Anda di halaman 1dari 6

ISL 7 Pilih beberapa orang Tokoh Tamadun Islam dan nyatakan sumbangan mereka kepada Tamadun Islam

Al Ghazali 1) Usaha Tajdid Islam Pada abad ke-5 Hijriyah, Bani Abbasiyah sedang menuju keruntuhannya. Kemasukan pemikiran Greek dan falsafah-falsafah asing telah menular masuk ke dalam umat Islam secara meluas. Para pemerintah telah secara resmi menerima dan mengakui sistem-sistem falsafah Greek serta telah menyebarkannya secara aktif di kalangan umat Islam. Pada masa itu, Al-Ghazali telah berusaha membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam. Usaha-usaha tajdid telah dilakukan oleh Imam Al-Ghazali dalam satu rangka untuk memperbaharui pendekatan umat Islam dalam menghadapi cabarancabaran yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu. Beliau telah memerangi keserabutan fikiran dan kecelaruan amalan Islam di dalam umat Islam. Al-Ghazali telah menghasilkan satu buku yang penting, iaitu kitab Ihya Ulumuddin. Kitab Ihya Ulumuddin a. bererti 'menghidupkan 'ilmu-'ilmu din' b. Al-Ghazali mengkritik secara keras keadaan akhlaq di dalam seluruh lapisan masyarakat c. Beliau mengesan setiap penyelewengan akhlaq kepada sebab-sebab psikologi dan sosial, dan mengemukakan kriteria akhlaq yang sebenar menurut Islam d. menjadi panduan kehidupan para mukmin sampai hari ini.

2) Bidang Akidah Pemikiran Akidah Al-Ghazali

a. selari dengan akidah ahl al-sunnah wa al-jamaah aliran al-Ashairah yang diasaskan oleh al-Ashari. b. Beliau menggunakan pandangan mereka, di samping membuat tambahan dan penerangan atas pandangan mereka berdasarkan syarak dan akal yang sahih untuk mempertahankan akidah setelah ia diselewengkan. Al-Ghazali berjaya mendorong masyarakat meninggalkan kejumudan dan membawa pemikiran alternatif yang lebih baik pada aspek akidah dan amalan. Dorongan tersebut merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti spiritual, kebudayaan, sosial dan politik.

3) lmu Kalam Al-Ghazali terdapat banyak penulisan yang berkaitan dengan ilmu kalam. Dalam penulisannya, beliau banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu kalam. Ilmu kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan dan membela akidah ahli as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad (salah satu kitab karangan Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali). Hasil-hasil ilmu kalam telah menjadi sumber inspirasi kepada generasi berikutnya. Pemikiran Al-Ghazali bukan sahaja memberi kesan yang amat mendalam kepada sejarah Islam manakala memberi kesan kepada umat Islam hari ini.

4) Ilmu Falsafah Perbahasan berkaitan dengan isu-isu Ilmu kalam telah membuka ruang kepada golongan munafiq dan musuh-musuh Islam menimbulkan keraguan kepada akidah dan pegangan umat Islam. Musuh-musuh Islam yang menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan akidah umat Islam Al-Ghazali bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut. Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab untuk membela agama Allah beliau telah mempelajari ilmu falsafah dengan semangat dan ketekunan yang tinggi.

Beliau telah mengkaji penulisan-penulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal kerana beliau sibuk mengajar ilmu-ilmu agama.

Beliau merupakan seorang ulama Islam yang pertama yang mengkaji ilmu falsafah. Al-Ghazali telah meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Beliau membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada 3 golongan a. Golongan atheis: golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. b. Golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan adanya hari akhirat. c. Golongan theologi yang terdiri daripada ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Sukratus. Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.

Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada 6 bahagian iaitu: a. Matematik b. Logik c. Fizik d. Metafizik e. Politik f. Etika

Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah Maqasid Al-Falasifah (menerangkan doktrin-doktrin ahli falsafah

terdahulu seperti Socretas, Plato dan Aristotle.) Al-Munqiz Min Aldhalal Tahafuut Al-Falasifah

Tahafuut Al-Falasifah mengkritik aliran Fizik dan Metafizik daripada sudut pandangan Islam. berhujah dan menunjukkan kelemahan dari segi pemikiran ahli falsafah terdahulu.

5) Ilmu Tasawuf Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi, beliau sekali lagi membersihkan tasawuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina Tujuan: untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam. Ihya Ulumuddin merupakan kitab yang penting dalam bidang ini. telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawuf kerana AlGhazali telah memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidah. Ilmu dan karya tulis Al-Ghazali dalam bidang tasawuf menpunyai pengaruh yang besar terhadap generasi berikutnya sehingga karyanya seperti Ihya Ulumuddin masih sering dijadikan rujukan sampai saat ini. Pemikiran Al-Ghazali memberi kesan yang amat mendalam kepada umat Islam, sehingga kehebatannya diakui oleh para penyokong dan para pengkritiknya.

Al Ghazali 1) Bidang Falsafah - Banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle - Terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. - Ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan antara dirinya dengan pemerintah yang tertinggi. - Mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. - Dikenali sebagai Aristotle kedua. - Para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. - Banyak mengemukakan pandangan yang mendahului zamannya.

- Terdapat dua buku yang tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi pada zamannya, iaitu Kunci Ilmu. - Akal dan wahyu ialah satu hakikat yang padu dan perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat.

2) Bidang Perubatan - Pandangannya yang menarik adalah mengenai jantung. Beliau mengatakan betapa jantung lebih penting berbanding dengan otak dalam kehidupan manusia. - Jantung memberikan kehangaatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. - Kajian yang telah dilakukan oleh Al-Farabi memang sangat penting dan berguna, iaitu berkaitan dengan perbandingan antara jantung dan otak manusia serta fungsi jantung dan fungsi otak. Hasil kajian beliau telah memberi pengetahuan yang betul dan benar kepada masyarakat.

3) Bidang Bahasa dan Sosiologi - Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. - Membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut). - Menulis buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal. - menghasilkan banyak karya dan bahan bacaan yang telah meluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman masyarakat.

4) Bidang Muzik - Seorang pemuzik yang handal, penggubah dan pemain muzik yang sangat hebat. - Mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus. - Menghasilkan sebuah buku yang mengandungi teori muzik Islam, yang

diberikan judul Al-Musiqa dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

- Karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Musics dan On The Classification of Rhythm.

5) Bidang Pendidikan - Konsep pendidikan Al-Farabi banyak terilham oleh falsafah Plato, Aristotle dan Plotinus. - Konsep pendidikan Al-Farabi mementingkan peranan pendidikan bagi membentuk warganegara yang ideal. Seorang pendidik haruslah memiliki kecekapan dan ketrampilan untuk mendapatkan kebahagiaan yang tinggi. Mengajar bererti menciptakan keunggulan secara umum (spekulatif) bagi negara dan bangsa, sedangkan penanaman budi pekerti adalah cara untuk memberi moral yang baik dan pengetahuan tentang seni.

Anda mungkin juga menyukai