Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Karangan : Pendapat tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

Soalan : Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah meyertai program motivasi.

Program motivasi sudah tidak asing lagi didengari oleh masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Program motivasi biasanya diadakan di sekolah dan penyertaanya difokuskan kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, program motivasi juga diadakan di universiti, kolej ataupun maktab. Penceramah bertauliah ataupun pakar motivasi biasanya diundang untuk program motivasi. Di negara kita, terdapat ramai penceramah bertauliah atau pakar motivasi yang terkenal contohnya Professor Izzudin Haji Ali ataupun lebih dikenali sebagai Proffesor Izzi Ali. Namun begitu, masih ramai yang menggangap bahawa menghadiri program motivasi amat membosankan. Persoalannya, apakah faedah-faedah menyertai program motivasi? Seperti yang kita sedia maklum, program motivasi diadakan untuk memastikan para pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan. Persediaan diri pelajar dari segi fizikal dan mental amat penting sebelum menduduki peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang pelajar itu tidak bersedia, fokus mereka terhadap kertas soalan sudah tentu hilang. Mereka menjadi gementar seterusnya menyebabkan sistem fikiran mereka terganggu. Oleh itu, kehadiran pakar motivasi ialah untuk membantu pelajar agar menjadi lebih bersedia dengan berkongsi tips serta maklumat berguna kepada pelajar. Pengaplikasian tips tersebut sedikit sebanyak membantu mereka. Pendek kata, program motivasi dapat memastikan para pelajar bersedia untuk menduduki peperiksaan. Faedah yang kedua ialah, pelajar mendapat kesedaran dan pengajaran melalui program motivasi. Pakar motivasi di negara kita iaitu Professor Izzi Ali terkenal dengan keupayaan beliau memberi ceramah serta motivasi berdasarkan kisah hidup dan pengajaran setelah melakukan sesuatu perbuatan. Program motivasi tidaklah hanya berkisarkan pendidikan malah cara hidup seseorang juga diterapkan. Melalui program motivasi, para pelajar lebih terbuka minda, akal,serta hati melalui motivasi yang berunsurkan pengajaran oleh penceramah. Para pelajar terutamanya lebih terdorong untuk menuju ke arah kebaikan dan keinsafan diri. Hal ini kerana, para pelajar lebih tertarik dan lembut hati menerima teguran dan mencuba sedaya upaya untuk berubah. Ringkasnya, program motivasi dapat memberi kesedaran dan pengajaran kepada pelajar. Di samping itu, melalui program motivasi jugalah pelajar memperoleh keyakinan diri dalam mengejar kejayaan dalam hidup. Dalam mengejar kejayaan, sudah tentu banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi sebagai seorang pelajar. Semasa program motivasilah pelajar dapat menimba ilmu daripada penceramah. Suntikan semangat baru serta tips-tips daripada penceramah hendak dimanfaatkan oleh pelajar dalam misi mengejar kejayaan. Tahap keyakinan diri yang tinggi dapat menjamin kejayaan pelajar. Pendek kata, pelajar memperoleh keyakinan diri melalui program motivasi.

Tuntasnya, para pelajar hendaklah memanfaatkan peluang yang diberikan oleh pihak sekolah untuk menyertai program motivasi. Hal ini kerana, banyak faedah serta kebaikan yang diperoleh menerusi program motivasi tersebut. Tips serta petua yang dikongsikan merupakan bonus bagi pelajar serta mempraktikkannya demi kehidupan mereka yang terjamin di masa hadapan.

Cikgu, semak pakai warna merah tau. Lepastu send balik Kami rindu cikgu, cara cikgu lain ajar tak sama mcm cikgu. Kami dah biasa dgn cara cikgu ajar. Oh ya, Shearer tu kirim salam dgn cikgu. Dan dia dah rajin hantar karangan dgn ckg Amelia. Saya sengaja nak hantar dekat cikgu sebab feeling nak buat homework menggunakan teknologi. hihihihi