Anda di halaman 1dari 2

ISL 3 Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai tamadun Walaupun setiap tamadun mempunyai

keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada diperingkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling berinteraksi antara tamadun sebenarnya akan melahirkan kesan-kesan positif dan terdapat juga kesan-kesan negatif. Sama ada kesan yang lahir bersifat positif ataupun negatif, apa yang pasti ia disebabkan wujudnya interaksi antara tamadun dan ianya bergantung sejauhmana bentuk interaksi itu dijalinkan. Interaksi positif ialah interaksi yang berlaku secara harmoni tanpa ada pertembungan terbuka antara budaya tempatan dengan budaya yang dibawa masuk sama ada oleh masyarakat tempatan sendiri atau sebaliknya. Interaksi positif amat penting kerana dapat meningkatkan teknologi, ilmu pengetahuan, kemahiran dan sebagainya kepada sesebuah tamadun. Sebagai contoh, interaksi antara Tamadun India dan China telah berlaku melalui hubungan perdagangan dan keagamaan. Hubungan ini telah membawa interaksi positif. Interaksi ini telah membawa perkembangan teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata Bahasa Palidan Sanskrit turut

mempengaruhi kesusasteraan China. Contoh lain kesan positif interaksi antara tamadun ialah antara tamadun Islam dengan China melalui hubungan perdagangan. Hasil Interaksi antara pedagangpedagang Arab dan Parsi dengan orang-orang Cina telah melahirkan komuniti Arab Islam di negara China ekoran berlakunya perkahwinan campur. Kesan terpenting ialah penyebaran agama Islam di China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina dan juga cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang masyhur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu.

Interaksi negatif ialah interaksi yang berlaku secara pertembungan mengejut sukar diterima oleh masyarakat tempatan disebabkan terlalu jauh berbeza dengan budaya tempatan, lebih-lebih lagi berlainan tuntutan keagamaan. Interaksi seperti ini boleh membawa berlakunya penentangan dan peperangan secara terbuka. Kesannya, konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun berbeza akan wujud. Di Eropah, misalnya hubungan antara orang-orang Yahudi dengan Kristian yang tidak baik telah menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramairamai pada abad ke 9M dan ke 18M. Ini adalah ekoran perbezaan agama dan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik juga telah mencetuskan ketegangan dan peperangan antara orang-orang Islam dengan Kristian yang dikenali sebagai Perang Salib. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang China juga berlaku di negara China kerana rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan khususnya yang dinikmati oleh orang Islam. Pada tahun-tahun 758M dan 876M telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Kesimpulannya, interaksi antara pelbagai tamadun akan membawa kesan sama ada positif dan juga negatif. Tamadun sesebuah masyarakat mestilah bersifat terbuka dan menerima atau menghormati unsur-unsur baik tamadun lain.

Anda mungkin juga menyukai