Anda di halaman 1dari 1

Tajuk cerita : Musang dan pemotong kayu.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru guru serta rakanrakan yang dihormati sekalian.Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Musang dan pemotong kayu. Di pinggir sebuah hutan,tinggal seorang pemotong kayu.Setiap hari ,dia mencari kayu api untuk dijual di pekan. Pada suatu hari,pemotong kayu itu bersiap-siap untuk keluar mencari kayu api. Tiba-tiba, seekor musang berlari lari menuju ke rumahnya. Tolong!Tolong! Tolong selamatkan saya!jerit musang. Apakah masalah kamu? tanya pemotong kayu. Ada seorang pemburu dan anjingnya sedang memburu saya . Bolehkah saya bersembunyi di sini ?tanya musang. Kamu bersembunyilah di dalam rumah saya ,tentu mereka tidak dapat mencari kamu,kata pemotong kayu. Beberapa ketika kemudian ,pemburu dan anjingnya tiba di hadapan rumah pemotong kayu. Adakah kamu nampak seekor musang lalu di sini?tanya pemburu. Tidak ada seekor musang pun lalu di kawasan ini,jawab pemotong kayu. Sambil itu, jari pemotong kayu itu menunjuk-nunjuk ke arah rumahnya . Dia memberi isyarat kepada pemburu itu tempat persembunyian musang. Tetapi pemburu itu tidak faham akan isyarat yang diberikan oleh pemotong kayu. Pemburu itu pergi dari situ. Setelah pemburu itu pergi, musang keluar dari tempat persembunyiannya. Kamu memang tidak ikhlas menolong saya. Kamu berjanji tidak akan memberitahu tempat persembunyian saya tetapi kamu memungkiri janji kamu,kata musang dengan marah. Saya tidak memberitahu apa-apa kepada pemburu itu tentang kamu. Sepatutnya kamu membalas jasa saya,kata pemotong kayu. Saya terselamat kerana pemburu itu tidak faham isyarat yang kamu berikan.Kamu sengaja ingin mengkhianati saya,kata musang dengan perasaan marah. Ia berlalu pergi dari situ tanpa mengucapkan terima kasih kepada pemotong kayu yang tidak jujur itu. Pengajaran daripada cerita ini ialah kita tidak boleh percaya kepada orang yang tidak jujur.