Anda di halaman 1dari 17

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

OBJEKTIF:

i.

Mengenal pasti konsep keluarga bahasa; dan

ii. Mengenal pasti asal-usul bahasa Melayu, definisi bahasa Melayu, teori-teori asal-usul Bahasa Melayu, rumpun bahasa Melayu, batu bersurat sebagai artifak sejarah bahasa Melayu.

Pensyarah: Dr. Mohd Khairuddin Abdullah Penyampai: En. Jawing Dongkok, M.Ed., B.Ed. (PBMP), DPM (Kent).

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh-tokoh berwibawa dalam disiplin sejarah dan bahasa mengenai asal-usul bahasa Melayu.
Antara mereka berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah adalah seperti : R.H. Geldern J.H.C. Kern, W. Marsden, E. Aymonier, A. Cabaton dan Hamy, W. Humboldt, J.R. Foster, A.H. Keane, Slametmuljana, dan Asmah Hj. Omar,

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


DEFINISI BAHASA MELAYU
Nama Bahasa Melayu:

Rakyat Malaysia tidak berhak membenci Bahasa Melayu kerana namanya bahasa Melayu atau kerana penutur jatinya bahasa Melayu berbangsa Melayu. Demikianlah juga jika situasi seperti ini berlaku dalam bahasa-bahasa lain yang dituturkan di Malaysia.
Justeru, tidak waras dan tidak munasabah sama sekali bahasa Melayu perlu ditukar kepada nama lain atau disebut dengan nama lain dengan harapan setelah bertukar nama barulah tidak dibenci, baru disayangi, dipelajari dan digunakan serta dapat menjadi bahasa perpaduan semua bangsa di Malaysia.

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU
Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal-usul bahasa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bahasa Melayu barasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa Bangsa Melayu memang sudah sedia ada di kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti berikut: i. R.H. Geldern ahli prasejarah menemui kapak yang diperbuat drpd batu di hulu sungai Brahmanputra, Irrawady Yang Tze dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan bahawa kapak itu dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan Melayu.

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU: Berasal dari Asia Tengah 1. R.H. Geldern ahli prasejarah menemui kapak yang diperbuat drpd batu di hulu sungai Brahmanputra, Irrawady Yang Tze dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan bahawa kapak itu dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan Melayu. 2. J.H.C. Kern telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan dan mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Nusantara juga terdapat di Madagascar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. 3. W. Marsden dlm kajiannya mendapati bahawa BM dan bahasa Polinesia adalah bahasa yang serumpun. 4. A. Aymonter dan A. Cabaton mendapati bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahasa Melayu & bahasa Campa warisan drpd bahasa Melayu kontinental. 5. W. Humboldt dlm kajiannya mendapati bahasa Melayu telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yg berasal dari India.

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU : Berasal dari Asia Tengah
6. J.R. Foster yg membuat kajian tentang pembentukan kata mendapati bahawa terdapat kesamaan pembentuka kata dlm BM dan Polinesia. 7. A.H. Keane memberi kesimpulan bahawa struktur BM serupa dengan bahasa yg terdapat di Kampuchea. 8. J.R. Logan yg membuat kajian berdasarkan adat resam mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan mempunyai persamaan dengan suku Naga di Assam. Kesimpulannya BM berasal dari Asia. 9. G.K. Nieman & R.M. Clark yg membuat kajian berdasarkan adat resam mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Asmah Hj. Omar dan Slametmuljana bersetuju dengan pendapat tersebut.

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Berikut diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut: a) Orang Negrito : Orang Negrito telah ada sejak 8000 SM.
b) Melayu-Proto : Berasal dari Asia Tengah. Perpindahan yang pertama daripada 2500 sm. Kemudian mereka dipanggil sebagai Melayu-Proto. Peradaban mereka lebih maju sedikit berbanding dengan orang Negrito. Melayu-Deutro : Perpi dalam abad kesembulan belas.ndahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan berlaku kira-kira pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Mereka telah mengenal kebudayaan logam. Berasal dari Nusantara: J. Crawford membuat kajian perbandingan bahasa dan mendapati bahawa bangsa Melayu dan bahasa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau menyimpulkan bahawa: - Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. - Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk drpd bahasa lain.

c)

d)

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Berasal dari Nusantara:
J. Crawford membuat kajian perbandingan bahasa yg ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan dan kawasan Polinesia.

