4. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Sosial Dari sudut sosial pula,pelbagai bentuk hiburan seperti muzik,nyanyian, filem dan lain-lain telah pun disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan hiburan mereka ditiru tidak kira baik atau buruk teruatamnay golongan muda. Pelakonpelakon dan artis mereka mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun seperti Malaysia. Oleh sebab mereka juga, wujudnya pelbagai irama muzik antaranya rock,blues,heavy dan pop.Selain itu juga, budaya makanan disana juga turut berkembang dan yang paling menerima kesan adalah makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald(McD), Coca Cola dan Pepsi. Selain itu, pemakaian berjenama seperti Lewiss Lee dan Adidas pun mengikuti fesyen disana dimana pakaian mereka lebih menjolok mata dan bebas mengikut kehendak sendiri. Keadaan ini jauh daripada pegangan orang Timur dimana lebih mengutamakan kesopanan. Anak-anak muda Timur khususnya Malaysia berasa bangga jika memakai pakaian berjenama Barat dan mempunyai kelas tersendiri.

5. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Hak Asasi Manusia Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu

menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat seluruh dunia yang

inginkan keadilan dan dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan.Adakah piagam ini dipatuhi oleh kuasa-kuasa Barat?

KESIMPULAN. Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. Pelbagai punca dan sebab berlakunya perkara tersebut seperti fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia, kuasa Barat yang mempunyai semangat dan dasar tertentu, Barat ingin menguasai mata wang dan ekonomi dunia , mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia, keadaan ekonomi yang lemah dan sebagainya. Kini, budaya barat telah meresap dalam jiwa remaja. Contohnya, budaya hip-hop yang terhimpun di dalamnya beberapa budaya lain

sepertirappers, grafity, dan lain-lain. Budaya ini merupakan simbol keruntuhan majoriti masyarakat Barat, khususnya dalam pergaulan bebas dan hiburan yang melampau. Ia juga merupakan simbol budaya bagi kebanyakkan disko-disko dan kelab-kelab malam di dunia Barat, khususnya untuk para remaja.

Justeru, budaya barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan keluarga, kehilangan maruah, jati diri tiada, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal, jenayah dan ketakutan. Malah ia telah memberi kesan daripada sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan juga hak asasi manusia. Tambahan pula, ia berjaya menghakis budaya melayu dan islam.

Maka, jelaslah bahawa, tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh tamadun yang sempurna, kerana ianya dibangunkan secara asasnya, di atas dasar materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam tamadun Barat.

Justeru itu, kita sebagai umat Islam perlu kembali menjadikan tamadun Islam yang dibina di atas acuan Nabawi, sebagai contoh pembangunan sesebuah tamadun manusia yang sempurna. Ini kerana, tamadun Islam yang pernah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di atas dasar Aqidah,Syariah dan Akhlak Islam telah diakui kesempurnaannya, oleh para cendikiawan yang jujur dan telus dalam mengkaji tentang ketamadunan manusia, samada di kalangan umat Islam mahupun orang-orang bukan Islam.

Tamadun Islam yang diasaskan diatas Al-Quran dan As-Sunnah yang diturunkan Allah kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia. Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dari segenap sudut sesebuah ketamadunan manusia, yang pernah wujud di dunia ini. Maka, hanyalah dengan Islam, sesebuah pembangunan tamadun yang sempurna dapat dibina.

Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan

kekuasaan oleh pihak penguasa. Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negaranegara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99). Hegemoni boleh didefinisikan sebagai "hegemony is the dominance of one group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas become 'naturalized' in a process that informs notions of common sense." (http://en.wikipedia.org/wiki/hegemony)

Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilainilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan "... the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later. "

GERAKAN HEGEMONI BARAT Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru berasaskan kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudkan kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususny'a negara bukan Barat dengan polisi-polisi

yang mereka pegang (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99) : (a) Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah. (b) Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat (c) Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat. Hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini termasuk bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Segala urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan so sial menggunakan bahasa Inggeris sebagai utama. Barat juga mampu mendominasi dunia dengan polisipolisi mereka kerana mereka jugalah yang menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang di mana US Dollar dijadikan pengukur nilai mata wang dunia. Satu lagi cara yang dilakukan oleh Barat dalam mengukuhkan hegemoninya ke atas dunia ialah dengan memomokkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada toleransi dan Islamlah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini. Perang terhadap pengganas adalah 'modal baru' Barat bagi menindas negara-negara Islam pada hari ini. Penjajahan bentuk baru ini telah bermula selepas bermulanya perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi. Penjajahan atau dikenali sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju kemuncaknya apabila Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya dengan begitu meluas. Ini jelas terbukti selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan World Trade Centre di Amerika Syarikat apabila Barat terus menuduh kumpulan Islam al-Qaeda di bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan pengganas ini. Terrorism atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New York pada 11 September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batasan. Hakikatnya, apa yang diwar-warkan oleh Amerika menerusi penguasaan medianya terhadap dunia mula dipertikai. Peristiwa ini bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai

pengganas. Tragedi 11 September 2001 mula dikatakan sebagai satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam. Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri. Hari ini, kesahihan peristiwa 11 September yang dikatakan dirancang oleh pengganas Islam mula dipersoal bukan hanya oleh penduduk dunia Islam tetapi rakyatnya sendiri. Punca keruntuhan bangunan World Trade Centre pula disiasat dan ternyata keruntuhan itu bukan disebabkan oleh pelanggaran kapal terbang 'pengganas' sebaliknya disebabkan oleh bahan letupan yang dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World Trade Center ketika bangunan itu meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat letupan tersebut (Dtusan Malaysia, 23 Jun 2006: 20). Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh Amerika untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama ben Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi tersebut. Laporan media yang berat sebelah dan tanpa siasatan telah menuduh Osama bin Laden secara tidak langsung umpama menghalalkan segala tindakan Amerika. Inilah bukti sikap prejudis Barat di mana sikap dan media mereka dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan keganasan amat dikesalkan. Sesuatu yang tidak adil apabila mereka cuba membela dan menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering memperbesar-besarkan isu berkaitan umat Islam (Khairul Azhar Idris, 2002: 5). Walaupun terdapat unsur yang sarna malahan lebih ekstrim lagi di kalangan penganut agama-agama lain seperti Yahudi, Hindu dan Kristian, tetapi mereka ini terlepas dari dikategorikan sebagai pengganas mengikut kacamata Amerika. Contoh yang begitu ketara, korban keganasan puak Kristian Orthodok Serb, walaupun sudah terbukti dan bilangan mangsa yang jauh lebih ramai tetapi tindak balas Amerika tidak secepat dan sedahsyat yang dilakukan terhadap puak Islam Taliban. Barat umpama memberi ruang yang cukup kepada puak Serb untuk membelasah umat Islam Bosnia agar tidak tertegak sebuah negara Islam di tengah benua Eropah (Pahrol Mohamad Juoi, 1998 : 2).

Walaupun negara-negara Islam khususnya Malaysia telah berkali-kali mengingatkan dunia untuk terlebih dahulu memberi tafsiran yang betul tentang siapakah pengganas dan mencari sebab kenapa berlakunya keganasan, namun suara itu tidak diendahkan. Bukan Barat tidak tahu tetapi tidak mahu menganalisa perkara ini secara adil. Dan untuk kesekian kalinya, Islam seolah-olah diletakkan di kandang pesalah, didakwa dan disabitkan dalam mahkamah yang diadili oleh Barat dan kuncu-kuncunya. Barat sebenamya bukan mencari keadilan tetapi sekadar mencari alasan untuk mengukuhkan lagi kuasanya ke atas negaranegara Islam. Inilah antara dasar yang digunakan oleh Barat dalam meluaskan pengaruhnya

ke dunia-dunia bukan Barat.

PERLUASAN HEGEMONI MELALUI DASAR LUAR AMERIKA DI ASIA Amerika Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik hitam dalam diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana dalam sejarah dunia, tidak ada mana-mana negara di benua lain yang sehebat negara-negara di Asia yang menentang dasar penjajahan dan kolonialisme Barat. Dan dalam masa yang sarna Amerika Syarikat begitu gigih menentang imperialisme dan percubaan kuasa-kuasa lain dalam meletakkan pengaruh politik mereka di kawasan Asia. Amerika Syarikat mampu memperoleh jajahan secara paksa sebagaimana yang pernah dibuktikan dengan merampas Filipina daripada Sepanyol. Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar Amerika Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa mendapati peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat dengan negaranegara lain telah mengalami perubahan pesat. Hubungan antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi perhubungan serantau malah merentasi sempadan. Jangkauannya menjadi global atas dasar globalisasi dunia tanpa sempadan yang diamalkannya. Sarna ada disukai atau tidak, kedaulatan sesebuah negara semakin mudah dicabuli (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 19). Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan sateliti dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah negara. Amerika juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek ekonomi dan ketenteraan. China dengan pasaran domestiknya sentiasa menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk menebus pasarannya. Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negaranegara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 22).

Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan antarabangsa akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang menguntungkannya, sarna ada dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan hanyalah sebagai retorika kosong yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan (K.S Nathan, 1987 : 45). Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh daripada Barat. Bermula dengan penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara langsung telah dapat menyerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Dasar-dasar Barat yang diperkenalkan Inggeris telah mula tersebar dalam kotak fikiran masyarakat Melayu. Walaupun Inggeris telah lama meninggalkan Tanah Melayu dan Tanah Melayu telah lama merdeka, namun dasardasar Inggeris masih digunapakai dan pemikiran masyarakat Melayu masih ke arah Barat hingga ke hari ini. Memang tidak terlihat secara jelas hegemoni Barat ke atas Malaysia dibandingkan hegemoni Barat kepada dunia Islam lain menerusi tindakan ketenteraannya namun hegemoni secara halus yang disebarkan oleh Barat semenjak zaman kolonialisme masih terus kita rasai.

