Anda di halaman 1dari 6

http://dermagabmk1.blogspot.

com/ ENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN PADA PAPAN TANDA PERNIAGAAN DI BANDAR DUNGUN
10:19 PTG SUHAIMI MOHD SALLEH Pendapat Anda

ENAM orang pelajar Tingkatan Enam Atas (2010)[1] dari SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu telah melakukan satu tinjauan ringkas tentang tahap penggunaan bahasa kebangsaan pada papan nama pusat perniagaan yang terdapat di dua kawasan perniagaan di Dungun. Kawasan-kawasan tersebut ialah kawasan perniagaan baharu di Sura Gate, dan kawasan perniagaan lama di Kuala Dungun. Kedua-duanya terletak dalam lingkungan tidak lebih daripada dua kilometer. KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN Sejumlah 135 nama pusat perniagaan - dari yang kecil seperti warung makanan hinggalah yang besar seperti pasar raya - dikumpulkan di kedua-dua kawasan itu. Daripada data yang dikumpulkan itu, pelajar-pelajar berkenaan mendapati bahawa wujud tiga keadaan tentang penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pemilik pusat perniagaan. Keadaan yang pertama ialah bahasa kebangsaan digunakan, tetapi terdapat penggunaan yang betul dan yang salah. Yang kedua ialah hal sebaliknya, iaitu bahasa kebangsaan tidak digunakan langsung, diambil alih oleh bahasa Inggeris. Keadaan ketiga ialah penggunaan bahasa bercampur, iaitu bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris. Dengan hal yang demikian, data tersebut diasingkan mengikut empat aspek utama, iaitu penggunaan bahasa yang betul, penggunaan bahasa yang salah, penggunaan campuran kod, dan penggunaan bahasa Ingggeris sepenuhnya.

Penggunaan bahasa yang tepat ialah yang menepati ciri pengejaan dan binaan frasa. Penggunaan ejaan yang betul ialah yang mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Bahasa Malaysia yang berkuat kuasa mulai tahun 1972. Binaan frasa yang betul pula bermaksud binaan yang mengikut Hukum D-M, iaitu perkataan pertama ialah inti atau unsur yang diterangkan, dan perkataan yang berikutnya merupakan penerang atau unsur yang menerangkan, melainkan yang melibatkan kecualian peraturan D-M.[2] Penggunaan bahasa yang salah ialah penggunaan yang menyimpang daripada peraturan ejaan dan binaan frasa bahasa kebangsaan. Ejaan yang digunakan tidak mematuhi Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia, khususnya bagi yang melibatkan sistem keselarasan huruf vokal. Frasa yang salah ialah yang tidak mengikut Hukum D-M melainkan yang melibatkan kecualian bagi hukum tersebut. Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya ialah yang mengambil seluruhnya perkataan daripada bahasa Inggeris yang belum diterima dan disahkan penggunaannya oleh

Jawatankuasa Istilah, sama ada dari segi ejaan asal daripada bahasa sumber itu atau ejaan yang diubahsuai, serta penggunaan frasa mengikut peraturan bahasa sumber tersebut. Penggunaan bahasa bercampur atau campuran kod pula bermaksud terjadinya campuran perkataan asli bahasa Melayu atau perkataan daripada bahasa lain yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Istilah yang diwujudkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan perkataan daripada bahasa lain, khususnya bahasa Eropah, yang belum diterima atau disahkan oleh Jawatankuasa Istilah tersebut.

Penggunaan Bahasa yang Tepat Daripada 135 dapatan, didapati 37 buah pusat perniagaan menggunakan bahasa yang tepat. Nama-nama kedai tersebut ialah:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19.

Galeri Tudung Kedai Alat Solek & Alat Jahitan Yen Yun Kedai Barangan Elektrik Kedai Cermin Tan Kedai Emas Ariffin Kedai Emas CYS (Cawangan) Kedai Emas Kwang Yao Kedai Emas Ming Kedai Emas Wah Heng Kedai Emas Waja Kedai Gambar Hollywood Kedai Gunting Rambut Kedai Jam Kwam Ming Kedai Kain Wan Kedai Kasut Bee Bee Kedai Kek dan Roti Sweden Klinik Sura Gate Megah Berkat Sdn. Bhd. Nirwana Maju Sdn. Bhd.

20. Optik Wangsa 21. Perniagaan Daya Bumi 22. Perniagaan Joon 23. Perniagaan Komunikasi CKC 24. Perniagaan Win Fatt 25. Pusat Jahitan Anda 26. Pusat Jualan Leno 27. Pusat Kecantikan Nini 28. Pusat Latihan Komputer Belta 29. Pusat Tutorial Reesha 30. Pustaka Seri Intan 31. Restoran KFC 32. Restoran Lian Fong Yuen 33. Sendayu Tinggi 34. Seriwali Sdn. Bhd. 35. Syarikat Eng Hin 36. Syarikat Stereo 37. Syarikat Wong Fok Ming

Penggunaan Bahasa yang Salah Daripada 135 dapatan, terdapat 14 penggunaan yang tidak menepati peraturan bahasa dari aspek ejaan dan binaan frasa. Penggunaan yang salah mengikut jenis kesalahan adalah seperti yang berikut:

Kesalahan Ejaan 1. Kedai Perabut SPS 2. Pasaraya Aneka 3. Pasaraya Ku 4. Pasaraya You Hoe 5. Syarikat Perabut Shanghai

Kesalahan Frasa 1. Choo Yik Sin Kedai Buku dan Surat Khabar 2. Cik Aisyah Kedai Rempah 3. Dungun Kopitiam 4. Ennie Tukang Jahit 5. Juliana Butik & Aksesori

6. Warong Aisyah Kesalahan Ejaan dan Frasa 1. Emaskraf Harum

6. Nara Tomyam Dungun 7. Takaful Ikhlas Fitrah Agensi

Ejaan perabut salah kerana perkataan itu dipinjam daripada bahasa Indonesia yang tidak tertakluk kepada pola keselarasan vokal bahasa Melayu, maka sepatutnya diejakan perabot seperti ejaan asalnya. Sebagai kata majmuk yang dieja secara terpisah, perkataan pasaraya sepatutnya diejakan pasar raya. Perkataan warong seharusnya diejakan warung kerana bentuk ini terikat dengan ejaan pola keselarasan huruf vokal bahasa Melayu. Tujuh kesalahan frasa terjadi kerana pengguna bahasa meletakkan unsur menerangkan (M) di hadapan, sedangkan mengikut peraturan binaan frasa dalam bahasa kebangsaan, unsur yang diterangkan (D) hendaklah didahulukan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum D-M. Oleh itu, bahagian yang bergaris sepatutnya diletakkan di hadapan sekali. Perkataan Emaskraf mengalami dua kesalahan serentak. Pertama, kesalahan ejaan, kerana sepatutnya perkataan itu diejakan secara terpisah, iaitu Emas Kraf. Kedua, dari segi frasa, bentuk Emas Kraf itu masih salah kerana perkataan Kraf merupakan hal yang diterangkan, maka perlu diletakkan di hadapan, iaitu Kraf Emas.

Penggunaan Bahasa Bercampur Selain itu, 23 keping papan tanda menggunakan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa Inggeris. Percampuran ini melibatkan penggunaan ejaan dan binaan frasa mengikut sistem bahasa Inggeris, suatu ciri yang tidak digunakan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Contoh penggunaan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut:

1. Agensi Pelancongan Miracle Journey 11. Network Sdn. Bhd. 2. Dona Trading Sdn. Bhd. 12. 3. Gah Ria Enterprise Peralatan Memancing 13. 4. Howah Mobile Service 14. 5. Jose Penjual & Servis 15. 6. Kasturi Sports Centre Sdn Bhd 16. 7. Kedai Alat Telekomunikasi Zamain Dunter 17. Enterprise 18. 8. Kedai Cat 19. Jotun MulticolourPengkalan Hardware 20. Trading 9. Kedai Peralatan Telekomunikasi Technic 21. Point Communication 22. 10. Kedai Ubat Ban Choon CheaMedical Hall 23.

Mitra Valuers & Property Consultant Sdn Bhd Perabot Ching Furniture Perniagaan Rock Fashion Pok Eng Tin Enterprise Sdn. Bhd. Pure Technology SolutionSdn Bhd Pusat Cenderamata SmartCC Sdn Bhd Pusat Jualan dan ServisKomputer Pusat Jubin Prestige Pusat Komputer MSH Tech Enterprise Pusat Persolekan Prime Beauty Therapy Centre Syarikat Dungun AluminiumTrading Tukang Jahit Unisex Modern Wakil Insurans Syarikat Seng Huat Motor Trading

Penggunaan Bahasa Inggeris Sepenuhnya Sejumlah 67 penjenamaan didapati menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, termasuk dari segi ejaan dan binaan frasa, seperti yang berikut.

