Anda di halaman 1dari 3

ISL 5 Nyatakan teori kedatangan Islam ke dalam Tamadun Melayu

Tiga Teori kedatangan Islam ke Tamadun Melayu 1) Islam Datang Dari Tanah Arab dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun diIslamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990: 60). Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001: 165). Hubungan perdagangan telah pun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagangpedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

2) Islam Datang Dari India Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan.

Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu.

Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61).

Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987 : 253).

Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.

3) Islam Datang Dari China Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72). ' Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).

Bukti

kedatangan

Islam

dari

China

dapat

dilihat

melalui

hubungan

perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran Agama Islam lagi. Mereka membawa barangbarang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China.

Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orangorang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak, 1990 : 65).

Anda mungkin juga menyukai