KESIMPULAN Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja. Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lainlain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas. Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di

mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini. HEGEMONI PENDAHULUAN Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca kuat dari kecanggihan teknologi maklumat maklumat dan serta sains revolusi teknologi ciptaan manusia . Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan teknologi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia . Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam. BARAT DAN GLOBALISASI : REALITI DAN CABARAN

BAB 1.2

PENGENALAN DEFINISI

HEGEMONI

BARAT HEGEMONI

Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani,hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak

digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa. Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud pengaruh atau pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi, sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan, pendidikan,perundangan dan sebagainya. Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa 1.2 SEJARAH RINGKAS TAMADUN BARAT

Tamadun eropah atau dikenali sebagai tamadun Barat telah dibahagikan oleh sejarawan kepada tiga zaman utama ,iaitu Zaman Purba yang merujuk kepada tamadun Yunani dan Romawi ,Zaman Pertengahan yang bermula pada sekitar 400M hingga 1600M dan Zaman Moden selepas tahun 1600M ,yang kemudiannya menyaksikan kebangkitan Revolusi Sains di barat .Manakala di Zaman Pertengahan telah di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu Zaman Pertengahan Awal yang disebut juga sebagai Zaman Gelap eropah dan Zaman Pertengahan Tengah atau disebut juga Zaman Kemajuan Eropah dan Zaman Renaissance .Terdapat juga ahli sejarah mengatakan Zaman Gelap diakhiri pada 800M. Selepas Zaman Gelap muncul pula Zaman Pertengahan Tengah yang disebut juga sebagai Zaman Kemajuan, kerana pada waktu itu Eropah telah mula mengalami pembangunan intelektual yang pesat hasil kemasukan pengaruh ilmu-ilmu dari tamadun Islam di Timur. Zaman pembangunan intelektual ini telah menjadi tapak asas kepada tercetusnya Zaman Renaissance pada sekitar 1450M. Zaman Renaissance ini benar-benar telah mengubah corak penghidupan masyarakat Eropah kepada kemajuan intelek yang begitu 1.3 1.3.1 tinggi, ZAMAN PENGENALAN secara agak drastik hinggalah ke hari ini. BARAT RENAISSANCE

KEBANGKITAN ZAMAN

TAMADUN

Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi ,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja .Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan serta membawa bangsawan fahamn baru . . Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman belaku perubahan sikap dan membuka minda

1.3.2

PENGERTIAN

RENAISSANCE

Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains , sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

1.3.3 PROSES PENYALURAN ILMU DARI TAMADUN ISLAM KE TAMADUN BARAT DI ZAMAN PERTENGAHAN Sebelum bermulanya proses kemasukan ilmu dari tamadun Islam ke tamadun Barat di Eropah, masyarakat barat masih berada di zaman kegelapan, mundur dalam dalam segala aspek kehidupan dan berada pada tahap paling rendah martabat inteleknya. Pada zaman itu, di Eropah terdapat hanya cebisan-cebisan daripada pemikiran Romawi,,dilonggokan semuanya dalam susunan tulisan-tulisan Martinus Capella, Bede, Isodoe dan juga teknik tertentu, yang terselamat daripada pupus kerana luas edarannya. Pengajian pada masa itu hanya berkisar di ilmu gereja;gospel yang termaktub dalam Bible, wajib diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan dan pertikaian. Manakala tokoh intelek pada zaman tersebut tidak kreatif dan tidak menyumbang idea asli. Mereka ini kebanyakannya menjadi penyusun idea-idea yang telah sedia ada daripada tamadun Yunani. Mereka ini kebanyakkannya terdiri daripada kalangan kelompak gereja dan penganut pagan yang belum menerima ajaran Kristian. Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti St. Augustin (351-430), seorang pendeta Kristian yang agak terbuka dan terkenal dengan sumbangannya dalam ilmu kemanusiaan secara am dan Boethius (480-524), seorang BAB 2.1 tokoh 2 intelek : Definisi pagan PENGENALAN yang masyhur. GLOBALISASI globalisasi

