Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM

Baris senang diri ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

YANG BERUSAHA TUAN HAJI OMAR BIN MOHD, PENGETUA SMK BEKOK TUAN HAJI ZAHID BIN RAHMAT, GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM ENCIK SAFUAN BIN HAJI VIRDANI, GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ENCIK ZULFIDY BIN HAJI MONEL, GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM GURU-GURU KANAN BIDANG, GURU-GURU DAN RAKAN-RAKAN PELAJAR YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.

KITA MULAKAN PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI DENGAN BACAAN DOA. MAJLIS MEMPERSILAKAN SAUDARA AMARR BIN ALI RASOL UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. [BACAAN DOA] TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA AMARR BIN ALI RASOL ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI. MAJLIS PADA HARI INI DITERUSKAN DENGAN NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH. SEMUA PELAJAR DIMINTA BERDIRI TEGAK DAN TANGAN DI SISI SERTA MENYANYIKAN LAGU DENGAN PENUH SEMANGAT. KOMANDER : BARIS..BARIS.. SEDIA [LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH BERKEMANDANG] MAJLIS SETERUSNYA MEMPERSILAKAN KOPERAL MOHD SYAHMIR BIN PALAR HASBULLAH UNTUK MEMIMPIN BACAAN IKRAR. Bacaan Ikrar TERIMA KASIH KEPADA ATAS BACAAN IKRAR SEBENTAR TADI. KOMANDER : BARIS..SENANG DIRI PERHIMPUNAN PADA PAGI INI DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN KOPERAL AHMAD FARID BIN JOHARI UNTUK MEMBACAKAN SEJARAH PENUBUHAN KOR KADET POLIS DAN INFORMASI KOR KADET POLIS SMK BEKOK. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

Bacaan Teks Kor Kadet Polis TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KOPERAL AHMAD FARID BIN JOHARI ATAS MAKLUMAT MENGENAI KOR KADET POLIS YANG DISAMPAIKAN SEBENTAR TADI. KITA AKHIRI PERHIMPUNAN PADA PAGI INI DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU. SEMUA PELAJAR DIMINTA BERDIRI TEGAK DAN TANGAN DI SISI SERTA MENYANYIKAN LAGU DENGAN PENUH SEMANGAT. KOMANDER : BARIS..BARIS.. SEDIA LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG KOMANDER : BARIS..SENANG DIRI PARA PELAJAR AKAN BERSALAMAN DENGAN GURU-GURU SEBELUM MASUK KE KELAS MASINGMASING. PENGAWAS SILA AMBIL TEMPAT MASING-MASING.

PASUKAN KOR KADET POLIS SMK BEKOK TAHUN 2014 Pasukan kor kadet polis SMK Bekok atau nama singkatannya KKP adalah salah satu daripada 6 pasukan beruniform yang ada di sekolah ini. Ia dianggotai oleh seramai 67 anggota dan dipimpin oleh 5 orang guru penasihat yang terdiri daripada Inspektor Kor Tuan Mohd Fadzil bin Kiran, Inspektor Kor Tuan Mat Zairi bin Md Rais, Inspektor Kor Tuan Gunaseharan a/l Kuppasamy, Inspektor Kor Tuan Mohd Dazuke bin Ismail dan Inspektor Kor Puan Norshita binti Shamsuddin. KKP SMK Bekok disegani dalam kalangan KKP Daerah segamat kerana pencapaian cemerlang dalam pertandingan-pertandingan sebelum ini seperti Johan Buka Pasang senjata berturut-turut tahun 2011/1012, Johan Sarjan Terbaik dan Paltun Komander terbaik tahun 2012 dan turut manjadi naib johan

dalam pertandingan kawad kaki berkumpulan 2 tahun berturut-turut 2011/2012. Syabas dan tahniah kepada KKP SMK Bekok atas kejayaan tersebut dan moga ia menjadi kesinambungan kepada tahun-tahun mendatang dan menjadi roll model kepada pasukan beruniform lain di sekolah ini. Sekian terima kasih.