Anda di halaman 1dari 3

Rantai Makanan dan Siratan Makanan 1.

Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk: (a) rantai makanan. (b) siratan makanan. 2. Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear. 3. Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan. 4. Contoh rantai makanan.

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan). Pengeluar membina makanan secara fotosintesis. Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna. Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor. Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor. Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan. Tenaga berasal daripada Matahari. Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks akan membentuk siratan makanan.

Rantai makanan-interaksi antara haiwan dengan haiwan dan haiwan dengan tumbuhan untuk membentuk hubungan makanan. Daun ulat beluncas- burung kecil helang Daun belalang katak - burung Pengeluar pengguna primer pengguna sekunder pengguna tertier Hidupan saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan. Semua rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau.

Siratan Makanan 1. Dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan. Contoh siratan makanan Habitat : Sawah padi

2.

3.

Dalam contoh siratan makanan di atas terdapat 6 rantai makanan: i. Pokok padi burung pipit ular helang ii. iii. iv. v. Pokok padi tikus ular helang Pokok padi belalang burung pipit ular helang Pokok padi tikus helang Pokok padi tikus ular helang

vi. vii.

Pokok padi belalang ayam ular helang Pokok padi belalang ayam helang

4.

Kepentingan siratan makanan (i) Memastikan kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. (ii) Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber. (iii) Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah. Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular. (iv) Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.