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki

oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. 2.2 Sejarah globalisasi

Banyak sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke-20 ini yang dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi internasional. Padahal interaksi dan globalisasi dalam hubungan

antarbangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad yang lalu. Bila ditelusuri, benih-benih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai mengenal perdagangan antarnegeri sekitar tahun 1000 dan 1500 M. Saat itu, para pedagang dari Tiongkok dan India mulai menelusuri negeri lain baik melalui jalan darat (seperti misalnya jalur sutera) maupun jalan laut untuk berdagang Fasa selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan orang islam di Asia dan Afrika. Orang islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain meliputi Jepang, Tiongkok, Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika Timur, Laut Tengah, Venesia, dan Genoa. Di samping membentuk jaringan dagang, kaum pedagang islam juga menyebarkan nilai-nilai agamanya, nama-nama, abjad, arsitek, nilai sosial dan budaya Arab ke warga dunia. Fasa selanjutnya ditandai dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran oleh bangsa Eropah. Sepanyol, Portugis, Inggeris, dan Belanda adalah pelopor-pelopor eksplorasi ini. Hal ini didukung pula dengan terjadinya revolusi industri yang meningkatkan keterkaitan antarbangsa dunia. berbagai teknologi mulai ditemukan dan menjadi dasar perkembangan teknologi saat ini, seperti komputer dan internet. Pada saat itu, berkembang pula kolonialisasi di dunia yang membawa pengaruh besar terhadap kebudayaan di dunia. Semakin berkembangnya industri dan kebutuhan akan bahan baku serta pasar juga memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di Indonesia misalnya, sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah membuka berbagai cabangnya di Indonesia. Freeport dan Exxon dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, British Petroleum dari Inggeris adalah beberapa contohnya. Perusahaan multinasional seperti ini tetap menjadi ikon globalisasi hingga saat ini. Fasa selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika perang dingin berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme seakan memberi pembenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam mewujudkan kesejahteraan dunia. Implikasinya, negara-negara di dunia mulai menyediakan diri sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung pula dengan perkembangan teknologi komunikasi dan transportasi. Hasilnya, sekatan-sekatan antara negara pun mulai kabur.

BAB 3.1

3-

REALITI

HEGEMONI

BARAT

DAN

GLOBALISASI

KINI Media

Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada yang dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program yang menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah,

menimbulkan keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Manakala Hollywood pula merupakan pengeksport komoditi hiburan terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari 3.2 negara-negara dunia ketiga. Ekonomi

Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). 3.3 Politik

Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan

militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah 3.4 muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi. Sosial

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi budaya di bawah : (1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di generasi Barat. muda di Jenama-jenama walaupun seluruh alat mahal solek dunia. seperti harganya. (2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levis menjadi pilihan (4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan menguasai produk dunia. Tempat rokok hiburan yang menajakan juga budaya diadakan di hidup luar barat. Amerika. (5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula Disneyland

3.5

Agama

Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep akidah dan pemikiran telah berubah di kalangan umat Islam sehingga kemulhidan telah berkembang di tengah-tengah kesesatan dan kekufuran mereka.

Islam Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam. Akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa oleh mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat.

Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember 2002 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang mempunyai kuasa undangundang menyeru kepada kebebasan beragama. SIS juga dikaitkan dengan fahaman Liberal ini apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab 1.4 malam REALITI-REALITI Zouk YANG di MENGKRITIK Kuala DUNIA Lumpur. BARAT

Bukan sahaja para sarjana Barat mahupun Islam yang mengkritik tamadun Barat, bahkan realiti dan fakta-fakta ilmiah juga turut mengkritik peradaban Barat secara majazi. Fakta-fakta tersebut juga mewakili keruntuhan tamadun Barat dan membuktikan secara jelas, bahawa Barat sememangnya sudah kehilangan kemanusiaan bahkan sudah jauh dari fitrah manusia. Terlebih dahulu, fakta-fakta yang terlalu banyak yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (di dalam buku beliau, Al-Islam Hadharah Al-Ghad,) mengenai kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat Barat, sudah cukup untuk membuktikan betapa dunia Barat hari ini menuju kehancuran (terutamanya dalam aspek kemanusiaan). Beliau menyimpulkan bahawa, keburukan dan kesan buruk tamadun moden, tergambar dari beberapa sudut iaitu: keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal dan jenayah yang berleluasa.

Mari kita susuli satu persatu gambaran-gambaran yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, mengenai keburukan yang dibawa oleh tamadun Barat.

1.Keruntuhan

Akhlak

Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa takut yang bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu alasan yang menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai kelazatan (hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang tidak menghormati agama dan ilmu. Ia tidak memperkirakan ikatan keluarga ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan yang berjalan sekarang mencari dan terus mencari kenikmatan hidup tanpa jemu.

Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat, sememangnya hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis hiburan turut didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan lagu-lagu yang diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada budaya-budaya tertentu. Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah punk, dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya) terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama kumpulan budayabudaya yang berlainan. Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head, hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih menyebabkan masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan budaya-budaya tersebut sebenarnya berkait rapat dengan kegiatan jenayah-jenayah yang berlaku di sekitar mereka Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka hidup di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negara-negara Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka. Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas. Para lelaki dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar nikah merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak perempuannya melahirkan anak luar nikah, merekalah yang akan tolong menjaganya tanpa sebarang kejutan atau memberi teguran. Keluarga 2.Kemusnahan

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau. Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak), pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga tanpa bapa (untuk pasangan lesbian), dan sebagainya. Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga, tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah dalam rumahtangga. Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan mereka akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan 3.Kegelisahan mabuk di dalam rumahtangga mereka. Jiwa

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa masyarakat Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isu-isu kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa, kelahiran golongan hippies dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan jiwa masyarakat Barat terhadap tamadun materialistik yang dibina di Barat.

Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini jelas terzahir pada kehidupan artisartis yang terkenal seperti Garetta Garbo, Brigita Bardot (artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan 4.Kecelaruan sebagainya. akal

S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk kota New York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa. Prof. Alex Carel mengatakan bahawa: Yang menghairankan, penyakit mental lebih banyak daripada semua pesakit lain secara keseluruhan. Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan bangsa yang bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi, dalam masa yang sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit mental? Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang terdedah dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung untuk melakukan jenayah tanpa rasa bersalah. 33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah rogol.[24] Bahkan, 51% daripada mahasiswamahasiswa yang menuntut di kolej-kolej mengakui bahawa, jika mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu mereka akan lakukan jenayah rogol.[25] Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah dengan pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk melakukannya. Inilah yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia, yang akhirnya mengembalikan manusia ke alam hutan dengan 5.Jenayah jenayah yang berlaku jenayah-jenayah dan di sekitar mereka. Ketakutan mereka.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan masyarakat Barat terhadap 4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan, serangan, kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam ketakutan sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga bandar-bandar kecil dan 31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada responden masyarakat Barat menyimpan senjata untuk membela diri mereka. Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang berleluasa di sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1979. sedangkan, kini sudah masuk ke alaf baru (2005). Adakah jenayahjenayah yang didedahkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menurun pada sepuluh tahun terakhir ini (19952005)? Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia. Sehinggakan, laporan ada menyebut: Dalam suatu kajian, 13% daripada perempuan -perempuan Amerika yang berumur 18

tahun ke atas, pernah melaporkan bahawa, mereka pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali. (Kilpatrick et al,1992, p.i) Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih malang lagi laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling banyak yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16% sahaja daripada kes rogol yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 2001, sebanyak 248 250 kes rogol dan jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa. Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang berlaku, yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku dalam masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan kes pada hakikatnya, pada setiap tahun. Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita dirogol setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan mabuk. 47% mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80% daripada wanita yang dirogol berusia 30 tahun ke bawah. Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-mahasiswi pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa pernah dipaksa untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes rogol). 47% daripada kes-kes rogol itu berpunca daripda temujanji.[32] Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang perempuan dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang mahasiswi-mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau hampir-hampir dirogol. Menurut sebuah laman web yang lain (mengenai kes rogol di Barat), http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes rogol turut melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli keluarga mangsa sendiri. Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah, termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan terhadap wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan si mangsa, samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman lelaki. 503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan rapatnya dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan keganasan terhadap wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas suami, pasangan, teman temu janji atau teman lelaki.

BAB UMAT

CABARAN

GLOBALISASI

DAN

HEGEMONI

BARAT

TERHADAP ISLAM

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah

menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka; agar mereka kembali (ke 4.1 4.1.1 Ketaatan kepada jalan yang CABARAN syara dan sistem benar) (Ar-Rum 30:41) DALAMAN pentadbiran

Gerakan Islam ialah suatu yang membawa kepada taat akan Allah s.w.t. dan syariatnya. Apabila taat kepada tanzim melebihi taat kepada Allah swt dan syariat akan membawa kepada kebinasaan dan bahaya kerosakan yang amat besar. Taat itu hanya wajib kepada Allah swt dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebaikan (maruf). Seseorang muslim itu wajib taat kepada Allah swt, Rasul serta ketua yang tidak menyuruh kepada kemaksiatan. Ini memberikan kepada kita satu kaedah taat kepada ketua atau pemimpin itu ada had dan batasnya. Sabda Rasulullah saw : Tiada ketaatan kepada makhluk yang menyuruh kepada kemaksiatan. Terdapat perbezaan yang besar di antara sistem demokrasi dan syariat Allah swt. Demokrasi merupakan hukum 4.1.2 pada manusia manakala hukum di Islam (syariat) itu hukum pada umat sisi Allah swt. Islam

Pergolakan

Kalangan

Fenomena ini amat jelas seali sehinggakan ia menjadi sebab utama kepada kejatuhan Islam. Berlakunya perselisihan pendapat yang mana masing-masing mengatakan pendapatnya adalah benar, tiada sikap tolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu di antara umat Islam. Dari sehari ke sehari umat Islam hanya sibuk dengan pertelingkahan sesama sendiri. Hanya mengikut hawa nafsu. Tiada lagi pegangan pada ajaran Islam, tiada lagi bersifat sebagai seorang Islam. Tanpa mereka sedari inilah Yang sebab kenapa umat Islam dibunuh Kepada dengan mudah. Perpecahan

Sebab-sebab sunnah. b) Sesetengah

Membawa

a) Pentadbiran hanya mengikut peredaran zaman dan tidak lagi berpandukan kepada Al-Quran dan generasi baru umat Islam yang tidak melihat kepada sejarah Islam. baru. kesatuan oleh dalam semua pemikiran orang. Firman dan Allah gerak Taala kerja. : 76) Kelemahan Aspek Kewangan

c) Tiada tindakan bagi memastikan corak pemerintahan (Qiadi) dijaga dan dijadikan panduan kepada generasi-generasi d) perlu : 4.1.3 Tiada diterima

e) Adanya perasaan bangga diri dalam diri masing-masing. Segala yang diutarakan di anggap betul dan Dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui. (Surah Yusuf

Harta merupakan sumber kekuatan kepada satu-satu gerakan Islam. Tanpa kewangan yang mencukupi,

gerakan Islam tidak akan dapat menjalankan segala aktiviti dan perancangannya akan tergendala. Harta dan wang ringgit kadang-kadang menjadi sebab kepada fitnah dalam gerakan Islam apabila disalahgunakan. Bila mana pengetahuan tentang agama kurang, pegangan akidah yang goyah, ia mudah mempengaruhi umat Islam. Begitu juga dengan para pendakwah Islam. Apabila kurang pentarbiyahan dalam hati dan jiwa, penyalahgunaan kuasa akan berlaku. Lantaran itu akan merosakkan barisan petugas. Berapa ramai di kalangan pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan kekayaan dunia ini. Kebanyakan berlakunya kejatuhan negara-negara Islam ini disebabkan oleh pemimpinnya yang hanya mementingkan diri sendiri. Kesudahannya umat Islam ditindas dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka tidak merasa malu dan bersalah di atas tindakan yang dilakukan asalkan apa yang di inginkan tercapai. Kesimpulannya kekuatan ekonomi boleh membawa kepada kebangkitan Islam dan keruntuhan Islam. 4.2 4.2.1 Perancangan CABARAN Yahudi dan LUARAN Freemason

Yahudi berkata di dalam protokol mereka: Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Sesungguhnya Frued adalah daripada kalangan kita. Beliau akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemda. Hasilnya ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu, akan runtuhlah akhlak mereka Yahudi adalah orang yang mendokong teori Nietche yang melenyapkan akhlak dan mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa kepada kepuasan. Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi dari Austria: Manusia hendaklah berusaha memuaskan nafsu dengan cara merungkaikan ikatan akhlak dan halangan daripada masyarakat yang menghalangnya daripada bebas melakukan itu semua. Oleh kerana itu, Yahudi telah mendokong teori Frued untuk mengalihkan perhatian pemuda ke arah memuaskan syahwat dan fahaman mengharuskan semua perkara. 4.2.2 Perancangan Penjajah dan Salibiah

Seorang pemimpin penjajah telah berkata: Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkanlah mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat. Paderi Zeumer telah berkata pada satu muktamar pendakwah Kristian yang diadakan di Baitul Maqdis: Kamu telah mewjudkan di negara Islam satu generasi yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Dengan itu lahirlah generasi yang mengikut apa yang dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak menghiraukan agama, cintakan kerehatan dan menjadi malas. Seluruh keinginan di dunia dicari semata-mata untuk memenuhi kehendak syahwat. Apabila mereka belajar, mereka belajar kerana syahwat. Mereka menduduki pangkat yang tinggi adalah untuk mencapai tuntutan syahwat.

Perancangan penjajah Salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk mengalih perhatian pemudapemuda Islam daripada medan jihad dan mempertahankan Islam. Dengan itu mereka tidak akan berfikir untuk 4.2.3 berusaha ke arah Komunis mencapai dan kemuliaan Aliran dan keagungan. Materialisme

Perancangan

Dengan membiarkan umat Islam sibuk dengan hiburan dan pementasan daripada menghayati aqidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx: Apakah ganti kepada aqidah Uluhiyah? Beliau menjawab, meruntuhkan Gantinya ialah aqidah hiburan dan dan pementasan. akhlak? Apakah anda mengetahui erti hiburan dan pementasan wahai para pemuda apabila ia digunakan untuk Di antara perancangannya lagi ialah memalingkan generasi Islam daripada Islam dengan menggunakan novel, majalah, akhbar dan lain-lain. Penganut komunis telah berkata di dalam dokumen rahsianya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh staz Akad di dalam bukunya Islam dan Komunis: Kita telah berjaya menyebarkan unsur-unsur yang merosakkan agama di dalam masyarakat beragama yang terdiri daripada novel, hiburan, pementasan, kursus-kursus, akhbar, majalah dan karangan-karangan yang menyebarkan fahaman tidak bertuhan dan menyeru ke arahnya, menghina dan memperolok-olokkan pejuang agama dan menyeru ke arah sains semata-mata serta menjadikannya sebagai tuhan.. Adakah anda mengetahui wahai para pemuda apakah yang telah dilakukan oleh akhbar, majalah, novel dan hiburan dalam usaha menghapuskan iman, meruntuhkan akhlak dan menyebarkan akhlak yang buruk BAB 5.1 di 5 STRATEGI seluruh : MENGHADAPI negara Islam....? PENUTUP CABARAN

Persoalan yang perlu dibincangkan ialah bagaimana kita menghadapi cabaran yang mencengkam ini.Dalam hal ini semua pihak mempunyai peranan yang perlu dimainkan sebaik mungkin. Antara cadangan 5.1.1 strategi yang boleh Menggunakan dikemukakan ialah : peluang

Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan barat.Pada masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bilhal dan dialog antara agama. Islam terbukti berkembang dengan positif selepas perjanjian Hudaibiyah berbanding ketika perang sedang memuncak dan ini merupakan bukti bahawa suasana aman adalah prasyarat terhadap perkembangan dakwah yang pesat. 5.1.2 Memperkasa Martabat Ulama dan sarjana Pemerintah memberi kebebasan dan hak membuat kajian,menulis dan menyampaikan ilmu dengan bebas dan bertanggungjawab.Nasib ulama dan intelektual di dunia islam amat memilukan sehinggakan ramai yang menjadi buruan pemerintah kerana kerana lantang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.Akibatnya ramailah ulama dan intelektual yang bisu dalam pengertian tidak berani menegur pemerintah ketakutan.

5.1.3

Mengeratkan

hubungan

(ulama

,umarak

,ummah)

Sejarah perkembangan islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan padu antara ulama dan umara menjadi erat dan kental,maka kerajaan akan bertambah kuat, ummah akan terbela, negara akan menjadi aman dan damai.Di Alam melayu sejarah kerajaan Islam Samudera Pasai,Melaka dan Aceh membuktikan bahawa wujudnya kesalingan ini telah menjadikan kerajaan tersebut menjadi pusat perkembangan Islam yang paling penting dan berpengaruh pada abad 14 hingga ke 17.Sebalik nya pula sebaik sahaja ulama dan umara tidak bersatu,ummah tidak terbela ,negara akan hancur samada kerana 5.1.4 perpecahan dalaman akibat serangan luar atau itimpa bala bencana. Pendidikan. Memperbaiki Sistem

Pihak kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan dasar dan sistem pendidikan negara memandangkan sistem pendidikan adalah saluran terpenting untuk mendidik masyarakat.Kerajaan perlu kembali kepada falsafah pendidikan Islam yang lebih komprehensif .Realiti masyarakat hari ini menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan negara.Sistem pendidikan kita juga dilihat lebih bercorak exam-oriented daripada menumpukan pemikiran, yang meliputi aspek kekreatifan 5.2 dan daya PERANAN cipta seseorang GENERASI pelajar . MUDA

Sukarno, seorang pemimpin karismatik dan pemidato hebat daripada Indnesia pernah berkata, Berikan aku sepuluh orang pemuda nescaya akan aku gegarkan dunia ini. Sukarno dikatakan seorang pemimpin yang cukup berjaya dalam era revolusi. .Saidina Umar Al-Khattab,Khalifah Islam yang kedua pernah mengimpikan lahirnya ramai generasi muda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid,Saad Bin Abi Waqas,Ali Abi Talib untuk membantunya mendaulatkan kalimah suci Allah di atas muka bumi ini. Dua tokoh di atas menggambarkan keinsafan seorang pemimpin yang berfikiran futuristic tentang nasib agama dan bangsanya sendiri.Mereka menyedari betapa pentingnya pemuda dalam sistem sosial manusia.Bagaimana dengan kita?Pernahkan kita berfikir tentang nasib negara kita satu atau dua dekad akan datang?Bagaimana kualiti kepimpinannya?Siapakah yang akan memimpin dan mampukah mereka? Generasi muda pada hari ini menghadapi desakan yang hebat dan mencabar kemampuan diri mereka untuk berdiri teguh dengan identiti sendiri . Cabaran ini didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'. Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini. Hal ini menuntut generasi muda mempersiapkan diri sebaik mungkin dari aspek kerohanian,keilmuan, dan kemahiran hidup. . Generasi muda yang kita harapkan adalah generasi yang mampu membentuk arus globalisasi akan datang bukan hanyut mengikut arus globalisasi yang dibentuk oleh musuh agama. Sejarah telah menyediakan para pemuda contoh yang berjaya membentuk arus di zaman mereka. Antaranya ialah : 1. Jundub Bin Janadah (Abu Dzar Al-Ghiffari)

2. 3. 4. 5. Muhammad

Usamah Zainab Bin Murad Ashaabul (Sultan

Bin Muhammad

Zaid Al-Ghazali Al-Fateh) kahfi

Mereka adalah generasi ulul albab yang memacu perubahan dan kegemilangan zaman mereka. Generasi Ulul Albab inilah yang dinantikan dan diimpikan oleh umat sepanjang zaman.Generasi ini merupakan generasi yang menekankan aspek zikir, fakir, dan amal soleh kepada Allah . Mereka memiliki ilmu yang luas,penglihatan yang tajam, otak yang cerdas, hati yang lembut,lidah yang basah mengingati Allah dan bersemangat serta berdaya juang yang tinggi dalam menegakkan agama Allah di muka bumi.Ia di anggap sebagai pemimpin umat yang sentiasa berjuang menegakkan keadilan ,membanteras kezaliman dan menyelesaikan permasalahan umat serta kompeten sepanjang masa. Terdapat istilah lain selain ulul albab yang bertujuan untuk melahir dan mengembalikan kegemilangan Islam antaranya ialah Jiilun Nasr. Istilah ini diperkenalkan oleh Professor Dr. Yusof Qaradawi yang bermaksud generasi kemenangan.Generasi yang dibina melalui kekuatan roh dan jasad, kemudian menjadi binaan yang kukuh yang tidak boleh dirungkaikan lagi.Terdapat 10 ciri kecemerlangan yang terkandung 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Cita-cita Generasi Generasi Generasi Generasi Generasi Generasi Generasi Generasi yang yang dalam besar terdiri percaya amal yang dakwah gagah seimbang Rabbani Jiilun para daripada kepada dan Nasr Muslah muslimin reality membina dan bernasabkan dan dan dan dan dan iaitu : (pengubah) muslimat ilmu jamaiy ikhlas islam jihad agung sederhana

10. Awwabun dan Tawwabun (sentiasa kembali ke jalan Allah dan memperbanyakkan taubat) Generasi ulul albab sebeginilah yang wajar dianggap sebagai generasi harapan,yang mempunyai kepelbagaian watak iaitu pemikir, cendekiawan, pembimbing, intelektual,dan pemimpin berwatak glokal yang mampu mengembalikan kegemilangan dan memakmurkan sekalian alam. Kecemerlangan umat banyak bergantung kepada generasi seperti ini.Golongan muda adalah pelapis yang akan membawa obor Islam selepas golongan tua tiada.Setiap organisasi dan institusi menjadi bermasaalah apabila 5.3 ketandusan pelapis.Jesteru fokus perlu diberikan kepada mereka. KESIMPULAN

Melalui apa yang telah diperbincangkan dalam bab-bab ini dan sebelum ini jelaslah bahawa kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa menghadapi pelbagai bentuk cabaran. Namun bukanlah satu ketetapan bahawa barat akan selamanya menguasai arus globalisasi tanpa ada peluang pada

tamadun lain untuk mendominasi.Segalanya bergantung kepada diri masing-masing.Firman Allah s.w.t telah menjelaskan bahawasanya yang bermaksud : (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui (Surah Al-Anfaal : ayat 53)

Marilah kita berharap agar suatu ketika nanti akan mucul generasi ulul albab. Generasi harapan ini dikatakan bakal mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran yang dilimpahi rahmat dan berkat dariNya.Harapan bukan sekadar mimpi.Harapan juga bukan satu ilusi malah harapan yang disulami dengan gagasan,berpaksikan kepada keimanan, berupaya mengubah diri, membangkitkan motivasi,mencetuskan inspirasi, menjelmakan realiti dan merapatkan hubungan dengan Ilahi. Setiap insan yang mengaku diri mereka pemuda, tidak wajarlah bagi mereka untuk mengharapkan orang lain kerana mereka lah sebenarnya generasi yang diharapkan. Maka azam perlu ditanam, langkah perlu diatur, tindakan perlu di mulakan.Siapa tahu barangkali andalah pelakar sejarah dunia seterusnya.Membentuk arus globalisasi yang baru,yang memenuhi keperluan insani, mengubah islamophobia kepada hegemoni Islam ke alam sarwa jagat, mencabar hegemoni barat yang merosakkan. Baik pemuda hari ini,baik lah generasi akan datang. Insafilah sejarah wahai pemuda..Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud Sabda Rasulullah s.a.w: Isla m bermula dalam keadaan dagang,ia akan kembali dagang.Beruntunglah orang yang berpegang dengan islam ketika ia dagang. -hadith riwayat Muslim.

BIBLIOGRAFI BUKU DAN MAJALAH Pusat Pengajian Umum UKM,2006,Tamadun Islam dan Tamadun Asia.,FULSON TRADING CO,Selangor. Fathi Yakan (2002), Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise Dr. Abdullah Nasih Ulwan (2003), Generasi Muda Islam dsan Cabaran Globalisasi, Kuala Lumpur, YADIM Sabri Mohamad Sharif,2009,Generasi Ulul Albab Segunung Harapan Seteguh Gagasan ,Karisma Publications Zaharudin INTERNET http://mfrstudio.board-realtors.com/forum.htm www.agink.com http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/3Muhammad www.berita harian.com.myuroddin
Poste

Abd

Rahman,Majalah

Bil

81

Anda mungkin juga menyukai