Anda di halaman 1dari 4

ISL 4 Jelaskan nilai-nilai universal antara Tamadun Nilai- nilai Universal Tamadun Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya

a tersendiri yang membezakan antara satu tamadun dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun. Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat. Contoh: 1) Nilai Kepercayaan - Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. - Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati. - Tamadun Islam Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun. - Tamadun Jepun banyak dipengaruhi ajaran Shintoisme yang menanamkan rasa kebangsaan dan semangat patriotisme. Konsep ini disokong dengan semangat Bushido iaitu sanggup membunuh diri jika gagal melaksanakan perintah. - Sungguhpun setiap tamadun mempunyai nilai kepercayaan, tetapi amalannya dan kefahaman mengenainya adalah berbeza. Misalnya tamadun Islam meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai matlamat utama dalam pekerjaan dan pembinaan tamadun berbanding tamadun lain yang menganggap manusia sebagai penentu kemajuan dan Tuhan tidak dijadikan asas utama. 2) Nilai Keluargaan - Tamadun China Menurut konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian terhadap konsep

kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan

mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal. - Tamadun Islam Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam. - Tamadun India Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat. Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.

3) Nilai Kemanusiaan - Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian manusia secara menyeluruh. - Tamadun Islam

Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai tambah. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat

bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya. Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang paling murni. Tanpa kasih sayang, segala urusan akan pincang. Orang yang dikasihi Allah s.w.t dan disukai masyarakat ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain serta memikirkan kebaikan ummah. Kasih sayang sesama manusia menguatkan hubungan sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa. Bagi menjamin keamanan sejagat Islam melarang manusia melakukan angkara dan pencerobohan terhadap hak orang lain sama ada dengan lidah, tangan atau apa-apa jua sekali pun. - Tamadun China konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. - Tamadun Hindu konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang.

4) Nilai Akhlak - Tamadun Islam Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri. - Tamadun Cina terdapat konsep dao (jalan) dan li (tatasusila) dalam ajaran Konfusius yang menekankan peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga perhubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan perhubungan politik.

Dalam ajaran Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan di mana manusia perlu hidup bersederhana dan elakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

- Tamadun India ajaran Hindu menekankan konsep Dharma (jalan kehidupan

berlandaskan kebenaran) dan

karma (apa yang dialami manusia

adalah hasil perbuatan yang lalu atau sekarang) perbuatan baik akan mendapat balasan baik dan perbuatan buruk akan mendapat balasan buruk. Menurut ajaran ini, manusia perlu mencapai mokhsa iaitu kebebasan dari rantian kelahiran semula. 5) Nilai alam sekitar - Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana alam sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan. - Tamadun Islam Manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara alam dari sebarangn kerosakan. - Tamadun Jepun Dalam ajaran Shinto, tuhan disebut kami yang merangkumi binatangbinatang, tumbuhan yang dianggap mempunyai kuasa yang boleh memberi kesan kepada manusia. - Tamadun India Dalam agama Buddha, manusia dikatakan mempunyai hubungan harmonis dengan alam sekitar melalui konsep Esho Fuai iaitu manusia dan alam saling berkaitan dan memerlukan.

Anda mungkin juga menyukai