Anda di halaman 1dari 1

Peraturan-peraturan dalam Permainan ini: 1. Pemenang dalam permainan ini adalah pemain dengan rumah terbanyak dalam permainan.

2. Permain akan dikira mati sekiranya buah yang dilontar terkena garisan petak. 3. Sekiranya kaki pemain terpijak garisan petak, maka pemain itu akan dikira mati. 4. Selain itu, buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya juga dikira mati dan akan disingkirkan. 5. Pemain tidak boleh menukar kaki sewaktu gilirannya semasamelompat. 6. Pemain hendaklah pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap, iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan.Sekiranya tidak maka pemain itu akan dikira mati dan disingkirkan 7. Pemain yang tidak mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D juga akan dikira melanggar peraturan dan dikira mati. 8. Pemain yang tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya juga dikira melanggar peraturan dan akan disingkirkan. 9. Pemain tidak boleh memijak kaki rumah pemain lawannya. 10. Pemain yang dapat menghabiskan lompatan ke atas semua petak akan diberi peluang untuk mendapatkan satu rumah dengan satu campakan buah. 11. Pemain yang berjaya mendapatkan rumah yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai