Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG KUCHING SARAWAK Mohd.

Mukhzani Bin Teng/ 201106200

Tugasan Projek Bahagian A (Individu) : Rumuskan 3 artikel jurnal ilmiah tentang aplikasi teknologi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan buat refleksi kendiri tentang fahaman anda tentang keberkesanan penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran

Rumusan artikel ilmiah berkaitan aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah 1.0 1.1 Pengenalan Definisi Teknologi Mengikut Galbraith (1967) technology is the systematic application of scientific or other organized knowledge to practical tasks. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu total system pengajaran dan pembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat menggunakan pola insrtruksional berulang kali. Selain daripada pandangan tokoh di atas, teknologi turut didefinisikan oleh Finn (1960), Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) Sebagai : I Teknologi sebagai proses iaitu penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses kea rah penyelesaian kepada masalahmasalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk, atau alat berkesan dan teruji. II Teknologi sebagai produk atau bahan iaitu penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi sendiri.

Manakala Saettler (1968, 1990) berpendapat bahawa teknologi bukan beerti penggunaan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Seattler, teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2

Definisi teknologi pengajaran dan pembelajaran Seels dan Richey da (1994) menjelaskan teknologi sebagai suatu pembinaan

teknologi melibatkan teori dan praktikal meraka bentuk, pembangunan, pengurusan dan perubahan proses dan kajian pembelajaran. Diperjelaskan juga bahawa, dalam definisi teknologi penagajaran perlulah menitik beratkan lima domain utama yang meliputi teknologi instruksional, mereka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran. Lima domain yang dimaksudkan dalam teori pengajaran ini adalah Domain Reka Bentuk, Domain Pengembangan, Domain Penggunaan, Domain Pengurusan dan Domain Penilaian. Bagi definisi teknologi pembelajaran pula, menurut Commission on instruction Technology (CIT) 1970, mendifinisikan teknologi pembelajaran sebagai media yang lahir sebagai akibat revolusi komunikasi yang dapat digunakan untuk keperluan pembelajaran di samping guru, buku teks, papan tulis dan juga pelbagai teknologi yang membentuk teknologi pembelajaran seperti televisyen, filem, OHP, komputer dan sebagainya. Manakala menurut Silber (1970), mendefinisikan teknologi pembelajaran sebagai satu pegembangan komponen sistem pembelajaran serta pengelolaan usaha secara sistematik dengan tujuan untutk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Bagi Association for Educational Technology (1994) menjelaskan bahawa teknologi pembelajaran adalah teori dan parkatikal dalam reka bentuk, pembangunan, pemanfaatan, pengelolan, serta evolusi tentang proses dan sumber dalam pembelajaran.

1.3

Aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Sememangnya perkembangan teknologi yang berlaku pada hari ini banyak

mempengaruhi proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di bilik darjah pada hari ini. Berbanding dengan murid-murid pada zaman perkembangan teknologi yang kurang, murid pada hari ini tidak dapat dielakkan aplikasi teknologi ke atas mereka. Ini kerana zaman sekarang merupakan zaman yang gelombang teknologi yang berlaku secara meluas. Oleh yang demikian aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diambil kira. Jika menghuraikan tentang aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kita perlu mengaitkan dengan perkembangan teknologi khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Zaman sebelum era teknologi berkembang pesat, kebanyakkan sekolah-sekolah sepenuhnya guru mengajar dengan menggunakan kapur dan alat tulis sebagai media meyampaikan isi pembelajaran kepada murid. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah sepenuhnya berfokuskan guru. Guru menerangkan isi pembelajaran kepada murid dan menulis sebarang maklumat yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran bersama murid. Bagi menjelaskan tentang aplikasi teknologi pengajaran dan pembelajaran, seharusnya kita melihat dari dua sudut iaitu teknologi visual dan audio. Telah dinyatakan pada perenggan pertama lagi, sesi penagajarn dan pembelajaran guru sebelum zaman berteknologi seperti sekarang hanya menggunakan teknologi papan tulis dan kapur sahaja. Penggunaan televisyen merupakan salah satu teknologi terawal yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui televisyen guru akan meyiarkan rancangan yang berkaitan pendidikan kepada murid mengikut subjek tertentu yang akan ditonton bersama murid. Misalnya satu ketika dahulu Rancangan TV Pendidikan merupakan salah satu rancangan yang disiarkan khas di sekolah untuk murid-murid. Namun begitu kemunculan peralatan seperti OHP (Overhead Projektor) sebagai salah satu teknologi visual telah banyak memberi impak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di bilik darjah. Walaupun OHP telah mula digunakan di sekolah-sekolah ini tidak bermakna penggunaan papan tulis dan kapur telah dinyahkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah
3

aplikasi OHP sebagai satu teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan murid adalah lebih konfrehensif dan berkesan. Ini kerana melalui penggunaan OHP dapat menunjukkan dengan lebih jelas lagi terutamanya yang melibatkan gambargambar yang perlu ditunjukkan dan diterangkan secara menyeluruh kepada muridmurid. Selain itu aplikasi teknologi pengajaran dan pembelajaran dari segi visual semakin berkembang dengan jayanya apabila wujudnya penggunaan LCD Projector di sekolah-sekolah yang dipasang bersama-sama dengan teknologi komputer. Sememangnya pada hari ini, penggunaan teknologi LCD Projector dan perisian komputer banyak diapliaksikan di sekolah-sekolah,khususnya di Malaysia. Penggunaan peralatan tersebut telah menggantikan penggunaan OHP yang telah digunakan di sekolah sebelum ini. Melalui penggunaan LCD Projector yang disambungkan dengan komputer membolehkan guru dan murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kondusif dan lebih menarik. Ini kerana guru lebih mudah untuk mengolah bahan seperti video, slide power point dan sebagainya untuk sesi pengajaran dengan dengan hanya memuatkan bahan tersebut ke dalam perisian komputer. Kemudian guru hanya perlu menayangkan melalui LCD Projector yang disambung bersama komputer. Persembahannya lebih menarik jika dibandingkan dengan penggunaan papa tulis dan juga OHP. Misalnya Persembahan Power Point yang dihasilkan melalui komputer yang disambung kepada LCD Projector lebih menarik perhatian murid-murid di bilik darjah berbanding hanya mendengar guru bercakap di hadapan kelas. Pada masa kini aplikasi LCD Projektor telah diinovasikan dengan lebih canggih dan lebih mudah dengan adanya peralatan yang dikenali sebagai Interactive White Board. Fungsi peralatan tersebut sama dengan LCD Projektor yang dapat menayangkan video, slide power point dan sebagainya.Peralatan tersebut beroperasi disambung kepada komputer tetapi kita boleh touch and drag (sentuh dan tarik) apa saja jenis gambar dan perkataan yang ada pada papan putih itu (white board) dan tidak perlu pada komputer. Misalnya jika guru sedang mengajar guru hanya perlu menyentuh papan putih dan paparan yang dikehendaki akan muncul. Begitu juga dengan murid, jika guru menyuruh murid melakukan aktiviti misalnya menjawab soalan pada

Interactive White Board it, murid hanya perlu menyentuh dan menarik jika perlu. Peralatan sedemikian amat menarik perhatian murid dan menyeronokkan. Selain itu penggunaan komputer memang tidak dapat disangkal lagi pada hari ini, Penggunaan komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru sudah menjadi lumrah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Ini kerana penggunaan komputer sebagai komponen utama dalam mendapatkan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru melalui internet dan sebagainya amatlah mudah dan lebih menyeluruh. Namun begitu untuk sesi pengajaran dan pembelajaran penggunaan komputer mestilah disertakan dengan komponen teknologi yang lain misalnya peralatan seperti LCD Projektor dan Interctive White Board sebagai komponen untuk menayangkan sumber atau maklumat pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Melihat dari segi teknologi audio pula, radio merupakan salah satu teknologi audio terawal yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya dalam mata pelajaran sains guru ingin mengajar tajuk haiwan boleh menggunakan radio dengan memperdengarkan bunyi-bunyi haiwan dan meneka haiwan tersebut. Namun kini, teknologi audio lebih kreatif dan inovasi apabila penggunaan teknologi komputer telah banyak digunakan di bilik darjah. Sistem komputer yang dilengkapi dengan sistem audio dan visual membolehkan guru dan murid menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah, seronok dan menarik. Di setiap bilik darjah atau pun di makmal-makmal sains akan dibekalkan dengan kelengakapan teknologi seperti komputer, sistem audio, LCD Projektor dan di sesetengah sekolah adanya aplikasi Interactive White Board yang lebih banyak fungsi tambahannya. Ini bermakna apabila guru mengajar murid bukan hanya boleh mendengar audio yang diperdengarkan tetapi boleh melihat sekali visual yang ditayangakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya jika guru sains mengajar tajuk bunyi haiwan dan bagaimana haiwan bergerak. Di manan murid dapat melihat visual pergerakan haiwan dan bunyinya dalam masa yang sama. Kesannya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

1.4

Cara guru mengaplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Terdapat beberapa panduan yang dicadangakan dan perlu diketahui oleh

seorang guru sekiranya hendak mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pertamanya penggunaan peralatan teknologi seharusnya dipilh berdasarkan topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.Ini bermakna pemilihan dan penggunaan teknologi mestilah sesuai mengikut kriteri yang telah dinyatakan tadi. Jika ia diaplikasikan tanpa merujuk kepada kriteria tersebut maka ia boleh menyebabkan kesulitan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Contohnya jika guru sains hendak mengajar topik tentang mesin ringkas bagi murid tahun enam, guru boleh mengaplikasikan teknologi misalnya penggunaan komputer, LCD Projektor dan skrin untuk mengajar topik tersebut melalui tayangan video atau pun persembahan power point. Keduanya, teknologi yang diaplikasikan mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada : Pengenalan Perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep Penutup dan kesimpulan topic pelajaran Penilaian kefahaman terhadap topik

Ini bermakna penggunaan teknologi seharusnya sebagai salah satu kaedah guru untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran bukan sekadar satu persembahan yang menarik tanpa ada apa-apa hasil atau objektif pelajaran yang hendak dicapai oleh guru dan paling penting oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlansung. Ketiganya pula, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan murid diaplikasikan mengikut masa yang sesuai. Sebaik-baiknya penggunaan peralatan teknologi digunakan untuk tempoh yang lebih panjang untuk satu mata pelajaran. Misalnya seorang guru sains boleh memperuntukan masa satu jam bagi mengajar topik tertentu dengan menggunakan Interactive White Board agar guru dan murid dapat terlibat dengan lebih lama semasa menjalankan

Selain itu,penghasilan bahan atau sumber yang dimuatkan melalui peralatan teknologi hendaklah menarik dan jelas. Menarik di sini maksudnya mempelbagai bentuk tulisan dan gambar. Manakala jelas di sini bermaksud tulisan yang jelas untuk dibaca dan warna yang jelas pada tulisan itu. Contohnya guru sains mengajar tajuk rantai makanan perlulah menyediakan slide power point tentang tajuk tersebut dengan menarik dan jelas. Dalam mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus diingatkan jika penggunaan peralatan teknologi melibatkan video seharusnya audio dan visualnya mestilah jelas dilihat dan didengar. Misalnya penggunaan komputer dan LCD Projektor serta skrin jika audio dan visual kurang jelas ini akan menyebabkan murid kurang perhatian ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran guru kerana mereka tidak dapat menerima apa yang disampaikan melalui peralatan-peralatan teknologi. Bagi mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus titik beratkan juga bahawa penggunaanya mesti dirancang sebaik mungkin dalam tiga peringkat iaitu : I Sebelum aplikasi Merancang masa dan kaedah bagaimana mengaitkannya dengan topik pelajaran. II Semasa aplikasi Merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. III Selepas aplikasi Merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Ketiga-tiga peringkat perancangan perlu di buat secara kreatif dan berkualiti agar objektif pembelajaran dapat dicapai dengan baik. Ini keranan kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada perancangan,perlaksanaan dan kaedah yang diaplikasikan di dalam bilik darjah.

1.5

Implikasi penggunaan teknologi dalam pengejaran dan pembelajaran di bilik darjah Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberi

implkasi di bilik darjah terutamanya kepada guru dan murid. Oleh yang demikian jika membincangkan tentang implikasi tersebut haruslah dihuraikan secara implikasi ke atas guru dan implikasi ke atas murid.

Implikasi ke atas guru Penggunaan teknologi telah memberi impkasi ke atas proses pengajaran guru.

Pertama sekali, melalui penggunaan teknologi proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih licin kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topic yang disampaikan. Contohnya guru sains mengajar topik keperluan asas haiwan menggunkana teknologi komputer dan LCD Projektor hanya akan fokus kepada isi pelajaran tajuk tentang keperluan asas haiwan yang telah dimuatkan dalam perisian komputer yang ditunjukkan melalui LCD Projector yang dipancarkan pada skrin putih. Penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru akan memberi kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar. Ini kerana kepelbagaian kaedah mengajar akan mewujudkan kelainan dalam sesi pengajaran guru dan guru tidak seharusnya tertumpu kepada satu kaedah pengajaran sahaja. Menggunakan satu kaedah mengajar sahaja di dalam bilik darjah akan menimbulkan rasa bosan murid. Oleh yang demikian penggunaan teknologi seperti komputer dan sebagainya dapat menimbulkan minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berminat. Bahan bantu mengajar amat penting bagi seseorang guru semasa sesi pengajaran dan pembelajarn berlansung. Namun demikian penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak mengikut peredaran semasa juga perlu dielakkan. Oleh yang demikian penggunaan peralatan teknologi seperti komputer, Interactive White Board dan sebagainya seharusnya diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

II

Implikasi kepada murid Kesan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,

pertamanya ialah dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya dapat mengekalkan minat pelajar. Misalnya penggunaan Interactive White Board dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar kerana guru melibatkan mereka menggunakan aplikasi teknologi tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Keduanya, melalui teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah faham terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar dan menyentuh. Contohnya penggunaan teknologi Interactive White Board di sesetengah bilik darjah di sekolah membolehkan murid melihat dan mendengar serta mengalami sendiri sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan guru melalui aplikasi teknologi Interactive Whide Board itu. Selain itu, aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sebenarnya dapat membantu pelajar meningkatkan daya ingatan mereka terhadap apa yang mereka pelajari di bilik darjah. Ini kerana aplikasi teknologi misalnya penggunaan komputer yang dipasang bersama LCD Projektor dan skrin akan melibatkan pelbagai deria pelajar. Contohnya penggunaan visual dan audio melalui aplikasi komputer bersama LCD Projektor dan skrin akan melibatkan deria lihat dan dengan murid. Penglibatan deria sebegini akan menghasilkan ingatan jangka masa panjang ke atas apa yang pelajar pelajari di bilik darjah. Aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Ini kerana dengan adanya penggunaan teknologi seperti komputer, LCD Projektor, Interactive White Board dan sebagainya, pelajar akan dapat menyaksikan sendiri pelbagai kejadian mahupun fenomena yang tidak pernah mereka lihat secara semulajadi. Misalnya guru sains yang mengajar topik tentang sistem suria dapat mengaplikasikan penggunaan Interactive White Board dalam pengajaran dan pembelajarannya. Di mana murid dapat melihat putaran dan peredaran planet-planet mengelilingi matahari. Ini membolehkan kefahaman murid tentang topic tersebut lebih baik jika hanya penerangan guru menggunakan gambarajah dan penerangan secara satu hala sahaja.

1.7

Refleksi kendiri tentang keberkesanan penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran Perkembangan teknologi sememangnya telah banyak mempengaruhi proses

pegajaran dan pembelajaran antara guru dan murid di bilik darjah. Oleh yang demikian aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran tidak boleh kita ketepikan dan mesti dilaksanakan di peringkat sekolah. Hal ini disebabkan perkembangan minda serta gaya pemikiran pelajar di sekolah pada hari ini adalah seiringan dengan perkembangan teknologi yang berkembang pesat. Sebenarnya, tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi teknologi memberi keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Namun begitu keberkesanannya boleh dilihat dari dua pihak iaitu keberkesan pengajaran guru dan kebekesanan ke atas sesi pembelajaran murid di bilik darjah. Aplikasi teknologi sememangnya memberi impak yang besar kepada pengajaran guru di dalam bilik darjah. Bagi saya, melalui aplikasi teknologi di bilik darjah guru dapat menjalankan sesi pengajaran ke atas anak didik dengan lebih efaktif dan berkesan. Ini kerana aplikasi teknologi dapat membantu guru menerangkan isi pelajaran dengan lebih baik jika dibandingkan pengajaran yang hanya melibatkan teknologi papan tulis dan kapur sebagai media pengajaran di bilik darjah. Dengan adanya aplikasi teknologi dalam pengajaran guru, penyampaian isi pelajaran oleh guru lebih menarik, kondusif dan mudah difahami oleh pelajar. Ini kerana apa yang disampaikan oleh guru melalui aplikasi teknologi dapat diterima dengan mudah dan berkesan oleh pelajar. Hal ini menjadikan sesi pengajaran guru dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Misalnya penggunaan Interactive White Board oleh guru dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid. Selain itu, saya berpendapat bahawa aplikasi teknologi sememangnya memberi keberkesanan dalam pengajaran guru. Ini dapat dilihat bahawa aplikasi teknologi merupakan salah satu kaedah yang boleh merengakumi semua peringkat pengajaran guru, baik dari set induksi, pencetusan idea, aplikasi dan penutup. Contohnya dalam pengajaran guru yang menggunakan perisian power point melalui teknologi komputer

10

guru boleh memasukkan pelbagai sumber pengajaran seperti video dan slide persembahan yang menerangkan topik yang diajar. Sebagai seorang guru, saya tegas menyatakan bahawa teknologi seharusnya diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah. Ini kerana keberkesanannya untuk sesi pengajaran guru tidak dapat dinafikan lagi. Ia dapat dijelaskan bahawa melalui aplikasi teknologi dalam pengajaran guru dapat mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Sepatutnya, guru pada hari ini telah terlibat dan mahir menggunakan aplikasi teknologi supaya bahan bantu mengajar guru tidak tertumpu kepada bahan bantu mengajar yang tradisional seperti kertas mahjong, papan tulis, kad bergambar dan sebagainya. Ini kerana pelajar di zaman ini lebih terpengaruh dengan peralatan teknologi seperti komputer, tablet dan sebagainya. Oleh yang demikian aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran guru lebih berkesan jika dibandingkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang tradisional. Selain memberi keberkesanan ke atas sesi pengajaran guru, aplikasi teknologi turut memberi keberkesanan dalam sesi pembelajaran pelajar di bilik darjah. Namun harus diingat pembelajaran murid yang berjaya adalah hasil sumbangan keberkesanan sesi pengajaran guru. Melalui aplikasi teknologi yang diguna pakai oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajarannya, membolehkan murid lebih berminat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kerana aplikasi teknologi yang lebih menarik jika dibandingkan penggunaan bahan bantu mengajar yang tradisional. Hal ini memberi keberkesanan yang lebih baik kepada sesi pembelajaran murid di bilik darjah. Saya juga berpendapat bahawa aplikasi teknologi sememangnya memberi keberkesanan ke atas pembelajaran murid di bilik darjah. Melalui aplikasi teknologi oleh guru dalam pengajarannya pelajar akan lebih memberi tumpuan kerana aplikasi teknologi yang melibatkan audio dan visual memberi kefahaman yang lebih mudah dan berkesan ke atas murid jika dibandingkan dengan kaedah guru yang sepenuhnya menggunakan papan tulis dan kapur sebagai media pengajarannya.

11

Selain daripada itu, apa yang boleh saya nyatakan di sini, keberkesanan pembelajaran murid adalah turut bergantung kepada aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Ini dapat dibuktikan dengan penggunaan komputer, LCD Projektor dan skrin sebagai media untuk guru menyampaikan isi pelajarannya. Ini kerana teknologi komputer mampu memuatkan pelbagai sumber maklumat baik dari segi video, gambar-gambar yang boleh bergerak dan pelbagai lagi sumber yang menarik. Secara keseluruhannya, di sini saya dapat merumuskan bahawa aplikasi teknologi sememangnya mesti diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid di bilik darjah. Ini kerana keberkesanannya amat jelas sekali ke atas pengajaran guru dan pembelajaran murid di bilik darjah. Sememangnya bayak faedah yang diperolehi oleh guru dan murid jika aplikasi teknologi sentiasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di biliki darjah.

12

1.8

Rujukan

Panduan Penggunaan Bahan Internet.: Penerbit, Pembangunan Pendidikan Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia

Modul 3 Pengajaran dan Pembelajaran - Modul 3C Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

www.idnhhk .com/krt/aadownload02.php

13

Kandungan

Bil

Perkara Pengenalan Definisi teknologi . Definisi teknologi pengajaran dan pemblajaran . Aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ..

Muka surat

1.0 1.1 1.2 1.3

1 1-2 2

3-5

1.4

Cara guru mengaplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah .. 6-7

1.5

Implikasi aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah . 8-9

1.6

Refleksi kendiri tentang keberkesanan aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah . 10-12 13 Rujukan .

1.7

14