1. AA Indah Maju Enterprise 2. Aida Zack Enterprise 3. An Refrigeration & Electrical Service 4. Azax Design 5. Aziela Fashion 6. Azmiera Boutique Collection 7. BPD Enterprise 8. Chin Hin Trading 9. CK Motorsport Accessories And Services 10. Click Surf Cafe 11. Convert Apperal Shop 12. DMA Boutique Collection 13. Dona Trading Sdn. Bhd. 14. Dungun Insurance Agency 15. Dungun Optometry Centre 16. Era Nona Ent. 17. Etiqa Cipta Tuah Agency 18. EU Gemilang Enterprise 19. Fei Yi Trading 20. Grace Computer & Communications 21. Haziq Enterprise 22. Hew Foong Hardware 23. House Of Healin 24. Howah Mobile Service 25. I-Management 26. Insa Jaya Agency 27. Insujaya Agency 28. J.J. Enterprise 29. Jose Jaya Enterprise 30. Lan Cushion Studio 31. M. Idris Enterprise 32. Ma Thai Enterprise Trading 33. Mainstech Computer 34. Mesra Indah Collection

35. Mitra Valuers & Property Consultant Sdn Bhd 36. My Boutique 37. New Star Enterprise 38. Pesona Trading 39. Pizzahut 40. Pujangga Saba Learning Centre 41. Pure Technology Solution Sdn Bhd 42. Ros De Cleopatra 43. Sara Fesyen N Collection 44. Shell Gas 45. Sinaran Refrigeration Service 46. Sky Net Ent. 47. Sri Dungun Enterprise 48. Sri Gate Photo 49. Sri Jaya Hardware Trading 50. Sri Nang Trading 51. Star Sports & Jeans 52. Sura Gate Baby Centre 53. Syahdilla Enterprise 54. Tee Off Communication 55. Tee Off Communication 56. Trinergy Enterprise 57. Tropicana Mobile Centre 58. Tuah Sport Centre 59. UPC Computer Centre 60. W.I. Bistari Enterprise 61. Wadi Agency 62. Wan Sha Collection 63. Wei Hin Hardware 64. Wong Fok Ming Hardware 65. Xcom Centre 66. Yonex C.T. Sport 67. Z.I. Damai Maju Enterprise

RUMUSAN DARIPADA dapatan kajian ini, dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status penggunaan bahasa kebangsaan berada dalam keadaan yang berikut: Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah Agak Baik

Dari sudut penggunaan bahasa kebangsaan, jumlah kesalahan yang sangat kecil berbanding dengan jumlah penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai aspek penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan penggunaan frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama yang betul mengikut sistem bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu, frasa yang digunakan dipengaruhi oleh bentuk bahasa Inggeris.

Kecenderungan untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan Jumlah penggunaan bentuk bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris sepenuhnya yang sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Kecenderungan ini merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa kebangsaan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima adalah dalam bahasa kedua, di samping kerana bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian.

CADANGAN UNTUK meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan yang meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu dipamerkan kepada masyarakat. Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis masing-masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan. Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan supaya mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek dengan pihak berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu juga seharusnya merujuk kepada Unit Khidmat Bahasa yang terdapat di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang sewajarnya. Perkhidmatan itu boleh dibuat secara langsung dengan pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, atau membuat rujukan melalui laman sesawang badan itu, www.dbp.gov.my.

PENUTUP PENGGUNAAN bahasa kebangsaan sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia wujud dalam bahasa kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan bahasa kebangsaan dalam

kalangan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan baik dalam masa yang tidak panjang. Semua pihak pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan pihak berkuasa bahasa kebangsaan harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara yang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan orang awam. Papan tanda nama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal yang rasmi kerana pameran itu dilakukan untuk panduan dan pengetahuan awam.

[1] Nur Fatin Pakhriah binti Othaman (6A1), Norashikin binti Ramli (6A1). Muhammad Fakhruddin
bin Fadzil (6A1), Mohd Faezuddin bin Alias (6A1), Amirul Imran bin Mohd Riza (6A2), dan Mazura binti Mohamad Azam (6A2) [2] Nik Safiah Karim, et al. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 376-377

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook


Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama