Anda di halaman 1dari 9

Ketahanan dan Pertahanan

Tamadun China

Asal Usul
Peperangan dikesan sejak zaman Dinasti Shang hingga Dinasti Ching. Raja-Raja China sering berperang antara satu sama lain Kepentingan tentera dalam kerajaan dapat diperhatikan dalam Dinasti chou dengan tenteranya meningkat daripada 30000 kepada beratus ribu orang. (abad ke-2 S.M abad ke-3 S.M )

Sambungan
Anggota tentera yang berjaya dalam medan pertempuran akan dilantik sebagai pegawai atau jeneral dan mereka yang membunuh musuh yang ramai akan diberi anugerah seperti tanah. Pada zaman kerajaan Tang,tentera mereka berjaya meluaskan wilayah ke sempadan sebelah utara disebabkan kebijaksanaan jeneral dan peranan komando yang ditugaskan untuk memberi laporan di wilayah masing-masing.

Zaman pemerintahan Shih Huang Ti


Pada zaman ini, Shih Huang Ti, telah mengarahkan askarnya merampas alat-alat perang di setiap rumah. buku-buku Confucius turut dibakar Melalui Kedua-dua kejadian ini, Shih huang Ti berharap rakyatnya atau wakil lindungan tidak akan melancarkan pemberontakan terhadap kerajaannya. Kerajaan pusat juga cuba menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera.

Tujuan Peperangan
China menganggap bahawa peperangan adalah suatu perkara yang menguntungkan mereka dan kerajaannya. Pada zaman kerajaan Shang, peperangan bertujuan untuk menguatkuasakan pemerintahan raja,merampas harta orang kaya dan menawan tahanan perang Pada dinasti Tang, peperangan bertujuan untuk mempertahankan negara daripada serangan orang gasar.

Organisasi ketenteraan China


Kebanyakan kerajaan dibina melalui kekuatan ketenteraan. Sejarah tamadun China penuh dengan peperangan. Maharaja merupakan pemerintah tentera tertinggi dan dibantu oleh beberapa pegawai untuk mengawal pentadbiran sesuatu wilayah. Golongan bangsawan akan mempunyai tentera sendiri.

Di medan peperangan, golongan pahlawan dan panglima menaiki kereta kuda yang dihias dengan peralatan gangsa. Setiap kereta kuda juga disertai seorang pemandu, perejam lembing dan pemanah. Tentera biasa akan berjalan kaki dan mengekori dari belakang. Buku buku ketenteraan dihasilkan seperti karya Sun Tzu berjudul Seni Peperangan yang menjadi rujukan bagi merancang strategi dan taktik peperangan

Pasukan Tentera
Terdiri daripada tentera kerahan yang berdisiplin Diketuai oleh tentera-tentera profesional. Bertujuan untuk mengalahkan musuh dan bukannya bersifat ritual. Peralatan peperangan yang digunakan ialah pisau kecil,lembing dan kapak.

Strategi peperangan yang digunakan dalam peperangan China

Pembinaan kubu pertahanan -memisahkan sempadan China dengan kawasan orang Gasar. -memerhati musuh -memudahkan penggunaan panah Menitikberatkan bekalan makanan Prinsip bumi hangus dipraktik -memusnahkan keperluan musuh Pengintip digunakan -mengawasi keadaan dalam negara untuk mengelak daripada berlaku kekecohan dalaman -mengintip maklumat ketenteraan pihak musuh.

Anda mungkin juga menyukai