Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, IPOH PERAK DARUL RIDZUAN

PRAKTIKUM 3 | SK CHANGKAT LADA 3

REFLEKSI AKTIVITI MERENTAS DESA DI SK CHANGKAT LADA 3 MINGGU 2 (08 Februari 2014)

Pada hari Sabtu bersamaan 8 Februari 2014, pihak sekolah saya telah mendapat amanat dan peluang untuk mengendalikan Pertandingan Merentas Desa peringkat zon. Sebanyak 10 buah sekolah telah terlibat secara langsung dalam pertandingan ini. Saya telah diberi tugas untuk menjadi pegawai statistik pertandingan tersebut. Dua hari sebelum tarikh pertandingan, saya dan rakan saya telah diarahkan untuk menjadi pengiring semasa latihan untuk murid sekolah kami serta mengawal keadaan lalu lintas. Tujuan latihan larian ini adalah untuk mendedahkan kami dan juga murid tentang laluan semasa hari pertandingan nanti. Semua murid yang melakukan larian pada hari tersebut berjaya menamatkan larian dengan selamat. Semasa hari pertandingan, semua peserta dari pelbagai sekolah dilepaskan mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu kategori L11 dan P11 serta L12 dan P12. Walaupun dalam suasana yang meriah, terdapat beberapa orang murid jatuh semasa permulaan larian. Mereka telah diberikan rawatan oleh pihak penganjur. Setelah tamat larian, saya telah dipanggil oleh pengurus pertandingan untuk mengira markah keseluruhan. Hasilnya, SK Seri Cempaka telah dinobatkan juara pertandingan merentas desa kali ini. Tahniah diucapkan.