Beliau berpendapat asal bahasa yang tersebar di Nusantara berasal dari bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera(bahasa Melayu).
Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara. Kesimpulan akhirnya: a. Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. b. Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa lain.

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Berasal dari Nusantara: K. Himly, dalam kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia menyangkal pendapat yang mengatakan BM Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt. Sultan Takdir Alisjahbana (1987) mengelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripad rumpun bangsa yang satu. Gorys Keraf di dalam bukunya Linguitik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatik dan teori Migrasi telah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu spt: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawford (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965).
Kesimpulannya: .. Negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina yang dulunya merupakan kesatuan georafis.

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Berasal dari Nusantara:
Pendapat lain: Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa zaman Kuarter atau Kala Wun bermula dengan zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan antara satu daratan dengan dataran yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu terpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Pertumbuhan Bahasa Melayu: Pertumbuhan bahasa Melayu berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.
Kesimpulan ini dikemukakan berdasarkan beberapa alasan, iaitu: 1. Bahasa Melayu tidak munghkin pecahan daripada bahasa Jawa kerana sifatnya yang berbeza; 2. Aksara rencong ialah huruf Melayu Tua yang lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi); 3. Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar; 4. Kerajaan Melayu ketika itu tentulah bukan seperti seperti raja Melayu yang yang terdapat di pasai atau di Melaka; 5. Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada batu bersurat Kedukan Bukit (di Palembang) yg telah menggunakan bahasa Melayu dalam persuratannya. 6. Bahasa Minangkabau ialah salah satu bahasa yang paling mirip dengan bahasa melayu berbanding dengan dialek Melayu yg lain. Tentulah kedua-duanya mempunyai pertalian yg erat. 7. Walaupun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa jawa dan bahasa Batak namun secara umum bahasa ini pada asalnya dari satu rumpun (Austronesia Barat atau bahasa Nusantara).

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Rumpun Bahasa Melayu:

Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai perintis yang sama iaitu bahasa purba. Bahasa-bahasa serumpun dapat diamati dari ciri-ciri bahasa tersebut. Sebuah rumpun bahasa dapat dikenal pasti dengan tepat adalah sebuah kesatuan filogenetis yg bermaksud bahawa semua dari ahli rumpun bahasa didasarkan dari anggapan bahawa seiring dengan berjalannya waktu sebuah bahasa akan perlahan-lahan pecah menjadi bermacam-macam loghat yang masing-masing pada akhirnya menjadi sebuah bahasa baru.

Rumpun bahasa Austronesia adalah sebuah rumpun bahasa yang sangat luas penyebarannya di dunia.

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Istilah Austronesia:
Austronesia merujuk kepada wilayah geografis yang penduduknya menutur bahasa-bahasa Austronesia: Wilayah mencakupi Pulau Formosa, Kepulauan Nusantara (termasuk Filipina), Mikronesia, Melanesia, Polinesia, dan Pulau Madagascar. Rumpun bahasa Melayu-Polinesia adalah cabang utama dari rumpun Austronesia yang mencakup semua bahasa Austronesia yang dipertuturkan di luar Taiwan dan memiliki junmlah penutur sekitar 351 juta jiwa.

Austronesia

Nusantara Polinesia Melanesia

Mikronesia

Kawasan Rumpun Bahasa Austronesia

Unit 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

Batu Bersurat:
Bukti bertulis Melayu Kuno ini (batu bersurat): 1. Batu Bersurat 2. Batu Bersurat 3. Batu Bersurat 4. Batu Bersurat yang tertua tentang bahasa terdapat di beberapa prasasti Kedukan Bukit Talang Tuwo Kota kapur Karang Brahi

TAMAT UNIT 2