Anda di halaman 1dari 1

Skrip Ucapan Teknik Nabi Kepada Anak-anak Kecil| Dalam amalan lazim, apabila anak-anak kecil melakukan kesalahan

di dalam pelajaran seperti mewarna terkeluar daripada gambar yang diwarnakan, guru cenderung melakukan perkara-perkara berikut; 1. Memarahi pelajar Contoh: "Berapa kali cikgu cakap, kalau mewarna jangan warna sehingga terkeluar-keluar. Tengok lukisan kamu ini, comot dan tidak cantik. Warna semula. Kalau tidak, cikgu tak mahu tanda buku kamu." (SALAH) 2. Mengkritik hasil kerja pelajar. Contoh; "Apalah, mewarna pun comot. Tengok lukisan kamu ini suddah macam apa sahaja cikgu tengok. Kalau macam ini, jangan harap kamu nak dapat markah penuh." (SALAH) 3. Mengkritik pelajar (kritik orang). Contoh; "Kamu ini pernah sekolah ke tidak? Mewarna pun tidak tahu. Apa yang kamu belajar masa tadika dahulu?" (SALAH) 4. Mengugut atau mengancam-ancam pelajar. Contoh; "Siapa yang tidak mewarna betul-betul, cikgu tidak akan beri dia rehat. Kamu duduklah di dalam kelas sehingga waktu rehat tamat." (SALAH) 5. Menasihati pelajar. Contoh; "Lain kali kalau mewarna, warnalah betul-betul. Barulah lukisan kamu cantik." (SALAH) 6. Membanding-bandingkan pelajar. Contoh; "Cuba tengok lukisan Ali, dia warna cantik. Tak macam Tina. Warna entah apa-apa." (SALAH) Dalam mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wa alihi wasallam, kesemua ganjaran sosial negatif di atas tidak dilakukan. Sebaliknya ada beberapa teknik yang boleh diaplikasi bagi mendorong anak-anak kecil membetulkan kesilapan mereka dan mendorong mereka untuk lebih bagus dalam mewarna lukisan. Antara teknik Nabi yang boleh diaplikasi adalah seperti berikut; 1. Teknik Menegur Kesalahan Dengan Menerangkan. Contoh; "Lukisan yang cantik ialah lukisan yang diwarnakan dengan tidak terkeluar-keluar daripada gambar yang diwarnakan." (BETUL) 2. Teknik Demonstrasi. Contoh, "Apabila kita mahu mewarna sesuatu gambar, pastikan pensil warna yang digunakan untuk mewarna gambar / lukisan tidak terkeluar daripada gambar seperti ini (guru tunjukkan cara mewarna yang betul di papan putih)". (BETUL) 3. Teknik Ayat Tawaran. Contoh; "Murid-murid, nak tak cikgu beritahu bagaimana caranya supaya lukisan kamu nanti akan nampak cantik apabila diwarnakan?" Apabila murid menjawab 'mahu', guru terangkan apakah kriteria-kriteria mewarna yang betul. (BETUL) Credit: Ustazah Siti Khadijah